Thursday, April 10, 2008

KEPENTINGAN AQIDAH & BAHAYA MURTAD

Oleh :Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi Al-Asy’ary

Muqaddimah

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, DialahYang Mencipta ‘arasy, langit dan bumi, Dialah jua Pencipta tempat, wujudNyatanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita NabiMuhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Di akhir zaman kini kita sering mendengar dan mengetahui telah berlakunya pelbagai perkara yang amat mengecewakan ulama’ islam dan umatnya. Antaranyaberlaku kes murtad yang membabitkan bangsa melayu yang pada satu masa dahulu terkenal dengan keislamannya. Ulama’ islam mendapati virus murtad ini telah mula merebak kerana kekurangan dalam diri individu muslim itu ilmu aqidah islam sebenar dan kelemahan mengamatinya. Maka disini akan diperjelaskan secar ringkas berberapa perkara yang berkisar dalam tajuk Kepentingan Aqidah Dan Bahaya Murtad. Saya membicarakan perkara yang mungkin sesetengah orang menganggap ianya agak mengerunkan sekiranya diutarakan. Tetapi saya berpendapat sekiranya kepentingan aqidah islam tidak diterapkan dalam generasi islam maka akan lahir suatu hari nanti puluhan ribu yang rosak aqidahnya dalam ertikata lain dikira sebagai murtad.

Kita dapati ramai jua yang tahu peranan masing-masing dalam kes murtad ini dan kepentingan ilmu aqidah untuk diserapkan lagi kepda umat islam, malangnya ramai jua yang mengabaikan tindakan segera atau menganggap ia sebagai suatu yang boleh dilakukan pada masa yang akan datang tanpa disedari semakin hari semakin pupus insan yang mengetahui erti aqidah yang sebenar, semakin hari semakin hilang mutiara ilmu aqidah yang menjadi senjata utama dalam menguatkan serta memajukan lagi taraf insan yang bergelar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tidak pernah terdengarkah mereka ini dengan sabda Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Asakir dan Imam Abdary bahawa Baginda pernah bersabda yang bermaksud :“ Sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungkaran, tiada pula ia merubahkannya maka Allah akan mengumumkan azabNya ke atas semua manusia ”.

Terlupakah insan ini akan kata-kata yang sering diungkap oleh para ulama seperti Imam Ali Ad-Daqqoq yang bermaksud :“ Senyap dari menyatakan kebenaran merupakan syaitan bisu ”.

Semoga dari nota dan penyampaian ini dapat menguatkan lagi semangat kita dalam memperjuangankan agama Allah. Amin.

1. AQIDAH
1.1. ERTI AQIDAH DAN KAITANNYA DENGAN AMALAN SOLEH

Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa akidahyang benar Allah tidak akan menerima segala amalan soleh. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan kebururkan. Justeru itu perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan-senda atau diremeh-remehkan. Hubungan aqidah dan amalan soleh ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud:

“ Dan barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki atau pun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan kedalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit”.
An-Nisa Ayat 124.

Ayat ini jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan soleh yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaan dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud :

“ Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan RasulNya ( beraqidah dengan aqidah yang betul) ”.
H.R. Sohih Bukhari.

Ini menunjukkan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.

1.2. PARA ULAMA MENGUTAMAKAN ILMU AQIDAH

Oleh kerana pentingnya ilmu aqidah maka kita dapati seluruh para ilmuan islam akan mengutamakan ilmu aqidah. Perkara ini dapat dipetik dari kenyataan Imam tertua diantara mazhab empat iaitu Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitab beliau Fiqhul Absot yang bermaksud :

“ Ketahuilah bahawa mendalami ilmu usuluddin (aqidah) itu lebih mulia dari mendalami ilmu feqh ”.

Kenyataan Imam Abu Hanifah tersebut tidak bermakna kita tidak harus mempelajari ilmu feqah langsung akan tetapi Imam Abu Hanifah menerangkan kemulian mempelajari dan mengutamakan ilmu aqidah. Begitu juga para ulama yang lain mengutamakan ilmu ini seperti Imam yang menjadi pegangan mazhabnya di tanah air kita iaitu Imam Syafie menyatakan yang bermaksud :

“ Kami telah mendalami ilmu tersebut (aqidah) sebelum ilmu ini (feqh) ”.

1.3. AQIDAH AHL SUNNAH WAL JAMAAH

Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-quran, al-hadith serta ijmak ulama. Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah ta’ala sendiri di dalam al-quran dan apa yang telah dinyatakan leh Rasulullah di dalam Hadith Sohih baginda tanpa mereka meyandarkan sifat tasbih atau tajsim bagi Allah, merekajuga menafikan sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turunnaik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhlukNya.

Perkara tersebut kesemua berdasarkan firman Allah di dalam surah As-syuraayat 11 yang bermaksud :

“ Tiada sesuatupun yang menyerupaiNya ”.

Wujudnya Allah tanpa diliputi tempat berdalikan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud :

“ Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah ituazali ”.
Riwayat Bukhari dalam Sohih Bukhari.

Ini menunjukkan bahawa Dia sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali. Ijmak para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam Abdul Qohir Bin TohirAl-Baghdadi dalam kitab Al-Farqu Bainal Firaq halaman 333 cetakan Darul Ma’rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada diatas ‘arasy akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat :

“ Dan telah disepakati seluruh para ulama islam bahawaAllah tidak diliputi tempat ”.

Demikian ijmak para ulama yang tidak boleh ditolak lagi oleh golongan mujassimah dan musyabbihah.


2. BAHAYA MURTAD

Isu murtad menjadi satu masaalah yang paling utama bagi sesebuah negara islam. Untuk menyelesaikan kes murtad ini tidak boleh lari dari mengetahui hukum-hakam berkaitan murtad. Maka mempelajari perkara yang boleh membatalkan islam seseorang adalah perlu sepaya kita tidak terjerus ke kancah murtad dan dapat membantu mengislamkan mereka yang telah murtad. Perlu diketahui bahawa wajibkan keatas setiap orang Islam menjaga aqidahnya di dalam Islam dan melindungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan (merosakkan), membatalkan, dan memutuskan aqidahnya, ini dinamakan sebagai keluar dari Islam iaitu Riddah (murtad).

Imam an-Nawawiyy dan Imam-imam yang lain pernah menyatakan:

“Riddah adalah jenis kekufuran yang paling dibenci”.

Telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu dengan secara lalainya menuturkan perkataan-perkataan yang mana membawa mereka keluar dari Islam, mereka tidak menyangka dengan menuturkan perkataan-perkataan itu boleh menjadikan mereka kafir. Maka terjadi kes-kes murtad yang dia tidak sedar bahawa dia telah pun murtad. Semua ini berlandaskan apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadith baginda :

“ Sesungguhnya seseorang itu berkata ia dengan kalimat yang tidak disangkakannya merbahaya, yang mana menyebabkannya menjunam jatuh 70 tahun ke dalam neraka ”.

Yakni, menjunam jatuh 70 tahun ke dasar neraka yang dikhaskan untuk orangkafir. Hadith ini diriwayatkan oleh At -Tarmizi (hasan) dengan makna yang sama dari hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Hadith ini membuktikan bahawa seseorang itu akan menjadi kafir apabila menuturkan perkataan kufurnya walaupun dia Tidak tahu(jahil) tentang hukumnya. Dalam keadaan marah atau berjenaka. Yakni, tidak semestinya dalam keadaan tenang sahaja seseorang itu akan menjadi murtad apabila menuturkan perkataan kufur. Ini adalah kerana beradadi dalam keadaan tenang bukanlah menjadi syarat untuk dianggap murtad. Di dalam keadaan marah pun seseorang itu akan jatuh murtad jika dia menuturkan perkataan kufur. Imam Nasafi pernah berkata yang bermaksud :

“ Jika seorang lelaki marah pada anaknya atau hambanya dan memukulnya dengan teruk, kemudian datang seorang yang lain bertanya kepadanya, ‘kenapa engkau melakukan ini? Tidakkah engkau seorang Islam?’

Dengan sengaja dia menjawab,‘tidak!’ , maka dia telah menjadi murtad/kafir.”

Ini juga telah diperkatakan oleh ulama dari mazhab Hanafi dan juga yang lain. Maka kita perlu menjauhi dan menghindari umat islam dari dari bahaya murtad yang tersebar.

2.1. PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN MURTAD

Tiga perakara yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad seperti mana yangtelah diterangkan oleh para ulama :-

1- Kufur I’tiqady.
2- Kufur Fi’ly.
3- Kufur Qauly.

1- Kufur I’tiqady ( kufur disebabkan dari pegangan yang salah )

Contoh-contohnya adalah:

a) Ragu-ragu pada Allah atau RasulNya atau Al-Qur’an atau Hari Akhirat atau Syurga atau Neraka atau ganjaranNya atau balasanNya atau perkara yang berkaitan/bersamaan yang mana telah ada ijmak mengenainya.

b) Kepercayaan bahawa dunia ini azali pada jisim dan unsurnya atau cumajisimnya sahaja.

c) Menafikan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah yang diketahui telahada ijmak seperti Maha Mengetahui segalanya.

d) Menyifati Allah dari apa yang diketahui oleh ulama tidak menepatiNyaseperti mempunyai jasad.

e) Menghalalkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai haram seperti zina, liwat, membunuh, mencuri, merompak atau menyamun.

f) Mengharamkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai halalseperti berjual beli atau nikah.

g) Menafikan kewajipan pada perkara yang diketahui dikalangan umat Islamsebagai wajib hukumnya seperti solat 5 waktu atau salah satu daripada sujud,zakat, puasa, haji atau wudu’.


2- Kufur Fi’ly ( kufur yang disebabkan dari perbuatan )

Contoh-contohnya adalah:

a) Sujud pada berhala atau matahari atau bulan.

b) Sujud kepada makhluk dengan bertujuan untuk menyembahnya.


3- Kufur Qauly ( kufur yang disebabkan dari perkataan )

Contohnya adalah terlalu banyak tidak terhitung darinya. Dinyatakan disini hanya sebahagian darinya :

a) Memanggil kepada seorang Islam yang lain: ‘ Wahai kafir!’ atau ‘WahaiYahudi!’, ‘ Wahai Kristian!’ atau ‘Wahai orang yang tanpa agama!’ dengan makna agama orang yang dikatakan adalah agama yang bersifat kufur atau agamanya adalah Yahudi, Kristian ataupun tanpa pegangan agama tetapi bukan bertujuan untuk menyamakan perbuatan beliau itu dengan perbuatan orangkafir.

b) Mempermain-mainkan salah satu daripada nama Allah , janjiNYA , ancamanNya oleh orang yang sedar ini adalah antara sifat Allah ta’ala.


2.3. TAUBAT MURTAD

Adalah menjadi kewajipan bagi orang yang murtad untuk:

1- Kembali kepada Islam serta merta dengan mengucapkan kalimah shahadah.
2- Meninggalkan segala perkara yang menyebabkan riddah.
3- Berazam tidak akan mengulanginya lagi sehingga mati. Jika seseorang itu tidak kembali kepada Islam dengan serta merta dengan ucapan kalimah shahadah , maka dia mesti dipaksa untuk mengucapkannya. Jika dia tidak juga kembali kepada Islam selepas diarahkannya untuk kembali kepada Islam yakni hasil dari penyaksian 2 lelaki yang adil atau dari pengakuan si murtad itu sendiri, maka Khalifah akan membunuhnya (dan initidak bermakna si murtad boleh terkecuali dari dipaksa dengan memeluk agama lain kerana tidak diterima darinya selain dari agama Islam). Ini dilakukan dengan bersandarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermakna:

“ Barangsiapa yang meninggalkan Islam bunuhlah ia”.

Maka batal baginya: Puasa, tayammum, nikah (sebelum jimak untuk kali pertama), nikah (selepas jima’ untuk kali pertama) sekiranya dia tidak kembali kepadaIslam didalam waktu ^iddah. Nikah orang yang murtad(lelaki atau perempuan)adalah tidak sah samada dengan orang yang Islam ataupun dengan orang yang bukan Islam. Haram hukumnya memakan daging sembelihan orang yang murtad.

Si murtad tidak boleh mewarisi harta dan hartanya juga tidak boleh diwarisi. Sekiranya dia mati, mayatnya tidak boleh (haram) : Disembahyangkan (sesiapa yang menyembahyangkannya akan menjadi murtad sepertinya), dimandikan , dikafankan atau dikuburkan di tanah perkuburan Islam. Hartanya akan diserahkan kepada fay’ .

Demikianlah mengenai bahaya murtad dan kepentingan ilmu aqidah islam sebenar terhadap umat islam kini. Semoga Allah menyelamatkan akidah kita.

Amin ya Robbal 'alamin.

Posted by Surau Pangsapuri Delima at 12:50 AM 0 comments Links to this post



AQIDAH ISLAM
Aqidah Islam
Bahagian ( 1 )
Oleh :Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi Al-Asy’ary

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, DialahYang Mencipta ‘arasy, langit dan bumi, Dialah jua Pencipta tempat, wujudNyatanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita NabiMuhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

1- Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang. Dan mukallafadalah seorang yang telah sempurna tiga syarat iaitu1: Telah baligh, 2: Berakal, 3: Sampai kepadanya asas dakwah islam.

2- Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpaakidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan soleh. Sekiranyaaqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukanmaka akan hanya dibalas dengan keburukan.(Rujuk surah An-Nisa ayat 124).

3- Antara aqidah islam adalah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yangtelah dinyatakan oleh Allah ta’ala sendiri di dalam Al-Quran dan apa yangtelah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam Hadith baginda tanpa menyandarkansifat menyamakan atau menjisimkan Allah. Aqidah islam juga menafikan bagiAllah sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik darilangit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainyadari sifat yang tidak layak bagi Allah yang mencipta segalamakhlukNya.(Rujuk surah Asy-Syura ayat 11).

4- Allah wujud tanpa bertempat iaitu Allah pasti ada tanpa Dia memerlukankepada tempat kerana tempat itu adalah makhlukNya, maka Dia tidak berhajatkepada yang lain akan tetapi makhluk-makhluklah berhajat kepadaNya. (Rujuk surah Al-Ikhlas ayat 2, Asy-Sura ayat 11, Al-Hadid ayat 3).

5- Menuntut ilmu asas aqidah islam daripada seseorang yang telahmempelajarinya secara betul merupakan satu kewajipan terhadap setiap muslimdan perlu merasai bahawa ini adalah suatu keutamaan terbesar.

http://mienyak.multiply.com/

No comments: