Tuesday, January 1, 2008

Hukum Orang yang Beriktiqad Allah Mempunyai Tempat

Syaikh Ismail Haqqi Rahimahullah

Syaikh Ismail Haqqi(wafat 1137 h)berkata:

"Dalam kitab hidayah Al MAhdiyiri dinyatakan bahawa jika seseorang itu berkata Allah di Langit dan dia maksudkan kata-katanya itu Allah dil Langit ,maka dia kafir dengan kesepakatan ulama kerana ianya zahir dalam menjisimkan Allah jika sekalipun ia tiada niat untuk kufur di sisi kebanyakan ulama"

rujuk Ruh Al Bayan j8 hlmn 184

Imam Jaafar AsSadiq RAdiaAllahu anhu

"Barangsiapa yang mendakwa Allah itu berada pada sesuatu ,atau daripada sesuatu,atau berada atas sesuatu maka ianya telah syirik .Jika Dia (Allah)berada pada sesuatu maka diaterbatas,jika Dia berada diatas sesuatu maka Dia dikandung ,jika dia daripada sesuatu maka dia makhluk"

rujuk Imam Tajuddin Al Subki :Tobaqat AsSyafeiyah Al Kubro jilid 9 halaman 42 dar Ihya Al kutub Al Arabiyah

Imam Abu Mahasin Al Qauqaji Al HAnafi rahimahullah

Imam Abu Mahasin Al Qauqaji Al HAnafi (wafat 1305 h) berkata:

"Barangsiapa yang berkata "Aku tidak mengetahui Allah di langit atau di bumi maka dia kafir kerana dia telah menjadikan salah satunya (langit dan bumi )sebagai tempat bagi Allah.Jika dia berkata kepada kamu :Apa dalil kamu tentang itu ?maka katakan ;Jika IaNya berarah atau Dia berada pada arah (bertentu)nescaya dia bertempat,dan setiap yang bertempat itu baru (makhluk)dan sifat baru (makhluk) ke atasNya adalah mustahil"

Syaikh Mulla Ali Al Qari rahimahullah

Syaikh Mulla Ali Qari (wafat 1014h)berkata:

"Begitu juga sesiapa yang mengatakan bahawa Allah Subahanahu Wa Taala itu jisim tau bagi Nya tempat dan berlalu kepadaNya masa dan yang seumpama itu maka baginya kafir kerana tidak sabit baginya hakikat iman"

rujuk Syarah Fiqh Al Akbar halaman 272

Al Allamah Al Hammam Al Syekh Nizam rahimahullah

didalam kitab Al Fatawa Al Hindiah disebutkan:

"Dan jadi kafir dengan mengisbatkan tempat bagi Allah"

rujuk Al Syekh Nizam :Al FAtwa Al Hindiah jilid 2 halaman 259 darul Fikr 1991



jihadwahabi.blogspot.com

No comments: