Monday, March 5, 2007

Ustaz Wahhabi Biadap

http://bahrusshofa.blogspot.com/search?q=wahabi


Saudara, di bawah ni kunukilkan secebis fitnah dan kebiadapan penyokong Wahhabi yang tak mengaku dirinya Wahhabi dalam blognya yang diberinama "Pandangan Seorang Ustaz" eleehhhh "Ustaz" sendiri masuk bakul sendiri angkat. Nak baca penuh ikut link diberi:-

http://ustaz.blogspot.com/2005/11/wahabi-myth-dispelling-prevalent.html#comments

Antara lain dia tulis:-
Sudah lumrah alam apabila ramai yang jahil mengakibatkan masyarakat rosak maka ramai golongan sufi yang rosak aqidah mereka tapi bermazhab syafie pada feqah memburukkan syeikh Muhammad Abd Wahab dan mencipta pelbagai fitnah dan pendustaan kepada beliau dan salah seorangnya ialah Syeikh Muhammad Zaini Dahlan iaitu salah seorang mufti mazhab syafie di Mekah. Maka sejak itulah masyarakat Islam khususnya bermazhab syafie banyak yang membenci ajaran dakwah Syeikh Muhammad Abd Wahab kerana kejahilan mereka.


Sebenarnya banyak lagi website dan blog Wahhabi Melayu yang makan duit Wahhabi. Tapi Ustaz sorangnya terlalu amat biadap sehingga berani memfitnah Sidi Ahmad Zaini Dahlan. Dia ni kenal tak Sidi Ahmad Zaini Dahlan, nama yang diberi pun tak betul. Sidi Ahmad Zaini Dahlan merupakan ulama besar yang menjadi Syaikhul Islam Hijaz dan Mufti Syafi`iyyah di Makkah. Keturunan Syaikh Abdul Qadir al-Jilani dan sanad ilmu para ulama kita di Nusantara ini. Antara muridnya yang terkenal ialah Wali Quthub Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas dan Sidi Abu Bakar Syata ad-Dimyathi. Tergamak ustaz lahabau tu kata Sidi Zaini sebagai jahil, sufi yang rosak aqidah dan kaki fitnah. Wajib kita bangkit pertahankan maruah ulama kita. Ustaz ni ingat Sidi Zaini Dahlan ni macam dia pergi belajar guna duit Wahhabi. Ayuh, segala Sunniyun Syafi`iyyun bangkit pertahankan ulama kamu.
artikel asal oleh abu_syafiq(boleh dilawati di abu-syafiq.blogspot.com)

SENARAI SEBAHAGIAN WAHHABI DI MALAYSIA

Demikian adalah sebahagian kuncu-kuncu Wahhabi di Malaysia :
- PERTUBUHAN AN-NIDA.
- I. IBNU QAYYIM.
- INSTITUT AL-KHADEM.
- Al AHKAM.
- ABDULLAH YASIN.
- MAZLEE .
-Hafiz firdaus
- ASRI .
- SEKOLAH KIBLAH.
- Alfirdaus.com...
-Dan banyak lagi

AWASI DAN JANGAN IKUT WAHHABI KERANA MEREKA TIDAK MENYEMBAH ALLAH YANG SEBENAR TETAPI WAHHABI MENYEMBAH SESUATU YANG BERANGGOTA DUDUK DIATAS KURSI.!

Ini adalah mirip kepada aqidah Yahudi kerana yahudi pun mengatakan 'Allah Duduk' : lihat kenyataan YAHUDI dalam kitab mereka :
سفر مزامير الإصحاح "47" الرقم "8" يقول اليهود لعنهم الله:" الله جلس على كرسي قدسه"

Wahhabi turut meniru Yahudi kerana Yahudi adalah kerabat terapat mereka, lihat kenyataan Wahhabi yang sama dengan kenyataan Yahudi mengatakan 'Allah Duduk' :

الكتاب المسمى " فتح المجيد شرح كتاب التوحيد " تأليف عبد الرحمن بن حسن بن محمد بن عبد الوهاب طبعة دار الندوة الجديدة بيروت ص/ 356 يقول حفيد محمد بن عبد الوهاب موافقاً لعقيدة اليهود:" قال الذهبي حدث وكيع عن إسرائيل بحديث:إذا جلس الرب على الكرسي" .
DAN RUJUKAN UTAMA MEREKA IAITU iBNU TAIMIAH TURUT BERAKIDAH YANG SAMA SEKIRANYA DIBANDINGKAN DENGAN MEREKA. lihat kenyataan ibnu taimiah yg menyerupai yahudi :

مجموع الفتاوى "- المجلد الرابع- ص / 374 لابن تيمية الحرَّاني الذى يعتبره الوهابية أتباع محمد بن عبد الوهاب إمامهم يقولما نصه:" إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه".

JANGAN IKUT WAHHABI TOGHUT!

artikel asal olehabu_syafiq

Penjelasan Allah Duduk

YA! Wahhabi dan sesiapa sahaja yang mengatakan Allah Duduk Dan Bertempat adalah kafir terkeluar dari agama islam.Lihat fatwa ulama-ulama salaf dan khalaf mengenai kekufuran orang yang menyandarkan bagi Allah tempat dan Duduk :

-Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan :“ Sesiapa beranggapan Allah duduk diatas arasy maka dia KAFIR ”.

-Imam Nasafi pula menyatakan sesiapa yg menetapkan tempat bagi Allah maka dia telah menentang nas alquran maka barangsiapa menentang nas alquran adalah dihukum KAFIR :

وقال الشيخ لسان المتكلمين أبو المعين ميمون بن محمد النسفي الحنفي (508هـ ما نصه (تبصرة الأدلة 1/169) :"والله تعالىنفى المماثلة بين ذاته وبين غيره من الأشياء، فيكون القول بإثبات المكان له ردًّا لهذا النص المحكم ـ أي قوله تعالى :{ليس كمثله شىء} ـ الذي لا احتمال فيه لوَجْهٍ ما سوى ظاهره، ورادُّ النص كافر، عصمنا الله عن ذلك" اهـ.

-Imam Abu Hanifah (wft 150h) seorang ulama yg tertua dikalangan 3 mazhab menyatakan didlm kitab beliau berjudul Fiqhul Absot yg ditahkikkan oleh imam Kauthry mukasurt 12 ternyata :

فقد كفّر الإمام المجتهد أبو حنيفة (150هـ رضي الله عنه من ينسب المكان لله تعالى، فقال في كتابه "الفقه الأبسط" (الفقه الأبسط، ضمن مجموعة رسائل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري ص12) ما نصه :"من قال لا أعرف ربي في السماء أو في الأرض فقد كفر، وكذا من قال إنه على العرش، ولا أدري العرش أفي السماء أو في الأرض"اهـ.
Yg bermaksud : “ Barangsiapa berkata ‘ Aku tak tahu Tuhanku di langit ataupun dibumi ’ Maka dia telah KAFIR, begitu juga sesiapa yang mengatakan “ Dia di atas arasy dan aku tak tahu arasy itu dilangit atau dibumi”.

Sy kata: mungkin ada yg akan mempertikaikan kata-kata imam Abu Hanifah tersebut…ketahuilah ulama lebih memahaminya…mari kita lihat syarahan kepada kenyataan Imam Abu Hanifah tersebut oleh Syeikh Al-Izzu Bin AbdisSalam didalam kitab beliau berjudul Hallu Rumuz :

ما نصه :"لأن هذا القول يوهم أن للحق مكانًا، ومن توهم أن للحق مكانًا فهو مُشَبِّه"اهـ

Yg bermaksud : Demikian org yang mengatakan perkataan tersebut KERANA menyandarkan bagi ALHAQ itu bertempat(AlHaq adalah dianatara nama Allah)Baranag siapa yg menyandarkan tempat bagi Allah maka dia adalah MUSYABBIH”.Menyifatkanb Allah itu bertempat adalah menyifatkan Allah dgn sifat2 makhluk.Imam Tohawi didlm kitab Aqidah Toahiwiyyah menyatakan :

"ومن وصف الله بمعنى من معاني البشر فقد كفر" اهـ

Yg bermaksud:

”Sesiapa menyifatkan Allah dgn sifat-sifat makhluk maka dia KAFIR”.

- Imam Ibnu Hajar Al-Haitami menukilkan dari mazhab empat hukum takfir bagi sesiapa yg menetapkan jisim dan arah(tempat) bagi Allah:

وقال الشيخ شهاب الدين أحمد بن محمد المصري الشافعي الأشعري المعروف بابن حجر الهيتمي (974هـ ما نصه (المنهاج القويم ص:224) :"واعلم أن القَرَافي وغيره حكوا عن الشافعي ومالك وأحمد وأبي حنيفة رضي الله عنهم القول بكفر القائلين بالجهةوالتجسيم، وهم حقيقون بذلك" اهـ.

- Imam Mulla Ali Qori pensyarah kitab Imam Abu Hanifa berjudul Fiqhul Akbar telah menukilkan kenyataan Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam As-asyari dan Imam Baqilany menghukum bagi sesiapa yg menetapkan tempat bagi Allah adalah dia dianggap KAFIR ...

menghukum bagi sesiapa yg menetapkan tempat bagi Allah adalah dia dianggap KAFIR ...:وقال الشيخ ملاّ علي القاري الحنفي (1014هـ ما نصه (شرح الفقه الأكبر: بعد أن انتهى من شرح الرسالة ص215) :"فمن أظلمممن كذب على الله أو ادعى ادعاءً معينًا مشتملاً على إثبات المكان والهيئة والجهة من مقابلة وثبوت مسافة وأمثال تلك الحالة،فيصير كافرًا لا محالة" اهـ. وقال (ص271-272) :"من اعتقد أن الله لا يعلم الأشياء قبل وقوعها فهو كافر وإن عُدّ قائله من أهل البدعة، وكذا من قال: بأنه سبحانه جسم وله مكان ويمرّ عليه زمان ونحو ذلك كافر، حيث لم تثبت له حقيقة الإيمان" اهـ.وقال أيضًا ما نصه (مرقاة المفاتيح 3/300) :"بل قال جمع منهم ـ أي من السلف ـ ومن الخلف إن معتقد الجهة كافر كما صرح بهالعراقي، وقال: إنه قول لأبي حنيفة ومالك والشافعي والأشعري والباقلاني" اهـ.
famaza ba'dal haqqi illa dholal

artikel asal oleh
abu_syafiq

Friday, March 2, 2007

PERSAMAAN AQIDAH WAHHABI DAN KRISTIAN KAFIR

oleh
abu_syafiq
Assalamualaikum...
sahabt sekalian...ketahuilah bahawa Allah Tidak Bersifat Duduk seperti yang didakwa oleh geng2 Wahhabi.barang siapa mengatakan Allah Duduk maka dia adalah Mujassim dan Musyabbih kerana manyamakan Allah dengan makhlukNya...










Diatas...
KITAB WAHHABI :FATHUL MAJID SYARH KITAB AT-TAUHIDKARANGAN ABDUR RAHMAN BIN HASAN AAL AS-SYEIKHDISOHIHKAN OLEH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZCETAKAN PERTAMA TAHUN 1992 BERSAMAAN 1413MAKTABAH DARUL FAIHA DAN MAKTABAH DARUL SALAM.
Cetakan ini pada mukasurat 356 yg tertera kenyatan kufur yg didakwa oleh Wahhabi sebagai hadis ( pd hakikatnya bukan hadis Nabi )

adalah tertera dalam bahasa arabnya berbunyi:“ IZA JALASA AR-ROBBU ‘ALAL KURSI ”.
perkara kufur ini bererti : “ Apabila Telah Duduk Tuhan Di Atas Kursi ”.

Wahhabi diatas mendalilkan kononnya dari sebuah hadis DHOIF bahkan PALSU yg dicekup dari mana2 aje asalkan sepadan dgn aqidah tasybihnya.

Wahhabi mengunakan HADIS DHOIF pada perkara AQIDAH...apa ini wahai Wahhabi?!
mana pegi dakwaan anda adalah AHLUL HADIS?! takkan ahlul hadis guna hadis dhoif lago
palsu pada perkara USUL AQIDAH?!

ini pula adalah website kristian kafr yang menceritakan bahawa aqidah kristian kafir adalah Allah Duduk
( sebjik macam aqidah Wahhabi ):
http://www.hesenthisword.com/lessons/lesson5.htm
lihat pada

:عاشرا: ذكر عنه ما ورد عن الله في العهد القديم Kristian kafir kata pada nom 7 :"الله جالس على الكرسي العالي" (اش 6 :1-10) .
kata kufur yg bermaksudnya : Allah Duduk Di atas Kursi Yang Tinggi".Awas! ini adalah aqidah kristian..jangan ikut!Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan :

“ Sesiapa beranggapan Allah duduk diatas arasy maka dia KAFIR ”.Kepada mereka yg merasa diri tu Wahhabi tapi tak iqtiqod dengan aqidah2 kufur maka tak usah menyebok mempertahankan aqidah sesat Wahhabi.Wassalam.

Allah Duduk?

oleh abu_syafiq
Assalamu^alaykum.
Mereka yang cenderung kepada golongan wahhabi akan sentiasa cuba mendatangkan dalil2 bagi membenarkan aqidah tasybih mereka dengan memutarbelitkan ayat, hadis dan kenyataan ulama.(Aqidah Tasybih : Akidah menyamakan Allah dengan makhluk).

Sungguh malang golongan wahhabi ini kerana banyak hujjah mereka sebenarnya tidak menepati citarasa mereka sendiri apabila dikaji.Maka wahhabi akan menukarnya bahkan mentakwilkannya walaupun mereka sendiri menyatakan :" mentakwil adalah kafir ".Kesemua hujjah2 yg diputarbelitkan oleh Wahhabi hanya berkisar dalam kenyataan dan pegangan mereka yang cukup sesat:
"1-Allah duduk diatas arasy.
2- Kafirlah sesiapa mentakwil mana-mana ayat alquran".Kenyataan Wahhabi tersebut langsung tidak bersumberkan alquran mahupun hadis kerana tiada satu ayat mahupun satu hadis yang sohihpun menyatakan : "Allah Duduk". Saya sendiri pernah bertanyakan kepada seorang ulama Wahhabi yg berada dimalaysia:
" Nyatakan ayat ataupun hadis yang sohih kata Allah Duduk "?.Malangnya ulama Wahhabi tersebut membisu seribu bahasa lantas mencari-cari dlm alquran dan kitab2 hadis namun tidak dijumpai.Terus merahan pada rautwajahnya berkaler.'Duduk' dalam bahasa arab adalah JALSA @ JULUS. cubalah saudara2 cari dalam alquran adakah Allah kata ALLAHU JALIS @ ALLAH JALASA @ JALASALLAH @ apapun perkataan JULUS (duduk ) itu disandarkan kepada Allah?!.Sudah pasti tidak ada, Saya termasuk kesemua ulama Wahhabi pun tak jumpa. Cop kain pelekat yg saudar2 pakai tu mungkin adaler perkataan Duduk ( Cop GAJAH DUDUK ).Maka apabila kenyataan Wahhabi : " Allah Duduk" tidak berlandaskan alquran mahupun hadis maka aqidah Wahhabi adalah TERTOLAK & TIDAK HARUS DIIKUTI.Mengenai kenyataan Wahhabi " Sesiapa takwil mana-mana ayat alquran maka dia kafir ".
Ulama islam mendapati kenyataan ini adalah terpalit pada mereka apabila mereka sendiri mentakwilkan ayat yg berbunyi : "Wahuwa ma'akum ainama kuntum " dengan takwilan : "Dan ilmu Allah bersama kamu dimana kamu berada".Wahhabi mentakwilkan dgn erti ilmu Allah dan bukanlah Zdat Allah itu sendiri.Takwilan ini pd hakikatnya adalah betul disisi ulama islam. TETAPI DIMANA PULA HUKUM YG TELAH MEREKA KATAKAN :" SESIAPA YANG MENTAKWIL MANA-MANA AYAT ALQURAN MAKA DIA KAFIR" ...??!!!adakah Wahhabi mentakfirkan diri mereka sendiri setelah seluruh umat islam dikafirkan oleh mereka?!Saya nasihatkan kepada umat sekalian agar tidak terpengaruh dengan ajakan akidah Wahhabi ini walapun mereka cuba mendatangkan ayat2 dan hadis bagi membenarkan mereka kerana pada hakikatnya mereka Pakar ( PH.D ) dalam memutarbelit ini.
sebagai contoh :Mereka mengunakan ayat dalam surah AlBaqarah bagi menyatakan " Allah Di Langit "Kemudian mereka mengunakan ayat dalam surah Toha bagi menyatakan " Allah Di Atas Arasy ".Persoalannya...dimanakah tuhan yag didakwa oleh wahhabi ini...? dilangit ke atau di atas arasy?! atapun sekejap di langit sekejap diatas arasy??!! ataupun mereka mentakwil ayat pertama bagi membenarkan dakwaan mrk?? kemana pula dicampak kaedah mrk sendiri: " sesiapa takwil mana-mana ayat alquran maka dia kafir "??!Didlm kitab yahudi ( injil muharraf ) tertera : " Allah Tuhan kami yang berada diatas langit ". Maka jelaslah sebenarnya akidah wahhabi ini adalah akidah yahudi.

Para ulama islam mengatakan :Allah wujud (ada) tanpa memerlukan kepada langit, Dia tidak memerlukan kepada arasy dan tidak memerlukan kepada mana-mana makhluk. Firman Allah yang berbunyi " Wallahu ghoniyyun 'anilo alamin " yg bermaksud : Maka Allah tidak memerlukan kepada alam ini.Arasy, langit dan selainnya adalah alam. Allah telah sedia wujud (ada) sebelum arasy, langit dan yg lain wujud.

Didlm cetakan kitab taurat ( yg telah ditukar oleh Yahudi) yg dinamakan sebagai Siqrul Muluk Al-Ishah 22 no: 19-20 Yahudi menyatakan: "Dengarilah kata tuhan bahawa kamu telah melihat tuhanmu DUDUK @ BERSEMAYAM diatas kursi dan kesemua tentera langit berdiri pada tuhan dari sebelah kanan dan kiri tuhan". Dan dilm kitab yahudi yg mereka namakan Sifrul Mazamir Al-Ishah 47 no: 8 yahudi telah menyatakan: " Allah telah DUDUK diatas kursi yang mulia". Ini semua jelas bahawa akidah yahudi dikira kufur krn mentashbihkan Allah dgn makhlukNya. Nah! skrg lihat penghidup akidah mrk dr kalangan yg mendakwa islam : -Sila lihat Kitab mereka (puak Wahhabi): Fathul Majid, Karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, m/s:560, Cetakan Darul Bayan. Mereka berkata: “Allah duduk di atas kursi”.

Keganasan Wahabi di Jannatul Baqi

http://naim-firdausi.blogspot.com/
Keganasan Wahabi di Jannatul Baqi

Jenayah penganut ajaran sesat Wahabi 1925 terhadap khazanah dan warisan Islam
Tiada ahli sejarah mahupun ahli langit dan bumi dapat terima kenyataan ini; mengaku umat Muhammad tetapi menghancurkan khazanah dan warisan agama yang dibawa Muhammad


Permakaman Baqi sebelum dihancurkan oleh penganut ajaran sesat Wahabi


Sejarah permakaman Jannatul Al-Baqi:

Pada 8 Shawal, Rabu 1345 H (21 April, 1925), permakaman di Jannatul Baqi (Madinah) telah dimusnahkan oleh Raja Ibnu Saud. Dalam tahun yang sama baginda turut memusnahkan beberapa makam suci beberapa tokoh Islam di Jannatul Ma'la di Mekah iaitu makam bunda Rasulullah, Isteri, datuk dan nenek moyang baginda. Perbuatan memusnahkan tempat-tempat suci ini di Hijaz masih diteruskan hingga kini.

Asal-usul Jannatul Baqi
"Al-Baqi" bermaksudkan taman tumbuh-tumbuhan. Dikenali juga sebagai "Jannatul Baqi'" atas kesuciannya setelah dipusarakan ramai keluarga Rasulullah dan para sahabatnya.
Sahabat Rasulullah pertama di makamkan di Baqi adalah Usman bin Madhun yang meninggal pada 3 Syaban, 3 Hijrah. Rasulullah mengarahkan beberapa pohon ditumbangkan dan shabatnya dikebumikan. Dua ketul batu diletakkan baginda di atas makam tersebut.
Tahun berikutnya, putera Baginda bernama Ibrahim meninggal ketika masih bayi juga dimakamkan di al-Baqi sambil baginda mencucuri sedikit air mata. Penduduk Madinah mulai mengunakan permakaman tersebut sebagai tanah perkuburan setelah Rasulullah memberikan salam kepada makam-makam di al-Baqi dengan bersabda "Salam sejahtera ke atasmu wahai wahai penghuni keimanan! Insyaallah, kami turut menyertaimu kelak. Ya Allah ampunilah penghuni al-Baqi"
Tanah permakaman Al-Baqi lama-kelamaan diperbesarkan. Hampir tujuh ribu sahabat Rasulullah dimakamkan di situ tetapi jarang disebut makam daripada kalangan Ahlul Bait antaranya adalah makam Hassan bin Ali, Ali bin Hussain, Muhammad bin Ali dan makam Ja'far bin Muhammad telah dimakamkan di sana.
Daripada kalangan keluarga baginda pula adalah: ibu saudaranya Safiyah dan Atiqah, ibu saudaranya dan bunda Ali, Fatimah binti Asad. Khalifah ke-tiga, Usman juga dikebumikan di luar kawasan Al-Baqi', namun pembesaran kawasan telah termasuk ke dalam Al-Baqi'. Tahun-tahun berikutnya ulama-ulama seperti Malik bin Anas dan ramai lagi. Demikian itu Al-Baqi' menjadi tempat terkenal sebagai bersejarah bagi umat Islam.


Jannatul Baqi' dalam pandangan sejarawan.
Umar bin Jubair menceritakan Al-Baqi saat lawatan beliau ke Madinah sebagai: "Al-Baqi' terletak di timur Madinah. Jika kamu memasuki melalui gerbang Al-Baqi makam yang pertama kamu lihat adalah ibu saudara Rasulullah iaitu Safiya, seterusnya makam Malik bin Anas dengan berkubah kecil. Berhadan dengannya pula makam Ibrahim, putera Rasulullah (s.a.w.) dengan kubah putih di atasnya. Berada di sebelah kanannya pula adalah makam Abdul Rahman, putera Umar al-Khattab yang mashur dengan panggilan Abu Shahma yang ayahnya menjatuhkan hukuman hinga mati ke atasnya. Hadapannya pula adalah makam Aqil bin Abi Talib dan Abdullah bin Jaafar Al-Tayyar. Mengadap makam-makam tersebut pula ialah isteri Rasullullah bermakam kecil dan diikuti dengan makam Abbas bin Abdul Mutallib.
Makam Hasan bin Ali terletak di sebelah kanan dengan sebuah kubah terangkat di

atasnya. Kepalanya terbaring di kaki Abbas bin Abdul Mutallib. Kedua-dua makam di tinggikan dari tanah. Dindingnya dijaringkan dengan logam kuning dan dipaku dengan paku berbentuk bintang yang cantik. Demikian juga makam Ibrahim putera Rasullullah di jalin. Di belakang makam Abbas, terletak rumah kenangan kepada Fatimah puteri Rasulullah (s.a.w.) yang dikenali sebagai Baitul Ahzan (Rumah Kedukaan) kerana rumah ini digunakan Fatimah selalu untuk untuk bersedih atas kemangkatan ayahndanya. Paling jauh dari situ adalah makam khalifah Usman bersama kubah kecil di atasnya. Kemudian dari situ adalah makam Fatimah binti Asad, bunda Ali bin Abi Talib
Selepas 150 tahun kemudian pengembara terkenal Ibnu Batutta tiba dan menceritakan tentang makam Al-Baqi yang jalan ceritanya tidak jauh daripada cerita Ibnu Jubair. Beliau menambah "Di permakaman Al-Baqi terdapat banyak pusara Muhajirin dan Ansar serta ramai para sahabat kebanyakan makam mereka tidak dikenali nama makam mereka."
Rumah Fatimah, Madinah

Demikianlah beberapa abad berlalu, Al-Baqi menjadi tempat suci yang telah diubah suai mengikut keperluan hinggalah Wahabi mulai berkuasa pada awal abad ke-19. Mereka telah mencemari dan menghina makam para syuhada dan sahabat nabi. Muslim yang tidak bersetuju dengan tindakan ini akan dicap sebagai kafir dan kemudian dibunuh.

RUMAH FATIMAH DI MADINAH


Pemusnahan pertama di Jannatul Baqi
Puak Wahabi percaya bahawa menziarahi pusara-pusara dan makam-makam adalah memakmurkan berhala dan perbuatan yang terkeluar dari Islam. Barangsiapa yang tidak beriman dengan fahaman mereka akan dibunuh dan harta mereka akan dirampas. Semenjak pencerobohan mereka terhadap Iraq dan hingga kini Wahabi dikenali sebagai pemerintah negeri teluk telah menghasilkan bencana pembunuhan ramai korban yang tiada seorang pun Muslim terlepaskan jika tidak setuju dengan fahaman mereka.
Sejak 1205 Hijrah hingga 1217 Hijrah, gerakan Wahabi beberapa kali cuba menceroboh Hijaz namun gagal. Bagaimana pun pada 1217 Hijrah mencapai banyak kemenangan di Taif dengan berjaya menumpahkan ramai umat Islam yang tidak berdosa. Dalam tahun 1218 Hijrah mereka memasuki Mekah dan memusnahkan semua tempat suci dan kubah di sana termasuk tenda di atas telaga Zam Zam.
Dalam tahun 1221 Hijrah, Wahabi memasuki Madinah untuk mencemarkan Al-Baqi, begitu

Tempat kelahiran nabi Muhammad (saw)


juga setiap masjid yang mereka lintasi. Hasrat mereka untuk menghancurkan makam Rasulullah ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu dan mereka berputus asa. Pada tahun berikutnya, umat Islam dari Iraq, Syria dan Mesir enggan memasuki Mekah untuk menunaikan Haji. Raja Arab Saudi meletakkan syarat sesiapa pun yang hendak menunaikan Haji hendaklah menerima ajaran Wahabi atau dilabel sebagai orang kafir seterusnya tidak layak memasuki Mekah.
Al-Baqi musnah hingga ke tanahnya tanpa tanda mana-mana makam atau batu nisan. Tetapi regim Saudi masih belum berpuas hati. Lantas Raja Al-Saud menitahkan tiga pembantu makam memberitahu tempat harta beharga hadiah para pengunjung makam tersimpan. Harta tersebut telah rampas .
Beribu-ribu umat Islam meninggalkan Mekah dan Madinah kerana ingin melepaskan diri dari tekanan dan juga menyelamatkan nyawa mereka sendiri serta penyeksaan yang dilakukan oleh puak Wahabi.

Makam Khadijah isteri Rasulullah, Mekah


Umat Islam seluruh dunia mengutuk kekejaman pemerintah Al-Saud dan menggesa Khalifah Empayar Usmaniyah menyelamatkan semua makam-makam suci dari kemusnahan. Seperti yang diketahui umum Muhammad Ali Basha menyerang Hijaz bersama sokongan penduduk tempatan lantas puak Wahabi berjaya ditewaskan dan diusir keluar. Undang-undang baru ditegakkan di Mekah dan Madinah dan umat Islam seluruh dunia menyambut girang kemenangan ini. Di Kaherah kemenangan ini disambut selama lima hari. Jemaah Haji pula dapat meneruskan ibadah Haji dengan bebas dan tempat-tempat makam suci kembali dipelihara.
Pada tahun 1818 masihi, khalifah empayar Usmaniayah Abdul Majid dan pewaris takhtanya yang lain pernah melanjutkan pemuliharaan semua tempat-tempat suci, memelihara harta pusaka Islam ditempat-tempat suci. Dalam tahun 1848 dan 1860 masihi beberapa pembinaan tambahan yang tingi belanjanya iaitu hampir tujuh ratus ribu Pounds dilaksanakan. Kesemua dana diperolehi daripada

Makam Abu Talib, bapa saudara Rasulullah, Mekah
kumpulan derma di makam Rasulullah (s.a.w.).



Rompakan kedua oleh puak Wahabi.
Beberapa binaan Islam yang sangat indah dan tinggi nilai arkiteknya yang dibina Empayar Usmaniyah juga telah dirompak oleh puak Wahabi. Pada tahun 1853, Richard Burton yang menyamar sebagai muslim Afghan dengan memakai nama Abdullah dalam lawatannya ke Mekah dan Madinah melaporkan Madinah luas dengan terdapat 55 buah masjid dan makam suci. Pengembara Inggeris yang lain yang melawat Madinah pada 1877-1878 masihi, menceritakan sebuah kota yang besar dan keindahannya seperti Istanbul. Dia menulis tentangnya iaitu dinidng putih, menara emas tinggi lampai dan padang hijau.
Puak Wahabi memasuki Hijaz buat kali kedua pad tahun 1924 masihi dengan menumpahkan darah di sepanjang jalan, merompak tanpa belas dan rumah-rumah diranapkan. Perempuan dan kanak-kanak tidak terlepas daripada kekejaman mereka.

Makam Bibi Halimah, Madinah

Awn bin Hashim (Syarif Mekah) menulis: "Sebelum saya, lembah muncul dengan diturap mayat-mayat. Darah kering berlumuran atas mana-mana tanah. Sukar menemui sepohon pokok yang tiada dua mayat di perdunya."
1925 Madinah tersungkur kepada serangan hebat puak Wahabi. Seluruh warisan Islam telah musnah. Hanya yang tinggal adalah Makam Rasulullah (s.a.w.).
Ibnu Jabhan telah berkata: "Kami tahu bahawa binaan yang didirikan di atas makam Rasulullah bertentangan dengan fahaman kami dan meletakkan makamnya di dalam masjid adalah dosa yang keji.
Makam Hamzah dan para syuhada dimusnahkan di Uhud. Masjid Nabi telah dibom. Oleh kerana mendapat bantahan daripada umat Islam, jaminan dijanjikan oleh Ibnu Saud bahawa Hijaz akan diperintah oleh Kerajaan Islam Antarabangsa tetapi janji ini telah dimungkirinya.
Tahun 1925 juga menyaksikan permakaman Jannatul Ma'la di Mekah

Makam Fatimah binti Asad, bunda Saidina Ali, Madinah

dimusnahkan bersama rumah kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Semenjak itu hari kejadian tersebut menjadi hari kesedihan buat seluruh umat Islam.
Tidak hairanlah puak Wahabi rasa berdosa serta arlegik jika melihat makam yang bernisan, punyai binaan di atasnya dan makam-makam bersejarah dijaga, sedangkan semua ini untuk raja Saudi dipelihara dengan berjuta dolar mahalnya.




1926, bantahan dilangsungkan oleh umat Islam yang terkejut di seluruh dunia. Resolusi dikirim dan kenyataan bantahan diumum berhubung isu jenayah puak Wahabi ialah:
1. Jenayah meruntuh dan menghina tempat suci iaitu tempat lahir nabi Muhammad (saw), permakaman Bani Hashim di Mekah dan Jannatul Baqi (Madinah), jenayah melarang umat Islam membaca doa ziarah atau surah fatihah untuk makam-makam tersebut.
2. Jenayah meruntuhkan rumah ibadah, seperti Masjid Hamzah, Masjid Abu Rashid, antara sasaran lain nisan-nisan keluarga Rasul dan Sahabat.
3. Jenayah masuk campur urusan umat Islam menunaikan ibadah Haji.
4. Jenayah memaksa umat Islam supaya menuruti ajaran Wahabi dan jalan-jalan mereka seperti mana yang ditunjuki oleh pimpinan Wahabi.
5. Jenayah membunuh keturunan Sayid habis-habisan di Taif, Madinah, Ahsa dan Qatif.
6. Jenayah menghancurkan permakaman para Imam Syiah dan pengikut mazhab Syiah di Baqi.

Bantahan dari negara-negara lain.
Keseluruhannya bantahan umat Islam dilangsungkan oleh umat Islam di Iran, Iraq, Mesir, Indonesia dan Turki. Kesemuanya melaknati regim Saudi Wahabi atas tindakan barbarian tersebut. Sesetengah ulama menulis pandangan dan kitab untuk mendedahkan kepada dunia apa yang sebenarnya berlaku di Hijaz sebenarnya konspirasi ejen-ejen Israel untuk menentang Islam yang kononnya atas nama Tauhid. Ajaran sesat Wahabi ini juga secara rasminya telah memusnahkan habis-habisan tinggalan dan warisan Islam walaupun sedikit kesan-kesan sejarah. Generasi umat Islam hari ini tidak dapat lagi melihat sejarah mereka sendiri.

Daftar sebahagian makam-makam dan kubah-kubah yang dimusnahkan oleh puak Wahabi.
· Permakaman suci Al-Mualla di Mekah, termasuk makam Sayyidah Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah (saw), makam Aminah bunda Rasulullah (saw), dan makam Abdul Mutallib, datuk Rasulullah (saw).
· Permakaman Hawa di Jeddah.
· Permakaman bapa Rasulullah (saw) di Madinah.
· Rumah kedukaan (Baitul Ahzan) Fatimah binti Muhammad Rasulullah (saw).
· Masjid Salman Alfarisi di Madinah.
· Masjid Raj’at ash-sham di Madinah.
· Rumah Rasulullah di Madinah, selepas peristiwa Hijrah dari Mekah.
· Rumah Imam Jaafar As-Sadiq di Madinah.
· Kompleks Mahalla Bani Hasyim di Madinah.
· Rumah Ali bin Abi Talib; rumah kelahiran Saiyyidina Hasan dan Husein
· Rumah Hamzah dan makam syuhada di Uhud.


_

Tuesday, February 27, 2007

JGN BELAJAR DENGAN WAHHABI

JGN BELAJAR DENGAN WAHHABI
oleh abu syafiq

Assalamualaikum..
saudaraku seislam.
Kepada Sesiapa yg mendapat tawaran atau terfikir mahu menghantar anaknya atau saudaranya atau dirinya atau sesiapa sahaja ke negara yang mengajara ajaran Wahhabi saya dengan ini menasiahatkan demi kemajuan islam sejagat agar jangan lakukan!

Jangan hantar anak anda belajar dinegara Wahhabi.! Jangan hantar saudara anda belajar di
negara Wahhabi! jangan dan jangan!
kecuali mereka yang hendak dihantarkan itu telah mempunyai maklumat tentang bahayanya
ajaran Wahhabi ini dan tahu serta sedar dan pasti akan menghindarkan diri dari 'termakan' dengan ajakan ajaran Wahhabiyah!

ini kerana Wahhabi mengajar anak anda mengkafirkan anda, mengkafirkan umat islam lain dan mengkafirkan pejuang islam termasuk Imam Nawawi, Imam Ibnu hajar Asqolani, Sultan Solahuddin Al Ayyubi pun tak terlepas dari dikafirkan olrh golongan Wahhabi ini serta ulama-ulama islam yang lain turut di bid'ahkan dan dicela oleh Wahhabi.

Sekiranya anda menghantar anak anda belajar dengan Wahhabi dalam keadaan mereka jahil
perihal bahaya Wahhabi maka lihatlah nanti natijahnya anak anda akan pulang dalam keadaan membid'ahkan dan mengkafirkan umat islamtermasuk anda yang menghantarnya belajar
disana.
Ini bukan satu fitnah tapi lihat lah dalam Buku Teks Rasmi yang diajar disetiap sekolah ditempat mereka jelas mengajar kanak-kanak kecil lagi mengkafirkan serta membid'ahkan umat islam.








Buku di atas tadi adalah Buku teks Rasmi mereka pada matapelajaran Tauhid yang di ajar oelh Wahhabi di kelas peringkat Menengah iaitu Thanawi ( di ajar sejak pelajar itu di marhalah satu sanawi lagi) kononnya Ahli Sunnah Wal Jamaah antaranya iaitu Al-Asyairoh dan Al-Maturidiyah adalah golongan yang KAFIR menafikan sifat-sifat dan nama-nama Allah...Ini lah dakwaan Wahhabi
DAN WAHHABI TERAPKAN IANYA KEPADA ANAK-ANAK KECIL LAGI SECARA
RASMI DARI MEREKA!

AWAS!
WAHHABI MENGAJAR ANAK ANDA MENGKAFIRKAN SEMUA UMAT ISLAM
TERMASUK.......... ANDA!


oleh Abu_SYafiq

PERBEZAAN DAN PENCANGGAHAN ANTARA AJARAN WAHHABIYYAH DAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH :

PERBEZAAN DAN PENCANGGAHAN ANTARA AJARAN WAHHABIYYAH DAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH :

oleh :Abu Syafiq

1-WAHHABI menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. Wahhabi menyatakan: “Allah duduk di atas kursi”.Sila lihat Kitab mereka (puak Wahhabi): Fathul Majid, Karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, m/s:356, Cetakan Darul Salam, Riyadh. Manakala aqidah ahli sunnah waljamaah pula dalam bab ini dengan berdalil firman Allah : Maksudnya: "Dia(Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhlukNya"( Allah tidak menyerupai makhlukNya dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya).(Asyura ayat:11) Ketahuilah bahawa menganggap dan mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy mahupun di atas kursi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk Maha Suci Allah daripada duduk atau bersemayam.

------------------------------ 2-Ibnu Baz (pemimpin wahabi) berkata: “penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah suatu yang dicela”. Lihat juga kitab mrk Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwal Sifat, m/s: 19, karangan Ibnu Baz, terbitan : Riasah Ammah lilifta' Manakala aqidah ahli sunnah waljamaah pula dalam bab ini dengan berdalil firman Allah : Maksudnya: Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun dari makhlukNya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.(Asyura ayat:11). Ketahuilah bahawa Allah ta’ala tidak sama dengan makhlukNya, Dia tidak mempunyai anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhluk Maha suci Allah daripada anggota dan jisim.

---------------- 3-Ibnu Baz mengatakan bahawa :"zat Allah ta’ala itu di atas arasy". Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11 tahun 1415 hijrah, m/s :73 -74Makkah Manakala aqidah ahli sunnah waljamaah pula dalam bab ini dengan berdalil sabda Nabi : yg bermaksud:" Allah wujud pada azal(adaNya tanpa permulaan), dan belum wujud sesuatu selainNya". H.R Bukhari Ketahuilah bahawa Allah ta’ala wujud tanpa tempat, kerana Dia yang menjadikan tempat yang mempunyai batasan-batasan, kadar tertentu dan bentuk sedangkan Allah tidak disifatkan sedemikian. Maha suci Allah dari bertempat.

---------------- 4-Wahabi mengatakan bahawa Abu jahal dan Abu lahab lebih ikhlas pengesaan tauhid mereka kepada Allah daripada golongan orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. ( yang dimaksudkan dengan orang Islam di sini ialah mereka yang bertawassul dengan wali-wali dan para solihin ). Kitab mereka: Kaifa Nafham Attauhid, Karang Mohd Basmir, m/s: 16 Riyadh Manakala aqidah ahli sunnah waljamaah pula dalam bab ini dengan berdalil firman Allah dalammenceritakan mengenai Abu lahab Maksudnya: "kelak dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala". Ketahuilah bahawa Abu jahal dan Abu lahab bukanlah dari kalangan orang Islam.

---------------- 5-Soleh bin Fauzan (wahabi) berkata: “pengikut Asya’irah dan Maturidi tidak layak digelar sebagai Ahli sunnah wal jamaah”. Rujuk kitab mrk :Min Masyahir Almujaddidin Fil Islam, m/s: 32, terbitan: Riasah ‘Ammah lilifta' Sedangkan Al hafiz Murtadha Azzabidi berkata: "jika dikatakan Ahli sunnah wal- jamaah yang imaksudkannya adalah Asyairah dan Maturidiah". Pengikut Asya’irah dan Maturidiah adalah golongan Ahli sunnah dan jamaah

Wahabi dan Ancaman keatas ASWJ

Wahabi dan Ancaman keatas ASWJ


ANCAMAN TERHADAP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH



Oleh
Abu Syafiq
( Institut Pengajian Tinggi Islam )



Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dialah Yang Mencipta ?rasy, langit dan bumi, Dialah jua Pencipta tempat, wujudNya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

MUQADDIMAH

Dewasa kini seringkali kita mendengar banyak golongan yang asyik melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Akan tetapi adakah dengan hanya mengaku sedemikian sahaja tanpa bukti yang kukuh harus bagi kita pula menamakan mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Kita jua ketahui bahawa ancaman dan penentangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar datang dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang, keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya.
Apakah mauqif dan peranan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Ramai jua yang tahu peranan masing-masing tetapi mengabaikan tindakan segera atau menganggap ia sebagai suatu yang boleh dilakukan pada masa yang akan datang tanpa disedari semakin hari semakin pupus insan yang mengetahui erti aqidah yang sebenar, semakin hari semakin hilang mutiara ilmu aqidah yang menjadi senjata utama dalam menguatkan serta memajukan lagi taraf insan yang bergelar Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tidak pernah tahukah insan ini dengan sabda Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Asakir dan Imam Abdary bahawa Baginda pernah bersabda yang bermaksud :

? Sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungkaran, tiada pula ia merubahkannya maka Allah akan mengumumkan azabNya ke atas semua manusia ?.

Terlupkah insan ini akan kata-kata yang sering diungkap oleh para ulama seperti
Imam Ali Ad-Daqqoq yang bermaksud :

? Senyap dari menyatakan kebenaran merupakan syaitan bisu ?.
1. AQIDAH

1.1. ERTI AQIDAH DAN KAITANNYA DENGAN AMALAN SOLEH
Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa akidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan soleh. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan kebururkan. Jesteru itu perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan-senda atau diremeh-remehkan. Hubungan aqidah dan amalan soleh ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud :
? Dan barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan kedalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit ?.
An-Nisa Ayat 124.
Ayat ini jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan soleh yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaan dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud :
? Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan RasulNya
( beraqidah dengan aqidah yang betul) ?.H.R. Sohih Bukhari.
Ini menandakan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.






1.2. PARA ULAMA MENGUTAMAKAN ILMU AQIDAH

Oleh kerana pentingnya ilmu aqidah maka kita dapati seluruh para ilmuan islam akan mengutamakan ilmu aqidah. Perkara ini dapat dipetik dari kenyataan Imam tertua diantara mazhab empat iaitu Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitab beliau Fiqhul Absot yang bermaksud :

? Ketahuilah bahawa mendalami ilmu usuluddin (aqidah) itu lebih mulia dari mendalami ilmu feqh ?.
Kenyataan ini tidak bermakna kita tidak harus mempelajari ilmu feqah langsung akan tetapi Imam Abu Hanifah menerangkan kemulian mempelajari dan mengutamakan ilmu aqidah. Begitu juga para ulama yang lain mengutamakan ilmu ini seperti Imam yang menjadi pegangan mazhabnya di tanah air kita iaitu Imam Syafie menyatakan yang bermaksud : ? Kami telah mendalami ilmu tersebut (aqidah) sebelum ilmu ini (feqh) ?.

1.3. AQIDAH AHL SUNNAH WAL JAMAAH

Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-quran, al-hadith serta ijmak ulama. Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah ta?la sendiri di dalam al-quran dan apa yang telah dinyatakan leh Rasulullah di dalam Hadith baginda tanpa mereka meyandarkan sifat tasbih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ?rasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhlukNya.

Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam surah As-syura ayat 11 yang bermaksud :
? Tiada sesuatupun yang menyerupaiNya ?.

Wujudnya Allah tanpa diliputi tempat berdalikan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud :
? Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali ?. Riwayat Bukhari dalam Sohih Bukhari. Ini menunjukkan bahawa Dia sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ?rasy, langit, dan selainnya bukan azali.
Ijmak para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam Abdul Qohir Bin Tohir Al-Baghdadi dalam kitab Al-Farqu Bainal Firaq halaman 333 cetakan Darul Ma?ifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada diatas ?rasy akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat :
? Dan telah disepakati dan diijmakkan bahawa Allah tidak diliputi tempat ?. Demikian ijmak para ulama yang tidak boleh ditolak lagi oleh golongan mujassimah dan musyabbihah.
1.4. AQIDAH ULAMA SALAF

Ulama Salaf (bukan waahabi) adalah ulama yang pernah melalui kehidupannya pada era 300Hijriah pertama. Kesemua ulama Salaf berpegang dengan akidah bahawa:
Allah adalah Tuhan sekelian alam yang mencipta setiap sesuatu, wujudNya tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran, Maha Suci Allah dari dilingkungi dan diliputi oleh tempat, bahkan wujudNya tanpa berada di sesuatu tempat, bukan di langit wujudNya bukan di bumi pula tempatNya. Allah lah Pencipta ?rasy, diciptakannya untuk menunjukkan kekuasaanNya, bukan pula ianya dijadikan tempat bagi Zat Allah. Kerana Dia Pencipta tempat maka Dia tidak memerlukan tempat. Pegangan ulama Salaf pada ayat mutasyabihat mengenai sifat Allah ta?la pula kebanyakan ulama Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsily (teperinci) ayat tersebut akan tetapi ditakwil secara ijmaly (menafikan makna zohirnya) dan diserahkan makna sebenar kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan zohirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi zat Allah. Akan tetapi wujud dikalangan ulama Salaf yang mentakwilkan secara tafsily ayat mutasyabihat seperti Imam Bukhari di dalam kitab beliau Sohih Bukhari mentakwilkan firman Allah di dalam surah Al-Qosos ayat 88 :
? wajahNya ? bererti kerajaanNya ?.
Di sini akan dibawa sebahagian sebahagian sahaja kenyataan dari para ulama Salaf termasuk para sahabat Nabi yang menunjukkan bahawa aqidah ulama Salaf antaranya adalah
Allah wujud tanpa memerlukan tempat :-

1 ? Seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan keilmuan beliau pernah dipuji oleh Rasulullah iaitu Imam Saidina Ali Karramallahu Wajhah wafat pada 40Hijriah pernah berkata yang bermakna :
? Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat, maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat ?. Kenyataan ini dinyatakan dalam kitab karangan Imam Abu Mansur Al-Baghdadi dalam kitab beliau yang masyhur Al-Farqu Bainal Firaq pada halaman 256 cetakan Dar Kutub Ilmiah .
Ini memberi erti bahawa diantara aqidah para sahabat serta ulama Salaf adalah
Allah wujud tanpa bertempat iaitu tidak dilingkungi oleh sesuatu tempat mahupun semua tempat. Dalam halaman kitab yang sama juga dinukilkan kenyataan Imam Ali yang bermaksud : ? Sesungguhnya Allah mencipta ?rasy adalah untuk menzahirkan kekuasaanNya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zatNya.

2- Imam Syafie Rahimahullah yang wafat pada 204Hijriah
pernah berkata:
? Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah ta?la telah wujud dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan Allah tetap pada sifatNya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka tidak harus berlaku perubahan pada zatNya dan begitu juga tiada pertukaran pada sifatNya ?.
Kenyataan Imam Syafie ini dinyatakan oleh Imam Al-Hafiz Murtadho Zabidi didalam kitab beliau berjudul Ithaf Sadatul Muttaqin, juzuk kedua, mukasurat 36, cetakan Dar Kutub Ilmiah.

3- Imam yang terkenal dengan karangan kitab aqidah beliau berjudul Aqidah At-Tohawiyah bernama Imam Al-Hafiz Abu Ja?ar At-Tohawy wafat pada 321Hijriah (merupakan ulama Salaf) telah menyatakan dalam kitab beliau tersebut pada halaman 15 cetakan Dar Yaqin yang bermaksud : ? Allah tidak berada (tidak diliputi) pada enam penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan, belakang) seperti sekalian makhluk ?.

1.5. AQIDAH ULAMA KHALAF

Ulama Khalaf adalah mereka yang hidup selepas 300Hijriah pertama. Aqidah ulama Khalaf juga tidak terkeluar dari landasan Al-Quran dan Al-Hadith serta ijmak ulama. Aqidah ulama Khalaf tidak sama sekali berlawanan dengan aqidah ulama Salaf bahkan akidah ulama Salaf itu adalah aqidah ulama Khalaf begitu jua sebaliknya. Cuma pada segi penerangan mengenai perkara yang berkaitan dengan sifat Allah yang tertentu ulama Khalaf memilih cara penerangan yang lebih terperinci bagi mengelakkan anggapan yang bersifat tasybih atau tajsim pada sifat Allah. Contohnya ramai dikalangan ulama Khalaf mentakwilkan secara tafsily (terperinci) sifat-sifat Allah yang tertentu kepada makna yang mudah difahami oleh orang awam dan penuntu ilmu bagi menjauhkan anggapan yang tidak benar pada sifat Allah. Namun ada juga dikalangan ulama Khalaf yang tidak mentakwilkan secara terperinci.

Disini akan disebut sebahagian sahaja kenyataan para ulama Khalaf bahawa Allah wujud tanpa memerlukan tempat :-

1- Al-Hafiz Ibnu Jauzy Al-Hambaly Rahimahullah wafat pada 597Hijriah telah menyatakan di dalam kitab karangan beliau berjudul Daf? As-Subah Wa At-Tasybih mukasurat 189 cetakan Dar Imam Nawawi :
? Sesungguhnya telah sahih di sisi ulama islam bahawa Allah ta?la tidak diliputi oleh langit, bumi dan tidak berada di setiap tempat ?.

2- Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali yang wafat pada 505Hijriah menyatakan dalam kitab beliau yag masyhur berjudul
Ihya Ulumuddin : ? Dan Allah juga tidak diliputi oleh tempat dan Allah tidak diliputi arah enam dan Allah tidak pula dilingkungi oleh langit dan bumi ?. Rujuk kitab Ifhaf Sadatul Muttaqin Fi Syarh Ihya Ulumuddin, juzuk 2 mukasurat 36 cetakan Dar Kutub Ilmiah, Beirut.
Maka ini bermakna antara aqidah ulama Khalaf adalah Allah wujud tanpa tempat.
1.6. KESEMUA ULAMA SALAF & KHALAF MENTAKWIL AYAT MUTASYABIHAT DARI ZOHIRNYA

Ramai dikalangan para penceramah aqidah menyalah ertikan perkara ini dengan mengatakan ulama Salaf tidak langsung mentakwilkan ayat mutasyabihat mengenai sifat Allah hanya ulama Khalaf sahaja yang mentakwilkan ayat tersebut. Ini adalah tanggapan yang tidak langsung berunsurkan pengkajian yang sebenar kerana dari pentakwilan Imam Bukhari yang dinukilkan diatas serta takwilan beliau dalam Sohih Bukhari juga pada ayat 56 Surah Hud jelas menunjukkan beliau sebagai ulama Salaf telah mentakwilkan ayat mustasyabihat mengenai sifat Allah. Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany di dalam Fathul Bary syarahan Sohih Bukhary pada menyatakan Hadith Ad-Dohiku (ketawa) berkata :
? Bukhary telah mentakwilkan hadith Ad-Dohiku (ketawa) dengan erti Rahmah dan Redho ?. Begitu juga Imam Ahmad Bin Hambal yang merupakan ulama Salaf telah mentakwilkan ayat 22 Surah Al-Fajr seperti yang diriwayatkan secara bersanad yang sohih oleh Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib Ahmad dari Imam Ahmad:
? Firman Allah : ?an telah datang Tuhanmu? ditakwilkan oleh Imam Ahmad dengan : Telah datang Qudrat Tuhanmu ?.
Antara ulama Salaf yang mentakwilkan ayat 5 dalam Surah At-Toha adalah Imam Salaf Abu Abdul Rahman Abdullah Bin Yahya Bin Al-Mubarak wafat 237Hijriah dalam kitab Ghoribul Quran Wa Tafsiruhu halaman 113 cetakan Muassasah Ar-Risalah, Beirut :
? Firman Allah : ? Ar-Rahman di atas ?rasy beristawa? istawa disini ertinya Menguasai ?.
Diantara ulama Khalaf yang mentakwilkan ayat tersebut secara tafsily adalah Imam Abdul Rahim Bin Abdul Karim Bin Hawazan atau lebih dikenali sebagai Imam Al-Qusyairy telah mentakwilkannya dalam kitab beliua Tazkirah As-Syarqiyah : ? Ar-Rahman di atas ?rasy beristawa? istawa disini ertinya Menguasai, Menjaga dan menetapkan ?rasy ?.
Maka natijahnya bahawa kedua-dua jalan pilihan ulama Salaf dan Khalaf adalah benar dan tidak menyimpang kerana kedua-duanya mentakwilkan cuma bezanya kebanyakan Salaf mentakwil secara ijmaly dan kebanyakan Khalaf mentakwil secara tafsily.
2. MURTAD DAN ANCAMANNYA TERHADAP UMAT ISLAM

Isu murtad menjadi satu masaalah yang paling utama bagi sesebuah negara islam. Untuk menyelesaikan kes murtad ini tidak boleh lari dari mengetahui hukum-hakam berkaitan murtad. Maka mempelajari perkara yang boleh membatalkan islam seseorang adalah perlu sepaya kita tidak terjerus ke kancah murtad dan dapat membantu mengislamkan mereka yang telah murtad.
Perlu diketahui bahawa wajibkan keatas setiap orang Islam menjaga aqidahnya di dalam Islam dan melindungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan(merosakkan), membatalkan, dan memutuskan aqudahnya, ini dinamakan sebagai keluar dari Islam iaitu Riddah (murtad).
Imam an-Nawawiyy dan Imam-imam yang lain pernah menyatakan: ?iddah adalah jenis kekufuran yang paling dibenci?
Telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu dengan secara lalainya menuturkan perkataan-perkataan yang mana membawa mereka keluar dari Islam, mereka tidak menyangka dengan menuturkan perkataan-perkataan itu boleh menjadikan mereka kafir. Maka terjadi kes-kes murtad yang dia tidak sedara bahawa dia telah pun murtad. Semua ini berlandaskan apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadith baginda : ? Sesungguhnya seseorang itu berkata ia dengan kalimat yang tidak disangkakannya merbahaya, yang mana menyebabkannya menjunam jatuh 70 tahun ke dalam neraka ?.
Yakni, menjunam jatuh 70 tahun ke dasar neraka yang dikhaskan untuk orang kafir. Hadith ini diriwayatkan oleh At -Tarmizi (hasan) dengan makna yang sama dari hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Hadith ini membuktikan bahawa seseorang itu akan menjadi kafir apabila menuturkan perkataan kufurnya walaupun dia:
o Tidak tahu(jahil) tentang hukumnya
o Tidak suka apa yang dituturkannya ( contoh: secara marah atau berjenaka)
o Tidak percaya apa yang dituturkannya (contoh: secara berjenaka)
Yakni, tidak semestinya dalam keadaan tenang sahaja seseorang itu akan menjadi murtad apabila menuturkan perkataan kufur. Ini adalah kerana berada di dalam keadaan tenang bukanlah menjadi syarat untuk jatuh murtad.
Didalam keadaan marah pun seseorang itu akan jatuh murtad jika dia menuturkan perkataan kufur. Buktinya sebagaimana yang Imam an-Nawawiyy dan yang lain katakan.

Imam Nasafi pernah berkata yang bermaksud :
? Jika seorang lelaki marah pada anaknya atau hambanya dan memukulnya dengan teruk, kemudian datang seorang yang lain bertanya kepadanya, ?enapa engkau melakukan ini? Tidakkah engkau seorang Islam?? Dengan sengaja dia menjawab, ?idak!? , maka dia telah menjadi murtad/kafir.?

Ini juga telah diperkatakan oleh ulama dari mazhab Hanafiyy dan juga yang lain.
Maka kita perlu menjahui dan menghindari umat islam dari dari bahaya murtad yang tersebar.




2.1. PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN MURTAD

Tiga perakara yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad seperti mana yang telah diterangkan oleh para ulama :-
1- Kufur I?iqady
2- Kufur Fi?y
3- Kufur Qauly

1- Kufur I?iqady ( kufur disebabkan dari pegangan yang salah )

Contoh-contohnya adalah:
a) Ragu-ragu pada Allah atau RasulNya atau Al-Qur?n atau Hari Akhirat atau Syurga atau Neraka atau ganjaranNya atau balasanNya atau perkara yang berkaitan/bersamaan yang mana telah ada ijmak mengenainya.

b) Kepercayaan bahawa dunia ini azali pada jisim dan unsurnya atau cuma jisimnya sahaja.

c) Menafikan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah yang diketahui telah ada ijmak seperti Maha Mengetahui segalanya.

d) Menyifati Allah dari apa yang diketahui oleh ulama tidak menepatiNya seperti mempunyai jasad.

e) Menghalalkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai haram seperti zina, liwat, membunuh, mencuri, merompak atau menyamun.

f) Mengharamkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai halal seperti berjual beli atau nikah.

g) Menafikan kewajipan pada perkara yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai wajib hukumnya seperti solat 5 waktu atau salah satu daripada sujud, zakat, puasa, haji atau wudu?.

h) Mewajibkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai tidak wajib hukumnya.


2- Kufur Fi?y ( kufur yang disebabkan dari perbuatan ) :

Contoh-contohnya adalah:
a) Sujud pada berhala atau matahari atau bulan.
b) Suju kepada makhluk dengan bertujuan untuk menyembahnya.


3- Kufur Qauly ( kufur yang disebabkan dari perkataan ) :

Contohnya adalah terlalu banyak tidak terhitung darinya.
Dinyatakan disini hanya sebahagian darinya :
a) Memanggil kepada seorang Islam yang lain: ? Wahai kafir!? atau ?ahai Yahudi!?, ? Wahai Kristian!? atau ?ahai orang yang tanpa agama!? dengan makna agama orang yang dikatakan adalah agama yang bersifat kufur atau agamanya adalah Yahudi, Kristian ataupun tanpa pegangan agama tetapi bukan bertujuan untuk menyamakan perbuatan beliau itu dengan perbuatan orang kafir.

b) Mempermain-mainkan salah satu daripada nama Allah , janjiNYA , ancamanNya oleh orang yang sedar ini adalah antara sifat Allah ta?la.

2.3. TAUBAT MURTAD

Adalah menjadi kewajipan bagi orang yang murtad untuk:
1- Kembali kepada Islam serta merta dengan mengucapkan kalimah shahadah.
2- Meninggalkan segala perkara yang menyebabkan riddah.
3- Berazam tidak akan mengulanginya lagi sehingga mati.

Jika seseorang itu tidak kembali kepada Islam dengan serta merta dengan ucapan kalimah shahadah , maka dia mesti dipaksa untuk mengucapkannya.

Jika dia tidak juga kembali kepada Islam selepas diarahkannya untuk kembali kepada Islam yakni hasil dari penyaksian 2 lelaki yang adil atau dari pengakuan si murtad itu sendiri, maka Khalifah akan membunuhnya (dan ini tidak bermakna si murtad boleh terkecuali dari dipaksa dengan memeluk agama lain kerana tidak diterima darinya selain dari agama Islam).
Ini dilakukan dengan bersandarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermakna:
? Barangsiapa yang meninggalkan Islam bunuhlah ia.?
Maka batal baginya:
puasa, tayammum, nikah (sebelum jimak untuk kali pertama),
nikah (selepas jima? untuk kali pertama) sekiranya dia tidak kembali kepada Islam didalam waktu ^iddah.

Nikah orang yang murtad(lelaki atau perempuan)adalah tidak sah samada dengan orang yang Islam ataupun dengan orang yang bukan Islam.

Haram hukumnya memakan daging sembelihan orang yang murtad. Si murtad tidak boleh mewarisi harta dan hartanya juga tidak boleh diwarisi.

Sekiranya dia mati, mayatnya tidak boleh ( haram) :
Disembahyangkan (sesiapa yang menyembahyangkannya akan menjadi murtad sepertinya), dimandikan , dikafankan atau dikuburkan di tanah perkuburan Islam.

Hartanya akan diserahkan kepada fay? .

oleh Abu Syafiq

WAHHABI : MUJASSIMAH MODEN

WAHHABI : MUJASSIMAH MODEN
oleh abu syafiq

AWASI WAHHABI : GOLONGAN MUJASSIMAH MODEN

Perlu diketahui bahawa golongan yang paling banyak kesesatan pada hari ini adalah Mujassimah (Yang menyatakan Allah itu berjisim) dan Musyabbihah (Yang menyatakan Allah itu menyerupai makhluk). Golongan Wahhabi adalah mereka yang paling jelas menyamakankan Allah dengan makhluk. Dan ketahuilah bahawa Musyabbihah dan Mujassimah adalah KAFIR.
Oleh kerana golongan sesat ini menyebarkan aqidah sesat mereka kepada orang awam termasuk anak-anak orang islam.
Maka wajiblah kepada kita orang islam yang beraqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak senyap dari mengawasi golongan sesat ini.

Diceritakan bahawa tokey Wahhabi bernama Abdullah bin Hasan cucu kepada Muhammad Bin Abdul Wahhab banyak menyuarakan aqidah sesatnya di Makkah sejak sebelum 70 tahun lalu dengan mengatakan dalam keadaan dia turun dari tangga, katanya :

“ Allahu Yanzil Kanuzuli Haza ” kata-kata kufur yang bermaksud : “ Allah turun seprtimana aku turun ini ”.

Kenyataan tersebut telah didengar oleh ramai para ulama termasuk Syeikh Ali Bin Abdul Rahman As-Somaly yang tinggal dan mengajar di Makkah.

Maka tidak harus bagi kita umat islam senyap membisu tidak mengawasi orang islam dari ajaran sesat Wahhabi ini. Adakah mengingkari kemungkaran dianggap memecahbelahkan umat islam? Tidak sama sekali!. Mengkafirkan orang yang amat jelas kekafirannya bukanlah memecahbelahkan saf orang islam, bahkan ianya merupakan penjelasan kebenaran kerana bagaimana kita orang islam berkesedudukan dengan ajaran sesat Wahhabi yang mengkafirkan kita umat islam dan menghalalkan darah seluruh umat islam?!.

PRINSIP WAHHABI

Golongan Wahhabi menganggap sesiapa yang tidak menuruti aqidah mereka yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhlukNya maka orang itu dikira kafir dan halal darahnya. Lihat sahaja prinsip utama Wahhabi tesebut seperti yang tertera dalam kitab utama mereka mengatakan :

“ Bunuhlah ahli sufi yang soleh sebelum kamu membunuh yahudi dan majusi ”.

Diantara Wahhabi yang menjelaskan prinsip utama wahhabi adalah “Sesiapa yang tidak mengatakan Allah Duduk dan tidak menuruti aqidah mereka yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhlukNya maka orang itu dikira kafir dan halal darahnya ” yang menyatakan prinsip Wahhabi adalah sedemikian seorang ulama Wahhabi bernama Ali bin Muhammad bin Sinan seorang pengajar salah sebuah universiti di Madinah dan pengarang kitab Almajmuk Almufid Min Aqidah At-tauhid.

ULAMA MAZHAB HAMBALI MENJELASKAN PERIHAL WAHHABI

Mufti Mekah bernama Muhammad Bin Abdullah Bin Hamid Al-Hambali An-Najdi menyatakan didalam kitabnya berjudul As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroih Al-Hanabilah,

Dalam kitab tersebut Mufti Mekkah tersebut menjelaskan latar belakang 800 orang para fuqoho’ dari mazhab Hambali. Diantara yang diceritakan oleh Mufti mengenai seorang alim mazhab Hambali bernama Abdul Wahhab Bin Sulaiman yang merupakan bapa kepada seorang pengasas ajaran sesat Wahhabi bernama Muhammad Bin Abdul Wahhab.

Mufti menceritakan bahawa bapa Muhammad Bin Abdul Wahhab tidak meredhoi anaknya itu kerana pengasas Wahhabi itu mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengannya bahkan pengasas Wahhabi tersebut menghalal pembunuhan umat islam yang tidak mengikutnya. Sila lihat pada kita tersebut dimukasurat 276 cetakan pertama di Riyadh.

WAHHABI MEMBUNUH 3000 UMAT ISLAM DI JORDAN

Telah berlaku satu peristiwa yang amat menyayathati umat islam pada 1920an iaitu pembunuhan Wahhabi terhadap umat islam di Timur Jordan. Disitu Wahhabi telah membunuh bukan 3 orang tetapi 3000 orang islam yang tidak mengikut mereka dengan menyembelih umat islam seperti kambing dalam pada penyembelihan itu Wahhabi mengatakan: “Ayuh kita bunuh kafir ini kerana tak ikut kita!”.
Kisah pembunuhan Wahhabi terhadap 3000 umat islam di Timur Jordan ini tertera dikebanyakan perpustakaan di Jordan.

WAHHABI : MUJASSIMAH
(Mujassimah Adalah Golongan Kafir Disisi Seluruh Ulama Islam)

Wahhabi adalah kaum Mujassimah yang menjisimkan Allah. Mujassimah adalah kafir kerana Imam Syafie rodhiyallahu ‘anhu menyatakan :
“ Al-Mujassim Kafir ” kata-kata Imam Syafie itu bermaksud : “ Mujassim (Yang mengatakan Allah itu jisim seperti Wahhabi) adalah kafir ”.
Kenyataan Imam Syafie yang mengkafirkan Mujassimah tersebut diriwayatkan oleh Imam Suyuti dalam kitabnya Al-Asbah Wa An-Nazoir mukasurat 488 cetakan Darul Kutub Ilmiah.

Mari kita lihat kenyataan Imam Ahmad Bin Hambal dan para ulama mazhab Hambali yang mempersetujui kenyataan Imam Ahmad mengatakan :
“ Man Qola Allahu Jismun Faqod Kafar Wakaza Man Qola Allahu Jismun La Kal Ajsam ” kenyataan Imam Ahmad bermaksud : “ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir, begitu juga kafirlah yang mengatakan Allah itu berjisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim ”.Lihat Sohibul Khisol diantara ulama mazhab Hambali yang masyhur.

Seorang ulama mazhab Hambali terkenal bernama Muhammad Bin Badruddin Bin Balban Ad-Dimasyqi Al-Hambali dalam kitabnya berjudul Muktasor Al-Ifadat mukasurat 490 menyatakan :
“ Allah tidak menyerupai sesuatu dan sesuatupun tidak menyerupai Allah, sesiapa menyamakan Allah dengan sesuatu maka dia KAFIR seperti mereka yang menyatakan Allah itu berjisim, begitu jugak kafir yang menyatakan Allah itu berjisim tapi tak seperti jisim-jisim ”.

Begitu juga Imam Malik dan Imam Abu Hanifah jelas mengkafirkan golongan Mujassimah.
Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitamidalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah :
“ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.

WAHHABI MENYEMBAH JISIM YANG BERBETIS

Wahhabi adalah golongan yang amat malang. Ulama islam mengharap sangat sekiranya golongan Wahhabi ini diberikan pemahaman ayat Allah “Laisa Kamithilihi Syai” dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud “ Tiada sesuatupu menyerupaiNya”.
Puluhan ulama Wahhabi menyebarkan perkara kufur dengan mengatakan :
“ Allah meletakkan kakiNya yang berbetis kedalam api neraka kemudian mengatakan ada lagi ke? ”.
Lihatlah betapa sesatnya mereka!

WAHHABI MENGATAKAN : NABI MUHAMMAD ADALAH PATUNG BERHALA

Tidak cukup bagi Wahhabi mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah orang islam yang tidak mengikut mereka. Wahhabi sejak 8 tahun dimusim haji menyatakan prinsip mereka adalah ¾ orang islam sekarang adalah kafir dan halal darah mereka.Wahhabi juga mengatakan :
“ Kami menjual tasbih ( yang dianggap bid’ah sesat oleh Wahhabi) hanya kepada orang musyrik di tanah haram ini ”.

Seorang ulama Wahhabi bernama Abu Bakar Al-Jajairy menyatakan dalam Masjid Nabawi di Madinah pada tahun 1993M dengan katanya :
“Aku bersumpah bahawa islam tidak akan bangkit selagi patung berhala ini (sonam) tidak dikeluarkan dari masjid ini”
sambil tangannya mengarah kepada maqam Nabi Muhammad.

Apakah dosa Nabi Muhammad kepada ulama Wahhabi ini sehingga Wahhabi menamakan Nabi Muhammad itu sebagai berhala?!.

PENUTUP UNTUK KALI INI

Sesetengah orang menganggap bahawa perbuatan menjelaskan kesesatan dan kekafiran Wahhabi ini adalah suatu yang memecahbelah saf umat islam.

Saudara islam sekalian, ketahuilah! Sekiranya anda memahami betapa bahaya lagi sesatnya ajaran Wahhabi ini maka anda akan lebih sensitif kerana kejahatan dan kesesatan Wahhabi ini amat bahaya.

Kepada yang mengatakan :bagaimana kita menyesatkan orng yang mengucap dua kalimah syahadah?!

Ketahuilah! Walaupun seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah tapi aqidahnya masih kafir lagi sesat dan dia tidak mengenal Tuhannya dengan mengatakan :
“Allah itu berjisim” maka dia bukan islam.

Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir :
“ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi”

kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud :

“ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya ”.

Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan :
“ Sesiapa beranggapan Allah duduk diatas arasy maka dia KAFIR ”.

Mari kita lihat pandangan ulama Hanafi. Syeikh Kamal Bin Al-Humam Al-Hanafi menyatakan dalam kitab mazhab Hanafi berjudul Fathul Qadir juzuk 1 mukasurat 403 pada Bab Al-Imamah :

“ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.

Maka Wahhabi adalah Mujassimah yang beranggapan bahawa Allah itu jisim duduk diatas arasy.
Tidak harus bagi kita senyap dari mempertahankan aqidah islam dan menjelaskan kesesatan ajaran sesat!.

Kepada mereka yg merasa diri tu Wahhabi tapi tak iqtiqod dengan aqidah2 kufur maka tak usah menyebok mempertahankan aqidah sesat Wahhabi.