Sunday, February 3, 2008

JABATAN AGAMA JOHOR MENOLAK WAHABI





Assalamualaikum,

Saudara sekalian.Seringkali kita mendengar segelintir pihak yang pro kepada wahabi mengatakan wahabi adalah ahl sunnah.Padahal ini adalah dakwaan yang tidak benar dan tidak berasas.Mereka cuba memasukkan wahabi kedalam Ahl Sunnah Wal Jamaah supaya menjadi duri dalam daging untuk mengkafirkan dan memecahbelahkan umat Islam masa kini.

Sememangnya jemaah takfir wahabi sudah terkeluar dari jumhur ulama ahl sunnah dan mereka bukan ahl sunnah kerana akidah tajsim dan tashbih mereka yang dihukumkan bukan lagi dari akidah islam.Ini terbukti dalam banyak kitab2 mereka dan tokoh2 wahabi di Malaysia juga berpegang kepada akidah tersebut.Serta ulama mereka yang yang mengkafirkan akidah Asyairah iaitu akidah Ahl Sunnah Wal Jamaah,

Kali ini saya bawakan scan kitab yang dikeluarkan Jabatan Agama Johor yang digunakan sebagai silibus untuk semua sekolah agama kerajaan negeri Johor.Jelas di kitab tersebut bahawa wahabi bukan ahli sunnah dan dalam bab lain wahabi diasingkan bersama firqah yang sesat sesat seperti syiah ,khawarij,muktazilah ,jabariyah dan qadariyah.

Tertera di kitab tersebut bahawa agama WAHABI ini bersumberkan daripada Ibn Taymiyah dan dan juga pengasas agama baru ini Muhammad Bin Abd Wahab disokong oleh puak pemberontak keluarga Saud yang menguasai bumi fitnah Najd.Di kitab tersebut juga tertulis bahawa wahabi:
  1. melarang mempelajari sifat 20
  2. Menganjurkan tauhid rububiyah dan uluhiyah (yang tiada dalil dalam ajaran Islam-bidaah)
  3. Melarang orang bertawasul
  4. Melarang orang menziarahi makam Nabi SAW
  5. Tidak berpegang kepada jumhur ulama dalam hal bidaah
Ikhwah sekalian,banyak lagi bukti yang ingin saya tunjukkan bahawa agama wahabi bukanlah dari Islam serta ianya ditolak oleh ulama ulama Islam serta banyak lagi kitab telah dikarang untuk menentang agama baru WAHABI ini.Justeru,marilah kita bersama menentang agama baru WAHABI ini kerana ianya telah lama ditolak oleh ulama Islam.Semoga Allah memberikan hidayah kepada semua umat Islam dan khasnya kepada wahabi yang ingin bertaubat.

wassalam

JIHADWAHABI

jihadwahabi.blogspot.com

No comments: