Sunday, May 18, 2008

SIAPAKAH TOKOH YANG ANDA SUKAI?


dari http://abulehyah.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, المكون الأكوان, المدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

Disediakan oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany ( 0133005046)

TOKOH-TOKOH PENGIKUT FAHAMAN IBN TAYMIYAH DAN WAHHABI YANG PERLU DIKETAHUI DAN DITAHZIRI.

Penulis merasakan adalah penting untuk disenaraikan mereka-mereka yang bergelumbang dengan najis akidah wahhabiyah mujassimah ini. Ini adalah kerana beberapa sebab:

  • Supaya orang ramai dapat mengenali dan berwaspada.
  • Supaya masyarakat mengetahui siapakan dalang disebalik tersebarnya ajaran wahhabi.
    Penulis bukan berniat jahat atau menjatuhkan keaiban mereka tetapi ini adalah demi menyahut seruan agama tercinta (Amar Ma’ruf Nahi Mungkar). Semua ini adalah lillahi taala.
  • Ada sesetengah dari golongan ini sedang membodek-bodek dan mecari-cari simpati di sebalik bidang politik supaya dapat bergiat aktif dan tidak dikesan. Jadi penulisan ini adalah suatu maklumat kepada tokoh-tokoh politik tanah air supaya jangan mudah terpedaya dengan janji-janji dan mulut manis mereka. Sebagai contoh terdekat penulis ialah Mufti Perlis.
  • Supaya masyarakat tahu tentang bahayanya fikrah wahabiyah jika merebak di dalam masyarakat. Bahaya mereka ini bagi penulis adalat teramat kerana mereka berperanan sebagai pencetus kepada permusuhan dalam masyarakat dan kemungkinan lebih bahaya daripada Yahudi dari satu sudut jika dilihat pada akidah mereka dan personaliti mereka yang berbajukan umat Islam.

Terlebih dahulu eloklah rasanya penulis dedahkan tokoh-tokoh yang menyebarkan fahaman wahabiyyah di Timur Tengah kerana pada asalnya merekalah punca sebenar yang membawa dokrin ini meresap di Malaysia.Antaranya ialah:

  1. Nasr al-Din al-Baani
  2. Zuhair Syawisy
  3. Muhammad Nasib al-Rida’iy
  4. Mahmud Mahdi Istanbuli
  5. Hamud al-Tuwaijri
  6. Ibnu Baz (Abdullah bin Baz)
  7. Hamad al-Ansari
  8. Abu Bakar al-Jaza’iriy
  9. Soleh Uthaimin
  10. Soleh Fauzan
  11. Ibn al-Alusi (1202-1317)
    Abdul al-Rahman al-Mua’llimiy (1313-1386)
  12. Al-Qanuji : Sidq Hassan al-Khan
  13. Hamad bin Nasr bin Uthman al-Najdi
  14. Ahmad Ibrahim al-Najdi
  15. Jamaluddin al-Qasimi al-Dimasyqi
  16. Fathi Yakan
  17. Muhammad Khalil Harras al-Masri
  18. Abdul Razzaq Afifi Ahmad Syakir al-Masri
  19. Abdullah bin Sa’di al-Ghamidiy
  20. Muhammad Jamil Zainu
  21. Umar Sulaiman Asyqar
  22. Furaih bin Soleh al-Bahlul
  23. Salim al-Hilali
  24. Marwan al-Qaisi
  25. Abdul Qader al-Arnawuth.

TOKOH-TOKOH PENDOKONG IBN TAIMIYAH DAN WAHHABI DI MALAYSIA ;

  1. Mohd Asri Zainal Abidin ( Mufti Perlis Muftary)
  2. Abdullah Yassin ( Banyak kali ditangkap oleh JAIS kerana sebar fahaman wahabi di Masjid)
  3. Rasul Dahri ( Wahabi pekat dari Singapore yang aktif di Johor)
  4. Fath Bari Bin Mat Jaya ( Mustashar-pendakwah wahabi tajaan khas Saudi di Malaysia)
  5. Hafiz Firdaus ( Bekas pemandu kapal terbang)
  6. Mazlee Malek (Pensyarah UIAM)
  7. Johari Mat ( Ketua Executive KIAS)
  8. Juanda Jaya ( Pendakwah bebas )
  9. Azwira (Pensyarah UKM)
  10. Zahazan ( Penceramah IKIM)
  11. Mahmood Zuhdiy Abdul Majid (pensyarah UM yang diupah untuk menulis pasal sumbangan Ibn Taymiyah)
  12. Najib (Pensyarah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri UM, dulu mengajar di KIAS)
  13. Abdul Basit Abd Rahman ( bekas pelajar Madinah sekarang mengajar di pondok Kelantan, ayah seorang alim pondok tapi anak…?)
  14. Radi ( pensyarah USM)
  15. Ariff Nazri (pensyarah UKM)
  16. Maulana (’ala za’mihi) Asri Yusoff ( aktif di Kelantan, beliau pernah belajar di Pakistan)
  17. Pertubuhan al-Nida’
  18. Institut Ibn Qayyim Jauziyyah ( Pulau Pinang)
  19. Al AHKAM ( laman web yang memecah belahkan umat )
  20. INSTITUT AL-KHADEM.
  21. Sekolah Qiblah
  22. Semua yang sealiran dengan mujassimah musyabbihah ibn taimiyah dan wahhabiyah.

BINTANG-BINTANG KECIL WAHHABI

  • Yaseer (asal dari bumi Sabah pelajar IRK tahun 4 di UIAM)
  • Izree( pelajar tahun tahun UIAM)
  • Abu Mohd Masri Usamah (pelajar ekonomi Tahun 3 di UIAM).

Sebenarnya tidaklah suatu perkara yang penting untuk menyebut kanak-kanak kecil seperti Masri ini dalam tulisan penulis kali ini, tetapi bila teringat kepada peribahasa melayu kita yang berharga “ Api Bila Kecil Menjadi Kawan Tetapi Bila Besar Menjadi Lawan”, penulis merasakan tidak boleh dibiarkan. Tambahan lagi, beliau pula adalah antara kanak-kanak spesis wahhabi yang sedang menjalani proses pengkaderan.

Sebagai makluman pembaca, beliau sering kali kelihatan di bangunan IRK dan bangunan-bangunan lain pada larut malam untuk menyebarkan risalah wahhabi ke bilik-bilik pensyarah-pensyarah dan pernah mendapat nama menboikot program Maulidurrasul yang dianjurkan oleh masjid UIAM. Risalah itu juga menghentam keras Ustaz Fuad Kamaluddin yang merupakan penceramah khas jemputan UIAM dengan menyifatkan beliau adalah pengikut dan berakidah seperti jemaah AL-Arqam.Tetapi malangnya pihak penganjur tidak melakukan apa-apa tindakan disiplin dan memandang remeh perkara tersebut tanpa ada tindakan susulan. Di samping itu juga, Masri pernah memecah rekod negara Malaysia mengatakan Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolany berakidah selain daripada akidah Rasul yang mafhum mukhalafahnya beliau mengkafirkan sorang yang bergelar Amir Mukminin dalam bidang hadits tersebut…subhanallah.

TOKOH-TOKOH TANAH AIR YANG MEMPERJUANGKAN KETULINAN AQIDAH DARIPADA FAHAMAN MUJASSIMAH

  1. DR.OSMAN AL-MUHAMMEDY
  2. AL-MARHUM TUAN GURU HJ ABDULLAH, Tok Guru Pondok Lubuk Tapah Kelantan.
  3. TUAN GURU HAJI HASYIM, Tok Guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
  4. SYEIKH USMAN JALALUDIN, Pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang Dalam Kitabnya : Matholi’ Al-Anwar.
  5. UST ZAMIHAN MAT ZIN ALGHARY. Antara karya tulisan beliau ialah Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian.
  6. MUFTI KERAJAAN JOHOR, ALLAH YARHAM AL’ALLAMAH DATO’ SAYYID ‘ALAWIY BIN THAHIR. Dalam karyanya yang berjudul : Fatwa Mufti Kerajaan Johor. Dalamnya beliau menamakan gerakan al_wahhabiyyah sebagai Khawarij yang memecahbelahkan umat.
  7. BEKAS MUFTI SABAH SAID HJ IBRAHIM, dalam kitabnya ; Perbandingan Agama dan Fahaman Umat Islam
  8. UST RAMLI (IMAM MASJID RAHIMAH,GREENWOOD).
  9. SYEIKH DAUD AL-FATHANY. Antara karya beliau ialah Jawhar al-Saniyyah
  10. TUAN GURU BABA DIR SEKAM,PATANI
  11. SYEIKH NURUDDIN AL BANJARY
  12. SYIEKH WAZIR (TUAN SYEIKH PONDOK MODEN, BACHOK KELANTAN)
  13. TUAN GURU BABA HAMID, KELANTAN
  14. TUAN GURU POK CIK DIN AL-KELANTANY ( TOK GURU PENULIS) .
  15. AL MARHUM TUAN GURU USTAZ AMER ALKELANTANY ( TOK GURU PENULIS) ( W 1429 H). Beliau Adalah Guru Pondok Sambal.
  16. TUAN GURU HJ DAUD HJ OMAR AL KELANTANY, BUKIT ABAL. Beliau Mentahzir Murid-Muridnya Supaya Menjauhi Kitab Ibn Taymiyah Dan Ibn Qayyim Al-Jauziah Dan Mengkafirkan Keduanya dalam banyak ceramahnya. Antara Karyanya Yang Masyhur Ialah Kitab : Risalah Al-‘Aqoid Wa Al-Fawaid. Dalam Kitab Ini Beliau Menghuraikan Dengan Cukup Jelas Cara Mentanzihkan Allah Taala Daripada Sifat Makhluk. Selepas Beliau Menyebut Allah Wujud Tanpa Bertempat, Beliau Mengkafirkan Sesiapa Yang Memberi Sifat Makhluk Bagi Allah Taala M/ 34 -37: “Barangsiapa Beri’tiqod Serupa Zat Allah (Tashbih) Taala Atau Sifatnya Atau Dengan Perbuatannya Maka Iaitu Jadi Kafir “.
  17. PONDOK SAMBAL
  18. PONDOK MODEN BACHOK
  19. PONDOK LUBUK TAPAH
  20. PONDOK PASIR TUMBUH
  21. DAN BERLAMBAK LAGI…


Penulis insyaallah pada keluaran akan datang akan mendedahkan seorang yang Pensyarah UM, perihal beliau dan jenayah Ilmiyyah yang beliau lakukan untuk memartabatkan Ibn Taymiyah sebagai “Syiekhul Islam” (‘ala za’mihi). Sejauh mana beliau menipu majalah al-islam dan masyarakat…biznillah..

Disediakan oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany ( 0133005046)

Thursday, May 15, 2008

AQIDAH WAHHABI: "ALLAH SERUPA DENGAN NABI ADAM". (berbukti)

http://abu-syafiq.blogspot.com/

INILAH AKIDAH SESAT WAHHABI YANG DISEBARKAN OLEH WAHHABI DI MALAYSIA SEKARANG :
" ALLAH SERUPA, SAMA & SEPERTI NABI ADAM "

DI ATAS ADALAH COVER MUKA DEPAN KITAB WAHHABI YANG BERJUDUL: "AQIDAH AHL IMAN FI KHOLQI ADAM 'ALA SURATIR RAHMAN".
DALAM KITAB WAHHABI TERSEBUT MEREKA MENDAKWA BAHAWA RUPA BENTUK GAYA DAN DIRI ALLAH ITU SAMA DAN SERUPA DENGAN BENTUK RUPA NABI ADAM. NA'UZUBILLAH.
INILAH BUKTI BAHAWA WAHHABI SEMEMANGNYA MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK SEDANGKAN TIADA SATU AYAT ATAU HADITH PUN YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK DAN TIADA SATU NAS YANG SAHIH PUN MENYATAKAN "RUPA BENTUK ALLAH SERUPA DENGAN RUPA BENTUK NABI ADAM".LIHATLAH PADA TAJUK KITAB TERSEBUT IANYA AMAT MENGERIKAN DAN JELAS WAHHABI MENYATAKAN "ALLAH SERUPA DENGAN MAKHLUK".

Saya (Abu Syafiq)menyatakan: Inilah sejebis bukti pengakuan wahhabi sendiri yang diakui oleh pendokongnya bahawa akidah mereka sememangnya adalah Allah serupa dengan makhluk.
Ketahuilah bahawa akidah Islam sebenar Allah tidak menyerupai makhlukNya dan Allah tidak bersifat rupa paras mahupun rupa bentuk.
Dan saya mengatakan akidah tersebut adalah ruh akidah Yahudi sendiri. Ini kerana Yahudi juga mendakwa Allah Berbentuk dan Allah mencipta manusia seperti rupa parasNya.

Lihat akidah yahudi tersebut di : http://www.arabicbible.com/bible/ot/gen/1.htm
Dalam kitab orang Yahudi berjudul Muqaddas Awwal Safar Takwin Al-Ishah Awwal 26 Yahudi mendakwa فخلق الله الانسان على صورته
dan Yahudi juga mendakwa على صورة الله خلق
Kedua-dua akidah yahudi itu amat jelas menyatakan Allah mencipta manusia seperti rupa bentuk Allah. Wahhabi juga berakidah sedemikian. Subhanallah.

BIN BAZ AL-WAHHABI PADA KITAB TERSEBUT TELAH MEMUJI AKIDAH TAJSIM YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. (1)


BIN BAZ AL-WAHHABI AKIDAH TAJSIM (2)

DI ATAS ADALAH COP DAN PENGAKUAN DARI AL-WAHHABI ABDUL AZIZ BIN BAZ BAHAWA KITAB WAHHABI TADI YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK DAN RUPA BENTUK ALLAH ITU SAMA DENGAN RUPA BENTUK NABI ADAM MERUPAKAN AKIDAH YANG DIBAWA OLEH KESEMUA WAHHABI TERMASUK KESEMUA WAHHABI DI MALAYSIA.


INI ISI KANDUNGAN KITAB WAHHABI TERSEBUT YANG JELAS MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK

DI ATAS ADALAH ISI KANDUNGAN KITAB WAHHABI TADI YANG DIAKUI OLEH BIN BAZ AL-WAHHABI MENYATAKAN AKIDAH MEREKA BAHAWA ALLAH SERUPA DENGAN MANUSIA DAN SERUPA DENGAN SEGALA MAKHLUK-MAKHLUKNYA SERTA WAHHABI MENGUNAKAN HUJAH DARI YAHUDI KITAB TAURAT (MUHARRAFAH) YANG TELAH DITUKAR DAN DIUBAH. WAHHABI TIDAK MENGUNAKAN ALQURAN DAN HADITH TETAPI MENGUNAKAN KENYATAAN YAHUDI DALAM HAL ASAS AKIDAH. PERHATIKAN PADA LINE YANG TELAH DIMERAHKAN AMAT JELAS KESEMUA WAHHABI MENDAKWA ALLAH MENCIPTA MANUSIA SERUPA DENGAN DIRI ALLAH SENDIRI. INILAH AKIDAH MUJASSIMAH AL-YAHUDIYAH YANG DIHIDUPKAN OLEH AL-WAHHABIYAH.

semoga Allah memberi hidayah iman kepada Wahhabi.

www.abu-syafiq.blogspot.com

Sunday, May 11, 2008

Wahabi Mengatakan Allah Mempunyai Had !!


Assalamualaikum,

Pendedahan demi pendedahan dilakukan setiap hari.Penyelewengan agama wahabi kini semakin
banyak dimaklumi oleh masyarakat umum.Bagi yang wahabi pula ,mereka dengan membabi-buta ingin membela "imam" mereka dan menuduh itu ini sebagai fitnah walhal mereka tidak mempunyai dalil .Inilah wahabi.Oleh kerana dek taksub dan taqlidnya kepada kesesatan,maka apa sahaja yang dihidangkan oleh tok guru mereka adalah seperti hadis nabawi ,bahkan tidak boleh di sentuh malah dijulang walaupun perkara itu ialah perkara kufur.

Pembaca sekalian ,

kali ini didedahkan pula dengan wahabi mujassimah Bin Baz yang mengatakan Allah mempunyai had .Sudahlah menghina Allah dengan menjisimkan Allah,kini pula meletakkan had bagi Allah!!Apakah ini semua?!



Dalam nota kakinya kepada Al Aqidah At Thohawiyah ,kepala panutan wahabi ini telah berkata:

فمراده بالحدود يعني التي يعلمها البشر، فهو سبحانه لا يعلم حدوده إلا هو سبحانه

bermaksud

"apa yang dimaksudkan olehNya(had) ialah had yang diketahui oleh manusia,dan dia adalah maha suci ,tiada seseorang yang mengetahui hadnya kecuali Dia"




Ini adalah salah satu contoh yang jelas akan kekufuran Wahabi.Bagaimanakah seseorang boleh mendakwa sebagai Islam mengatakan "Allah mempunyai had(limit) tapi kita tidak mengetahuinya?"Sedangkan had ialah sifat bagi makhluk dan Allah tidak akan sekali kali serupa dengan makhluknya.

Percayalah sesiapa yng percaya atau ragu ragu dalam menyatakan Allah mempunyai apa saja had baginya ialah kufur dan akan dicampakkan ke api neraka selamanya melainkan mereka menjadi Islam kembali dan dan bertaubat dari perkara kufur sedemikian.


Semoga Allah memberi hidayah Islam kepada wahabi serta para pengikutnya.Wallahuyahdihilimayyasha`

JIHADWAHABI

jihadwahabi.blogspot.com

Saturday, May 10, 2008

Mohd Asri Bin Abdul Talib Menyokong Murtad dan Kristian



'Keputusan isytihar keluar Islam tepat'

beritaharian


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan keputusan yang diambil Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam adalah tepat.

Beliau berkata begitu berikutan tiada peruntukan hukum murtad dalam konteks Malaysia (penguatkuasaan menyeluruh), tetapi pada masa sama menegaskan keadaan itu tidak menggalakkan murtad oleh mana-mana pihak.

“Saya puji tindakan peguam Ahmad Jailani Abd Ghani dan Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim kerana berani mengendalikan kes sebegini yang pertama kali seumpamanya di Malaysia.


“Akidah Fatimah atau nama sebenarnya Tan Ean Huang, 39, yang tidak mengamalkan ajaran Islam sejak awal lagi sudah murtad, walaupun sebelum mendapat pengiktirafan mahkamah,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kelmarin, Hakim Othman memerintahkan supaya Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) membatalkan sijil pendaftaran memeluk Islam wanita itu dan memutuskan plaintif bukan lagi seorang Islam menurut Seksyen 61(3)b(x) Enakmen Aturcara Mal Mahkamah Syariah Pulau Pinang 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga dilaporkan berkata, rakyat perlu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang membenarkan permohonan Fatimah mengisytiharkan dirinya bukan seorang Islam selepas tidak mengamalkan ajarannya sejak memeluk Islam pada 1999.



Komen jihadwahabi:

Muftari Wahabi yang berakidah mujassimah macam yahudi ini semakin menjadi jadi nampaknya hendak mencari publisti,pencacai ini bukan sahaja mahu cari publisti dalam bab agama ,malah sekarang sibuk pula menjadi pengkritik dunia seni tanah air.Badut betul.

Sudahlah Muftari Perlis menyamakan wajah Islam dengan kristian,Lepastu menyokong pula agama Kristian dengan mengatakan hak mereka untuk menggunakan nama Allah untuk 3 tuhan mereka.Kali ini menyokong orang yang murtad pula.Apa sudah jadi? Selepas itu berduyun duyun pula penjilat barua Asri ni mempertahankan kenyataan Asri seolah olah menyokong agama Kristian ,murtad dan sebagainya.Kita boleh melihat di forum forum dan website wahabi di seluruh Malaysia ini,bak kata geng bertasamuh yang jahil "biarlah Asri dengan pendapat Mereka"Jahilnyer.....

Friday, May 9, 2008

ARIFF NAZRI MUSYABBIHAH ZAMAN MODEN



http://abulehyah.blogspot.com/
OLEH ;

Abu Lehyah Al-Kelantany (0133005046)


Alhamdulilillahirabbil A’lamin, setinggi pujian kepada Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kamalaat (kesempurnaan) dan maha suci Allah dari sifat-sifat kekurangan. Selawat dan salam ke atas junjungan musthafa Muhammad sollallahu A’laihi Wasallam sebagai rahmat untuk jirim dan a’radh (sekelian alam). Para sahabat-sahabat rasulullah, para taabi’in, tabi’-tabi’in dan ulama’-ulama’ ahlus sunnah waljama’ah yang tidak lekang memperjuangkan kesucian agama Islam sehingga ke hari akhirat.


Dewasa ini, Masyarakat sedang mencari-cari silibus Ahlus Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) dan Islam yang sebenar, telah timbul pelbagai platform yang menyediakan sajian silibus mengikut acuan dan fahaman mereka sendiri tanpa berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dan sumber-sumber yang telah disepakati oleh ulama’ (seperti Ijma’ dan Qias). Perkara ini menyebabkan berlakunya keresahan dan kecelaruan dalam masyarakat dalam mencari hakikat sebenar Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Kecelaruan dan keserabutan ini ditambah lagi dengan timbulnya golongan yang berperanan sebagai "musuh dalam selimut" atau "api dalam "sekam". Mereka ini cuba menjadi virus trojan dalam nas-nas Al-quran dan Hadis Nabi. Ditambah pula dengan penampilan yang dibuat-buat supaya masyarakat awam menganggap merekalah pendokong As-Sunnah. Pada hakikatnya mereka inilah golongan musyabbihah dan mujassimah.

Ketahuilah bahawa golongan mujassimah dan musyabbihah ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam As-Syafie dalam kitab Al-Ashbah Wa Al-Naza’ir dalam bab murtad ms 441 karangan Imam As-Suyutiy (Cetakan Darul Kutub Al-Ilmiyyah) : “Jangan mengkafirkan Ahlul-Kiblah, dikecualikan dalam masalah ini al-mujassim".


Tetapi apa yang mengecewakan, fahaman dan fikrah sebegini dihidupkan dan diaktifkan balik oleh seorang bekas pelajar uia yang dibernama Ariff Nazri. Beliau sekarang ini bersangatan ghairah mencari pelajar-pelajar UIAM supaya mereka dijadikan sebagai kader untuk meneruskan ajaran dan fahaman tabdi’ dan takfir ini. Oleh itu beliau sering kali kelihatan berpeleseran di kawasan Taman Ilmu Dan Budi untuk mengumpul pelajar-pelajar dalam satu halaqah kecil yang tersembunyi di celah-celah masjid,mahallah-mahallah dan musolla. Di samping itu perjumpaan ini dirancang di beberapa tempat termasuk café-café mahallah untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai pergerakan mereka dan perancangan short-term dan long-term bagi merialisasikan impian agama baru mereka serta mensasarkan uia sebagai university wahabi di Malaysia.


Ketahuilah bahawa Ariff Nazri ini ditahzir olen pensyarah-pensyarah UIAM terutamanya pensyarah-pensyarah di kuliyyah IRKHS. Beliau juga disifatkan oleh mereka sebagai pemecahbelah dan pencetus kesamaran aqidah di kalangan pelajar uia. Subhanallah..


KESESATAN ARIFF NAZRI YANG PERLU DIBONGKARKAN:


Untuk kemaslahatan ummah dan menyahut firman Allah supaya melaksanakan amal ma’ruf nahi mungkar. Maka penulis merasakan kesesatan beliau WAJIB DIBONGKARKAN.


Berikut adalah kesesatan-kesesatan beliau:

  1. Membawa ajaran berkonsepkan Takfir Dan Tabdi’.
  2. Membawa ajaran wahabi yang difatwakan sesat oleh Ulama’-ulama’ Ahlus Sunnah Waljama’ah (ASWJ). Walaupun konon-kononnya beliau pernah menghentam golongan wahabi dengan menggelarkan dirinya sebagai salafi (tetapi ketahuilah ini adalah sebagai wasilah terkini wahabi supaya identitinya sebenar tidak dikenali).Kalau diperhatikan dan diperhalusi, bukanlah ulama’ salaf sebenar yang dipakainya sebaliknya Ibnu Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahab juga sebagai tunggak ajaran beliau.Ibn Taymiyah dan Mohammad Abdul Wahhab seolah-olah kata-kata mereka dijadikan nas bagi hujah-hujah golongan wahhabi ini. Jangan kata nabi sudah...!
  3. Menterjemah istawa kepada makna bersemayam duduk iaitu akidah yahudi.
  4. Pernah mengatakan bahawa tawassul yang kepada nabi sebagai mana ada dalam hadits itu membawa kepada kesyirikan.
  5. Beliau pernah mengatakan bahawa tidak berlaku sekali- kali tashbih sekiranya tiada ADAWAT AL-TASHBIH seperti apa yang berlaku dalam surah thaha ayat subhanallah..jahilnya
  6. BERLAMBAK LAGI…


Insyaallah penulis akan datangkan penjelasan yang rapi tentang kesesatan beliau..insyaallah..ameen..


OLEH ;
Abu Lehyah Al-Kelantany (0133005046)

Wednesday, May 7, 2008

Mohd Asri Bin Abdul Talib bersaudara dengan Kristian Kafir?lagi



Antara Nama dan hakikat....komen al sakhawiy

Antara nama dan hakikat

Oleh MD. ASHAM AHMAD ( fellow at IKIM)

ZAMAN ini adalah zaman orang menuntut hak dan kebebasan. Di sana sini riuh rendah golongan itu dan ini menuntut apa yang didakwa hak mereka, yang mesti diserahkan dan dibebaskan daripada belenggu itu dan ini. Salah satu hak yang heboh diperdebatkan akhir-akhir ini ialah apa yang dikatakan hak orang Kristian menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh mereka.

Mereka mendakwa itu hak mereka, justeru mereka mesti diberi kebebasan memperlakukan apa sahaja dengan kalimah itu. Pastinya mereka telah mengemukakan hujah mereka bagi mempertahankan 'hak' itu, dan tidak kurang golongan Muslim sendiri yang termasuk golongan ustaz yang memperakui kebenaran hujah itu serta menyokongnya pula.
Di antara mereka ialah ustaz-ustaz politik yang hanya melihat keuntungan politik dari masalah ini. Akibatnya, belum pun mahkamah memutuskan apa-apa umat Islam di negara ini sudah berkecamuk fikirannya dan berpecah belah pandangannya.

Hujah utama yang dikemukakan bagi mempertahankan hak orang Kristian itu ialah bukti sejarah, bahawa kalimah Allah telah digunakan oleh orang Arab semenjak sebelum Islam, dan terus digunakan oleh orang Arab Kristian khususnya sehingga kini. Justeru, mereka berhujah, orang Islam, lebih-lebih lagi di Malaysia ini, tiada hak untuk melarang penggunaannya.
Sebelum kita mematahkan hujah yang dikemukakan itu perlu dinyatakan dua perkara dasar:
Pertama, bahawa isu ini berkait dengan penggunaan kalimah 'Allah' dalam bahasa Melayu, yakni salah satu daripada bahasa yang tergolong dalam rumpun bahasa Islami;
Kedua, hak menggunakan sesuatu kalimah hanya sah apabila hakikat yang dirujuk dengan kalimah itu tidak lain daripada hakikat yang dimaksudkan oleh kalimah itu, justeru menjadi kesalahan bagi seseorang yang meletakkan gelaran Ir. di hadapan namanya jika dia bukan seorang jurutera, dan dia tidak boleh mendakwa itu haknya.

Hujah di atas boleh dipatahkan dengan jawapan-jawapan berikut. Pertama: kalimah Allah adalah nama khas, bukan kata terbitan daripada mana-mana perkataan Arab. Justeru ia bukan boleh digunakan sebagai kata ganti bagi menterjemahkan sesuatu perkataan daripada bahasa lain. Sebagai bandingan seorang yang bernama Mr. Black tidak boleh ditukarkan namanya kepada Encik Hitam kalau kita berbicara tentangnya dalam bahasa Melayu kerana nama itu adalah nama khas yang merujuk kepada orang yang tertentu.
Kedua, memang benar kalimah itu telah sedia wujud dan digunakan oleh orang Arab semenjak sebelum Islam, akan tetapi itu tidak bermakna mereka memahami maknanya yang hakiki. Sebaliknya mereka telah mensyirikkan maknanya sehinggakan kalimah Allah yang mereka sebut itu sudah hilang hakikatnya, yakni mereka menyebut Allah, tetapi mereka maksudkan yang lain. Contohnya: Sekiranya yang dimaksudkan itu ialah Tuhan yang beranak atau diperanakkan maka itu bukanlah Allah, kerana Allah Maha Esa, tidak beranak mahupun diperanakkan.

Sekiranya mereka berkeras dengan pendapat mereka walaupun setelah nyata kebenaran maka itu adalah pendustaan dan kekufuran.
Ketiga, kedatangan Islam adalah bagi menyucikan kalimah itu daripada penyelewengan makna yang telah berleluasa dan berlarutan zaman-berzaman. Justeru Islam datang dengan kalimah tayyibah (kalimah yang elok): la ilaha illallah, yang mengandungi penafian segala kepalsuan yang dinisbahkan kepada Allah dan pengisbatan bahawa yang layak disembah hanyalah Allah. Adalah jauh daripada kebenaran mereka yang mendakwa Islam tidak pernah melarang sesiapa pun menggunakan kalimah Allah. Bukankah syirik kemungkaran terbesar yang diperangi oleh agama Islam? Sesiapa pun yang mensyirikkan Allah pada hakikatnya telah memalsukan makna kalimah itu walaupun mereka tetap menuturkannya.

Keempat, oleh kerana bahasa Melayu adalah bahasa Islam, makna yang diisbatkan bagi kalimah Allah ialah makna yang dikehendaki oleh al-Quran. Justeru, usaha memberikan makna yang lain bagi kalimah itu mesti dianggap sebagai usaha merosakkan bahasa Melayu, dan oleh itu menjadi tanggungjawab orang Melayu dan kerajaan yang dipimpin mereka memelihara kesempurnaan bahasa mereka agar tidak dicemari oleh unsur-unsur asing yang boleh mengelirukan pandangan hidupnya.

MeleraikanDalam kekalutan menghadapi acahan ini kita melihat langkah sumbang para ustaz yang diharapkan oleh masyarakat ke hadapan meleraikan kekeliruan mereka. Seorang ustaz berkata, bahasa dan kalimah yang disebut tidak penting dalam soal akidah Islam. Penyelesaiannya, ujar beliau, ialah dengan merujuk kepada al-Quran dan Sunah, dan mencari hukum daripada kedua sumber ini. Daripada ustaz ini harus dituntut penjelasan apakah perbezaan antara kalimah yang baik (kalimah tayyibah) dengan kalimah yang keji (kalimah khabithah) kerana al-Quran sendiri membangkitkan persoalan ini (Ibrahim: 24-27).
Apa yang ustaz itu katakan adalah suatu kekeliruan kerana akidah yang benar tidak boleh dipisahkan daripada kalimah yang benar. Alangkah berlawanan sekali apa yang dikatakan itu berbanding seruannya agar umat Islam kembali kepada al-Quran dan Sunah sedangkan apa yang tercatat pada keduanya itu tidak lain daripada kalimah-kalimah.

Ustaz yang sama juga dengan semberono menyalahkan ilmu kalam sebagai punca kelemahan akidah kaum Muslimin hari ini. Pada hakikatnya para ustaz yang jahil ilmu kalamlah yang menjadi punca kemerosotan pemikiran Muslim hari ini. Mereka ini, lantaran kejahilan sendiri, telah memusuhi ilmu kalam dan ahlinya (mutakallimun) yang banyak berjasa itu. Bagaimana boleh dimusuhi ilmu yang memberikan keahlian kepada seseorang bagi memahami kalam Allah?
Sebagaimana Allah mengajarkan kita agamanya dengan perantaraan bahasa demikian jugalah kita menyampaikannya kepada seluruh manusia. Adakah bahasa yang lebih baik dari yang disusun menurut tertib berfikir yang sihat? Kerana bahasa juga menjadi alat menyebarkan pemikiran dan akidah yang sesat. Di sinilah sumbangan besar ilmu kalam dan para mutakallimun. Mereka mara ke hadapan menghadapi ancaman pemikiran asing menggunakan bahasa bertertib mantiq bagi mengisbatkan tauhid dan menghancurkan syirik.

Syirik dalam bentuk penyembahan berhala amat mudah difahami walaupun oleh kumpulan yang hidup berkelana di padang pasir. Akan tetapi agama Islam bukan diturunkan hanya untuk orang yang tahap pemikirannya seperti itu. Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan dikurniakan ilmu kepada darjat-darjat yang berbagai (al-Mujadalah: 11) kerana tahap akal dan kefahaman mereka tidak setaraf.

Persoalan yang mendasari perbezaan antara agama khususnya antara agama Islam dan Kristian memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap dasar-dasar pemikiran, yakni falsafah. Asas-asas pemikiran yang mendasari kebudayaan Barat yang begitu berpengaruh pada hari ini juga adalah berakar-umbikan falsafah. Justeru, bagi menghadapi mereka ilmu kalam dan tradisinya perlu dihidupkan kembali bukan diperangi dan diperlekehkan.
Unsur-unsur syirik yang terkandung dalam falsafah dan ideologi tidak mungkin difahami oleh golongan bawahan dan orang-orang yang memiliki tahap pemikiran setaraf dengannya. Demikian jugalah tauhid, ia hanyalah omongan kosong jika diserahkan pengajarannya di tangan orang yang bukan sahaja tiada kewibawaan tetapi juga terlalu bongkak untuk mengenali dan mengakui empunya wibawa yang sebenar. Inilah masalah sebenar kita.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0507&pub
=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm


komen AlSakhawiy:

Assalamualaikum wbt

Segala puji bagi Allah,tuhan semesta alam,wujud azali abadi ,tanpa bertempat,tidak diliputi zaman, selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhamad serta kaum keluarganya dan para sahabatnya.

Tulisan oleh fellow IKIM ini saya rasakan adalah rentetan dari siaran radio IKIM tempoh hari yang membincangkan tajuk ini.
PADA SAYA ‘ustaz’ yang dimaksudkan oleh saudara Md Asham ini adalah si Muftari Perlis Dr Asri zainal Abidin.(lihat artikel yang cuba membodohkan umat Islam oleh si Muftari klik

Si Muftari ini memang otaknya sedikit goncang,tidak faham maqasid syar’iyah bahkan tidak faham akidah Islam…dengan merasakan ayat2 nya yang power,dia cuba menjadi api dalam sekam,gunting dalam lipatan, dengan mengatakan isu kalimah ni biasa aja dong,ngak apa apa,jgn berebut sih…ahh ini lah kebodohan si Muftari yang mengatakan pihak JAKIM dam umat Islam main berebut dengan Kristian,ini bukan masalah berebut macam main bola ragbi,ni pasal keselamatan akidah umat Islam,jgn jadi bodoh!!

SI MUFTARI NI sekali lagi, tiada isu ulang lagi kutukan pada ahli sunnah wal jamaah ,terhadap ilmu kalam…inilah propaganda yahudi yang diteruskan oleh si Muftari,memecah belah kesatuan akidah umat Islam,dengan melempar tuduhan2 yang tidak berasas,yang hanya berpandukan pada khayalan otaknya yang sudah bergoncang mcm kapal dipukul badai.
Si Muftari tak tahu membezakan siapa tuhan yang dimaksudkan oleh musyrik makkah dan Allah rabbul jalil yang diseru oleh nabi Muhammad untuk disembah…

Si Muftari otak goncang ini juga amat lemah dengan mengakui tidak dapat memahami ajaran ilmu kalam yang mudah ini,…apa la,….budak pondok yang tiada PhD pun boleh faham dan boleh ngajar lagi kat orang kampung…orang kampung juga sejak dahulu tiada pun mengeluh ,uhh apa ni memenatkan kepala otak,..tup2 datang si Muftari yang bodoh,tak faham ,kata semua benda ni payah,memenatkan,..ish2 kesiannya, hang lagi teruk daripada pakcik pakai kain pelikat di kampung Pasir Tumbuh la…inilah orang yang mengakui sarjana tapi alahai, lemah pemikirannya….

Si Muftari juga mempromosi akidah takfir muslimin,tauhid konon ada tiga pulak,ni mcm akidah kristian shaja,tiga pulak,..trinity?....sebenarnya telah ramai ulamak menolak tauhid yang kononnya terbagi kepada tiga ini,sejak dulu lagi,Ulamak al- Azhar telah menulis buku2,risalah dan fatwa menolak kewujudan tauhid sebegini dalam Islam, antaranya:

1-Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddith Syeikh Yusuf al-Dijwi.Ahli lembaga majlis ulama besar Al-Azhar. Dalam majalah nur al islam edisi tahun 1933,lidah rasmi al-azhar pada masa itu.
2- Al-Allamah Syeikh Zaki Ibrahim
3- Syeikh Izzudin Abul Azaim
4-Sayyid ‘Alauddin Abu Al Azaim dalam kitab yahud am hanabilah
5- Muhaddith Syeikh Salamah Al-Qudhaii al’Azzami Al syafie, dalam kitab Al Barahin al Sati’ah fi raddi b’adil bida’ al Syai’ah.
6-Allamah al Muhaddith al Faqih Syeikh Abdullah Al Harari dalam kitab al Syarh Al Qawim fi Halli Alfadz Sirat al Mustaqim.



sumber http://www.izharsunnah.blogspot.com/

WAHHABI KAFIRKAN TAHLIL&ZIKIR, Ibnu Taimiah Mengharuskan&Menggalakkannya Pula


BUKTI WAHHABI MENGKAFIRKAN AMALAN TAHLIL DAN ZIKIR MANAKALA IBNU TAIMIAH MENGALAKKAN PULA.


DI ATAS ADALAH KITAB IBNU TAIMIAH BERJUDUL MAJMUK FATAWA JILID 24 PADA MUKASURAT 324. IBNU TAIMIAH DITANYA MENGENAI SESEORANG YANG BERTAHLIL, BERTASBIH,BERTAHMID,BERTAKBIR DAN MENYAMPAIKAN PAHALA TERSEBUT KEPADA SIMAYAT MUSLIM LANTAS IBNU TAIMIAH MENJAWAB AMALAN TERSEBUT SAMPAI KEPADA SI MAYAT DAN JUGA TASBIH,TAKBIR DAN LAIN-LAIN ZIKIR SEKIRANYA DISAMPAIKAN PAHALANYA KEPADA SI MAYAT MAKA IANYA SAMPAI DAN BAGUS SERTA BAIK.

Manakala Wahhabi menolak dan menkafirkan amalan ini.


DI ATAS PULA ADALAH KITAB IBNU TAMIAH BERJUDUL MAJMUK FATAWA JUZUK 24 PADA MUKASURAT 324.IBNU TAIMIAH DI TANYA MENGENAI SEORANG YANG BERTAHLIL 70000 KALI DAN MENGHADIAHKAN KEPADA SI MAYAT MUSLIM LANTAS IBNU TAIMIAH MENGATAKAN AMALAN ITU ADALAH AMAT MEMBERI MANAFAAT DAN AMAT BAIK SERTA MULIA.

Tetapi amalan ini adalah amalan kufur disisi Wahhabi.


Saya ( Abu SYafiq ) mengatakan: Wahhabi adalah agama pelampau. Mereka akan mengkafirkan sesiapa sahaja termasuk ibu bapa mereka sendiri. Ini telah berlaku dalam kes-kes di Malaysia yang akan dibongkarkan tidak lama lagi bukti kesemua Wahhabi di Malaysia juga mengkafirkan ibu bapa mereka yang beragama Islam hanya kerana ibu bapa mereka berakidah Asya'irah Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan mengamalkan tahlil, talkin dan lain dari amalan yang ada sumber nas dari Al-Quran dan Hadith. Tetapi sekiranya kita mendatangkan jutaan hujjah sekali pun kepada Wahhabi pasti mereka menolakknya dan mengatakan kita yang DOK BETUL.

"Tuhan" Wahhabi: Jisim Duduk Atas Kerusi Roda.
"Nabi" Wahhabi: Ibnu Taimiah Al-Harrani.
"Wali" Wahhabi: Muhammad Bin Abdul Wahhab Tanduk Syaitan.

Inilah hakikat gerakan dan agama Wahhabi berdasarkan fakta dan bukti dari kitab-kitab mereka sendiri.

Doa yg selalu saya doakan utk Wahhabi.Semoga Allah memberi hidayah iman kepada Wahhabi.

www.abu-syafiq.blogspot.com

Tuesday, May 6, 2008

Mohd Asri Bin Abdul Talib bersaudara dengan Kristian Kafir?


Assalamualaikum


ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH PENGANUT KRISTIAN

Muftari Perlis, Asri Zainal Abidin kater, bleh je... tu hal remeh temeh
, yg penting umat Islam paham
,lagipun mufti sumpah sumpah ni mengatakan wajah islam ni sama dengan kristian,bersaudara le tu?,

... Adun PAS S. Alam pon senada... ok jeee... tp adakah mereka tahu sbb apa dulunya dilarang penggunaan kata Allah oleh org bukan Islam? Mari kita lihat penerangan yang amat baik dari JAKIM >>

http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/KALIMAH%20ALLAH.pdf

http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/isu%20kalimah.pdf

Ayuh, baca dan pahamkan... jangan mudah terpengaruh dan tidak ambil kisah! Sebarkan
Wassalam...

Monday, May 5, 2008

Pengakuan Perisik British (yahudi ) Siri 2

Bahagian 2

siri kajian hubungan wahabi dan yahudi


berkata hempher:

sambungan dari siri pertama:klik jika belum baca

rice_saudiarabia372.jpg


PAda 1122 Hijrah,1710 Masihi,Menteri Penjajahan telah menghantar aku ke Mesir,Iraq,Hijaz dan Istanbul untuk menjadi pengintip dan mendapatkan maklumat yang penting untuk memecahbelahkan umat Islam.Kementerian telah melantik sembilan lagi orang,penuh berkemampuan,satu matlamat dalam satu masa.Sebagai tambahan kepada wang,maklumat dan peta yang kami perlukan,kami telah diberikan senarai yang mengandungi nama pentadbir,ulama, dan ketua kabilah.Aku tidak dapat lupakannya! Apabila aku mengucapkan selamat tinggal kepada setiausaha,dia berkata"Masa depan negara kita bergantung kepada kejayaan kamu.Untuk itu,usahalah segigih mungkin sedaya upaya kamu"


Aku telah merancang perjalanan ke Istanbul ,iaitu pusat kepada khalifah Islam.Disamping tugas utamaku,aku sebenarnya telah memahami bahasa Turki dengan fasih,ia adalah bahasa ibunda orang Islam disana.Aku telah mempelajari di bahsa Turki,Arab dan Parsi di london.Mempelajari BAhasa adalah agak berbeza dari bercakap.Ia memerlukan masa untuk membiasakannya.Aku perlu mempelajari Bahasa Turki untuk mengelakkan orang islam mengesyaki aku.


Aku tidaklah bimbang jika mereka mengesyaki aku.Orang islam adalah kaum yang bertolak ansur,hati terbuka ,seperti apa yang mereka pelajari dari nabi mereka Muhammad"alaihi salam".Mereka tidaklah seperti kami.Tambahan ketika itu kerajaan Turki tidak mempunyai badan untuk menangkap perisik.

bandar.jpg

Setelah perjalanan yang memenatkan aku tiba di Istanbul.Aku mengatakan namaku adalah Muhammad dan terus kemasjid,tempat penyembahan bagi orang ISlam.Aku suka cara Muslimmenjaga disiplin,kebersihan dan ketaatan.Untuk seketika aku berkata kepada diriku:Kenapa kita melawan orang yang tidak bersalah ini?Adakah nabi Musa yang menasihatkan kita?Setelah aku memendamkan rasa gundah gulana tersebut aku kembali menerukan misi aku.

Di Istanbul,aku bertemu dengan seorang Ulama bernama "Ahmad Effendi".Dengan akhlaknya yang baik,keterbukaan hatinya,warak ,tidak pernah aku melihat orang kuat agama yang menyamainya.Orang ini berusaha bersungguh2 untuk mencontohi nabi Muhammad.Menurutnya ,Muhammad adalah manusia yang sangat sempurna,dan tinggi darjatnya.Apabila beliau menyebut tentang Muhammad,matanya digenangi air.Aku sangat bertuah kerana dia tidak sedikit pun bertanya dari mana aku datang dan siapa aku yang sebenarnya.Dia menggelarku "Muhammad Effendi" . Dia menjawab segala persoalanku dengan tenang dan sabar.Dia menganggapku sebagai tamuyang datang ke Istanbul untuk bekerja di Turki dan hidup dibawah naungan Khalifah,pengganti Nabi Muhammad.Kononnya inilah alasan aku untuk berada di Istanbul.

PAda satu hari,aku telah berkata kepada Ahmad effendi:"Ibu Bapaku dah mati.Aku tidak mempunyai abang atau kakak dan aku juga tidak mewarisi sebarang harta.Aku datang ke negara Islam untuk bekerja dan untuk belajar Al Quran dan Sunnah,untukdunia dan akhirat"
Dia sangat gembira mendengar perkataan dari ku itu dan berkata " Kamu berhak untuk di hormati untuk 3 alasan tersebut." Aku telah menulis dengan tepat apa yang beliau katakan


"

  1. Kamu adalah seorang muslim,Setiap muslim adalh bersaudara.


2.Kamu adalah tetamuku.RAsulullah SAW bersabda"layanilah tetamu mu dengan baik"


3.Kamu mahu bekerja.Ada hadis menyatakan bahawa orang yang bekerja disayangi Allah"


Perkataannya menggembirakan aku sekali.Aku berkata kepada diriku," Adakah nilai ini dalam agama Kristian juga?Malulah kalau tidak ada langsung"Apa yang menarik ialah Islam ,agama yang mulia teah dirosakkan oleh mereka yang tidak mengambil tahu apa yang berlaku dalam kehidupan.

reruntuhan-rumah-khadijah_o.jpg

Aku mengatakan kepada Ahmad Effendi bahawa aku ingin mempelajari Al Quran.Dia menjawab mengatakan bahawa dia sudi mengajarku.Aku sangat pelat teruamanya dalam menyebut beberapa huruf.Dalam masa 2 tahun, aku membaca kesemua Alquran.Sebelum pengajaran dimulakan ,dia akan berwuduk dan juga menyuruh aku untuk berwuduk.Dia duduk menghadap kiblat dan mula mengajar.

Apa itu wuduk?Ia adalah siri pembasuhan:


1)Muka

2)Tangan hingga ke siku

3)membasuh kepala,telinga

4)kaki


Aku terpaksa mengguna miswak kerap kali.Miswak adalah kayu yang digunakan orang Islam untuk membersihkan mulut dan gigi mereka.Aku menyangka kayu ini adalah berbahaya untuk mulut dan gigi.Kadangkala ianya melukakan mulutku dan mengakibatkan berdarah.Apapun aku terpaksa menggunakannya.Menurut mereka miswak adalah sunat muakad .Mereka mengatakan kayu ini sangat berguna.Akhirnya gigi berdarah sudah tiada lagi.Dan nafas berbau busuk yang aku alami (dan juga warga British yang lain)juga telah hilang.


Ketika aku menetap di Istanbul,aku menghabiskan masa dalam bilik yang aku sewa dari seorang lelaki yang bertanggungjawab di masjid.Hamba tersebut bernama "Marwan Effendi".Marwan ialah nama salah seorang sahabat nabi Muhammad.HAmba tersebut seorang yang sangat kalut.Dia menasihatkan aku " berilah nama bakal anak kamu Marwan ,kerana Marwan adalah salah seorang pejuang terhebat Islam"

"Marwan Effendi akan menyediakan makan malam.Aku tidak akan bekerja pada hari Jumaat,iaitu hari cuti bagi muslim.Pada minggu kemudiannya aku bekerja dengan seorang tukang kayu bernama Khalid,aku dibayar secara mingguan.Oleh kerana aku bekerja sambilan,dari pagi hingga tengahhari,dia hanya memberikanku separuh gaji berbanding pekerjanya yang lain.Tukang kayu ini seringkali menceritakan tentang kehebatan Khalid bin Alwalid,iaitu salah seorang sahabat .Dia adalah seorang pejuang yang hebat .Telah memimpin banyak peperangan.Sayangnya pemecatannya oleh Omar Al Khatab semasa pemerintahan khalifah telah melukakan hati tukang kayu itu.

"Khalid" tukang kayu iaitu majikanku adalah seorang yang tidak bermoral dan juga sangat sensitif.Dia entah macam mana mempercayaiku dengan sepenuh hati.Aku tak tahu mengapa,mungkin juga kerana aku selalu mematuhi arahannya.Dia mengabaikan Syariat dalam diam diam.Tetapi dihadapan rakannya dia berpura pura mengikuti syariat.Dia pergi Solat Jumaat,tetapi,aku tak pasti tentang solat 5 waktu yang lain.

Aku bersarapan di kedai.Selepas kerja,aku pergi kemasjid untuk solat zuhur dan tinggal untuk solat Asar.Selepas soalt zohor,aku pergi ke rumah Ahmad Effendi,di mana dia akan mengajar aku Al quran,bahasa Arab dan turki untuk 2 jam.Setiap hari jumaat aku akan memberikan gajiku kepadanya kerana telah mengajar aku dengan baik,dia telah mengajar aku membaca quran dengan baik,hukum hakam dalam Islam dan juga bahasa Arab dan turki .



Apabila Ahmad Effendi tahu bahawa aku masih bujang maka dia menawarkan kepada aku untuk mengahwini akan perempuannya.Tetapi aku enggan.Dia memujuk lagi dengan mengatakan "berkahwin itu adalah sunah.NAbi bersabda" sesiapa yang ingkar suannha ku maka dia bukan umatku".Aku aku menyedari bahawa ini akan menyebabkan berakhirnya hubungan peribadi kami,aku terpaksa berbohong kepadanya bahawa aku lemah syahwat.Ini akan memastikan hubunganku dengannya berkekalan.

Apabila penetapanku selama 2 tahun ku di Istanbul sudah berakhir,aku memberitahu "Ahmad Effendi abahawa aku ingin pulang.Dia berkata"jangan pergi,mengapa nak pergi juga?Kamu boleh jumpa apa sahaja di Istanbul.Allah Taala sudah memberikan agama dan dunia di kota ini.KAmu kata kamu tidak mempunyai ibu bapa lagi dan adik beradik.KEnapa tak nak tinggal sahaja di Istanbul?Kelihatan Ahmad Effendi ingin memujuk aku supaya tidak keluar dari IStanbul.Tetapi semangat patriotik aku memaksa aku pulang ke London ,menghantar laporan tentang pusat pemerintahan khalifah dan mengambil arahan baru.



Selama aku tinggal di Istanbul,aku menghantar laporan bulanan ke kementerian penjajahan.Aku teringat dalam satu laporan aku bertanya apakah yang patut dilakukan,maka mereka menjawab aku patut meliwatnya jika ianya dapat membantu kamu.Aku rasa teruk dengan jwapan ini.Aku athu ianya(liwat) adalah perkara mulia di England.TApi inilah kali pertama orang atasan mengarah aku berbuat demikian.Aku terpaksa mengambil dadah sebanyak banyaknya.Jadi hanya diam dan menyambung tugas aku.


Aku mengucapkan selamat tinggal kepada "Ahmad Effendi" ,matanya dibasahi dan dia berkata kepada ku," Anakku!,Semoga Alla taala bersama kamu!Jiaka kamu boleh ,datang ke IStanbul dan melihat aku sudah tiada ,ingatlah aku.Bacakanlah fatihah untuk roh ku.Kita akan berjumpa di hari Akhirat dihadapan Rasulullah.BAgaimanapun,aku juga sangat sedih,sehingga menitiskan airmata.Tetapi rasa untu meneruskan tugas menghancurkan Islam itu lebih kuat...

Saturday, April 26, 2008

BERTASAMUH DENGAN WAHABI???



Assalamualaikum,



Saya kerap dihujani dengan komen yang menyuruh kita bertasamuh dengan wahabi.Komen-komen seperti "kenapa sibuk sibuk dengan wahabi,sedangkan banyak lagi perkara penting yang perlu dilihat" sudah lali bagi saya.Mengapa ? Agak panjang hendak ditulis jika mahu penjelasan yang panjang lebar.Saya sendiri agak sibuk dan saya hanya menulis didalam blog ini untuk mengisi masa lapang saya .

Masalah yang dibawa oleh agama wahabi ini bukanlah masalah yang kecil.Sejak dari awal kemunculannya ,terbukti ianya telah banyak mengkucar kacirkan malah membantutkan pembangunan umat Islam sendiri.Beribu ribu umat Islam yang tidak berdosa telah dibunuh, nenek moyang kita yang beragama Islam juga telah dikafirkan.Malah kejatuhan khilafah Uthmaniyah juga disebabkan oleh rompakan puak wahabi yang merampas tanah Hijaz dari tangan khalifah.Kini kita juga dihidangkan dengan pembidaahan dan pengkafiran mereka terhadap umat Islam yang tiada penghujungnya.Benarlah bahawa hadis nabi tentang kemunculan mereka ini dari bumi fitnah Najd.

Ingin sekali saya menyentuh tentang isu tasamuh ini.Kebelakangan ini ,semakin banyak blog yang muncul bagi menentang akidah wahabi.Tahniah diucapkan.Tidak lupa juga kepada blog blog yang telah mula sedar akan kepentingan melawan akidah mujassimah yang dipromosikan oleh wahabi.Bilangan mereka ini semakin bertambah hari demi hari,atas berkat dan hasil usaha ulama ulama yang telah menjelaskan kepada masyarakat awam tentang bahayanya akidah kufur wahabi mujasimah.

Perkara lain yang ingin disentuh ialah kewujudan web site dan blog yang bertasamuh dengan akidah wahabi.Apa itu tasamuh? Tasamuh secara ringkasnya dapat di tafsirkan sebagai bertoleransi.Adakah dalam semua keadaan kita dibenarkan bertasamuh termasuk dalam bab yang berkaitan dengan iman dan Islam?Mana mungkin pendapat ini diterima oleh orang yang berfikiran waras.Mana mungkin dapat bertasamuh dengan orang yang mengatakan Islam adalah sama seperti Yahudi,Kristian,Buddha ,Hindu dan agama lain?Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran;

ﺇﻦﺍﻠﺪﻴﻦﻋﻧﺪﺍﷲﺃﻹﺴﻼﻢ
" Sesungguhnya agama yang disisi (diredhai) Allah adalah Islam"

Maka kita juga tidak dapat menerima kemunculan agama baru yang bertopengkan salaf yang muncul lebih kurang dua ratus tahun lalu yang dibawa oleh Muhammad ibn Abdul Wahab.Terlalu banyak penyelewengan agama baru ini ,saya listkan sebahagian kecil sahaja.
  1. Mereka berakidah mujassimah seperti mengatakan' Allah duduk atas arasy',Mendakwa lagi Allah itu beranggota badan dan juga menetapi tempat dan juga mengatakan Allah itu jisim .
  2. Mereka juga mengkafirkan umat ISlam yang bertawasul dan bertabaruk sedangkan perkara tersebut mempunyai dalil dari Quran dan Sunnah dan bukannya ia benda yang direka-reka untuk merosakkan Islam.Bahkan pandangan yang mengatakan bertawasul dan bertabaruk itu adalah syirik adalah yang sebenarnya merosakkan Islam itu sendiri .
  3. Mereka mengkafirkan ramai ulama muktabar Islam kerana tidak berakidah tajsim seperti mereka .Kita dapat melihat contoh dimana seorang pelajar UIA telah mempromosikan kesesatan akidah ulama tersebut kerana tidak berakidah sperti mereka.
  4. Mufti sumpah-sumpah yang berada di Malaysia ini juga turut mempromosikan akidah wahabi,dan secara tidak langsung membodek pemerintah untuk duduk di bawah ketiak mereka.
Bagaimanakah kita dapat bertasamuh dengan orang yang mengkafirkan umat Islam secara keseluruhan?Persoalan mudah,jika seseorang itu bukan antiwahabi,apakah pegangan dia yang sebenarnya?Saya menjawab "dia sebenarnya adalah penyokong kepada wahabi.Sekalipun dia tidak mengaku akan kebenarannya.Ini kerana dengan tidak menolak wahabi" ,secara tidak langsung seolah olah menyokong kepada berkembangnya agama wahabi (dengan akidah kufur mereka itu) telah menyesatkan akidah umat Islam di seluruh dunia.Tasamuh dalam perkara yang melibatkan Iman dan ISlam adalh satu perbuatan yang tidak boleh diterima.Ini adalah satu kezaliman kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Mereka telah bersimpati terhadap pemuka-pemuka mujassim wahabi apabila sesetengah blogger menentang akidah wahabi.Dalam masa yang sama pula membenci bahkan ,menyeru kepada orang ramai untuk memulaukan blog blog yang menentang wahabi.

Saya ingin mengulas satu komen dari mereka yang bertasamuh dengan wahabi :


":Jangan terlalu fanatik dalam menentang kebatilan Wahabi sehingga melupakan kepentingan hidup bertoleransi antara satu sama lain."

Si penulis tersebut sendiri telah mengakui bahawa wahabi ada kebatilannya.Tapi dalam masa yang sama seolah olah menafikan kebatilan wahabi dengan mengatakan"
JANGAN TERLALU FANATIK".
Adakah dengan mempertahankan Islam dengan hujah dan dalil bersumberkan Alquran ,Sunnah,Ijmak dan Qias dalam menentang kebatilan wahabi dianggap sebagai fanatik yang salah?Apakah si penulis faham makna fanatik yang sebenar?

Adakah dengan memboikot barangan belanda kerana mereka menghina Islam dikira fanatik yang salah?Bukankah wajib bagi umat Islam mempertahanan akidah umat Islam apabila dicerca dan 'dibelasah' .Menyebut tentang wahabi pula , perkara ini datang dari mereka yang mengaku membawa ajaran Islam,tetapi pada hakikatnya bertentangan dengan ajaran yang dibawa nabi Muhammad SAW.


Wahai umat Islam marilah kita bersatu menentang kebatilan wahabi yang membawa akidah tajsim yang dinyatakan kufurnya oleh imam Syafii dan imam imam yang lain .Jadi tidak perlulah kita bersandar kepada pendapat-pendapat orang kafir seperti Martin Luther,paderi paderi kristian seperti pope benedict dan juga dari Bush.Adakah tidak cukup pandangan dari ulama Islam dalam mempertahankan agama ini dari penyelewengan mujassimah .Allahuakbar!Ya Allah ,jauhkan umat Islam dari kelemahan dalam mempertahankan agamaMu.

Kepada umat Islam terutamanya bloggers ,marilah kita berganding bahu dalam menentang kebatilan-kebatilan yang wujud yang datang dari luar mahupun dari dalam sendiri terutamanya golongan wahabi,mujassimah moden,syiah,qadiani,ayah pin,bahai, anti hadis dan lain-lain yang menggugat akidah umat Islam.

YA ALLAH ,DENGAN BERKAT NABIMU DAN WALI WALIMU DAN JUGA ORANG ORANG YANG SOLEH DARI HAMBAMU ,SELAMATKANLAH AKIDAH UMAT ISLAM DARI BENCANA KEBATILAN AJARAN WAHABI.
WALLAHUA`LAM

bersambung........


JIHADWAHABI
jihadwahabi.blogspot.com