Tuesday, October 23, 2007

MENGAPA PENGHINAAN KPD SAIDINA ALI?

oleh abu syafiq
http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

MENGAPA PENGHINAAN KPD SAIDINA ALI?


Assalamualaikum.

Disini dalil dan bukti penghinaan Ibnu Taimiah terhadap sahabat Nabi amat jelas dan terang.
Sekiranya anda berpendapat Ibnu Taimiah tidak menkafirkan sahabat tapi teks dari kitab asal ibnu taimiah tersebut amat
jelas satu perhinaan terhadap para sahabat nabi...wahai wahabi ! adakah hina sahabat nabi harus hukumnya?!

Nah ini pula penghinaan dan tuduhan Ibnu Taimiah terhadap seorang lagi sahabat nabi yg hebat iaitu Saidina Ali
( Khalifah ke 4 ):

Ini teks asal kitab Ibnu taimiah menghina Saidina Ali yg saya petikkan teks asalnya dari kitab karangan Ibnu Taimiah
berjudul Minhaj As-Sunnah An Nabawiyah pada juzuk 7 mukasurat 237
( teks asal dari kitab ibnu taimiah tersebutdlm b.arab) :
وقد أنزل الله تعالى في على يا أيها الذين آمنوا لا تقربوا الصلاة وأنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون لما صلى فقرا وخلط

Terjemahan tuduhan Ibnu Taimiah ini terhadap Saidina Ali digunakan dengan cara ibnu taimiah mempergunakan alquran :

' Dan Allah telah menurunkan ayat " Wahai yg org2 yg beriman jgn kamu semua dekati solat berkeadaan kamu semua mabuk agar kamu mengetahui apa yg kamu ucapkan" diturunkan kepada Ali apabila Ali solat, baca ( dalam solat ) dan salah ' .


INI TEK SCAN DARI KITAB TERSEBUT DARI CETAKAN YG LAIN :







sy menyatakan...apakah permusuhan Ibnu Taimiah yg merupakan rujukan utama Wahhabi Mujassimah terhadap saidina Ali?!
mengapa ayat ygTIDAK diturunkan kpd saidina Ali dikatakan oleh Ibnu Taimiah ayat tersebut diturunkan kepada saidina
Ali?!
Adakah Ibnu taimiah yg merupakan rujukan utama Wahhabi memang benci terhadap Saidina Ali atau menganggapnya saidina Ali jahat kerana dizaman beliau ramai yg terbunuh?!

Sahabat sekalian...ayat tersebut bukanlah diturunkan kepada saidina Ali tetapi diturunkan dengan menceritakan perihal sebelum perngharaman arak seorang lelaki dari golongan Ansor ( bukan saidina Ali ) telah solat lantas membaca ayat Qul Ya Ayyuhal Kafirun......... kemudian lelaki tersebut tersasar bacaanya maka turunlah ayat La taqrabus solah wa antum sukaro...
Kisah yg sebenar mengenai ayat tersebut telah diriwayatkan oleh Imam AlHakim dalam kitab hadis beliau berjudul AlMustadrok juzuk 2 mukasurat 307 dan telah disohihkan oleh Zahabi.

Cuma Ibnu Taimiah sengaja menyandarkan ayat tersebut kepada saidina Ali tanpa dalil yg kukuh mahu pun yg tidak kukuh..ini tidak lain tidak bukan hanya penghinaan tehadap sahabat yg mulia ini.

PERSAMAAN WAHHABI DENGAN AYAH PIN

oleh abu syafiq
http://www.abu-syafiq.blogspot.com/


Wahhabi sememangnya mempunyai persamaan dengan ajaran-ajaran sesat yang lain.
Lihat saja kenyataan Wahhabi ' Allah Duduk' sememangnya mempunyai persamaan yang amat jelas dengan ajaran sesat Ayah Pin.

kitab Wahhabi berjudul Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid m/s 485 cetakan Maktabah Muayyad dan Maktabah Darul Bayan karangan Abdur Rahman bin Hasan yang merupakan cucu kepada Muhammad bin Abdul Wahhab.
mengatakan : "Allah Duduk"
.
dan lihat akidah ayah pin :
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 05.htm&arc=hive

Ayah Pin juga mendakwa dia akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti dan juga pernah naik ke langit serta
duduk di atas arasy.


SEMOGA ALLAH MENYELAMATKAN KITA DARI TERPENGARUH DENGAN AJARAN-AJARAN SONGSANG WAHHABIYAH INI. AMIN..

Sunday, October 21, 2007

PERBEZAAN WAHABI DAN AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH

bankwahabi.wordpress.com


PENDUSTAAN OLEH PILOT HAFIZ FIRDAUS


Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana kita masih lagi dalam Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah (Asya’irah dan Maturidiyyah).

Para pembaca,

Di sini saya sertakan jawapan Dr. Ust Uthman El-Muhammady yang menjawab Kenyataan songsang Ex-Pilot Hafiz Firdaus (Wahhabiah Pembelaannya oleh Hafiz Firdaus) yang masyhur dengan kumpulan PROTAZ; kononnya golongan professional juga boleh menjadi “mufti, mengambil hukum terus dari nas-nas asal(Al-Quran dan As-Sunnah), beramal tanpa perlu mengikut mazhab, boleh alim dengan hanya semata-mata membaca dari buku, membuat tajdid(songsang), menjadi mujaddid, boleh mempersoalkan hukum-hakam yang telah di ijma’ kan oleh Jumhur Ulama’ ASWJ, boleh membawa Aqidah dan Syariat songsang”. Cukuplah sedikit sebanyak kriteria tersebut yang menjadi lambang kepada Model PROTAZ yang tidak pernah henti daripada menyongsangkan masyarakat umum yang kefakiran Ilmu Agama. Mereka boleh menipu dengan mudah, tetapi berwaspadalah, Allah SWT akan mempersoalkan setiap kejahatan yang golongan ini lakukan terhadap Ummat Islam.

KOMEN BANKWAHABI:

Ex-Pilot seolah-olah memandang sinis terhadap Ulama’ ASWJ yang muktabar. Apabila dia berkata ” Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut”. Nauzubillah himinzalik. Berani sungguh menuduh para ulama’ dengan fitnah tersebut.

Cukuplah apabila Dr Uthman El-Muhammady apabila saya tanya pada dia tentang ex-pilot ini, Dr Uthman berkata; dia (ex-pilot) seorang yang penipu dan tidak telus dalam menyampaikan sesuatu. Saya lebih mengambil kata-kata orang yang saya thiqah, kenal keperibadian lebih 20 tahun, daripada orang yang tidak tahu kepala ekor tiba-tiba mahu dikatakan ulama’.

Beginilah sikap wahabi yang tidak langsung menghormati para Ulama’ dan juga tiada Amanah dengan ilmu.

Intaha.

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady Kepada Ex-Pilot Hafiz Firdaus

Ex-Pilot:”Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam
suasana umat Islam yang semakin meningkat kedudukan mereka dari sudut ilmu, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.”

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady: “Pengamatan saya (Muhammad Uthman El-Muhammady pada 29 Nov.2006): Wahabiah memandang Islam dengan pandangan yang bukan berdasarkan metodologi ilmu sebagaimana yang disepakati dalam Ahlussunnah wal-Jamaah mengikut Qur’an, Sunnah, ijma’ dan Qias mereka yang muktabar dalam umat. Dalam Ahlussunnah, golongan yang diakui selamat itu, sebagaimana yang ada dalam hadis-hadis sohih, menggunakan kaedah-kaedah ini dalam akidah, Syariat, dan ajaran berkenaan dengan pembersihan jiwa dan peribadi manusia. Inilah wacana ilmu yang ada zaman salaf dan dalam tujuh abad Islam tanpa gangguan. Pemikiran Wahhabi tidak pernah muncul melainkan kebelakangan ini, dikemukakan oleh beberapa orang yang boleh dibilang dengan jari sebelah tangan. Wacana ilmu dengan metodologi yang diiktiraf oleh pusat-pusat pengajian Sunni di seluruh dunia adalah berlainan daripada apa yang dikemukakan oleh para pejuang Wahhabi. Sebab itulah ulama muktabar abad ke 20 seperti Abu Zaharah, antara lainnya; menolak, sebagaimana yang boleh dilihat dalam bukunya ’Tarikh al-madhahib al-Islamiyyah’.”

Ex-Pilot:”Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu
ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.”

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady:”Pengataman saya (uem): Penghayatan Islam dalam umat Islam bukannya dijayakan oleh golongan Wahhabi, sebab penghayatan Islam zaman agungnya berlaku bukan dalam zaman Wahhabi; Wahhabiah hanya muncul dalam abad ke 18 Masehi; adakah hendak ditafsirkan bahawa penghayatan Islam tidak ada sebelum itu? Huraian Islam berdasarkan dalil dan hujah dilakukan oleh para imam mujtahid dan ulama Ahlussunnah bukannya oleh ulama Wahhabi abad ke 18 dan kemudiannya. Teks-teks fundamental dalam ilmu-ilmu Islam seperti tafsir Qur’an, hadith-hadith, usul al-din, fiqh, sirah dan seterusnya, bahkan ilmu-ilmu bahasa dan lainnya dilakukan oleh ulama Ahlussunnah bukannya oleh ulama Wahhabi yang baharu muncul di abad ke 18. Hikmah disebalik amalan-amalan Islam juga sudah dihuraikan oleh ulama Ahlussunnah, yang terakhir antaranya, dalam abad ke 18 ialah oleh ahli hadith terkenal Syah Waliyyu’llah al-Dihlawi dalam ’Hujjatullahil-Balighah’nya.Dan beliau bukannya Wahhabi.”

Ex-Pilot: Ketiga:”Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen.
Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah
wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas yang baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam
sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w.”

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady: “Pengamatan saya (uem): Usaha ’tajdid’ yang dilakukan oleh kelompok Wahhabi ialah menggelarkan orang lain ’bid’ah’ tidak ada usaha tajdid dalam erti yang ada dalam hadith Abu Daud, yang menyebut kemunculannya di awal seratus tahun itu, yang menghidupkan semula amalan Islam yang dilupakan, atau yang terbengkalai, bukan yang dilakukan oleh golongan wahhabiah terdiri daripada perbuatan membid’ah atau menyesatkan bahkan mengkafirkan orang lain yang bukan sefahaman dengan mereka. Para mujaddid dalam sejarah Islam bukannya termasuk golongan Wahhabi itu. Imam-imam yang muktabar dalam sejarah Islam dan usaha tajdid tidak termasuk ke dalamnya ulama Wahhabi yang mula muncul abad ke 18 itu.Mereka itu(Wahhabi) digunakan oleh British dan Perancis, secara tidak langsung, untuk memusnahkan khilafah Uthmaniah. Subhana’llah.”

Ex-Pilot: Keempat:”Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian
kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian
kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu masakini ni liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.”

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady: ”Pengatatan saya (uem): Isu-isu fahaman menyeleweng umat dibicarakan oleh para ulama yang berfikiran jauh seperti Syaikh Hasan al-Banna, Abul Hasan Ali Nadawi dan lainnya yang seperti mereka, bukannya oleh ulama Wahhabi yang membid’ahkan orang lain dan menimbulkan perpecahan di mana mereka berada, bahkan sampai membawa kepada pertumpahan darah di Asia Tengah antara lainnya.”

Ex-Pilot: Kelima: ”Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli
jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus
bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam
sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.”

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady:” Pengamatan saya (uem): Tentang tidak ada amir-amir itu tidak menjadi persoalan sekarang ini; yang menjadi persoalan ialah umat Islam hendaklah berada dalam Ahlussunnah wal-Jamaah yang mempunyai aturan-aturan dalam huraian pengetahuannya, dan janganlah seseorang itu, berdasarkan agamanya kepada fikiran sendiri. Kalau dalam profesi duniawi pun manusia dikehendaki supaya mengikut aturan-aturan menjaga kesahihan amalan dan tindakan, maka dalam hukum dan fahaman agama ini lebih-lebih lagi dikehendaki; sebab itu Qur’an mengajarkan kita supaya ’jangan sesat’ ertinya jangan lari daripada nas; dan nas itu pula huraiannya mestilah mengikut kaedah-kaedahnya, bukannya mengikut apa pang difikirkan oleh orang-orang yang belum menentu kredibiliti ilmiahnya.”

Ex-Pilot: ”Di Mana Salahnya Dengan Fahaman Wahabi? Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang
yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun
tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian
agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama: ”Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar
kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada
dua kategori: Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan
sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat. Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui
bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari
kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah……”

”Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin daripada pelbagai
latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah pimpinan para agamawan yang semakin lengang sehingga akhirnya ia dibatalkan oleh pihak
penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori: Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana
dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin. Kedua adalah mereka yang
memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana
semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan
kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady:”Pengamatan saya (uem): Tentang golongan Wahhabi ditaja oleh Barat, itu tidak menjadi persoalan kepada orang yang mengetahui sejarah Abdullah Philby, Lawrence of Arabia, dan unsur-unsur tertentu dalam hubungan pihak-pihak tertentu dengan Barat sekarang ini. Demikian pula minat Barat untuk membesar-besarkan unsur-unsur yang boleh memecahkan otoriti wacana ilmiah Ahlussunnah yang teguh itu; mereka berminat untuk memusnahkannya dengan pelbagai cara. Antaranya ini jelas dari Rand Cotrporation Report. Ini jelas juga kepada mereka yang membaca ’Tarikh Najdin’ dan ’Unwan al-Majdi’. Maka lebih baik, dan selamatlah orang-orang yang terus menerus berpegang kepada aliran arus perdana Islam yang diterima oleh ulama yangf terkenal dalam sejarah Islam yang terpandu dengan metosologi dalam tafsir, hadith, fiqh, akhlak, sejarah, nahu dsan saraf dan seterusnya. Dan dalam golongan ini pula dipupuk persaudaraan Islam dan beradab dalam perbezaan pendapat, berbeza daripada golongan Wahhabi, yang menganggap pihak-pihak yang berlainan daripada mereka sebagai sesat, atau kafir, serbaimana yang ada dalam ’Kitab Kasyf al-Syubuhat’ oleh Muhammad Abdul Wahhab, dan kitab ’Hal al-Muslim Mulzam bittiba’ madhhabin mu’ayyanin minalMadhahib al-Arba’ah’ oleh al-Khojandi al-ma’sumi itu, antara lain-lainnya.”

Pengamatan saya (uem) : Wahhabiah banyak menyalahi pendirian wacana Ahlissunnah: pembahagian tauhid kepada tiga yang menjadi wasilah kepada mengkafirkan orang yang melawat kubur orang solih, menghalalkan darah mereka, menghalalkan merampas harta mereka, akibat kafirnya; pengharaman dan pengkafiran (ber)tawasul; perbuatan memanggil negeri yang lain daripada yang mempunyai fahaman mereka sebagai ’dar al-harb’, mengharamkan taklid imam-imam mazhab, mengharamkan amalan-amalan yang mereka anggapkan bid’ah pada fahaman mereka, walhal itu tidak diharamkan oleh ulama lain.Mereka menikmbulkan perpecahan di mana mereka berada, bahkan menimbulkan pertumpahan darah; mereka tidak mentaati uli(l)-amri negeri-negeri Islam, dan seteru(s)nya. Ini semua menjadikan gerakan Wahhabi sebagai gerakan yang mesti diawasi dan ianya jangan dibiar berkembangan.Sebab itulah Imam Abu Zahrah menyatakan bahawa kalau mereka berada dalam negeri mereka itu tidak mengapa, tetapi bila merela merebak ke negeri lain, akan timbul masalah besar. Wallahu a’lam.

Pengamatan berhubung dengan (gejala) murtad; saya (uem) menyatakan: Dalam hubungan dengan gejala murtad sesetengah Orang di Malaysisa, kalau hendak ditafsirkan bahawa gejala itu selesai dengan orang masuk Wahhabi, maka itu sukar dipertahankan, sebab di kalangan Orang Wahhabi perlaksanaan agama yang berkurangan juga berlaku, dan gejala murtad juga berlaku termasuk di Asia barat. Maka perlu dicari sebab-sebabnya mengikut fakta-fakta yang objektif dan bukannya dengan senang menyebut bahawa golongan Wahhabi penghayatan agamanya lebih daripada orang lain.

Kemudian kalau ada orang yang menakut-nakutkan orang dengan laknat Allah kerana tidak menyetujui Wahhabiah, [dengan merujuk surah Hud 11, ayat 18-22], maka boleh disebutkan bahawa golongan Wahhabi yang mencaci-maki umat Islam dan ulama Ahlussunnah wal-jamaah itu melakukan perbuatan yang menjemput kebencanaan. Ini adalah, antara lainnya berdasarkan fahaman daripada hadith sohih al-Bukhari yang menyebutkan antaranya ’Sesiapa yang bermusuh dengan seorang wali-Ku maka Aku isytihar perang terhadapnya’ maka siapa tahu kalau ke dalam waliKu itu termasuk ulama Ahlussunnah yang dicaci dan dimaki itu. Subhana’Llah.

Tuesday, October 2, 2007

ASRI PERLEKEH & JAHIL HUKUM MURTAD

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/





Kata Asri:
"Di dalam sejarah Islam, DIDALAM HADIS TIDAK MENUNJUKKAN NABI BERTINDAK MEMBUNUH MEREKA (orang murtad). Ini MUNGKIN buleh dibuat suatu penilaian bahawasanya orang murtad ini adakah mesti dihukum mati ataupun menghukum mati orang yang murtad ialah tindakan pemerintah dengan PILIHANNYA iaitu takzir. Takzir ini : pemerintah samaada nak jatuhkan (bunuh si murtad) pun boleh, TAK NAK JATUHKAN PUN BOLEH. maka ada dalam islam aliran yang menganggap bahawasanya pahaman seperti Ibrahim An-Nakhai'e menganggap bahasawanya orang murtad selagi dia tidak menggungat kestabilan masyarakat Islam, tak mengisytiharkan murtadnya DIA TIDAK DIHUKUM MATI BAHKAN DIBIARKAN. Kerana Nabi pernah membiarkan (tidak bunuh) orang-orang yang menghina baginda PATUTNYA DIJATUHKAN HUKUMAN MATI....".

Kata Asri lagi:
Saya tidak mahu bincang panjang masaalah undang-undang murtad. Samaada jatuh hukuman mati ataupun tidak. Kalau kita kata mati pun tuan-tuan TAK BOLEH buat apa. tak mati pun dah memang dia tak mati dah...(ketawa ha ha ha)".



*Ulasan:
1- Asri tidak amanah langsung dalam menyampaikan Hadith Nabi khususnya perihal tidak membunuh orang murtad kerana 'illahnya dan sebabnya tertentu ketika itu. 'Illahnya ketika itu adalah agar orang ramai tidak menganggap nabi membunuh sahabat baginda dalam permulaan tajdid Islam oleh baginda. Bahkan Nabi tidak meninggalkan hukum bunuh terhadap orang yang menghina baginda dengan memerintah hukum bunuh terhadap lelaki tersebut dilakukan oleh Saidina Ali.

2- Penilaian Hadith nabi yang dibuat oleh Asri amat menyimpang kerana tiada kaitan dengan hukum takzir berdalilkan Nabi menyuruh Saidina Ali membunuh orang yang menghina Nabi tersebut. Kemudian takrifan Takzir oleh Asri amat tidak amanah dan menyimpang. Itu bukan takzir namanya, itu membebaskan orang murtad. Dimana fakta, ilmiah, amanah dan pemahaman ahli hadith?!!Adakah dengan menyimpangkan makna hukum takzir?!

3- Dimana hang petik kata-kata Ibrahim Nakha'ie itu wahai pengkhianat ilmiah?!
Nah! baca ini!:

Antara masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pengkaji dalam memahami hukum Islam berdasarkan tulisan-tulisan ulama silam. Mereka seolah-olah lemas dan karam dalam lautan `perselisihan ulama’, lalu mendakwa setiap orang bebas mengikuti mana-mana pendapat yang disukainya berdasarkan pertimbangan akalnya. Ini mereka lakukan tanpa menganalisis apakah yang diperselisihkan oleh ulama itu, apakah perselisihan pada sesuatu hukum wajib atau pada cara bagaimana hendak melaksanakan kewajipan itu, apakah sebab perselisihan itu berlaku, sama ada perselisihan pada pemahaman terhadap sesuatu nas atau disebabkan terdapat nas yang bertentangan.

Masalah `lemas dan karam’ ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya tidak menguasai bahasa asal (Arab) yang digunakan oleh ulama silam, tidak mempunyai asas yang kuat dalam bidang pengajian syariah kerana mungkin belajar dalam bidang yang berlainan atau tidak mempunyai asas langsung dalam pengajian Islam, tidak mencapai atau membaca sendiri apa yang diperkatakan atau ditulis oleh seseorang alim sebaliknya mengetahui pendapat seseorang alim itu berdasarkan cakap atau tulisan pihak kedua, ketiga atau keempat (merujuk rujukan sekunder dengan meninggalkan rujukan primer/ummahatul kutub), terpengaruh dengan idea dan metodologi pengkajian sekularis dan orientalis, tidak ikhlas mencari ilmu untuk mencapai kebenaran, ataupun sebab-sebab yang lain.

Marilah kita selidiki satu persatu kebenaran dakwaan kononnya Ibrahim al-Nakha`ie dan beberapa ulama lain itu berpendapat si murtad tidak wajib di bunuh. Sebelum itu, perlu ditegaskan sekali lagi bahawa hukuman bunuh ke atas si murtad yang mengisytiharkan kemurtadannya dan tidak kembali kepada Islam adalah satu hukuman yang disepakati oleh paling kurang generasi Sahabat kalaupun tidak seluruh ulama sepanjang zaman. Maka syarat “persepakatan seluruh ulama mujtahidin pada sesuatu zaman selepas kewafatan Nabi terhadap sesuatu hukum syar`ie” telah wujud sebelum wujudnya Ibrahim al-Nakha`ie dan beberapa orang ulama yang dikatakan berpendapat si murtad tidak wajib dibunuh. Ini kerana “persepakatan” itu telah berlaku di kalangan para Sahabat lagi tanpa diketahui walaupun seorang daripada mereka membantah tindakan Abu Bakar dan `Ali yang memerangi dan membunuh orang murtad.
Kesepakatan para Sahabat ini tidak boleh dibatalkan hanya sekadar ada riwayat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya mengatakan sebaliknya. Apatah lagi ianya hanyalah pendapat manusia yang boleh diterima atau ditolak berbanding dengan beberapa hadis sahih yang jelas lagi terang maksudnya. Apakah sekumpulan hadis sahih itu dicampakkan ke luar pagar hanya kerana ada pendapat beberapa ilmuan yang berkata sebaliknya?

Sesetengah ulama meriwayatkan bahawa Ibrahim al-Nakha`ie (seorang Tabi`ie dari Iraq, meninggal pada tahun 95H) berkata, “orang murtad diminta bertaubat selama-lamanya”. Mereka memahami daripada kata-kata ini bahawa orang murtad tidak sekali-kali dibunuh, sebaliknya dipenjara dan diperintah bertaubat sehinggalah dia bertaubat atau mati dalam penjara. (Lihat Ibn Qudamah, al-Mughni 10/77; al-Nawawi, al-Majmu`, 19/230; al-`Ayni, al-Binayah Syarhu al-Hidayah, 5/852; Ibn Hazm, al-Muhalla, 11/186; al-Syawkani, Naylu al-Awtor, 7/221; juga Dr. Muhd Mursi Ghunaym, Jarimah al-Riddah fi al-Fiqh al-Islami, 180).

`Abd al-Razzaq pula menyebutkan dalam kitab al-Musannafnya bahawa Sufyan al-Thawri telah meriwayatkan pendapat tersebut daripada al-Nakha`ie lalu berkata, “inilah yang kami pegang”. Oleh kerana itu, pendapat yang sama disandarkan kepada al-Thawri (`Abd al-Razzaq, al-Musannaf, 1/166; al-Nawawi, al-Majmu`, 19/230).

Sebenarnya, riwayat daripada al-Nakha`ie itu dipertikaikan kesahihannya kerana al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan dalam kitabnya Fathu al-Bari bahawa terdapat dua riwayat daripada al-Nakha`ie sebenarnya. Riwayat Sa`id bin Mansur dengan sanadnya bahawa al-Nakha`ie berkata, “Apabila seseorang lelaki atau wanita itu keluar daripada Islam, hendaklah keduanya diminta bertaubat. Jika bertaubat, mereka bebas, jika enggan, mereka dibunuh”. Manakala satu lagi ialah riwayat Ibn Abi Shaybah dengan sanadnya bahawa al-Nakha`ie berkata, “orang murtad tidak dibunuh”.
Ibn Hajar berkata, “riwayat yang pertama lebih kuat kerana salah seorang periwayat dalam sanad Ibn Abi Shaybah, iaitu Abu `Ubaydah adalah lemah dan meriwayatkan banyak percanggahan daripada al-Nakha`ie” (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fathu al-Bari, 12/280).

Jadi pendapat yang kuat dan sahih daripada al-Nakha`ie sebenarnya ialah sama dengan pendapat para ulama majoriti yang lain yang mengatakan si murtad wajib dibunuh bila enggan bertaubat. Setelah kita mengetahui pendapat yang kuat (rajih), maka wajiblah kita mengetepikan pendapat yang lemah (marjuh) kerana beramal dengan yang rajih itu adalah wajib. (Lihat tentang hal ini dalam al-Isnawi, Nihayah al-Sul, 3/156; al-Ghazzali, al-Mustasfa, 2/349, al-Amidi, al-Ihkam, 4/206).

Apatah lagi ada ulama yang menukilkan daripada al-Nakha`ie bahawa beliau berpendapat si murtad perempuan wajib dibunuh, iaitu sama dengan pendapat majoriti ulama (lihat Ibn Qudamah, al-Mughni, 10/74; Ibn Hajar, Fathu al-Bari, 12/280; al-`Ayni, al-Binayah, 5/854; Syeikh Abu Zahrah, al-`Uqubah, 173).

Jika al-Nakha`ie berkata perempuan murtad wajib dibunuh, amatlah tidak masuk akal si lelaki murtad tidak pula wajib dibunuh. Ini memperkuatkan lagi hujah bahawa riwayat yang mengatakan al-Nakha`ie berpendapat si murtad tidak dibunuh adalah riwayat yang lemah dan palsu.

Jika ditakdirkan riwayat tersebut adalah riwayat yang sahih daripada al-Nakha`ie sekalipun, namun perkataan “diminta bertaubat selama-lamanya” itu tidaklah hanya membawa makna si murtad tidak dibunuh sahaja, kerana mungkin ia bermaksud si murtad diminta bertaubat selagi ada harapan ia akan bertaubat walau selama mana pun. Bahkan inilah makna yang difahami oleh al-Thawri (al-`Ayni, al-Binayah fi Syarh al-Hidayah, 5/852) dan Sheikh Abu Zahrah dalam kitabnya al-`Uqubah (m.s: 176). Namun apa yang pasti riwayat itu adalah tidak sabit daripada al-Nakha`ie seperti ditegaskan oleh Ibn Hajar al-`Asqalani. Apatah lagi jika dibandingkan riwayat yang tidak pasti itu dengan sekumpulan hadis yang dipastikan kesahihannya daripada Nabi s.a.w. dan amalan Sahabat r.a.

Setelah terbukti riwayat yang mengatakan tidak wajib bunuh si murtad itu tidak sahih daripada al-Nakha`ie, maka gugurlah seluruh pegangan segelintir ulama yang dikatakan sependapat dengan al-Nakha`ie seperti Sufyan al-Thawri, Shamsuddin al-Sarakhsi dan Abu al-Walid al-Baji (walaupun tidak dinyatakan oleh puak penentang hukum murtad di mana kedua tokoh ulama yang terakhir ini berpendapat sedemikian). Ini kerana semua pendapat mereka itu hanyalah bersumberkan al-Nakha`ie(taqlid) tanpa nas atau dalil.
- Dari seorang sahabat.

* INI MENUNJUKKAN BAHAWA MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN TIDAK DETAIL DAN TIDAK AMANAH LANGSUNG DALAM MENERANGKAN SESUATU HUKUM SERTA JAHIL DALAM PERKARA YANG DIRINYA NAK BERSUARA JUGA SEBAB NAK POPULAR.

AJARAN SESAT DAN BAHAYANYA TERHADAP AGAMA DAN NEGARA

http://pondokwahhabi.blogspot.com/

OLEH HJ ZAMIHAN HJ MAT ZIN
PEN PENGARAH DAKWAH
JAKIM PUTRAJAYA

INTISARI :

1- PENDAHULUAN
2- DEFINISI
3- CIRI-CIRI AJARAN SESAT
4- SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN
5- CONTOH AJARAN SESAT
6- BAHAYA TERHADAP AGAMA
7- ANCAMAN TERHADAP NEGARA
8- LANGKAH MEMBANTERAS
9- PENUTUP

1- PENDAHULUAN

Umat islam terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh merosakkan pegangan, fahaman dan sikap keperibadian muslim.

Ancaman tersebut terbahagi dua :

•Ancaman Dalaman
•Ancaman Luaran

Ajaran sesat muncul dari kombinasi kedua-dua ancaman di atas.

2. DEFINISI

Ajaran sesat ialah ajaran atau fahaman yang menyimpang dari landasan sumber perundangan Islam.

Sumber perundangan Islam :
Al-Qur’an
Al-Sunnah
Ijmak
Qiyas
Masalih Mursalah
Istihsan
dan Uruf.

Penyelewengan tersebut merangkumi Aqidah, syariah dan akhlak.




3. CIRI-CIRI AJARAN SESAT

•Menolak penghujahan Al-Qur’an dan al-Hadis.

•Tidak menggunakan tafsiran Al-Qur’an dan al-Hadis secara benar.

•Bersepakat di atas dasar kepalsuan dan kepentingan.

•Menyelitkan unsur-unsur tarekat.



CIRI AJARAN SESAT...

•Berhubungan dengan kuasa jin, syaitan dan Iblis.

•Ta’asub kepada ketua atau pemimpin.

•Sembrono dlm pengambilan hukum dan fatwa.

•Bersifat tertutup dan bergerak secara rahsia

•Mengambil shortcut terhadap perintah Allah dan RasulNya.

•Wujudnya Hidden agenda.



4- SEBAB KEMUNCULAN :

1- Kejahilan ilmu agama.
2- Kelemahan Ulamak.
3- Kegagalan pemerintah.
4- Ketandusan spiritual.
5- Mudah terpengaruh.
6- Mengambil jalan mudah.
7- Persembahan menarik.
8- Ingin Mencuba.
9- Jaringan yang kuat.
10- Tidak prihatin.



5.CONTOH KUMPULAN AJARAN SESAT :

1-FAHAMAN BLACK METAL :

a- Menghina kewujudan Tuhan semua agama.
b- Pemujaan syaitan dalam muzik dan lagu.
c- Menggunakan simbol-simbol syaitan.
d- Aktiviti dijalankan secara rahsia.
e- Mengoyak dan membakar Al-Qur’an.
f- Fanatik kepada ketua.
g- Menjalankan upacara seks bebas.

2- JANGAN IKUT TUHAN (JIT) :

a- Tiada pegangan agama.
b- Mengamalkan Pemujaan Syaitan.
c- Mempunyai upacara ritual tersendiri.
d- Mengoyak dan membakar Al-Qur’an.
e- Bersifat Fanatik.
f- Tidak suka bergaul dengan masyarakat.
g- Bergerak secara rahsia.

3 - AJARAN AYAH PIN@HASAN ANAK RIMAU

a-Tiada guru dan kitab agama muktabar.
b-Fanatik terhadap guru dan ajaran.
c-Mengaku sebagai Tuhan.
d-Mendakwa sbg utusan Para Nabi dan Dewa2.
e-Mendakwa tidak perlu bersolat.
f- Mendakwa Al-Qur’an sebagai merepek.
g-Hari Kiamat tidak wujud.
h-Mendakwa menguasai Kerajaan Langit.
i- Mendakwa bersetubuh dgn guru menghapus dosa.

4 - AJARAN ANTI HADIS :

a- Hanya menggunakan Al-Qur’an sahaja.
b- Menolak penghujahan Al-Hadis.
c- Tafsiran berdasarkan logik akal.
d- Ta’asub kepada sesuatu pandangan.
e- Tidak menerima pandangan orang lain.

5 - GOLONGAN AL-WAHABIYYAH :

a-Fanatik terhadap pandangan Ibn Taimiyyah dan Muhammad Abd Wahhab (FAHAMAN TAKSUB BEGITU DALAM SEOLAH-OLAH IBN TAIMIYYAH DAN MUHAMMAD ABD WAHHAB ITU NABI)
b-Cenderung kpd fahaman Tajsim & Tasybih.
c-Gagal memahami konsep bid’ah.
d-Fahaman bersifat ekstrem dan radikal.
e-Mudah mengeluarkan hukum dan fatwa (FATWA SESAT BERCANGGAH DENGAN IJMAK).
f- Tidak menghormati perselisihan pendapat.
g-menolak simbolik di dalam al-quran. ( Majaz).
h-mengkafirkan umat islam(sehingga ramai yang taksub dengan aliran wahhabi menghalalkan darah orang muslimin)

6 - GOLONGAN MUKTAZILAH :

a-Menafikan setengah dari sifat Allah.
b-Menganggap Al-Qur’an itu makhluk.
c-Mendahului dalil Aqal daripada dalil Naqal.
d-Melakukan dosa besar masuk neraka.

7 - AJARAN AL-ARQAM :

a-Mendakwa bertemu Nabi SAW secara jaga.
b-Mengamalkan Aurad al-Muhammadiyyah.
c-Mengaku sbg pemuda Bani Tamim.
d-Menyemai fahaman radikal.
e-Bersifat fanatik.
f-Hanya dalam kelompok mereka.
g-Sukar menerima pandangan orang lain.

8 - GOLONGAN SYIAH :

a-Fanatik kpd Sayyidina Ali KWH dan keturunannya.
b-Menganggap Al-Qur’an kini tidak sempurna.
c-Melakukan ibadah secara tahkiyyah (pura-pura)
d-Mengamalkan Nikah Mut’ah (kontrak).
e-Solat dengan menggunakan tanah dari Karbala’
f-Menanti kemunculan Imam Mahdi.
g-Terbahagi kepada beberapa puak.

9- AJARAN-AJARAN YANG LAIN :

a-AJARAN BAHTERA NABI NOH.
b-AJARAN TAREKAT IBRAHIM BONJOL.
c-AJARAN AHMAD NAKHODA.
d-AJARAN AHMAD LAKSAMANA.
e-AJARAN HJ KAHAR .
f-AJARAN BAHAI.
g-AJARAN QADYANI DLL.


6 – BAHAYA TERHADAP AGAMA :

1- Gejala murtad berleluasa.
2- Mengancam nyawa, aqal, maruah
dan harta benda.
3- Agama difitnah sebagai ‘ganas’.
4- Timbul salah faham terhadap agama.
5- Menghakis ketulinan agama.
6- Menodai kesucian agama.

7- BAHAYA TERHADAP NEGARA :

1- Mengancam keselamatan Negara.
2- Menggugat perpaduan masyarakat.
3- Mengganggu kestabilan politik.
4- Menimbulkan kekacauan.
5- Mengorbankan nyawa.
6- Merosakkan harta benda.
7- Merencat proses pembangunan.

8. LANGKAH2 MEMBANTERAS :
•Menyemarak budaya ilmu agama.
•Ulamak memainkan peranan serius.
•Merancakkan dakwah secara sepadu.
•Menguatkuasakan undang-undang.
•Pendedahan secara berterusan.
•Menyemai kekuatan spiritual.



9-PENUTUP :

1- Berpegang teguh dengan ajaran agama.
a
2- Hindarkan diri dari ajaran sesat.

3- Tingkatkan kefahaman dan kesedaran
tentang bahaya ajaran sesat.

4- Merujuk kepada alim-ulamak muktabar.

5- Memperkasakan kerohanian.



DARI PENANG KE PERLIS
SEKIAN TERIMA KASIH

Monday, October 1, 2007

Strategi Yahudi Berjaya!

BankWahabi: http://www.bankwahabi.wordpress.com

Assalamualaikum.

Alhamdulillah lahun ni’matu walahul fadl walahuthana’ ul hasan, sholawatullah hil barrurrihim wal malaikatul muqarrabil, wa ala alihi wa shohbihi ajmai’en. Amma ba’ad.

Bersyukur ke hadrat Allah kerana pada bulan Ramadhan ini telah banyak dikurniakan kemenangan; sejak di zaman Junjungan Besar Nabi Muhammad Shollahualaihiwasallam hingalah di zaman kita ini. Bulan yang penuh barakah, maghfiroh dan rahmah; menjadi saksi kemenangan yang berpanjangan kepada pejuang2 Islam yang benar2 berada dalam sunnah yang shohih; dan yang dimaksudkan dengan sunnah yg shohih itu adalah berada dalam AQIDAH dan SYARIAH yang SHOHIH. (ASWJ=Ahlul Sunnah Wal Jama’ah)

Sekian lama saya tidak berpeluang untuk menulis atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan; maka dengan peluang yang ada ini saya akan membincangkan beberapa perkara;

1) Strategi Yahudi yang Berjaya.

2) Kejahilan Masyarakat/Ummat Islam.

3) Mudda’ie (syeikh) Aiman Wahabi Dihalau dari UIA.

4) JAIS Menjelaskan Kesesatan & Mengharamkan Wahabi.

5) Penyelesaian Daripada Pihak2 Berkuasa.

6) Apa yang Anda Boleh Bantu.

Pertama, Strategi Yahudi yang berjaya. Sememangnya Kaum Kuffar tidak akan membenarkan ummat Islam dalam keredhaan Allah dan aman serta makmur. Sekian lama mereka berfikir, mengkaji dan berusaha untuk menghancurkan ummat Islam, namun kebanyakannya gagal dan jika berjaya hanya sementara; kemudian akan dibongkar oleh Ulamak2 Islam ASWJ.

Antara satu pembongkaran terbaru oleh ulamak ASWJ adalah fenomena timbulnya kaum sesat yang Aqidah mereka anuti sama 100% dengan Aqidah Yahudi dan Nasroni. Mereka mendakwa bahawa wujudnya tempat bagi Allah (seperti berpegang bahawa Allah itu duduk atau bersemayam di atas arasy). Selain itu untuk mudah mengenali ajaran sesat ini adalah seperti berikut; bahawa mereka sahaja yang mengikut Al-Quran dan As-Sunnah, Kebenaran hanya di pihak mereka, Kesesatan di pihak ASWJ (Asya’irah dan Maturidiyyah), segala amalan yang kita pelajari/warisi atau diturunkan/diajar oleh ulamak2 silam adalah bid’ah dan sesat, mereka sahaja mempunyai dalail (plural of dalil) yang arjah lagi ashoh (paling shohih), mereka memecah belahkan ummat Islam dan lebih teruk lagi apabila institusi kekeluargaan juga kian retak dan rosak, anak dan bapa boleh bergaduh, suami isteri boleh tidak bertegur sapa, di masjid2 ada dua imam, mengkritik masyarakat umum membuta tuli, bongkak dan bangga dalam kesesatan, berani mengisytiharkan tidak mahu talqin waktu mati kelak, mereka mengeluarkan fahaman2 bercanggah dengan Ijma’ Ulamak ASWJ sepanjang zaman; seperti; mengharamkan bacaan tahli, menafikan kenabian Nabi Adam, mengharamkan ziarah Nabi Muhammad SAW, lebih teruk lagi apabila Aqidah songsang mereka ini disebarkan secara meluas di IPTA2/IPTS2/Ma’had2/SMKA2/Buku2/Seminar2/Khusus Solat dan Mufti di tanah air pun ada yang menjadi pendokong kuat Aqidah songsang ini;(Dr Mohd Asri Zainal Abidin).

Saya rasa cukup jelas kecelakaan yang dibawa oleh kumpulan terpesong ini; bagi pandangan saya, ini adalah salah satu rancangan dan stategi Yahudi untuk menghancurkan Ummat Islam khususnya di Tanah air kita/Malaysia. Yahudi dan sekutunya amat bangga dengan kejayaan ini, namun janji Allah; bahawa yang batil itu tidak akan kekal dan akan lenyap; Insya Allah: Amin!

Ramai yang bertanya bagaimana Aqidah wahabi ini sama seperti aqidah yahudi, apakah buktinya, kenapa kami tidak tahu pun, kami tak nampak salah pun, apa bezanya dengan ASWJ, kami lihat mereka ini kuat solat berjemaah, ibadah pun banyak; jawapannya masuk ke persoalan kedua.

Kedua, Kejahilan Masyarakat/Ummat Islam. Suka saya di sini untuk mengimbau kembali secara ringkah sejarah penjajahan. Lazimnya semua masyarakat sedar dan tahu bahawa penjajahan di Tanah Melayu bermula sejak kejatuhan Kesultanan Melaka. Bermula dari itu, pihak kuffar merancang dan mengkaji cara untuk menghancurkan ummat Islam di Tanah Melayu, namun kebanyakannya hanya sia2 atau kesannya amatlah sedikit. Tetapi, sejak penjajahan British; kejayaan kaum kuffar semakin ketara dan ini hanyalah juga dengan Kuasa Allah SWT.

Antara kejayaan yang paling ketara adalah menjadikan Ummat Islam di Tanah Melayu jahil dan terus buta dalam Agama mereka. Kaum Kuffar sudah mengagak bahawa kejahilan ini akan banyak membantu agenda2 mereka di waktu depan. Cuba saudara lihat, berapa ramai ummat Islam yang benar2 memahami ajaran Islam yang shohih dari kaca mata yang sebenarnya. Malah terlalu ramai golongan tua (50-80) yang jahil buta dalan Aqidah, syariah dan Tasawwuf Islam; jika tidak yakin, cuba buat kajian/survey dengan menemu ramah masyarakat umum rata2 tempat; seperti di KLCC atau mana2 shopping kompleks. Jika ini keadaan mereka, bagai mana pula keadaan mereka yang berumur (25-49). Sudah pasti lebih teruk, jika ada yang berubah hanyalah peratusan yang amat kecil berbanding peratus penambahan dalam kejahilan.

Saya berpendapat bahawa, kejahilan inilah yang menjerumuskan ummat islam ke dalam kancah kufur/sesat seperti; wahabi, ayah pin, nabi melayu, arqam, syiah, liberal, secular, sister in islam dan pelbagai golongan sesat. Mungkin ada dikalangan mereka yang berniat yang murni, baik dan ikhlas, tetapi kebanyakannya adalah musush Islam yang bertopengkan Islam. Namun kejahilan membawa mereka ke dalam KUFUR. Maka mereka ini tetap dilabelkan KAFIR/KUFUR. Oleh demikian, tidak ada kemaafan atas kejahilan mereka dalam Aqidah yang shohih dan wajib bagi setiap individu untuk mempelajari dan mengamalkan Aqidah yang Shohih (ASWJ).

Berbalik kepada persoalan di akhir permasalahan pertama; yang mampu dan yang layak menghukum kesesatan wahabi, adalah Ulamak2 ASWJ, bukan orang awam, bukan golongan yang professional (PROTAZ), bukan kaum yang membaca buku tanpa guru seperti Albani. Kesimpulannya, kejahilan Ummat Islam menjadi bala’ ke atas Ummat Islam sendiri, sehinggakan Tuhan yang disembah pun tidak kenal, bagaimana mahu dikatakan Islam. Saranan saya, setiap individu wajib mempelajari dan benar2 memahami Ilmu fardu Ain dan yang terpenting adalah Ilmu Aqidah. Tetapi yang paling penting daripada yang terpenting itu adalah mempelajari Ilmu Aqidah daripada Ulamak ASWJ yang Shohih, thiqah dan mengambil dari gurunya yang juga thiqah. Bukan dari guru yang hanya belajar Phd atau pun hanya membaca/menelaah buku2 tanpa bimbingan guru mursyid thiqah.

Ketiga, Mudda’ie (syeikh) Aiman Wahabi Dihalau dari UIA. Ini berlaku pada awal bulan Ramadhan ini dan kisah ini berlaku dan dilihat dengan mata kepala; lebih mudah lagi kawan saya sendiri yang melakukannya. Inilah cerita beliau; “Walaupun pada awalnya ada sedikit gentar disebabkan saya ini tidak memiliki ilmu pertahanan diri, saiz badan yang kecil jika nak dibandingkan dengan wahabi2 yang khusyuk mendengar kesesatan Aiman itu. Namun perasaan berani timbul apabila memikirkan tanggungjawab terhadap agama apatah lagi apabila Aiman ini telah menyumbang kepada kesesatan pelajar2 Melayu di UIA dengan menghancurkan Aqidah ASWJ ditukar kepada Aqidah Wahabi@Yahudi.”

Seterunya dibawah ini email sahabat saya selepas kejadian itu:

“Merujuk kejadian di atas, telah berlaku depan mata saya sendiri bagaimana seorang syeikh besar wahabi “Aiman” dihina dan dihalau keluar dari kolej tersebut.

SECARA RINGKAS TETANG PERANAN AIMAN DI UIA!

Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian; “Aiman” ini telah dihantar dengan tujuan khusus menyebarkan dakyah2 sesat wahabi yang membawa kepada kekufuran secara; lafaz dan juga I’tiqod. Pada awal kedatangannya dulu, ramai juga pelajar2 melayu terpengaruh dan menjadi pendokong kuat ajaran wahabi ini. Namun kebelakangan ini makin kurang orang yang terpengaruh dengannya apabila kekufuran jelas dalam bab Aqidah dan juga “syaz” dalam bab syariah. Sekarang ini pula si Aiman Wahabi ini telah diharamkan memberi apa-apa jua program di dalam UIA. Alhamdulillah, pihak pengurusan atasan telah sedar betapa dahsyatnya kebinasaan yang dibawa oleh Wahabi ini. Kaum sesat wahabi (pengikut2 wahabi) amat menyanjung tinggi guru sesat ini (aiman) tidak ada yang berani mempersoalkan Aqidah Yahudi yang disebarkan oleh Wahabi Aiman.

KEJADIAN AIMAN DIHALAU!!!

Waktu itu jam 12.00am, ada seorang hamba Allah tersempak dengan aiman sedang menyampaikan ajaran sesat (wahabi) dan dalam majlis itu hampir 15 orang arab wahabi khusyuk mendengar. Hamba Allah ini terkejut bagaimana wahabi ini boleh bebas dalam UIA. Kemudian, dia pun masuk dengan lalu berkata”excuse me brothers, do you conduct any program? Arab Wahabi: No, we just have a discussion. Then the Guy said: in UIA, if you gather more than 10 people it’s considering a program and you don’t have any permission to do the program here. Besides, this guy “Aiman” has been banned by the UIA to enter and conduct any program, therefore you should stop NOW! Otherwise I’ll report to the UIA authorities” maka berlakulah pertengkaran di antara seorang Ahlul sunnah dan 13 orang arab wahabi. Lalu keluarlah wahabi2 itu dengan secara terpaksa dari tempat itu.

Wahabi2 suruh hamba allah itu minta maaf sbb aiman itu nak balik esk hari, nanti aiman tu terasa hati. Hamba allah itu jawab dengan mudah, biarlah dia terasa hati; kerana ummat islam di Malaysia amat membenci Aiman wahabi ini lagi pun yang buat salah kamu bkn aku.

Mengikut kata hamba Allah ini; dia berterus terang sebab apa dia bertindak sedemikian: ”I know this guy aiman; he has corrupted Malaysian students with the deviant teaching of Wahabism, which lead to Kufr. ”

Masya Allah, pelbagai cara jika Allah mahu menghina musuhnya.

Keempat, JAIS Menjelaskan Kesesatan & Mengharamkan Wahabi. Alhamdulillah ramai yang telah sedar dan berani mengutuk perbuatan tercela Kaum wahabi ini. Moga Allah sentiasa menjaga Ummat Islam khususnya di Malaysia dan menghancurkan Kaum Wahabi Kuffar ini khususnya di Malaysia. Amin Ya Allah Ya Rabbal Alamiin. Lihat di sini:

http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=467&Itemid=70

Kelima, Alhamdulillah sudah banyak agensi2 kerajaan terutamanya jabatan2 mufti negeri2 di Malaysia, semoga kerja mereka itu memberi manfaah pada mereka di Akhirat kelak dan Ummah Islam. Saya berharap semua jabatan2 kerajaan bersatu padu membanteras dan memberi kerjasama dengan pihak2 yang berusaha menentang kesesatan wahabiyyah ini.

NGO2 dan Parti2 Politik dinasihatkan agar tidak memberi ruang untuk kesesatan wahabi/syiah/Liberal Islam bertapak dalam agensi mereka, kerana kaum tersebut akan cuba mengambil kesempatan terhadap peluang bodoh pihak tertentu berikan. Saya tidak mahu sebut pihak mana yang memberi ruang ini, cukup sekadar memberi peringatan, jika tidak ada perubahan mungkin akan di iklankan melalui media massa dan juga saluran media elektronik. Wahabi boleh menghancurkan organisasi mereka. Oleh demikian, fikirlah secara rasional dengan menggunakan ukuran syarak yang shohih dan yang telah ditetapkan oleh Ulamak2 Muktabar ASWJ.

Keenam dan yang terakhir, Apa yang Anda Boleh Bantu.

1. Tambahkan ilmu anda dengan mempelajari daripada Ulamak2 ASWJ yang shohih dan bukan dengan mereka: (Abdullah yasin, Husin yee, DR MAZA, Dr Radhi, Rasul dahri, Mazlee malik, Sifu matric UIA PJ, Arif UKM, Fauzi deraman, Al-ahkam.net, hafiz pilot, PROTAZ, Al-Jauzi, Al-Qayyim, Majalah i, Albani, bin baz, uthaimin, muhd abd wahab, ibn taimiyyah, mat johari, azwira, mana2 ulamak fasid wahabi)

2. Sebar2 kan maklumat keesesatan wahabi.

3. Ajarkan anak2, kaum keluarga anda Aqidah yg shohih.

4. Buat blog sebar maklumat secara pantas/emailkan pada kwn2 jika kasih pada mereka.

5. Sentiasa berdoa agar sentiasa dalam Aqidah ASWJ yg shohih dan bukan wahabi yg mengaku (salafi@ASWJ)

6. Buatlah apa jua yang anda mampu untuk menyekat WAHABI di Malaysia, jika anda tangguhkan atau ambil sikap tidak peduli; maka tunggulah hingga anda akan ditanya pada akhirat kelak.

Akhirkalam, inilah nasihat dan idea yang dapat saya kongsi bersama demi kebaikan ummah Islam.

Segala salah silap saya; saya pohon jutaan keampunan daripada Allah SWT, jika apa yg saya katakana ini salah, diminta memberi komen, namun komen bukan daripada kaum kuffar.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Shollahualaihiwasallam

Wassalam

BankWahabi: http://www.bankwahabi.wordpress.com

Asadullah