Friday, November 2, 2007

Ibn Taymiyyah dari sudut Aqidah

الحمد لله الذي تنزه عن الشبيه والجسم ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آلــه وصحبه ومن والاه

Ibn Taymiyyah dari sudut Aqidah

Susunan: Mohamad Ghouse Khan Surattee

Amma Ba'd: Adapun mengenai Ibin Taymiyya tidak semua orang islam sedar asal aqidahnya oleh kerana banyaknya penyokong-penyokongnya yang kian hari bertambah yang sentiasa menambahkan kepujian kepadanya tanpa melihat aqidahnya, terutama sekali 'pejuang-pejuang' nya yang kebanyakkkan berada di Timur Tengah. Namun oleh kerana tulisan-tulisan alim ulama ahlus sunnah yang mengistiharkan kesesatannya dapat kami kumpulkannya dengan kehendak Allah dan kami sangat terharu kerana sehingga saat ini masih ada tulisan-tulisan yang menjelaskan keadaan ibin Taymiyya yang sebenarnya.

Kami disini akan menjelaskan pengakuan Ibin Taymiyya sebagai penganut dan ulama ahlu tajsim oleh kerana terlalu banyak tulisannya samada secara samar-samar atau pun terang-terangan dalam perkara ini.

Kami mulakan disini dengan satu pengakuannya yang jelas sebagai bukti beliau adalah sebahagian dari ulama aqidah dari kalangan ahli tajsiim ( dari firqah karamiyah ) dan kami akan menyusulkan 1 pendapatnya dari tulisannya sendiri sebagai satu bukti beliau cukup senang dengan kaum karamiyah oleh kerana kebanggaannya dan pujiannya yang tinggi kepada kaum karamiyah, yang sangat sesat mengikut pandangan jumhur ahlus sunnah oleh kerana karamiyah adalah golongan ahlu tajsiim yang isbatkan tubuh badan kepada Allah SWT ( jisim ).

Pengakuannya sebagai Ahlu Tajsiim :

Kitab : At-Ta'siis Fii Radd Asaasit Taqdiis
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 101
Bermula dari :

"وليس في كتاب الله ولا سنة رسوله ولا قول أحد من سلف الأمة وأئمتها أنه ليس بجسم وأن صفاته ليست أجساما وأعراضا ، فنفي المعانى الثابة بالشرع والعقل بنفي ألفاظ لم ينَفِ معناها شرع ولا عقل ، جهل وضلال ."

Artinya : Tidak ada dalam kitab Allah ( Quran ) dan juga tidak ada dalam sunnah Nabi saw dan juga tidak ada satu pendapat dari seorang salaf dan ulamanya, yang menjelaskan bahawa dia ( Allah ) bukan jisim dan juga tidak ada juga ( dari sumber-sumber tersebut diatas ) yang menjelaskan bahawa sifat-sifatnya bukanlah jisim dan berlembaga. Adalah dengan menolak ma'na yang telah ditetapkan oleh syara' dan akal dengan ketiadaan lafaz-lafaz ( yang menunjukkan Allah bukan jisim ), secara syara' dan bukan menurut akal, adalah satu kebodohan dan kesesatan.

Huraiannya : Oleh kerana tidak ada penafian dari nas, kita tidak boleh menafikan Allah itu tidak berjisim. Ringkasnya , Allah berjisim oleh kerana tiada penafian dari nas.

Ini dikuatkan oleh pandangannya terhadap jasmaniah Allah swt dengan memberi contoh jika Allah berkehendak ( dengan jisimnya ) untuk duduk di belakang/ buntut nyamuk sudah tentu dapat dilakukan dengan qudrahNya dan sifat kehalusanNya apatah lagi duduk di istana yang agung.

Kitab : At-Ta'siis Fii Radd Asaasit Taqdiis
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 568
Bermula dari

"ولو شاء – الله – لاستقر على ظهر بعوضة فاستقلت به بقدرته ولطف ربوبيته فكيف على عرش عظيم ."

Pendapatnya yang jelas yang membukti bahawa beliau adalah pencinta atau penganut kaum karamiyyah .

Kitab : Minhajus Sunnah
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 181
Bermula dari

" كما قال ذلك من قال من الكرامية وغيرهم من نظار المسلمين"

Artinya : Begitulah berkata mereka yang berkata dari kaum karamiyyah dan juga selain dari mereka dari nuzaril muslimin ( ulama yang bertugas mempertahankan aqidah orang islam ).

Penjelasan : Beliau dengan penuh kebanggaan telah menyamakan aqidah karamiah selari dengan aqidah para ulama yang mempertahankan Islam, sedang sudah di itifaq karamiah adalah satu kaum yang sabit kekufuran mereka kerana menisbahkan tubuh badan kepada Allah swt.

Selepas kita dimaklumkan bahawa Ibin Taymiyya adalah seorang mujassim yang telah isbatkan jisim kepada Allah , ( dan ini adalah antara jenayahnya dalam aqidah menyebabkan berkali-kali beliau dipenjarakan selepas di inzar kan oleh Ibnu Qalawun ( Qadhi wilayah ) dan lujnah fatwah, dibawah pemerintahan ahlus sunnah wal jamaah) , beliau juga adalah seorang ahlu tasybih / musyabbih yang berpendapat bahawa ‘ mentasybih’ kan sesuatu kepada Allah bukan lah satu larangan dan celaan. Kerana tidak ada wurud sumber dari Nas dalam bentuk ‘mencela’ jika kita tasybih kan sesuatu kepada Allah.

Kitab : Bayan Talbisul Jahmiah Fi Ta’siis Bida’ihimul Kalamiah
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 109
Bermula dari :

" فاسم المشبهة ليس له ذكر بذم في الكتاب والسنة ولا كلام أحد من الصحابة والتابعين "

Artinya : Maka nama ‘Musyabbah’, tidak ada sebutannya dalam bentuk celaan dalam al-kitab dan sunnah dan tidak juga dari kata-kata seorang dari sahabat dan para tabi’iin.

Huraiannya : Mentasybih kan sesuatu terhadap Allah tidak ada celaannya dari kitab, sunnah dan para sahabat serta para tabi’iin.

Ini sama seperti hujjah ahlu musyabbih ketika memberikan tasybih kepada Allah dengan sesuatu.

Bukan setakat jisim, tasybih tetapi nisbah ‘had’ kepada Allah adalah salah satu aqidah Ibin Taymiyya. Beliau terus menerus mengisbatkan 'had' bagi Allah, iaitu Allah memerlukan ruang bagi dirinya bagaikan makhluk juga memerlukan ruang bagi diri mereka.

Bukan sahaja beliau telah isbatkan 'had' ( ruang ) bagi Allah Ta’ala, malah mengkafirkan mereka yang menolak nisbah 'had' kepada Allah swt. Sedangkan kita sudah maklumi bahawa Jumhur Ahlus Sunnah Wal Jamaah menolak nisbah jisim, had dan apa sahaja yang diperlukan makhluk untuk dinisbahkan kepada Allah.

Pandangan Ibin Taymiyya mengenai 'had' ini, yang boleh kita rumuskan bahawa aqidahnya bukanlah aqidah salaf dan bukan ahlus sunnah wal jamaah, adalah seperti berikut :

Kitab : Al-Muwafaqah
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 2
Barisan / halaman : 29
Bermula dari :

"فهذا كله وما أشبهه شواهد ودلائل على الحد ، ومن لم يعترف به فقد كفر بتنزيل الله وجحد آيات الله ."

Artinya : Dan semua ini dan seumpamanya bukti-bukti dan dalil-dalil keatas isbatnya 'had' bagi Allah, barangsiapa yang tidak i'tiraf ( atau

tidak menerima ) dengannya ( dengan 'had' ) maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan Allah dan bersifat engkar dengan ayat-ayat Allah.

Setakat disini dahulu , kerana masih banyak silap dan salahnya dari sudut Aqidah yang bercanggah dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan beliau telah menlanggar 60 masalah ijma yang menyebabkannya berada dalam lembah kufur. Ini semua ada termaktub dalam simpanan kami hanya masa sahaja yang mengizinkan kami susun semula satu persatu.

Bagaimana kamu memandang kepada Ibin Taymiyya dengan gelaran ‘Sheikhul Islam’ , yang digelarkan ahlu tajsiim pada zamannya kepadanya oleh kerana beliau berjaya mempengaruhi ramai orang dari Asyaerah dengan kebijaksanaannya.

Seakian dahulu.

Susunan :

Mohamad Ghouse Khan Surattee
12 Rabiul Akhir 1422


Rujukan

1- التوفيق الرباني في الرد على ابن تيمية الحراني- جماعة من العلماء

2- التنديد بمن عدد التوحيد – الشيخ حسن بن على السقاف

No comments: