Tuesday, March 18, 2008

MAULID NABI PERAYAAN BID’AH??

http://izharsunnah.blogspot.com/

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraakatuh>

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

segala puji bagi allah tuhan sekalian alam,selawat dan salam kepada nabi junjungan kita muhammad sebaik2 utusan tuhan ....

Merayakan maulid nabawi , nabi Muhammad –selawat dan salam keatasnya- adalah termasuk dalam perkara yang baru yang dipandang baik oleh syariat Islam,(bid’ah hasanah). Orang yang mula menganjurkan sambutan kelahiran nabi Muhammad adalah seorang raja di kawasan Irbil( di Iraq sekarang) pada awal kurun ke-7 hijriah,seorang raja yang beriman dan bertakwa. Namanya adalah sultan Muzaffar.

Sultan Muzaffar mengumpulkan ramai ulama pada zamannya dari ahli hadis,sufi dan bertanya perihal hukum sambutan majlis tersebut dan semua ulama pada ketika itu bersetuju dengan sambutan itu, dan selepas itu sambutan kelahiran nabi dilaksanakan pada setiap tahun, ramai ulama di pelusuk dunia menyambut baik perayaan ini,kerana majlis ini hanya dilakukan untuk menunjukkan tanda kesyukuran kita terhadap Allah kerana mengutuskan nabi Muhammad,dan tiada perkara buruk yang dilakukan umat Islam dalam perayaan itu,yang ada hanyalah,ceramah tentang kelahiran dan perjuangan nabi,nasyid memuji allah dan rasul-Nya,disusuli dengan kenduri .

Al-Hafiz Ibn Dihyah,seorang ulama besar dalam bidang hadis, dalam lawatannya dari Maghribi ke bumi Syam dan Iraq dan sampai di Irbil pada tahun 604 Hijriah,beliau mendapati rajanya amat mengambil berat akan perayaan maulid,maka beliau menulis sebuah kitab “ al-tanwir fi maulid al basyir al-nazir’ dan dihadiahkan kepada raja Begitulah,dan ramai lagi ulama yang amat mementingkan sambutan ini,juga Al-hafiz al-Iraqi ,ulama besar dalam bidang hadis telah menulis kitab khas untuk maulid nabi yang berjudul “al maurid hani’ fi maulid al-nabi”.

Maka ramai ulama selepas itu ,fuqaha,para muhaddis,dan ulama sufi sunni seperti Al-hafiz Ibn Hajar Al-Asqalaani,Al-Hafiz Al-Sakhawi, Al-Hafiz Al-Suyuti dan ramai lagi telah menulis berkenaan sambutan maulid nabawi ini. Dan begitu juga,mufti Negara Mesir syeikh muhd buhait muthi’ii,mufti Beirut sebelum ini syeikh Mustafa Naja-moga allah merahmati mereka- memberi fatwa bahawa perayaan maulid adalah amalan yang baik dan mengatakan ianya bid’ah hasanah,ini berselari dengan hadis dari nabi Muhammad - selawat dan salam keatasnya- yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya:

"من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء"

Maknanya: : “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pun daripada pahala-pala mereka …” .

Maka di sini,tidaklah perlu kita mendengar suara –suara sumbang dari golongan wahabi yang membenci perayaan maulid hingga ada yang mengatakan makanan pada hari maulid haram lebih teruk dari babi.wal ‘iyazu billah. Inilah kebencian wahhabi terhadap nabi tapi berselindung di sebalik topeng sunnah,cis,penipu! …

Juga salah pendapat yang mengatakan apa sahaja yang tidak dibuat oleh nabi,atau ditinggalkannya walaupun selari dan tidak bertentangan dengan islam , tidak boleh dilakukan.ini adalah salah,bahkan perkara ini perlu kepada penjelasan yang terperinci.

Kerna itu telah berkata Imam mujtahid, mujaddid kurun kedua hijrah Muhammad bin idris Al-Syafie-rahimahullah- :

المحدثات من الأموؤ ضربان: أحدهما ما أحدث مما يخالف كتابا أو سنة أو أثرا أو إجماعا فهذه البدعة الضلالة، والثانية ما أحدث ما أحدث من الخير لا خلاف فيه لواحد من هذا وهذه محدثة غير مذمومة

Perkara yang baru itu dalam islam terbahagi kepada dua: salah satunya apa yang diadakan bertentangan dengan Al-quran atau sunnah atau athar atau ijma’ maka ianya bid’ah yg sesat, dan yang kedua apa yang diadakan dari perkara kebaikan tidak bercanggah dengannya salah satu dari yang disebut( al-quran@sunnah@athar@ijma’) maka ia perkara baru yang tidak dicela.

Maka dapat kita fahami di sini,bahawa ada perkara baru yang boleh dilakukan selagi mana ianya tidak berlawanan dengan nas-nas syarak dan prinsip-prinsip dalam kuliyyah syar’iyah dan dinamakan bid’ah hasanah( perkara baru yang elok dilakukan).Ini sebagaimana yang dituturkan oleh Saidina Umar Al-Faaruq selepas beliau mengumpulkan umat Islam untuk solat tarawikh dengan berimamkan hanya seorang imam: Betapa baiknya bid’ah ini. Riwayat Bukhari.

Dari perkara yang dianggap bid’ah hasanah oleh ulama ahlu sunnah wal jamaah:

Meletakkan titik pada huruf2 dalam mushaf alquran. Para sahabat penulis wahyu yang menulis wahyu ketika turunnya al-quran kepada nabi tidak pernah meletakkan titik pada huruf ب"’ atau ت"” ,juga selepas itu ,saidina uthman al affan apabila menulis enam buah mushaf dan menghantarnya ke beberapa negara tidak meletakkan titik di atas huruf dalam mushaf itu. Tapi sekarang kita mendapati terdapat noktah atau ttik di dalam mushaf.adakah puak wahhabi akan mengatakan ini juga bid’ah yg sesat ,dan pelakunya layak dihumban ke gaung neraka?? ...sesungguhnya orang yang mula meletakkan titik pada mushaf adalah seorang dari tabii’in yang bertakwa ,iaitu yahya bin ya’mar dan dia juga yang meletakkan baris i’rab.

Dan orang yg pertama meletakkan hamzah ء dan sabdu dalam mushaf adalah Imam Hasan Al-Basri. Seorang tabi’in. dan tiada ulama ahli sunnah wal jamaah yang mengingkari perkara ini.maka adakah golongan ini nak kata.ohh,ini tiada pada zaman nabi,mari kita buang segala titik,baris dan sabdu dalam al quran???? wahabi jawab .!!

6 comments:

Neo said...

bida'ah has many meanings...please refer the wahabi's definition of bida'ah. n compare with your definition of bida'ah. if both are in the same context, for example " perkara baru, ibadah baru, perayaan baru dalam agama yg tidak pernah dibuat di zaman rasulullah" ,then you would understand why the wahabis might have been against bida'ah, seek to understand and then be understood.

Jihad Wahabi said...

Jawapan saya mungkin senang sahaja,
pengertian bidaah telah dibereskan oleh ulama terdahulu,seperti imam syafii,imam nawawi dan juga ulama salaf lain.

Tidak perlulah saya ikut pengertian bidaah wahabi yang pada hakikatnya benda baru yang sengaja dibuat untuk memecahbelahkan umat ISlam.Tak perlu taksub kepada agama wahabi yang direka dan dibantu sama oleh oleh yahudi.

burungterbangtinggisekali said...

Kalau saya biarlah mereka teriak bid'ah-bid'ah karena mereka sendiri sebenarnya juga melakukan bid'ah tapi tidak menyadari

Anonymous said...

saya sekarang mempunyai VCD yang membahas tentang Maulid

Anonymous said...

Di jogjakarta ada orang salafy orang tuanya mengadakan ulang tahun tapi orang salafy tersebut tidak melarangnya

hafiz said...

benar,mereka sebenarnya buat bidaah kerana mereka membidaahkan tanpa dalil yang khusus.Itulah bidaah yang mereka buat.