Friday, March 30, 2007

ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT ’ ialah Aqidah Ahlu Sunnah Waljama’ah


http://bankwahabi.wordpress.com/

‘ ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT ’ ialah Aqidah Ahlu Sunnah Waljama’ah

SIRI KEDUA

‘ ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT ‘

ialah

Aqidah Ahlu Sunnah

Waljama’ah

Oleh: al_munqiz@yahoo.com.my

Pertama sekali marilah kita bersyukur kepada Allah Ta’ala kerana masih lagi berada di atas landasan Ahlu Sunnah Waljamaah yang mana landasan ini menjadi ikutan ِAsyai’rah dan Maturidiah. Secara khususnya di negara kita yang tercinta ini aliran aqidah ialah Asyai’rah, manakala dalam fiqh pula kita beraliran mazhab Syafie’. Begitu juga keadaanya di negara-negara Islam yang lain seperti Mesir, Syiria, Jordan Turki, Yaman,Iraq, Pakistan, India, Indonesia dan hampir semua negara-negara Islam sedunia.

Pada artikel saya yang lepas yang berjudul Menjawab ke atas risalah dusta ‘Kesatuan Aqidah 4 Imam Mazhab’ telah dinyatakan padanya penafsiran ‘istiwa’ mengikut pandangan ulama-ulama Ahlu Sunnah, disebabkan sudah ada insan yang sudah berani menafsirkan ‘istiwa’ dengan makna ‘bersemayam’ mengikut hawa nafsu mereka. Tapi sekarang kelihatan risalah mereka yang terbaru berjudul Allah ada tanpa tempat aqidah muktazilah & Jahmiah yang diedarkan baru-baru ini di masjid UIAM tidak lagi menafsirkan istiwa dengan makna ‘besemayam’ lagi, tapi ianya hanya disebutkan ‘istiwa’ sahaja tanpa diterjemahkan maknanya ke dalam bahasa melayu….. Mmmmm..tapi ini bukanlah menjadi pintu untuk ditutup agar tidak dikenali golongan musyabbihah dan wahabiah di UIAM atau di Malaysia ini. Ini seolah-olah satu lakonan tidak cerdik yang cuba dipertontonkan kepada hadapan kanak-kanak yang belum baligh lagi..mmm..

Sejarah telah membuktikan bahawa Umat Islam di seluruh dunia adalah Asya’irah atau Maturidiah dari segi aqidah , manakala dari segi fiqh pula ada yang bermazhab Syafie,Hanafi,Hanbali dan Maliki. Ini semua tidaklah membawa perpecahan terhadap umat Islam sepertimana tanggapan segelintir manusia yang masih lagi cetek ilmu agamanya.

Aqidah Ahlu Sunnah Wal jamaah adalah pegangan umat Islam, manakala Syiah, Khawarij Moden ,wahabiah yang bertopengkan nama salafiah dan lain-lain lagi ialah golongan yang terpesong daripada landasan Ahlu Sunnah Waljamaah. Kali ini saya ingin menerangkan sedikit sebanyak tentang aqidah Ahli Sunnah Waljamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hasan al ‘Asyari dan Imam Abu Mansor al Maturidi yang mana kedua-dua imam ini telah menerangkan aqidah yang sebenar, disebabkan telah muncul di zaman mereka golongan-golongan musyabihah(yang menyamakan Allah dengan makhluk) dan muktazilah. Manakala aqidah tasybih pula telah disebarkan pada zaman sekarang oleh satu golongan yang tidak asing lagi yang bergelar wahabiah ataupun yang bertopengkan dengan nama Salafiah.

Satu perkara yang amat menyedihkan dan menyakitkan hati kita ialah cubaan untuk menyebarkan aqidah tasybih sama ada secara khususnya di UIAM ini atau secara amnya di luar UIAM dengan mengatakan bahawa Aqidah Allah ada tanpa bertempat adalah aqidah Muktazilah dan Jahmiah.

Sesiapa sahaja yang mahir dalam bahasa arab boleh merujuk kitab-kitab tauhid yang dikarang oleh ulama-ulama Ahlu Sunnah waljamaah pasti akan mendapati bahawa mereka (ulama) telah menjelaskan aqidah dengan cara terperinci. Ada di antara mereka mendefinasikan ‘tempat’ itu selari dengan bahasa Arab bukannya selari dengan aqal manusia sahaja.

Di antara ulama-ulama Ahlu Sunnah yang mendefinasikan ‘tempat’ ialah

1- Imam al Lughawi Majduddin Muhammad al Fairuz Abadi dalam kitabnya al Qamus: المكان : الموضع

Maknanya: tempat adalah maudhi(tempat letak)

2-Imam Syeikh Kamaluddin Ahmad bin Hasan al Bayadhi dalam kitabnya Isyarat al Maram:

المكان هو الفراغ الذي يشغله الجسم

Maknanya: tempat ialah kawasan kosong yang di dalamnya dihuni jisim

3-Imam al Lughawi Abu al Qosim al Hasan bin Muhammad al Roghib al Asfahani dalam kitabnya al Mufrodat fi Gharib al Quran:

المكان عند أهل السنة الموضع الحاوي للشيء

Maknanya: ‘tempat’ mengikut Ahlu Sunnah ialah tempat kosong yang diletakkan di dalamnya sesuatu(makhluk)

Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran الرحمن على العرش استوى dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.

Mereka(golongan musyabihah atau wahabiah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.

Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata:

كان الله ولا مكان

Maknanya: Allah ada tanpa tempat

Riwayat Imam Abu Mansor Al –Baghdadi dalam kitabnya Al- Farqu baina al-Firaq,cetakan Dar Ma’rifah,Beirut,m/s 333 . Jelas di sini secara tidak langsung bahawa apa yang telah ditulis dalam ahkam.net oleh Abu Syu’aib dan juga risalah yang disebarkan di UIAM yang diedit oleh makhluk yang bergelar Abu Hakim seolah-olah telah menghukum Saidina Ali sebagai pembawa ajaran Muktazilah…. Lailahaillah…tidak ada orang lain lagi ke untuk mereka menghukum sebagai pembawa ajaran Muktazilah? . Apalah nak jadi dengan dia orang ini kalau ada niat untuk menghina sahabat nabi ini….aduhhh…..

Daripada fakta ini dapat kita fahami bahawa golongan-golongan ini(wahabi) tidak boleh menerima penafian ‘tempat’ bagi Allah. Mereka tetap berkeras untuk mengatakan Allah ada tempat atau bertempat. Adakah mereka ini masih dalam kejahilan terhadap makna tempat yang mana ianya dikhususkan kepada makhluk seperti manusia dan binatang?. Allah Ta’ala tidak sama dengan makhluk sepertimana firmanNya:ليس كمثله شيء

Maknanya: (Allah) tidah menyerupai makhluknya dari semua sudut.

Imam al- Tohawi (wafat 329h) Salah seorang ulama salafi yang paling masyhur sekali di dunia yang hidup di zaman salaf yang mana dia juga dipegang oleh sebahagian pemimpin-pemimpin wahabi , telah mengkafirkan orang yang menyamakan Allah dengan makhluk, telah berkata:

ومن وصف الله بمعنى من معاني البشر فقد كفر

Maknanya: sesiapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat dari sifat-sifat manusia maka dia telah kafir.

Imam Syafie sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Murtadha Zabidi dalam kitabnya Ithaf Saadatil Muttaqin jilid 2 hlm 36 telah berkata:

والدليل عليه هو أنه تعالى كان ولامكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان

Maknanya: Dalil untuk itu(tiada bagi Allah itu tempat) ialah Allah Ta’ala telah ada dan tempat itu tiada. Kemudian Allah mencipta tempat dan Dia masih lagi dalam keadaan sifatNya yang Azali(ada tanpa tempat) sebelum terciptanya tempat.

Maksud kata-kata imam Syafie ini ialah Allah Tuhan yang Maha agung, yang tidak memerlukan kepada makhluk-Nya.

Memandangkan ulama -ulama kita di Nusantara ini beraliran Asya’irah , di sini akan dinyatakan sebahagian kata-kata dua ulama yang masyhur tentang penafian ‘tempat’ kepada Allah:

1-Syeikh Daud bin Abdullah al Fattani dalam kitabnya al Jawahir al Saniyah halaman 6 telah berkata:

Dan tiada Allah itu pada tempat.

2-Syeikh Abd al Samad al Palembangi dalam kitabnya Hidayah al Salikin hlm 17 telah berkata:

Maha suci Allah daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat.

Manakala Imam Al- Asy’ari pula telah mengatakan bahawa Allah ada tanpa bertempat di dalam kitabnya Istihsan al Khaudh fi ‘ilmil kalam:

قال الله تعالى مخبرا عن خليله ابراهيم صلوات الله عليه وسلامه – فلما أفل قال لآأحب الأفلين- في قصة أفول الكوكب والشمس و القمر وتحريكها من مكان الى مكان ما دل على أن ربه عز وجل لا يجوز عليه شيء من ذلك , وأن من جاز عليه الأفول و الانتقال من مكان الى مكان فليس بإلــه.

Maknanya: firman Allah Ta’ala tentang kisah kekasihNya Ibrahim ketika ia(bulan dan matahari) tenggelam, lalu dia(Ibrahim) berkata aku tidak suka benda-benda yang tenggelam, tentang kisah tenggelam bintang-bintang, matahari dan bulan serta pergerakannya dari satu tempat kepada tempat yang lain, dan ini menunjukkan bahawa tuhannya tidak harus ke atasNya sesuatu dari tersebut(tempat / perubahan), dan sesungguhnya setiap yang harus ke atasnya tenggelam atau berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain maka bukanlah Tuhan.

Diriwayatkan oleh Imam Ibnu ‘Asakir dalam kitabnya Tabyin Kazibil Muftari bahawa Imam Abi Hasan al Asy’ari telah berkata:

كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج الى مكان, وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه

Maknanya: Allah ada tanpa tempat,maka Dia mencipta arasy dan kursi dan tidak berhajat kepada tempat, dan Dia selepas mencipta tempat Dia tetap ada sediakala sepertimana sebelum terciptanya (tempat)

Di sini akan dinyatakan pula sebahagian pengkafiran ulama ke atas mereka yang mensabitkan tempat bagi Allah:

-1Imam al Mujtahid Abu Hanifah dalam kitabnya al Fiqh al Absat:

وكذا من قال إنه على العرش

Maknanya: dan begitu juga(jadi kafir) mereka yang mengatakan sesungguhnya Dia (Allah) di atas arasy.

2-Syeikh Ibn Hajar al Haitami dalam kitabnya al Minhaj al Qowim halaman 223:

واعلم أن القرافي وغيره حكوا عن الشافعي ومالك وأحمد وأبي حنيفة زضي الله عنهم القول بكفر القائلين بالجهة و التجسيم

Maknanya: dan ketahuilah bahawa al Qorofi dan selainnya telah menceritakan dariSyafie,Malik,Ahmad dan Abu Hanifah-semoga Allah meredhai mereka semua- pengkafiran ke atas orang yang menyatakan (Allah) berada pada arah atau berbentuk.

3- Syeikh Mulla Ali al Qory al Hanafi dalam kitabnya Mirqoh al mafatih:

قال جمع منهم ان معتفد الجهة كافر

Maknanya: Telah berkata kebanyakan mereka(ulama-ulama salaf) bahawa orang yang beriktiqad Allah berada di arah maka dia kafir.

4-Syekh Daud bin ‘Abd Allah Al-Fathani (wafat 1297h).salah seorang ulama’ nusantara dalam kitab Al-jawahir Al-saniyah.hlm 6:

Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia kufurnya seperti katanya Allah Taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.

Jelas pada kita sekarang bahawa sesiapa yang mengatakan aqidah ‘Allah ada tanpa tempat’adalah aqidah yang sesat,batil atau bukan dari Ahlu Sunnah Wal Jamaah maka sesungguhnya mereka telah menyesatkan sahabat-sahabat,ulama-ulama Ahlu Sunnah dan juga majoriti umat Islam. Begitu juga mereka telah mendustakan junjungan besar Nabi kita, kerana baginda juga telah menafikan tempat bagi Allah, sabda baginda berbunyi:

كان الله ولم يكن شيء غيره

Maknanya: Allah ada dari azali dan tiada sesuatu pun yang bersamaNya.

Riwayat al Bukhari.

Jadi jelas dari hadis ini jikalau Allah Ta’ala ada dari azali dan tiada sesuatu bersamanya, ini bererti bahawa tempat dan makhluk-makhluk yang lain tiada bersamaNya di azali lagi.(tidak berhajat kepada makhlukNya).

Puak-puak wahabi serta kuncu-kuncunya telah menghukum ke atas Imam al Baihaqi sebagai sesat, kerana beliau juga telah menafikan tempat bagi Allah seperti yang dinyatakan dalam kitabnya aL Asma’ Wassifat:

استدل بعض أصحابنا في نفي المكان عنه بقول النبي:( أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء), واذا لم يكن فوقه ولا دونه شيء لم يكن في مكان.

Maknanya: Sebahagian dari sahabat-sahabat kami menafikan tempat bagi Allah berhujah dengan sabda nabi (Kamu-Allah- adalah Zohir-segala kekuasaanNya zohir maka tidak ada di atasMu sesuatu, dan Kamu al Batin-maha mengetahui rahsia-rahsia sesuatu- maka tiada selain dari Mu sesuatu),dan apabila tiada di atasNya sesuatu dan selainnya sesuatu maka Dia(Allah) ada tanpa tempat.

Manakala dalil dari segi akal yang menerangkan Allah tidak bertempat:

كما صح وجود الله تعالى بلا مكان وجهة قبل خلق الأماكن و الجهات قكذلك يصح وجوده بعد خلق الأماكن بلا مكان و جهة

Maknanya: Sepertimana benarnya kewujudan Allah Ta’ala tanpa tempat dan arah sebelum Dia mencipta tempat dan arah, begitu juga benarlah AllahTa’ala ada tanpa tempat selepas Dia mencipta tempat dan arah.

Dapatlah difahami daripada dalil-dalil yang dinyatakan di atas, bahawa istilah:

Allah ada tanpa tempat’ adalah satu istilah yang selari dengan aqidah Ahlu Sunnah melalui dalil-dalil dari al Quran dan Hadis, dan ijma’ ulama seperti mana yang dinyatakan oleh Imam Al ‘Allamah Abd Al-Qahir bin Tohir Al-baghdadi dalam kitab Al-Farq baina Al-Firaq hlm 333,dan imam Mufassir Fakr Al-Din dalam kitab Al-Tafsir Al-kabir jilid 29 hlm 216.

Penutup:

Satu perkara yang penting perlu dinyatakan di sini ialah kaedah mentakwil ayat-ayat al Quran yang bersifat mutasyabihah atau hadis-hadis mutasybihat adalah satu kaedah yang benar, kerana untuk menafikan sifat-sifat makluk seperti ‘duduk’ atau ‘bersemayam’ kepada Allah.

Maha suci Allah dari sifat-sifat makhluk.

Golongan wahabi sebenarnya tidak boleh menerima istilah ‘Allah ada tanpa tempat’ kerana istilah ini bertentangan dengan pegangan mereka iaitu tidak mentakwil ayat-ayat al Quran yang mutasyabihat atau hadis-hadis mutasyabihat.

Disebabkan istilah ‘Allah ada tanpa tempat’ ini tidak selari dengan aqidah wahabi maka mereka menolak istilah tersebut, dan menganggapkan ianya bukan daripada ajaran Ahlu Sunnah Waljamaah.

Golongan wahabi sekarang cuba berlakon di hadapan masyarakat. Mereka telah menterjemahkan ‘istiwa’/istawa dengan makna ‘bersemayam’, tapi sekarang ada di beberapa risalah atau kitab-kitab mereka tidak lagi menterjemahkan ‘istiwa’ dengan makna ‘bersemayam’ lagi . Itu semua untuk mengaburi pandangan umat Islam di Malaysia ini, tapi Alhamdulillah masih ada lagi beberapa pihak dari kalangan Ahlu Sunnah wal Jamaah ini telah mendedahkan tipu daya mereka.

Di sini saya ingin menasihati pada saudara-dan saudari semua bahawa pendedahan keburukan dan kekufuran golongan wahabi ini tidak membawa padah kepada umat Islam,bahkan amatlah digalakkan untuk mencegah kemungkaran akidah ini, justeru itu teruskanlah perjuangan menentang golongan sesat ini habis-habisan kerana golongan wahabi ini ibarat penyakit kanser yang boleh membunuh.

Wahabi sekarang tidak boleh lagi bersembunyi dengan nama wahabi mereka. Ini ibarat bau buah durian yang kuat, di mana saja ianya diletakkan, pasti akan dapat dihidu, begitulah juga dengan perihal golongan wahabi ini.

Memadailah pemimpin-pemimpin wahabi yang telah mengkafirkan ulama-ulama dam umat Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.

Peringatan pada golongan wahabi:

Jangan sangka diri kamu tidak dikenali oleh umat Islam dengan kamu tidak menterjemahkan ‘istiwa’/istawa kepada makna ‘duduk’ atau’bersemayam’. Sejarah hitam kamu semua telah dibukukan oleh ulama. Tiada lorong lain lagi untuk kamu cabut lari, cara yang selamat ialah kamu mesti tinggalkan aqidah kufur kamu itu kepada aqidah sebenar Ahlu sunnah, dan hendaklah kamu menceritakan pada orang lain tentang kekufuran golongan wahabi ini.

Pintu taubat masih terbuka, jangan ingat kamu berada di atas landasan wahabiah kamu boleh selamat di akhirat nanti..oooo tak mungkin itu. Makanan yang beracun itu jika dihidangkan tidak mungkin dijamah oleh manusia yang beraqal, begitulah juga perihal kamu semua wahai golongan wahabi

(pengikut-pengikut Muhammad Bin Abdul Wahab).

…Teruskan perjuangan anda dengan ‘ Allah ada tanpa bertempat’…

Sekian wassalam

Semoga Allah memberkati amalan kita ini

No comments: