http://bahrusshofa.blogspot.com/search?q=wahabi
Saudara, di bawah ni kunukilkan secebis fitnah dan kebiadapan penyokong Wahhabi yang tak mengaku dirinya Wahhabi dalam blognya yang diberinama "Pandangan Seorang Ustaz" eleehhhh "Ustaz" sendiri masuk bakul sendiri angkat. Nak baca penuh ikut link diberi:-
http://ustaz.blogspot.com/2005/11/wahabi-myth-dispelling-prevalent.html#comments
Antara lain dia tulis:-
Sudah lumrah alam apabila ramai yang jahil mengakibatkan masyarakat rosak maka ramai golongan sufi yang rosak aqidah mereka tapi bermazhab syafie pada feqah memburukkan syeikh Muhammad Abd Wahab dan mencipta pelbagai fitnah dan pendustaan kepada beliau dan salah seorangnya ialah Syeikh Muhammad Zaini Dahlan iaitu salah seorang mufti mazhab syafie di Mekah. Maka sejak itulah masyarakat Islam khususnya bermazhab syafie banyak yang membenci ajaran dakwah Syeikh Muhammad Abd Wahab kerana kejahilan mereka.
Sebenarnya banyak lagi website dan blog Wahhabi Melayu yang makan duit Wahhabi. Tapi Ustaz sorangnya terlalu amat biadap sehingga berani memfitnah Sidi Ahmad Zaini Dahlan. Dia ni kenal tak Sidi Ahmad Zaini Dahlan, nama yang diberi pun tak betul. Sidi Ahmad Zaini Dahlan merupakan ulama besar yang menjadi Syaikhul Islam Hijaz dan Mufti Syafi`iyyah di Makkah. Keturunan Syaikh Abdul Qadir al-Jilani dan sanad ilmu para ulama kita di Nusantara ini. Antara muridnya yang terkenal ialah Wali Quthub Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas dan Sidi Abu Bakar Syata ad-Dimyathi. Tergamak ustaz lahabau tu kata Sidi Zaini sebagai jahil, sufi yang rosak aqidah dan kaki fitnah. Wajib kita bangkit pertahankan maruah ulama kita. Ustaz ni ingat Sidi Zaini Dahlan ni macam dia pergi belajar guna duit Wahhabi. Ayuh, segala Sunniyun Syafi`iyyun bangkit pertahankan ulama kamu.
Monday, March 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment