Tuesday, February 19, 2008

Saya bukan Ahbash

Assalamualaikum,

Buat makluman para pembaca saya bukanlah ahbash seperti yang dituduh oleh puak wahabi.Tugas saya hanyalah menyebarkan kesesatan dan kesalahan agama baru wahabi ini supaya masyarakat dapat menjauhkan diri dari ajaran mereka yang beragama wahabi ini.
Saya ingin nukilkan satu puisi yang ditulis oleh saudara alexanderwathern di websitenya.Menarik :)


KAUKATA AKU AHBASY?

Jika dengan berusaha untuk menyelamatkan umat ini
daripada kerosakan-kerosakan
yang dibawa oleh fahaman Salafi Wahabi
engkau mendakwa aku ‘Ahbasy’,
maka ‘Ahbasy’lah aku


Jika dengan memilih untuk bermazhab Syafie
aku digelar ‘Ahbasy’,
maka ‘Ahbasy’lah aku


Jika dengan memilih untuk berjemaah
aku dicop ‘Ahbasy’,
memang ‘Ahbasy’lah aku


Jika dengan mendokong Asya’irah
aku dilabel ‘Ahbasy’
tidak salah lagi… ‘Ahbasy’lah aku


Jika dengan menolak apa yang salah
dan apa yang lemah
daripada Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’…
Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik,
Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira…
dan lain-lain
aku dikatakan ‘Ahbasy’,
memang sahih aku ‘Ahbasy’


Jika dengan meraikan jemaah-jemaah tariqat
aku kau kata ‘Ahbasy’,
memang benar aku ‘Ahbasy’

Jika dengan menolak apa yang salah
dan apa yang lemah daripada
Ibnu Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahhab
engkau memanggilku, “Hoi Ahbasy!”,
memang panggilan itu tepat padaku


Jika dengan mengatakan
Ikhwanul Muslimin dan Jemaat tabligh
mengikut sunnah
aku di’Ahbasy’kan kamu,
betullah tu


Jika dengan mengatakan “OK”
kepada parti-parti Islam
demokrasi dan pilihanraya
aku dipandang ‘Ahbasy’,
akulah ‘Ahbasy’


Jika dengan mengatakan
Salaf ada yang takwil dan ada yang tidak takwil
bukan semuanya tak takwil
engkau menghina aku dengan ‘Ahbasy’,
satu lagi kebenaran untukmu


Jika dengan mengakui
Allah lebih dahulu ada berbanding
tempat, lokasi dan arah
Sebelum tempat, lokasi dan arah ada
Dia sudah sedia ada
malahan Dialah yang menciptakan
tempat, lokasi dan arah
aku dijenamakan sebagai ‘Ahbasy’
1000 kali aku rela dan redha


Jika dengan perkara-perkara ini
aku menjadi ‘Ahbasy’
SEBAGAIMANA YANG ENGKAU MAKSUDKAN, (klik)
bertuahnya aku
kerana terpilih sebagai ‘Ahbasy’

Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

19 FEB 2008

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=314&mode=&order=0&thold=0

No comments: