Saturday, February 3, 2007

Allah Maujudun Bi La Makan

DALIL TIDAK BOLEH BERKATA "ALLAH BERADA DIMANA-MANA" Firman Allah ta^ala di dalam Surah ash-Shura ayat 11: Bermaksud: {"Tiada sesuatu pun yang sama denganNYA"}. Dan dari Hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Ansariyy: Bermaksud:
<>>
Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak dibenarkan berkata, 'Allah berada di mana-mana(setiap tempat)'. Akan tetapi barangsiapa menggunakan kaedah sesat ini dengan memahami bahawa Allah mengetahui segala-galanya dan menguasai setiap suatu, maka ini tidak kufur (tidak jatuh kafir atau murtad), akan tetapi mereka perlulah dilarang dari menuturkan perkataan tersebut. Walaubagaimanapun, barangsiapa memahami dari ayat tersebut bahawa Allah menjelma di dalam tempat atauAllah meliputi ruang atau Allah berada di mana-mana dengan ZatNYA atau Allah berada di suatu tempat, maka mereka adalah murtad (jatuh kafir), mereka telah terkeluar dari Islam.

Adalah menjadi kewajipan bagi mereka untuk kembali kepada agama Islam dengan mengucapkan Kalimah Shahadah dan percaya bahawa Allah subhanahu wa ta^ala tidak mempunyai bilangan sama sekali. Sesungguhnya Allah ta^ala tidak kecil, sederhana ataupun besar. o Mereka juga mesti percaya bahawa Allah ta^ala tidak seperti al-kathifah (benda yang keras) seperti manusia, pokok, batu, bumi, gunung, langit, matahari atau bintang. o Allah juga tidak seperti al-latifah (benda yang lembut) seperti udara, ruh, terang, gelap, nafas atau bayang-bayang. Adalah menjadi kewajipan untuk percaya bahawa Allah ta^ala Maha Suci dari segala ukuran, bentuk, rupa, warna, pergerakan dan diam (tidak bergerak), ini adalah kerana DIA lah yang menciptakan semua ukuran dan bilangan maka sudah tentu DIA tidak mempunyai ukuran ataupun bilangan. Oleh kerana sudah pasti bahawa Allah bukan berukuran kecil seperti 'al-Jawhar al-farad' (ciptaan yang paling kecil sekali yang tidak boleh dibahagikan lagi), atau zarah (adh-dharrah) -- habuk yang dilihat pada sinaran cahaya matahari - atau , biji sawi atau bukan berukuran besar seperti ^Arsh, atau lebih besar dari ^Arsh, Maka adalah wajib percaya Allah wujud tanpa tempat, arah ataupun ruang.

Oleh itu para ulama dikalangan Salaf dan Khalaf berkata: Bermaksud: " Allah wujud tanpa tempat". Akan tetapi perkataan "Allah ta^ala berada di mana-mana" akan membuka pintu pada golongan atheists (golongan yang tidak percaya adanya Tuhan) dan komunis untuk berkata, "Jika DIA berada di mana-mana, maka DIA berada di dalam tandas dan tempat-tempat kotor yang lain". Ini adalah perkataan golongan yang mengaku mereka Sufi dan mereka adalah jahil. Mereka mendakwa menjadi pegikut Tariqah, akan tetapi mereka tidak berilmu dan tidak memahami aqidah. ●Berikut adalah perkataan ulama 'Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy, beliau berkata di dalam kitab tafsirnya, 'Ruh al-Bayan', Juzu^ 5, pada pentafsiran Surah Taha, muka surat 365: Bermaksud: "Kami berkata kepada orang yang berkata, ' Allah mempunyai tempat' ; 'Di manakah DIA sebelum diciptakan alam ini? Bukankah DIA telah wujud? (yakni tanpa permulaan -- azali – dan tiada suatupun wujud berserta denganNYA). Jika mereka berkata 'tidak', mereka kafir; jika mereka mencadangkan penjelmaan atau pergerakan, mereka juga kafir". ●Pada muka surat yang sama, Shaykh 'Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy berkata: Bermaksud:"Sesungguhnya orang yang menetapkan Allah mempunyai tempat merupakan dari golongan mujassimah dan dari kalangan ahli Sufi palsu jahil yang berkata bahawa Allah ta^ala berada di mana-mana." Ini juga diriwayatkan oleh Shaykh, ustaz Mahmud Muhammad Khattab as-Subkiyy, Shaykh dan ulama, pemimpin fatwa ulama-ulama Azhar di dalam kitabnya 'Ithaf al-Ka'inat bi-Bayan Madhhab as-Salaf wal-Khalaf fil-Mutashabihat, muka surat 14. ●Al-Hafiz Abu Bakr al-Bayhaqiyy al-Ash^ariyy (458 H) secara terangnya menyatakan di dalam kitabnya "Al-I^tiqad", muka surat 70: Bermaksud: "Di antara apa yang kami tulis dari/tentang ayat adalah bukti/dalil mengenai ketidaksahihan perkataan di kalangan al-Jahmiyyah yang mana mereka mendakwa bahawa Allah subhanahu ta^ala berada di mana-mana dengan ZatNYA. Firman Allah ta^ala didalam surah al-Hadid ayat 4: "Wa-huwa Ma^akum Aynama Kuntum" Bermaksud dengan PengetahuanNYA, dan bukan dengan ZatNYA( yakni, ayat ini bermaksud bahawa Allah Maha Mengetahui tentang kita walau di mana kita berada bukanlah bermaksud bahawa DIA berserta dengan kita dengan ZatNYA walau di mana kita berada)." ●Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalaniyy ash-Shafi^iyy al-Ash^ariyy (852 H) secara terangnya menyatakan: "Sebahagian Mu^tazilah juga condong kepada kepercayaan ini dan mereka berkata, 'Allah berada di mana-mana' dan ini adalah kejahilan yang cukup nyata." ●Ash-Shaykh ^Abdal-Wahhab Ibn Ahmad ash-Sha^raniyy (973H) menyatakan ini di dalam kitabnya "al-Yawaqit wal-Jawahir", jilid 1 muka surat 65 bahawa ^Aliyy al-Khawwas, semoga Allah meredai mereka berdua, berkata: "Tidak dibenarkan berkata bahawa Allah ta^ala berada di mana-mana (seluruh tempat) sebagaimana golongan Mu^tazilah dan Qadariyyah katakan." ●Ibn Kathir berkata pada tafsirnya "Tafsir Ibn kathir", jilid 3 muka surat 7: "Mufassirun(orang yang mentafsirkan al-Qur'an) telah berijma^ menolak perkataan golongan al-Jahmiyyah yang mana mereka berkata 'Allah berada di mana-mana'. Allah ta^ala Maha Suci dari apa yang mereka katakan." ●Shaykh dan Qadi Zakariyya al-Ansariyy berkata di dalam tafsirnya, "Fathu-r-Rahman" pada pentafsiran Surah al-Mulk, muka surat 595: "DIA (Allah ta^ala ) Maha Suci dari berada di mana-mana (seluruh tempat)." ●Ibn Fawrak al-Ash^ariyy (wafat pada tahun 406 H) berkata di dalam kitabnya "Mushkil al-Hadith" muka surat 63: "Ketahuilah bahawa ath-Thaljiyy, kepercayaannya sama dengan kepercayaan golongan an-Najjar mengenai perkataan bahawa Allah berada di mana-mana yang juga menjadi kepercayaan Mu^tazilah[1]. Pada kami, pentafsiran ini adalah dilarang kerana tidak dibenarkan berkata bahawa Allah ta^ala berada di suatu tempat ataupun di mana-mana (seluruh tempat)." ●Pada muka surat 64-65 dalam kitab yang sama, Ibn Fawarak menolak dakwaan orang yang berkata bahawa Allah berada dimana-mana, dengan berniat bahawa dia berkata Allah Maha Mengetahui mengenai segalanya. Ibn Fawrak berkata dengan terangnya: "Apabila mereka merujukkan pentafsiran ayat ini (yakni perkataan Allah berada di mana-mana) dengan makna Pengetahuan Allah dan Pentadbiran pada makhlukNYA, maka kefahaman ini adalah betul, akan tetapi lafaz/ucapannya adalah dilarang. Tidakkah kamu melihat bahawa adalah tidak diterima bagi seseorang untuk berkata 'Allah ta^ala berada di sisi, bersentuh, menjelma, duduk/bersemayam atas sesuatu', pada masa yang sama berniat untuk menyatakan bahawa Allah Maha Mengetahui mengenai sesuatu dan mentadbir/menguasai segalanya." ---------------------------------

[1] Golongan Mu^tazilah muncul pada zaman ulama Salaf. Ulama menggolongkan mereka sebagai kafir kerana di sebahagaian perkara mereka percaya bahawa hamba Allah melakukan perkara/amal dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud. Kepercayaan mereka ini telah diikuti sejak akhir-akhir ini oleh kumpulan yang dikenali sebagai Hizb at-Tahrir. "PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ" MENOLAK PEMBOHONGAN SERTA KEKELIRUAN BERKAITANNYA> Segala pujian bagi Allah tuhan sekelian alam yang menciptakan bumi, langit, arasy, tempat, masa dan semua makhlukNya, wujudnya sebelum dari makhlukNya yang Dia bersifat azali lagi abadi dan wujudNya tanpa bertempat.Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad, keluarga, para sahabat dan sekelian umat Islam Sebagai umat islam yang sebenar, wajib beriman dengan perkara luar biasa atau ajaib, yang secara adatnya tidak diterima oleh akal, dimana ianyaberlaku atau diberikan oleh Allah kepada para Rasul Alaihimus Salam yang diistilahkan sebagai mukjizat. Mukjizat tersebut diberikan oleh Allah kepada para rasul bagi membenarkan dakwaan mereka bahawa mereka merupakan utusan Allah yang sebenar kepada umat manusia. Perkara luar biasa atau ajaib ini bukanlah cerita dongeng dahulu kala yang tidak berasas seperti yang dilemparkan oleh golongan Orientalis ataupun sebagaimana yang ditonjolkan dalam cerita-cerita kartun animasi. Perkara mukjizat ini merupakan perkara usul atau asas dalam islam yang mesti diimani mengikut disiplin ilmu islam. Inilah antara keyakinan atau Akidah yang membezakan antara umat islam dengan umat yang lain. Keimanan atau kepercayaan dalam ajaran islam bukan hanya beriman dengan perkara yang zahir, bahkan perlu kepada beriman dengan perkara yang ghaib. Seseorang itu masih tidak dianggap sebagai muslim jika tidak beriman dengan perkara ghaib seperti Syurga, Neraka, malaikat, dosa dan pahala. Antara mukjizat agung yang diberikan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun ke-lima sebelum hijrah. Ianya melangkau jangkaan pemikiran manusia di mana Rasulullah diperjalankan (israk) oleh Allah dalam waktu yang singkat dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, seterusnya dibawa melihat keajaiban dan keanehan ciptaan Allah yang berada di alam yang tinggi (malakut al-a'la) iaitu di langit (mikraj) dalam masa sebahagian malam sahaja. Peristiwa ini berlaku pada diri Rasulullah untuk menunjukkan kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada baginda yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Bukanlah suatu perkara yang besar, susah atau aneh bagi Allah, tuhan semesta alam untuk melakukan sedemikian kerana Dialah tuhan yang telah menjadikan segala kewujudan ini dari tiada kepada ada. Berkaitan peristiwa Israk dan Mikraj ini, umat islam banyak mengambil berita-berita atau cerita-cerita yang tidak berasas atau tidak bersumberkan dari sumber yang sahih lagi boleh dipercayai. Berikutan dari itulah, banyak kisah yang diriwayatkan berkaitan Israk dan Mikraj ini adalah pembohongan semata-mata. Amat mendukacitakan kita sekiranya cerita atau kisah palsu berkaitan mukjizat yang agung ini dilontarkan dari mulut-mulut khatib di atas mimbar, penceramah-penceramah di masjid atau diajar dalam majlis-majlis ilmu turun temurun. Oleh yang demikian, di bawah ini dimuatkan sebahagian cerita-cerita palsu tersebut supaya kita dapat menghindari dan menjauhi dari percaya kepadanya. Pertama: Sebahagian umat islam percaya bahawa Mikraj merupakan satu peristiwa yang menunjukkan bahawa Rasulullah sampai ke tempat di atas langit yang ke tujuh di mana di situlah Allah berada. Kepercayaan atau iktikad yang mengatakan Allah berada di atas langit, tidak kiralah samada dimaksudkan langit secara umum atau dikhususkan> kepada Kursi atau Arasy sebenarnya sesat lagi kufu di sisi ahli sunnah wal jamaah. Ini kerana kepercayaan sedemikian menisbahkan atau menyifatkan Allah berada pada sudut atau tempat. Sedangkan akidah dan kepercayaan umat islam yang sebenarnya ialah Allah jualah yang menciptakan segala-galanya yang ada, antaranya tempat dan arah atau sudut. Allah telah pun ada atau wujud sebelum itu lagi tanpa mempunyai arah, sudut mahupun tempat. Inilah yang dikatakan bahawa wujud Allah azali, bermaksud adanya Allah tidak dijadikan oleh sesiapapun kerana Dia adalah Tuhan. Tempat, arah dan lain-lain merupakan ciptaan Allah yang dinamakan sebagai makhluk dan makhluk tidak azali. Tidak azali bererti sebelum itu tidak ada kemudian dijadikan oleh Allah. Maka mustahil Allah perlu atau berhajat kepada makhluk ciptaanNya sendiri sedangkan sebelum itu Allah telahpun wujud tanpa ada tempat, arah dan lain-lain. Imam al-Syafie Rahimahullah berkata seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Qusyairi: "Ketahuilah oleh kamu semua bahawa Allah Azzawajalla tidak ada tempat bagiNya (iaitu tidak bertempat)". Imam ahli sunnah iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asyari juga berkata sedemikian seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi: "Sesungguhnya Allah Taala tidak ada tempat baginya". Imam Abu Mansur al-Baghdadi pula menyebutkan dalam kitab beliau al-Farqu Baina al-Firaq: "Dan mereka telah berijmak (iaitu ahli sunnah) bahawa Dia (iaitu Allah) tidak diliputi oleh tempat dan tidak beredar dengan peredaran masa". Inilah ijmak ahli sunnah yang menunjukkan bahawa Allah wujud tidak bertempat, sama ada di atas atau di bawah, kiri atau kanan, depan atau belakang kerana kesemua arah tersebut ciptaan Allah yang asalnya tidak ada langsung kemudian dijadikan oleh Allah. Begitu jugalah masa, tidak kira sebelum atau selepas, semalam, hari ini atau esok, pagi atau petang, siang atau malam. Barang sesiapa beriktikad berlainan dari apa yang disebutkan, maka mereka itulah yang digelar sebagai golongan Al-musyabbihah, iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk ciptaanNya sendiri. Golongan Al-musyabbihah tersebut dihukumkan sebagai kafir oleh ulama islam. Imam Abu Ja'far al-Thahawi berkata dalam Akidah al-Thahawiyyah:"Barang sesiapa menisbahkan bagi Allah sifat yang merupakan sifat makhluk, sesungguhnya dia kafir". Jelas bagi kita bahawa antara sifat bagi makhluk ialah wujud yang memerlukan tempat. Walaupun demikian, amatlah mendukacitakan kita kerana ada sebilangan orang islam yang menyandarkan diri mereka sebagai tok guru atau ahli ilmu mengelirukan umat islam yang lain berkenaan peristiwa Mikraj ini dengan menyatakan bahawa Rasul telah sampai ke tempat yang merupakan markaz atau tempat Allah berada, Wal i'yazzubillah. Pandangan atau ucapan sebegini jelas hukumnya kufur kerana menyifatkan Allah sifat yang sama dengan makhluk. Ianya terbit dari pembacaan yang disandarkan kepada sebahagian kitab murahan yang mudah didapati di mana isi kandungannya tidak terkandung Akidah At-tanzih, iaitu akidah ahli sunnah yang menyucikan Allah dari sebarang persamaan dengan makhlukNya. Contoh kitab tersebut ialah "Kitab al-Mikraj" yang dinisbahkan kepada Ibnu Abbas secara dusta. Perkara sebegini dan seumpamanya wajib diberi peringatan kepada umat islam. Penjelasan sebenar berkenaan perkara ini ialah Rasulullah telah sampai ke tempat yang dikehendaki oleh Allah selepas sampai di Sidratul Muntaha, di mana di situlah baginda mendapat perintah Allah mengenai kefarduan solat. Begitu jugalah berkenaan Rasulullah berulang alik memohon dikurangkan waktu solat tersebut dari tempat Nabi Musa. Bukan berei Nabi berulang alik dari tempat Nabi Musa ke tempat Allah berada, bahkan berulang alik ke tempat asal yang baginda mendengar Kalamullah yang azali tanpa suara, huruf dan bahasa, Allah menciptakan kekuatan pada hati Rasulullah sehingga rasulullah faham akan ianya wahyu dari Allah mengenai kefarduan solat sehingga dikurangkan sehari semalam kepada lima waktu kerana Allah wujud tidak bertempat. Kedua: Sebahagian orang islam mengatakan; "Peristiwa Mikraj berlaku dengan ruh sahaja, bukan beserta jasad". Pandangan di atas jelas bercanggah dengan apa yang tersebut melalui hadis-hadis yang sahih. Di dalam al-Quran terkandung satu ayat yang amat hampir kepada jelas berkaitan peristiwa Mikraj di mana ayat tersebut bermaksud: "Demi sesungguhnya dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) buat kali yang ke-dua, di Sidratul Muntaha. Di situlah terletaknya Jannah al-Makwa", Surah al-Najmi: 13. Ayat tersebut menjelaskan kepada kita bahawa Nabi Muhammad telah melihat Malaikat Jibril dalam bentuk rupa parasnya yang asal, yang mempunyai enam ratus sayap di malam Mikraj di langit yang ke-tujuh dalam keadaan sedar dengan ruh dan jasad. Antara hadis yang menyebutkan berkenaan peristiwa Mikraj ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya bahawa Rasulullah telah berkata: "Kemudian kami dibawa naik ke langit, maka dipohon pintu langit dibuka oleh Jibril, lalu ditanya: Siapakah kamu? (Jibril) berkata: (Aku) Jibril. Ditanya: Siapakah bersamamu? (Jibril) berkata: Muhammad". Melalui jawapan Jibril tersebut, Jibril tidakpun berkata: "bersamaku ruh Muhammad"!. Di akhir hadis itu Rasulullah menceritakan: "Lalu aku turun kepada Musa". Ketika itu Nabi Musa berada di langit yang ke-enam. Rasul tidakpun berkata: "Ruhku turun kepada Musa Alaihis Salam". Oleh itu, apakah asas yang digunakan oleh golongan ini bagi menegakkan pandangan mereka bahawa Rasulullah Mikraj dengan ruh sahaja?! Apakah mukjizatnya peristiwa Mikraj bagi Rasulullah jika berlaku dengan ruh sahaja?! Ketiga: Sesetengah orang yang jahil mengatakan Rasul berdiri di atas seketul batu dan batu tersebut terapung bersama baginda ketika berlakunya peristiwa Mikraj. Batu tersebut pula sekarang ini berada di dalam Kubah Hijau (Qubbatu al-Sokhroh) di Palestin. Diceritakan bahawa batu tersebut terapung apabila Rasul berkata: "Tetaplah ditempatmu". Maka batu tersebut pada sangkaan mereka sehingga sekarang berada dalam keadaan terapung. Kisah ini sama sekali tidak benar kerana hakikatnya batu itu tidak terapung dan dapat dilihat di Kubah Hijau (Qubbatu al-Sokhroh). Keempat: Sesetengah orang mengatakan Allah menjadikan Rasulullah dapat mendengar suara Abu Bakar di langit ketika Mikraj agar baginda merasa tenteram dari ketakutan. Perkara ini tidak berasas sama sekali. Kelima: Sesetengah golongan mengatakan peristiwa Mikraj merupakan perjalanan dalam tidur ((rehlah manamiyyah)). Pandangan ini batil yang merupakan permainan syaitan. Jika demikianlah, di manakah mukjizat bagi baginda seperti sangkaan mereka?! Keenam: Tersebut dalam kitab yang dinamakan "Mikraj Ibnu Abbas" yang disandar secara dusta kepada beliau, ada malaikat yang sebahagian dirinya terdiri dari api dan sebahagian lagi dari salji. Api tidak mencairkan salji dan salji tidak pula memadamkan api, dia mempunyai seribu kepala, bagi setiap kepala sejuta wajah, bagi setiap wajah sejuta lidah yang sentiasa bertasbih kepada Allah dengan sejuta bahasa. Cerita ini karut kesemuanya. Untuk makluman bersama, kitab yang dinisbahkan kepada Ibnu Abbas ((Mikraj Ibnu Abbas)) adalah tidak benar sama sekali dan penuh dengan akidah-akidah serta cerita-cerita yang kufur. Antara yang jelas menyalahi akidah ahli sunnah ialah cerita bahawa Nabi menghampiri Tuhan sehingga hampir sangat seperti lengkungan panah bahkan lebih hampir dari itu. Cerita tersebut menisbahkan Allah mempunyai jarak seperti makhlukNya. Kandungannya juga menisbahkan anggota badan kepada Allah seperti: " Maka Allah Subhanahu Wa Taala meletakkan tanganNya diantara dua bahuku, maka aku merasa sejuk jari jemarinya". Kata-kata ini menisbahkan anggota badan seperti manusia yang jelas kufur seperti yang diijmakkan oleh ulama ahli sunnah. Ketujuh: Apa yang diriwayatkan dari Saiyidah Aisyah Radiyallahu Anha bahawa beliau berkata: "Tidaklah hilang jasad Rasulullah, tetapi (baginda) diisrakkan dengan ruhnya". Hadis tersebut tidak sabit. Al-Qadhi 'Iyad dalam kitab beliau "al-Syifa" mendaifkan matan dan sanadnya, al-Hafiz Ibnu Dahyah pula mengatakannya sebagai hadis palsu. Perkara yang jelas bahawa ianya tidak sabit dari Aisyah ialah Rasulullah belum lagi bersama beliau sebagai suami isteri melainkan selepas hijrah. Apatah lagi baginda belum lagi bertunang dengan beliau semasa peristiwa Israk berlaku. Demikian jugalah yang dikatakan bahawa Rasulullah bersabda: "Jibril mendatangiku dengan safarjalah dari Syurga, lalu aku memakannya pada malam aku akan diisrakkan, maka lahirlah Fatimah dari Khadijah. Maka apabila aku berasa rindu terhadap bauan Syurga, aku menghidunya di tengkuk Fatimah". Al-Zahabi berkata bahawa ianya hadis yang jelas palsu yang dilakukan oleh Muslim Bin Isa al-Saffar. Ini kerana Fatimah telahpun dilahirkan sebelum Nabi diangkat menjadi rasul, lebih-lebih lagi peristiwa Israk berlaku pada tahun ke-lima sebelum hijrah. Kelapan: Antara perkara batil yang tidak benar ialah apa yang diriwayatkan, apabila Rasulullah dan Jibril melebihi Sidratul Muntaha, Jibril berkata: "Disinilah berpisah kekasih dengan kekasihnya, sekiranya aku kedepan lagi sudah pasti aku terbakar". Bersyukurlah kita kepada Allah kerana dengan limpah rahmatnya kita menjadi umat yang terbaik berbanding umat-umat yang lain. Ianya tidaklah wujud begitu sahaja semata-mata kerana kita berada atau tergolong dalam umat Nabi Muhammad, tetapi kerana sifat percaya atau beriman dengan Allah dengan kepercayaan yang sahih, seterusnya melakukan serta menyuruh kepada kebaikan dan menghindari serta mencegah dari perkara yang keji lagi tercela di dalam agama,serta kita menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal Mudah-mudahan perkara palsu yang berlaku atau digembar gemburkan berkaitan peristiwa bersejarah ini dapat kita hapuskan dengan rasa tanggung jawab sebagai individu muslim yang cintakan agamanya. Bukti menunjukkan Wahhabi bukan Muslim Soalan: Ada orang bertanya, "Adakah dibenarkan mencela (orang Islam, seperti) Wahhabiyy?" Jawapan: Adalah dibenarkan mencela orang kafir. Dibenarkan juga mencela orang Islam yang melakukan ma^siat (dosa) untuk memberi amaran kepada orang lain mengenainya. Imam Ahmad berkata: "Adalah dibenarkan mencela Yazid[1]. Ini adalah kerana beliau melakukan banyak dosa dan seorang yang(Fajr) / penzina /(akhlaknya tidak baik). Akan tetapi tidak dibenarkan untuk mencela orang Islam selain dari itu. Nabi sallallahu ^alayhi wa sallam bersabda: "La^nu-l-Muslimi ka-qatlihiyy" Bermaksud: <<" mela^nat orang Islam adalah seperti membunuhnya">> (riwayat ibn Hibban). Oleh itu , melaknat orang Islam tanpa alasan adalah berdosa besar. Akan tetapi Wahhabiyyah[2] percaya bahawa Allah mempunyai jisim ( tubuh badan) yang duduk di atas ^Arsh, mereka tidak mengetahui Allah. Tidak wujud jisim (tubuh badan ) yang duduk di atas ^Arsh. ^Arsh merupakan Ka^bah bagi malaikat yang mana mereka mengelilinginya[3]. Mereka bertawaf padanya, seperti kita bertawaf[4] pada Ka^bah[5] di Makkah dan mereka bersolat mengadapnya. Tidak ada satu benda pun yang hidup duduk di atas ^Arsh. Wahhabiyyah adalah jahil tentang Pencipta mereka. Mereka tidak tahu mengenai Pencipta mereka. Bagaimanakah perbuatan menyembah jisim (tubuh badan) yang duduk di atas ^Arsh yang mana kita tidak nampak dan tidak mendapat faedah darinya boleh dikatakan betul?. Sedangkan semua makhluk yang lain boleh melihat matahari dan mendapat faedah darinya. Walaupunbegitu kita tidak dibenarkan untuk menyembah> matahari. Jika dibolehkan untuk menyembah jisim,
maka bolehlah juga menyembah matahari, akan tetapi ini tidak dibenarkan. Kenapa? Ini adalah kerana jisim (tubuh badan), tidak kira betapa besar atau kecilnya ia, dalam apa jua bentuk sekalipun memerlukan Sesuatu untuk mewujudkannya dalam ukuran tersebut. Adalah tidak dapat diterima oleh akal bahawa benda-benda boleh menciptakan diri mereka sendiri. Adalah tidak munasabah juga bahawa matahari boleh menciptakan dirinya sendiri dalam bentuk bulat, ataupun berwarna putih dan dengan sifat panas. Adalah mustahil matahari boleh mewujudkan dirinya sendiri (dalam keadaan begitu). Akan tetapi ia mempunyai pencipta yang menciptakannya dengan ukuran, bentuk dan sifat yang sedemikian. Begitu juga dengan ^Arsh, manusia serta biji sawi memerlukan Pencipta untuk menjadikan mereka berukuran sedemikian rupa. Biji sawi tidak mewujudkan dirinya dengan ukuran yang tertentu; ia tidak memilih untuk memiliki ukuran tersebut. Samalah juga dengan manusia yang tidak memilih untuk berukuran tersebut (4 hasta tinggi dan sehasta lebar), akan tetapi mereka mendapati diri mereka dalam berkeadaan sedemikian. Maka yang menciptakan manusia, matahari dan yang lainnya sudah pasti tidak mempunyai ukuran. Wahhabiyyah percaya bahawa Allah mempunyai jisim (tubuh badan) dengan kaki dan tangan yang mana duduk di atas ^Arsh , turun serta naik setiap malam dari ^Arsh ke langit pertama pada sepertiga malam terakhir dan berada disitu sehingga terbitnya fajar dan kemudiaannya naik kembali ke ^Arsh. Mereka tidak mengetahui Allah. Mereka adalah kafir. Adalah telah dinyatakan di dalam Hadith : "Inna Rabbana yanzilu kulla laylatin 'ila-s-Samai'-d-dunya hina yabqa thuluthu-l-layli-l-akhir wa-yaqul: [man dhalladhiyy yad^uniyy fa-'astajiba lahu man dhalladhiyy yastaghfiruniyy fa-'aghfira lahu man dhalladhiyy yas'aluniyy fa-'u^tiyahu] hatta yanfajira-l-fajr" Bermaksud: <<"Sesungguhnya Tuhan kami memerintahkan malaikat-malaikat untuk turun setiap malam ke langit yang pertama pada sepertiga malam terakhir. Mereka berkata : "Tuhan kamu berkata, barangsiapa yang berdoa pada Ku akan AKU kabulkan doanya. Barangsiapa yang memohon ampun pada KU ,akan AKU ampunkannya. Barangsiapa yang meminta padaKU akan AKU kurniakannya ," sehinggalah terbitnya fajar >> Riwayat Muslim , Hadith asalnya di dalam al-Bukhariyy[6] Sabda nabi, "Yanzilu rabbuna kulla laylatin ila-s-sama'i-d-dunya," bermaksud bahawa <>. Menurut bahasa Arab, tatabahasa ayat ini adalah diketahui umum. Dalam bahasa Arab , ayat "Bana al-amiru al-madinah," bermaksud, "Amir (pemerintah) yang membangunkan bandar itu". Yakni, dia memerintahkan pekerja-pekerjanya untuk membangunkan bandar itu , kerana beliau tidaklah dengan sendirinya melakukan pekerjaan itu dengan mengangkat batu-batu untuk membuat bangunan. Ini bermaksud dia memerintahkan kepada pekerjanya , dan mereka lah yang melakukan pembangunan. Perbuatan membangunkan ini dirujuk kepada Amir (pemerintah) kerana dia yang memberikan arahan tersebut , bukan lah bermaksud beliau sendiri yang pergi melakukan kerja-kerja pembangunan. Begitu jugalah dengan Hadith "Yanzilu rabbuna kulla laylatin ila-s-sama'i-d-dunya," bermaksud bahawa <> dan mereka melakukan seperti apa yang telah diperintahkan oleh Allah . Adalah diketahui umum dalam bahasa Arab mengenai hal ini atau yang lainnya: Perbuatan sesuatu itu dirujuk kepada pemerintah akan tetapi bermaksud yang melakukannya adalah mereka yang diperintah. Maka , maksud 'Yanzilu rabbuna' adalah << " Turunnya malaikat-malaikat Allah".>> Malaikat-malaikat adalah terlalu banyak bilangannya dan mereka turun dengan perintah Allah. Malaikat-malaikat turun ke setiap tempat mengikut setiap langit masing-masing, kerana malam dan siang berlainan pada setiap negeri. Tengahari di satu negara bersamaan dengan awal atau akhir malam di satu negara yang lain. Maka , setiap bahagian malam atau siang yang melalui sesebuah negara akan menjadi sebahagian malam atau siang di negara yang lain. Jika merujuk kepada kepercayaan Wahhabiyyah, Allah tidak mempunyai perbuatan lain kecuali turun dan naik, kerana malam dan siang berlainan bagi setiap negara di bumi ini. Pentafsiran Wahhabiyyah ini adalah tidak diterima oleh akal, tidak seperti pentafsiran Ahlu-s-Sunnah[7]. Ahlu-s-Sunnah berkata bahawa malaikat turun dengan perintah dari Tuhan kita dan menyampaikan dari Allah bahawa "Tuhan kamu berkata: 'Barangsiapa yang berdoa pada KU, Aku akan makbulkan doanya…..'" sehinggalah terbitnya fajar. Kemudian apabila terbitnya fajar, mereka (malaikat-malaikat) naik ke atas langit pertama-iaitu ke langit kedua, ke tiga, ke empat, ke tujuh atau ke al-Kursiyy. Wahhabiyyah mentafsirkan Hadith ini secara salah. Firman Allah ta^ala : "Ar-Rahmanu ^ala-l-^Arshi-stawa" Surat Taha, ayat 5 Bermaksud: {"(Allah) Yang Maha Pemurah, menguasai[8] ^Arsh" } Wahhabiyyah mentafsirkan ayat ini sebagai 'duduk atau bersemayam'. Ini satu penghinaan pada Allah kerana duduk merupakan sifat manusia, lembu, jinn, anjing, babi dan serangga. Bagaimana Allah boleh bersifat duduk, sedangkan duduk merupakan sifat benda yang dicipta? Wahhabiyyah tidak mengetahui dan mengenali Allah. Mereka adalah kafir. Mereka tidak beriman dengan ayat ini. "Laysa ka-mithlihiyy shay'" Surat ash-Shura, ayat 11 Bermaksud: { "Tidak ada sesuatupun yang sama denganNYA". } Mereka (Wahhabiyyah) menyamakan Allah dengan banyak benda. Akibat dari perkataan mereka, maka Allah mempunyai jisim , mereka membandingkan Allah dengan terlalu banyak jisim. Manusia adalah jisim dan ^Arsh adalah jisim juga. ^Arsh adalah besar dari segi ukuran dan biji sawi adalah kecil dari segi ukuran. Manusia lebih besar dari biji sawi , pokok lebih besar dari itu dan gunung lebih besar lagi. Langit lebih besar dari semua ini dan ^Arsh yang terbesar sekali.

Allah tidak menciptakan sesuatupun yang lebih besar dari ^Arsh dari segi ukuran (walaupun IA mampu untuk menciptakan yang lebih besar jika IA kehendaki). Maka sudah tentu Pencipta segala benda-benda ini tidak mempunyai ukuran.[9] Jika seseorang itu mengikut kepercayaan Wahhabiyyah, nescaya para penyembah matahari akan mengajukan soalan sebagai berikut kepada mereka: o Penyembah matahari akan berkata: "Aku menyembah suatu badan yang cantik dan mempunyai banyak faedah. Kita dapat melihatnya. Kita dapat faedahnya. Bagaimanapula yang engkau sembah berhak untuk menjadi tuhan apabila engkau berkata' 'Yang aku sembah adalah badan yang duduk di atas ^Arsh' ? Samada engkau ataupun aku tidak melihatnya dan dapat faedah darinya. Bagaimana pula menyembah matahari, yang mana aku sembah boleh menjadi satu kesalahan/ tidak betul sedangkan menyembah badan yang dibayangkan boleh menjadi betul? o (Apa yang Wahhabiyyah akan jawab! ) Mereka akan berkata: "Allah ta^ala berkata …..' o Penyembah matahari akan berkata: 'Aku tidak percaya dengan kitab engkau. Beri aku bukti yang dapat diterima oleh akal' Wahhabiyyah tidak mempunyai bukti yang dapat diterima oleh akal, maka mereka dikalahkan oleh para penyembah matahari. Adalah mustahil Allah mempunyai ukuran yang besar (mahupun apa-apa saiz). Walaupun seseorang itu percaya bahawa Allah adalah berjuta-juta kali ganda lebih besar dari ^Arsh, ini masih lagi tidak benar.

Adalah mustahil Allah mempunyai ukuran samada besar atau kecil atau diantaranya. Kita sebagai Ahlu-s-Sunnah, mengalahkan penyembah matahari dengan berkata: " Matahari ini sebagaimana yang engkau katakan adalah merupakan satu jisim yang cantik dan mempunyai banyak manfa^atnya. Akan tetapi siapa yang menetapkankannya dengan ukuran, bentuk dan sifat ini?. Kenapa tidak ia (matahari) lebih besar dari bentuknya sekarang?. Kenapa tidak lebih kecil bentuknya.? Kenapa warnanya tidak merah atau hitam? Kenapa bentuknya bulat, tidak empat segi, tidak tiga segi atau dalam bentuk yang lain?. Matahari memerlukan Sesuatu yang mewujudkannya pada bentuk dan ukuran tersebut. Sesuatu yang mewujudkannya pada bentuk atau ukuran sudah pasti wujud tanpa bentuk ukuran. Ini lah yang kita sembah. Dia lah Allah. KewujudanNYA tidak seperti kewujudan yang lain". Ini lah jawapan Sunniyy. Dengan cara ini kita dapat mengalahkan hujah penyembah matahari. Akan tetapi Wahhabiyyah dikalahkan oleh mereka. Allah ta^ala berfirman: "Awalam yanzuru fiyy malakuti-s-Samawati wal-Ard wama khalaq-Allahu min shay'" Surat al-A^raf, ayat 185 Bermaksud: {" tidakkah mereka melihat pada kerajaan langit-langit dan bumi dan semuanya itu telah diciptakan oleh Allah?. } Allah ta^ala memerintahkan pada kita supaya memikirkan mengenai makhluk ciptaanNYA supaya kita mengetahui bahawa DIA tidak seperti makhluk ciptaanNYA.. Akan tetapi Wahhabiyyah menghalang dan tidak melakukan ini. Ayat ini menyuruh kita berfikir. Ini diperlukan untuk mencerminkan makhluk ciptaan Allah kerana perkara ini menambahkan lagi keyakinan pada kewujudan Allah, kuasaNYA dan pengetahuanNYA. Akan tetapi memikirkan tentang Zat[10] Allah adalah dilarang. Kenapa? (kerana) DIA tidak seperti sesuatupun. Bagaimana boleh kita bayangkan DIA didalam fikiran kita? Ini adalah tidak munasabah[11]. â–ªBarangsiapa yang membayangkan DIA mempunyai ukuran seperti ^Arsh, atau lebih besar dari ^Arsh, maka mereka tidak mengenali Allah. â–ªBarangsiapa yang membayangkan DIA mempunyai ukuran yang kecil seperti manusia, mereka juga tidak mengenali Allah. â–ªBarangsiapa membayangkan DIA mempunyai ukuran yang mengarah ke atas, mereka tidak mengenali Allah. â–ªBarangsiapa membayangkan DIA mempunyai ukuran yang mengarah ke bawah , mereka tidak mengenali Allah. â–ªBarangsiapa membayangkan DIA meliputi semua arah seperti mana ^Arsh, bumi dan langit-langit didalamnya , mereka tidak mengenali Allah. Maka adalah haram bagi kita memikirkan mengenai Zat Allah. Kita tidak mampu dan tidak boleh membayangkan Allah , kerana DIA tidak seperti sesuatupun. Akan tetapi kita boleh memikirkan mengenai makhluk ciptaanNYA. Perhatikan keadaan bumi. Pada musim sejuk, adalah sejuk pada sentuhan dan pada musim panas adalah panas pada sentuhan. Kita berkata: "Apakah yang membuatkan ia berubah dari satu keadaan ke keadaan yang lain? Bumi ini sendiri tidak mampu untuk berbuat demikian. Akan tetapi ada Sesuatu yang merubahkannya dari satu keadaan ke keadaan yang lain. Samalah juga, langit ini melalui perubahan keadaan, seperti mana manusia , pokok-pokok serta tanaman-tanaman. Memang sudah ada kepastian bahawa Pencipta yang merubahkan keadaan mereka, dan juga adanya kepastian tentang Pencipta yang mewujudkan mereka dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud" Inilah sebabnya kenapa kita diperintahkan supaya memikirkan tentang makhluk Allah. Kita merenungi diri kita sendiri. Jika seseorang itu hendak memberikan bukti tentang kewujudan Allah, maka dia akan berkata: "Aku wujud selepas aku tidak wujud; dahulu aku tidak wujud sekarang aku wujud. Apa-apa sahaja yang wujud selepas tidak wujud sudah pasti memerlukan Pencipta untuk mewujudkannya. Maka sudah teranglah , aku mesti mempunyai Pencipta yang menciptakan aku dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud. Pencipta yang menjadikan aku dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud dikenali sebagai 'Allah'. KewujudanNYA tidak seperti kewujudan yang lain walau apa cara pun. DIA bukan seperti cahaya, kegelapan, manusia, malaikat, matahari, bulan tidak juga seperti bintang-bintang." Dengan pemahaman dan pemikiran sebegini maka seseorang itu mampu memberikan bukti (tentang wujudnya Pencipta). Allah memerintahkan kita supaya memikirkan tentang makhluk ciptaanNYA. Akan tetapi memikirkan tentang Zat Allah yakni hakikat sebenarNYA, adalah dilarang . Ini adalah kerana barangsiapa yang cuba membayangkan Allah tidak akan sama sekali dapat mencapai jawapan yang betul. Kita adalah dilarang dari memikirkan tentang Zat Allah. Kita berkata: "DIA wujud dan tidak menyamai sesuatu pun. DIA tidak menyamai alam ini dalam apa jua bentuk pun. DIA tidak berukuran besar mahupun berukuran kecil. DIA tidak pula berwarna putih, hitam, hijau, biru ataupun perang. DIA tidak pula bergerak , ataupun diam, kerana sebahagian dari makhluk adalah sentiasa bergerak atau sebahagiannya pula sentiasa diam ataupun sebahagian bergerak dan sebahagiannya diam. Alam ini adalah sebagai contohnya. ^Arsh dan tujuh lapis langit adalah sentiasa diam (tidak bergerak). Bintang-bintang adalah sentiasa dalam keadaan bergerak. Manusia, malaikat dan binatang kadang-kadang bergerak dan kadang-kadang diam (tidak bergerak). DIA yang menciptakan ciptaan ini dengan ciri-ciri tersebut sudah pasti tidak menyamai dengan apa jua pun dikalangan ciptaanNYA. DIA tidak berada di dalam keadaan bergerak ataupun diam (tidak bergerak). DIA Maha Suci dari kedua-duanya kerana ciri-ciri tersebut merupakan sifat ciptaanNYA." Imam Ahmad , semoga Allah meredainya, mentafsirkan ayat ini: "Wa Ja'a Rabbuka wal-Malaku saffan saffa" Surat al-Fajr, ayat 22 Beliau berkata maknanya adalah: " Perintah Allah akan datang". Dalam riwayat yang lain pula, beliau berkata, "Kuasa Allah akan datang". Ini bermaksud adalah mustahil Allah bergerak samada turun atau naik, sebagaimana mungkin berlaku pada makhluk ciptaanNYA. Walaubagaimanapun, para malaikat akan datang pada Hari Qiamat.dengan pergerakan. Para malaikat yang berada di tujuh lapisan langit adalah ramai, akan tetapi jumlah malaikat yang mengelilingi ^Arsh adalah lebih ramai lagi. Adalah mustahil bahawa Allah bergerak dan mempunyai pergerakan. Adapun perkataan "datang" yang merujuk kepada Allah dalam ayat ini bermaksud perintah Allah yang akan "turun". Yakni perintah yang besar itu amat menakjubkan akal pada Hari Qiamat. Walaubagaimanapun, para malaikat merupakan sebahagian dari makhluk yang turun dengan pergerakan. "datang" yang mana merujuk kepada Allah adalah bukan dengan pergerakan kerana DIA tidak bergerak dan tidak pula diam (tidak bergerak) sebagaimana makhluk NYA.. Sebahagiannya sentiasa bergerak dan sebahagian lainnya sentiasa diam (tidak bergerak). Yang lain pula kadang kadang bergerak dan kadang kadang diam(tidak bergerak), seperti manusia dan malaikat. Imam ash-Shafi^iyy, Imam Ahmad and Imam Dhu-n-Nun al-Misriyy, yang dari kalangan Salaf dan yang hidup pada 2 abad pertama selepas Hijrah berkata: "Mahma tasawwarta bi-balik fallahu bi-khilafi dhalik" Bermaksud: " Apa-apa sahaja yang terbayang difikiran kamu , Allah berlainan dari itu". Makna ini selari dengan ayat: "Laysa ka-mithlihiyy shay'" Surat ash-Shura, ayat 11 Bermaksud: {"Tiada sesuatupun yang sama denganNYA". } Barangsiapa yang percaya bahawa Allah duduk di atas ^Arsh, maka dia telah menyamakan Allah dengan banyak benda. Allah yang memberi petunjuk dan padaNYA kita bertawakkal.
[1] Adalah kerana 'Yazid Ibn Mu^awiyyah' , merupakan seorang yang jahil dan peminum arak.
[2] Wahhabiyyah adalah pengikut Ibn ^Abdil­Wahhab dan Ibn Taymiyyah yang mana menolak Tawassul dan para ulama menggelarkan mereka Nufah (golongan yang menolak). Ulama juga menggelarkan mereka sebagai Mujassimah dan Mushabbihah kerana mereka menyamakan Allah dengan makhluk ciptaanNYA. Kumpulan-kumpulan ini secara salahnya telah menggelarkan diri mereka sebagai salaf sempena ulama yang hidup pada 3 abad pertama Hijrah. Mereka tidak boleh dipanggil Salafiyyah kerana mereka tidak menghormati salaf dan mereka juga tidak meniru ulama salaf dalam hal ^ibadah ataupun dalam ^aqidah mereka. Akan tetapi mereka mempuyai agama mereka sendiri , yang mana muncul 250 tahun dahulu. Mereka menggunakan istilah yang dihormati untuk mengelirukan Ummat Nabi Muhammad. Semoga Allah melindungi ummat Nabi Muhammad dari apa yang baginda takuti. [3] Setiap lapisan langit mempunyai ka^bahnya sendiri. Para malaikat yang mendiami setiap lapisan langit bersolat menghadap ka^bah masing masing. Samalah juga , ^Arsh merupakan Ka^bah bagi malaikat yang mengelilingi nya.
[4] Tawaf adalah mengelilingi ka^bah (ikut putaran jam) sebanyak 7 kali, bermula dari Hajar Aswad. Dari segi hikmah perbuatannya, ketika orang Islam bertawaf adalah seperti berkata: "Ya Allah, walaubagaimana aku mengelilingi dan walau ke mana aku pergi, aku akan sentiasa berpegang teguh dalam menyembahMu".
[5] Ka^bah adalah bangunan batu empat segi terletak ditengah tengah Masjidul Haram di Makkah. Orang Islam bersolat menghadapnya . Asalnya dibina oleh Nabi Adam dan dibina semula oleh Nabi Ibrahim, semoga Allah meredai mereka berdua.
[6] Yang mana bermula dari "Yanzilu rabbuna kulla laylatin ila-s-sama'i-d-dunya, …."
[7] Istilah ini merujuk kepada orang yang benar benar mengikut al-Qur'an, Nabi dan ijma^ ulama dan merupakan golongan majoriti umat Islam.
[8]Di antara makna perkataan/kalimah "istawa" adalah menguasai.

Ulama memilih untuk menyifatkan Allah dengan makna ini kerana makna kalimah ini selari dengan salah satu nama Allah: "al-Qahhar" . Ini bermaksud: " (Allah ) Penguasa/Penunduk, Yang mempunyai kuasa yang sempurna dan tidak lemah pada sesuatupun"
[9] Nota penterjemah: ini adalah kerana perkara ini akan menunjukkan persamaan dengan benda yang dicipta.
[10] Zat Allah bermaksud Hakikat sebenar Allah yang mana tidak menyerupai mana-mana hakikat pun. [11] Ibn ^Abbas, maka , berkata, " Fikirlah tentang Makhluk ciptaan Allah dan jangan fikir tentang dhat Allah" (riwayat al-Bayhaqiyy).
Disediakan oleh : Ustaz Hafiz Alawi Baitul Iman Dungun

No comments: