Friday, March 2, 2007

Allah Duduk?

oleh abu_syafiq
Assalamu^alaykum.
Mereka yang cenderung kepada golongan wahhabi akan sentiasa cuba mendatangkan dalil2 bagi membenarkan aqidah tasybih mereka dengan memutarbelitkan ayat, hadis dan kenyataan ulama.(Aqidah Tasybih : Akidah menyamakan Allah dengan makhluk).

Sungguh malang golongan wahhabi ini kerana banyak hujjah mereka sebenarnya tidak menepati citarasa mereka sendiri apabila dikaji.Maka wahhabi akan menukarnya bahkan mentakwilkannya walaupun mereka sendiri menyatakan :" mentakwil adalah kafir ".Kesemua hujjah2 yg diputarbelitkan oleh Wahhabi hanya berkisar dalam kenyataan dan pegangan mereka yang cukup sesat:
"1-Allah duduk diatas arasy.
2- Kafirlah sesiapa mentakwil mana-mana ayat alquran".Kenyataan Wahhabi tersebut langsung tidak bersumberkan alquran mahupun hadis kerana tiada satu ayat mahupun satu hadis yang sohihpun menyatakan : "Allah Duduk". Saya sendiri pernah bertanyakan kepada seorang ulama Wahhabi yg berada dimalaysia:
" Nyatakan ayat ataupun hadis yang sohih kata Allah Duduk "?.Malangnya ulama Wahhabi tersebut membisu seribu bahasa lantas mencari-cari dlm alquran dan kitab2 hadis namun tidak dijumpai.Terus merahan pada rautwajahnya berkaler.'Duduk' dalam bahasa arab adalah JALSA @ JULUS. cubalah saudara2 cari dalam alquran adakah Allah kata ALLAHU JALIS @ ALLAH JALASA @ JALASALLAH @ apapun perkataan JULUS (duduk ) itu disandarkan kepada Allah?!.Sudah pasti tidak ada, Saya termasuk kesemua ulama Wahhabi pun tak jumpa. Cop kain pelekat yg saudar2 pakai tu mungkin adaler perkataan Duduk ( Cop GAJAH DUDUK ).Maka apabila kenyataan Wahhabi : " Allah Duduk" tidak berlandaskan alquran mahupun hadis maka aqidah Wahhabi adalah TERTOLAK & TIDAK HARUS DIIKUTI.Mengenai kenyataan Wahhabi " Sesiapa takwil mana-mana ayat alquran maka dia kafir ".
Ulama islam mendapati kenyataan ini adalah terpalit pada mereka apabila mereka sendiri mentakwilkan ayat yg berbunyi : "Wahuwa ma'akum ainama kuntum " dengan takwilan : "Dan ilmu Allah bersama kamu dimana kamu berada".Wahhabi mentakwilkan dgn erti ilmu Allah dan bukanlah Zdat Allah itu sendiri.Takwilan ini pd hakikatnya adalah betul disisi ulama islam. TETAPI DIMANA PULA HUKUM YG TELAH MEREKA KATAKAN :" SESIAPA YANG MENTAKWIL MANA-MANA AYAT ALQURAN MAKA DIA KAFIR" ...??!!!adakah Wahhabi mentakfirkan diri mereka sendiri setelah seluruh umat islam dikafirkan oleh mereka?!Saya nasihatkan kepada umat sekalian agar tidak terpengaruh dengan ajakan akidah Wahhabi ini walapun mereka cuba mendatangkan ayat2 dan hadis bagi membenarkan mereka kerana pada hakikatnya mereka Pakar ( PH.D ) dalam memutarbelit ini.
sebagai contoh :Mereka mengunakan ayat dalam surah AlBaqarah bagi menyatakan " Allah Di Langit "Kemudian mereka mengunakan ayat dalam surah Toha bagi menyatakan " Allah Di Atas Arasy ".Persoalannya...dimanakah tuhan yag didakwa oleh wahhabi ini...? dilangit ke atau di atas arasy?! atapun sekejap di langit sekejap diatas arasy??!! ataupun mereka mentakwil ayat pertama bagi membenarkan dakwaan mrk?? kemana pula dicampak kaedah mrk sendiri: " sesiapa takwil mana-mana ayat alquran maka dia kafir "??!Didlm kitab yahudi ( injil muharraf ) tertera : " Allah Tuhan kami yang berada diatas langit ". Maka jelaslah sebenarnya akidah wahhabi ini adalah akidah yahudi.

Para ulama islam mengatakan :Allah wujud (ada) tanpa memerlukan kepada langit, Dia tidak memerlukan kepada arasy dan tidak memerlukan kepada mana-mana makhluk. Firman Allah yang berbunyi " Wallahu ghoniyyun 'anilo alamin " yg bermaksud : Maka Allah tidak memerlukan kepada alam ini.Arasy, langit dan selainnya adalah alam. Allah telah sedia wujud (ada) sebelum arasy, langit dan yg lain wujud.

Didlm cetakan kitab taurat ( yg telah ditukar oleh Yahudi) yg dinamakan sebagai Siqrul Muluk Al-Ishah 22 no: 19-20 Yahudi menyatakan: "Dengarilah kata tuhan bahawa kamu telah melihat tuhanmu DUDUK @ BERSEMAYAM diatas kursi dan kesemua tentera langit berdiri pada tuhan dari sebelah kanan dan kiri tuhan". Dan dilm kitab yahudi yg mereka namakan Sifrul Mazamir Al-Ishah 47 no: 8 yahudi telah menyatakan: " Allah telah DUDUK diatas kursi yang mulia". Ini semua jelas bahawa akidah yahudi dikira kufur krn mentashbihkan Allah dgn makhlukNya. Nah! skrg lihat penghidup akidah mrk dr kalangan yg mendakwa islam : -Sila lihat Kitab mereka (puak Wahhabi): Fathul Majid, Karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, m/s:560, Cetakan Darul Bayan. Mereka berkata: “Allah duduk di atas kursi”.

No comments: