Tuesday, February 27, 2007

Wahabi dan Ancaman keatas ASWJ

Wahabi dan Ancaman keatas ASWJ


ANCAMAN TERHADAP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH



Oleh
Abu Syafiq
( Institut Pengajian Tinggi Islam )



Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dialah Yang Mencipta ?rasy, langit dan bumi, Dialah jua Pencipta tempat, wujudNya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

MUQADDIMAH

Dewasa kini seringkali kita mendengar banyak golongan yang asyik melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Akan tetapi adakah dengan hanya mengaku sedemikian sahaja tanpa bukti yang kukuh harus bagi kita pula menamakan mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Kita jua ketahui bahawa ancaman dan penentangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar datang dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang, keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya.
Apakah mauqif dan peranan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Ramai jua yang tahu peranan masing-masing tetapi mengabaikan tindakan segera atau menganggap ia sebagai suatu yang boleh dilakukan pada masa yang akan datang tanpa disedari semakin hari semakin pupus insan yang mengetahui erti aqidah yang sebenar, semakin hari semakin hilang mutiara ilmu aqidah yang menjadi senjata utama dalam menguatkan serta memajukan lagi taraf insan yang bergelar Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tidak pernah tahukah insan ini dengan sabda Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Asakir dan Imam Abdary bahawa Baginda pernah bersabda yang bermaksud :

? Sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungkaran, tiada pula ia merubahkannya maka Allah akan mengumumkan azabNya ke atas semua manusia ?.

Terlupkah insan ini akan kata-kata yang sering diungkap oleh para ulama seperti
Imam Ali Ad-Daqqoq yang bermaksud :

? Senyap dari menyatakan kebenaran merupakan syaitan bisu ?.
1. AQIDAH

1.1. ERTI AQIDAH DAN KAITANNYA DENGAN AMALAN SOLEH
Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa akidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan soleh. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan kebururkan. Jesteru itu perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan-senda atau diremeh-remehkan. Hubungan aqidah dan amalan soleh ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud :
? Dan barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan kedalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit ?.
An-Nisa Ayat 124.
Ayat ini jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan soleh yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaan dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud :
? Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan RasulNya
( beraqidah dengan aqidah yang betul) ?.H.R. Sohih Bukhari.
Ini menandakan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.






1.2. PARA ULAMA MENGUTAMAKAN ILMU AQIDAH

Oleh kerana pentingnya ilmu aqidah maka kita dapati seluruh para ilmuan islam akan mengutamakan ilmu aqidah. Perkara ini dapat dipetik dari kenyataan Imam tertua diantara mazhab empat iaitu Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitab beliau Fiqhul Absot yang bermaksud :

? Ketahuilah bahawa mendalami ilmu usuluddin (aqidah) itu lebih mulia dari mendalami ilmu feqh ?.
Kenyataan ini tidak bermakna kita tidak harus mempelajari ilmu feqah langsung akan tetapi Imam Abu Hanifah menerangkan kemulian mempelajari dan mengutamakan ilmu aqidah. Begitu juga para ulama yang lain mengutamakan ilmu ini seperti Imam yang menjadi pegangan mazhabnya di tanah air kita iaitu Imam Syafie menyatakan yang bermaksud : ? Kami telah mendalami ilmu tersebut (aqidah) sebelum ilmu ini (feqh) ?.

1.3. AQIDAH AHL SUNNAH WAL JAMAAH

Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-quran, al-hadith serta ijmak ulama. Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah ta?la sendiri di dalam al-quran dan apa yang telah dinyatakan leh Rasulullah di dalam Hadith baginda tanpa mereka meyandarkan sifat tasbih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ?rasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhlukNya.

Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam surah As-syura ayat 11 yang bermaksud :
? Tiada sesuatupun yang menyerupaiNya ?.

Wujudnya Allah tanpa diliputi tempat berdalikan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud :
? Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali ?. Riwayat Bukhari dalam Sohih Bukhari. Ini menunjukkan bahawa Dia sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ?rasy, langit, dan selainnya bukan azali.
Ijmak para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam Abdul Qohir Bin Tohir Al-Baghdadi dalam kitab Al-Farqu Bainal Firaq halaman 333 cetakan Darul Ma?ifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada diatas ?rasy akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat :
? Dan telah disepakati dan diijmakkan bahawa Allah tidak diliputi tempat ?. Demikian ijmak para ulama yang tidak boleh ditolak lagi oleh golongan mujassimah dan musyabbihah.
1.4. AQIDAH ULAMA SALAF

Ulama Salaf (bukan waahabi) adalah ulama yang pernah melalui kehidupannya pada era 300Hijriah pertama. Kesemua ulama Salaf berpegang dengan akidah bahawa:
Allah adalah Tuhan sekelian alam yang mencipta setiap sesuatu, wujudNya tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran, Maha Suci Allah dari dilingkungi dan diliputi oleh tempat, bahkan wujudNya tanpa berada di sesuatu tempat, bukan di langit wujudNya bukan di bumi pula tempatNya. Allah lah Pencipta ?rasy, diciptakannya untuk menunjukkan kekuasaanNya, bukan pula ianya dijadikan tempat bagi Zat Allah. Kerana Dia Pencipta tempat maka Dia tidak memerlukan tempat. Pegangan ulama Salaf pada ayat mutasyabihat mengenai sifat Allah ta?la pula kebanyakan ulama Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsily (teperinci) ayat tersebut akan tetapi ditakwil secara ijmaly (menafikan makna zohirnya) dan diserahkan makna sebenar kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan zohirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi zat Allah. Akan tetapi wujud dikalangan ulama Salaf yang mentakwilkan secara tafsily ayat mutasyabihat seperti Imam Bukhari di dalam kitab beliau Sohih Bukhari mentakwilkan firman Allah di dalam surah Al-Qosos ayat 88 :
? wajahNya ? bererti kerajaanNya ?.
Di sini akan dibawa sebahagian sebahagian sahaja kenyataan dari para ulama Salaf termasuk para sahabat Nabi yang menunjukkan bahawa aqidah ulama Salaf antaranya adalah
Allah wujud tanpa memerlukan tempat :-

1 ? Seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan keilmuan beliau pernah dipuji oleh Rasulullah iaitu Imam Saidina Ali Karramallahu Wajhah wafat pada 40Hijriah pernah berkata yang bermakna :
? Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat, maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat ?. Kenyataan ini dinyatakan dalam kitab karangan Imam Abu Mansur Al-Baghdadi dalam kitab beliau yang masyhur Al-Farqu Bainal Firaq pada halaman 256 cetakan Dar Kutub Ilmiah .
Ini memberi erti bahawa diantara aqidah para sahabat serta ulama Salaf adalah
Allah wujud tanpa bertempat iaitu tidak dilingkungi oleh sesuatu tempat mahupun semua tempat. Dalam halaman kitab yang sama juga dinukilkan kenyataan Imam Ali yang bermaksud : ? Sesungguhnya Allah mencipta ?rasy adalah untuk menzahirkan kekuasaanNya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zatNya.

2- Imam Syafie Rahimahullah yang wafat pada 204Hijriah
pernah berkata:
? Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah ta?la telah wujud dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan Allah tetap pada sifatNya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka tidak harus berlaku perubahan pada zatNya dan begitu juga tiada pertukaran pada sifatNya ?.
Kenyataan Imam Syafie ini dinyatakan oleh Imam Al-Hafiz Murtadho Zabidi didalam kitab beliau berjudul Ithaf Sadatul Muttaqin, juzuk kedua, mukasurat 36, cetakan Dar Kutub Ilmiah.

3- Imam yang terkenal dengan karangan kitab aqidah beliau berjudul Aqidah At-Tohawiyah bernama Imam Al-Hafiz Abu Ja?ar At-Tohawy wafat pada 321Hijriah (merupakan ulama Salaf) telah menyatakan dalam kitab beliau tersebut pada halaman 15 cetakan Dar Yaqin yang bermaksud : ? Allah tidak berada (tidak diliputi) pada enam penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan, belakang) seperti sekalian makhluk ?.

1.5. AQIDAH ULAMA KHALAF

Ulama Khalaf adalah mereka yang hidup selepas 300Hijriah pertama. Aqidah ulama Khalaf juga tidak terkeluar dari landasan Al-Quran dan Al-Hadith serta ijmak ulama. Aqidah ulama Khalaf tidak sama sekali berlawanan dengan aqidah ulama Salaf bahkan akidah ulama Salaf itu adalah aqidah ulama Khalaf begitu jua sebaliknya. Cuma pada segi penerangan mengenai perkara yang berkaitan dengan sifat Allah yang tertentu ulama Khalaf memilih cara penerangan yang lebih terperinci bagi mengelakkan anggapan yang bersifat tasybih atau tajsim pada sifat Allah. Contohnya ramai dikalangan ulama Khalaf mentakwilkan secara tafsily (terperinci) sifat-sifat Allah yang tertentu kepada makna yang mudah difahami oleh orang awam dan penuntu ilmu bagi menjauhkan anggapan yang tidak benar pada sifat Allah. Namun ada juga dikalangan ulama Khalaf yang tidak mentakwilkan secara terperinci.

Disini akan disebut sebahagian sahaja kenyataan para ulama Khalaf bahawa Allah wujud tanpa memerlukan tempat :-

1- Al-Hafiz Ibnu Jauzy Al-Hambaly Rahimahullah wafat pada 597Hijriah telah menyatakan di dalam kitab karangan beliau berjudul Daf? As-Subah Wa At-Tasybih mukasurat 189 cetakan Dar Imam Nawawi :
? Sesungguhnya telah sahih di sisi ulama islam bahawa Allah ta?la tidak diliputi oleh langit, bumi dan tidak berada di setiap tempat ?.

2- Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali yang wafat pada 505Hijriah menyatakan dalam kitab beliau yag masyhur berjudul
Ihya Ulumuddin : ? Dan Allah juga tidak diliputi oleh tempat dan Allah tidak diliputi arah enam dan Allah tidak pula dilingkungi oleh langit dan bumi ?. Rujuk kitab Ifhaf Sadatul Muttaqin Fi Syarh Ihya Ulumuddin, juzuk 2 mukasurat 36 cetakan Dar Kutub Ilmiah, Beirut.
Maka ini bermakna antara aqidah ulama Khalaf adalah Allah wujud tanpa tempat.
1.6. KESEMUA ULAMA SALAF & KHALAF MENTAKWIL AYAT MUTASYABIHAT DARI ZOHIRNYA

Ramai dikalangan para penceramah aqidah menyalah ertikan perkara ini dengan mengatakan ulama Salaf tidak langsung mentakwilkan ayat mutasyabihat mengenai sifat Allah hanya ulama Khalaf sahaja yang mentakwilkan ayat tersebut. Ini adalah tanggapan yang tidak langsung berunsurkan pengkajian yang sebenar kerana dari pentakwilan Imam Bukhari yang dinukilkan diatas serta takwilan beliau dalam Sohih Bukhari juga pada ayat 56 Surah Hud jelas menunjukkan beliau sebagai ulama Salaf telah mentakwilkan ayat mustasyabihat mengenai sifat Allah. Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany di dalam Fathul Bary syarahan Sohih Bukhary pada menyatakan Hadith Ad-Dohiku (ketawa) berkata :
? Bukhary telah mentakwilkan hadith Ad-Dohiku (ketawa) dengan erti Rahmah dan Redho ?. Begitu juga Imam Ahmad Bin Hambal yang merupakan ulama Salaf telah mentakwilkan ayat 22 Surah Al-Fajr seperti yang diriwayatkan secara bersanad yang sohih oleh Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib Ahmad dari Imam Ahmad:
? Firman Allah : ?an telah datang Tuhanmu? ditakwilkan oleh Imam Ahmad dengan : Telah datang Qudrat Tuhanmu ?.
Antara ulama Salaf yang mentakwilkan ayat 5 dalam Surah At-Toha adalah Imam Salaf Abu Abdul Rahman Abdullah Bin Yahya Bin Al-Mubarak wafat 237Hijriah dalam kitab Ghoribul Quran Wa Tafsiruhu halaman 113 cetakan Muassasah Ar-Risalah, Beirut :
? Firman Allah : ? Ar-Rahman di atas ?rasy beristawa? istawa disini ertinya Menguasai ?.
Diantara ulama Khalaf yang mentakwilkan ayat tersebut secara tafsily adalah Imam Abdul Rahim Bin Abdul Karim Bin Hawazan atau lebih dikenali sebagai Imam Al-Qusyairy telah mentakwilkannya dalam kitab beliua Tazkirah As-Syarqiyah : ? Ar-Rahman di atas ?rasy beristawa? istawa disini ertinya Menguasai, Menjaga dan menetapkan ?rasy ?.
Maka natijahnya bahawa kedua-dua jalan pilihan ulama Salaf dan Khalaf adalah benar dan tidak menyimpang kerana kedua-duanya mentakwilkan cuma bezanya kebanyakan Salaf mentakwil secara ijmaly dan kebanyakan Khalaf mentakwil secara tafsily.
2. MURTAD DAN ANCAMANNYA TERHADAP UMAT ISLAM

Isu murtad menjadi satu masaalah yang paling utama bagi sesebuah negara islam. Untuk menyelesaikan kes murtad ini tidak boleh lari dari mengetahui hukum-hakam berkaitan murtad. Maka mempelajari perkara yang boleh membatalkan islam seseorang adalah perlu sepaya kita tidak terjerus ke kancah murtad dan dapat membantu mengislamkan mereka yang telah murtad.
Perlu diketahui bahawa wajibkan keatas setiap orang Islam menjaga aqidahnya di dalam Islam dan melindungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan(merosakkan), membatalkan, dan memutuskan aqudahnya, ini dinamakan sebagai keluar dari Islam iaitu Riddah (murtad).
Imam an-Nawawiyy dan Imam-imam yang lain pernah menyatakan: ?iddah adalah jenis kekufuran yang paling dibenci?
Telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu dengan secara lalainya menuturkan perkataan-perkataan yang mana membawa mereka keluar dari Islam, mereka tidak menyangka dengan menuturkan perkataan-perkataan itu boleh menjadikan mereka kafir. Maka terjadi kes-kes murtad yang dia tidak sedara bahawa dia telah pun murtad. Semua ini berlandaskan apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadith baginda : ? Sesungguhnya seseorang itu berkata ia dengan kalimat yang tidak disangkakannya merbahaya, yang mana menyebabkannya menjunam jatuh 70 tahun ke dalam neraka ?.
Yakni, menjunam jatuh 70 tahun ke dasar neraka yang dikhaskan untuk orang kafir. Hadith ini diriwayatkan oleh At -Tarmizi (hasan) dengan makna yang sama dari hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Hadith ini membuktikan bahawa seseorang itu akan menjadi kafir apabila menuturkan perkataan kufurnya walaupun dia:
o Tidak tahu(jahil) tentang hukumnya
o Tidak suka apa yang dituturkannya ( contoh: secara marah atau berjenaka)
o Tidak percaya apa yang dituturkannya (contoh: secara berjenaka)
Yakni, tidak semestinya dalam keadaan tenang sahaja seseorang itu akan menjadi murtad apabila menuturkan perkataan kufur. Ini adalah kerana berada di dalam keadaan tenang bukanlah menjadi syarat untuk jatuh murtad.
Didalam keadaan marah pun seseorang itu akan jatuh murtad jika dia menuturkan perkataan kufur. Buktinya sebagaimana yang Imam an-Nawawiyy dan yang lain katakan.

Imam Nasafi pernah berkata yang bermaksud :
? Jika seorang lelaki marah pada anaknya atau hambanya dan memukulnya dengan teruk, kemudian datang seorang yang lain bertanya kepadanya, ?enapa engkau melakukan ini? Tidakkah engkau seorang Islam?? Dengan sengaja dia menjawab, ?idak!? , maka dia telah menjadi murtad/kafir.?

Ini juga telah diperkatakan oleh ulama dari mazhab Hanafiyy dan juga yang lain.
Maka kita perlu menjahui dan menghindari umat islam dari dari bahaya murtad yang tersebar.




2.1. PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN MURTAD

Tiga perakara yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad seperti mana yang telah diterangkan oleh para ulama :-
1- Kufur I?iqady
2- Kufur Fi?y
3- Kufur Qauly

1- Kufur I?iqady ( kufur disebabkan dari pegangan yang salah )

Contoh-contohnya adalah:
a) Ragu-ragu pada Allah atau RasulNya atau Al-Qur?n atau Hari Akhirat atau Syurga atau Neraka atau ganjaranNya atau balasanNya atau perkara yang berkaitan/bersamaan yang mana telah ada ijmak mengenainya.

b) Kepercayaan bahawa dunia ini azali pada jisim dan unsurnya atau cuma jisimnya sahaja.

c) Menafikan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah yang diketahui telah ada ijmak seperti Maha Mengetahui segalanya.

d) Menyifati Allah dari apa yang diketahui oleh ulama tidak menepatiNya seperti mempunyai jasad.

e) Menghalalkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai haram seperti zina, liwat, membunuh, mencuri, merompak atau menyamun.

f) Mengharamkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai halal seperti berjual beli atau nikah.

g) Menafikan kewajipan pada perkara yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai wajib hukumnya seperti solat 5 waktu atau salah satu daripada sujud, zakat, puasa, haji atau wudu?.

h) Mewajibkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai tidak wajib hukumnya.


2- Kufur Fi?y ( kufur yang disebabkan dari perbuatan ) :

Contoh-contohnya adalah:
a) Sujud pada berhala atau matahari atau bulan.
b) Suju kepada makhluk dengan bertujuan untuk menyembahnya.


3- Kufur Qauly ( kufur yang disebabkan dari perkataan ) :

Contohnya adalah terlalu banyak tidak terhitung darinya.
Dinyatakan disini hanya sebahagian darinya :
a) Memanggil kepada seorang Islam yang lain: ? Wahai kafir!? atau ?ahai Yahudi!?, ? Wahai Kristian!? atau ?ahai orang yang tanpa agama!? dengan makna agama orang yang dikatakan adalah agama yang bersifat kufur atau agamanya adalah Yahudi, Kristian ataupun tanpa pegangan agama tetapi bukan bertujuan untuk menyamakan perbuatan beliau itu dengan perbuatan orang kafir.

b) Mempermain-mainkan salah satu daripada nama Allah , janjiNYA , ancamanNya oleh orang yang sedar ini adalah antara sifat Allah ta?la.

2.3. TAUBAT MURTAD

Adalah menjadi kewajipan bagi orang yang murtad untuk:
1- Kembali kepada Islam serta merta dengan mengucapkan kalimah shahadah.
2- Meninggalkan segala perkara yang menyebabkan riddah.
3- Berazam tidak akan mengulanginya lagi sehingga mati.

Jika seseorang itu tidak kembali kepada Islam dengan serta merta dengan ucapan kalimah shahadah , maka dia mesti dipaksa untuk mengucapkannya.

Jika dia tidak juga kembali kepada Islam selepas diarahkannya untuk kembali kepada Islam yakni hasil dari penyaksian 2 lelaki yang adil atau dari pengakuan si murtad itu sendiri, maka Khalifah akan membunuhnya (dan ini tidak bermakna si murtad boleh terkecuali dari dipaksa dengan memeluk agama lain kerana tidak diterima darinya selain dari agama Islam).
Ini dilakukan dengan bersandarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermakna:
? Barangsiapa yang meninggalkan Islam bunuhlah ia.?
Maka batal baginya:
puasa, tayammum, nikah (sebelum jimak untuk kali pertama),
nikah (selepas jima? untuk kali pertama) sekiranya dia tidak kembali kepada Islam didalam waktu ^iddah.

Nikah orang yang murtad(lelaki atau perempuan)adalah tidak sah samada dengan orang yang Islam ataupun dengan orang yang bukan Islam.

Haram hukumnya memakan daging sembelihan orang yang murtad. Si murtad tidak boleh mewarisi harta dan hartanya juga tidak boleh diwarisi.

Sekiranya dia mati, mayatnya tidak boleh ( haram) :
Disembahyangkan (sesiapa yang menyembahyangkannya akan menjadi murtad sepertinya), dimandikan , dikafankan atau dikuburkan di tanah perkuburan Islam.

Hartanya akan diserahkan kepada fay? .

oleh Abu Syafiq

No comments: