Friday, July 6, 2007

(MESTI BACA) Ibnu Taimiah Bertaubat Dari Akidah Salah

(MESTI BACA) Ibnu Taimiah Bertaubat Dari Akidah Salah

petikan bersumber dari http://www.abu-syafiq.blogspot.com/



Oleh: abu_syafiq As-Salafy (012-2850578)
Assalamu3alaykum

Ramai yang tidak mengkaji sejarah dan hanya menerima pendapat Ibnu Taimiah sekadar dari bacaan kitabnya sahaja tanpa merangkumkan fakta sejarah dan kebenaran dengan telus dan ikhlas. Dari sebab itu mereka (seperti Wahhabiyah) sekadar berpegang dengan akidah salah yang termaktub dalam tulisan Ibnu Taimiah khususnya dalam permasaalahan usul akidah berkaitan kewujudan Allah dan pemahaman ayat " Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa". Dalam masa yang sama mereka jahil tentang khabar dan berita sebenar berdasarkan sejarah yang diakui oleh ulama dizaman atau yang lebih hampir dengan Ibnu Taimiah yang sudah pasti lebih mengenali Ibnu Taimiah daripada kita dan Wahhabiyah.

Dengan kajian ini dapatlah kita memahami bahawa sebenarnya akidah Wahhabiyah antaranya :
1-Allah duduk di atas kursi.
2-Allah duduk dan berada di atas arasy.
3-Tempat bagi Allah adalah di atas arasy.
4-Berpegang dengan zohir(duduk) pada ayat "Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa".
5-Allah berada di langit.
6-Allah berada di tempat atas.
7-Allah bercakap dengan suara.
8-Allah turun naik dari tempat ke tempat
dan selainnya daripada akidah kufur sebenarnya Ibnu Taimiah telah bertaubat daripada akidah sesat tersebut dengan mengucap dua kalimah syahadah serta mengaku sebagai pengikut Asyairah dengan katanya "saya golongan Asy'ary".
(Malangnya Wahhabi mengkafirkan golongan Asyairah, lihat buktinya :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam.html).

Syeikhul Islam Imam Al-Hafiz As-Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolany yang hebat dalam ilmu hadith dan merupakan ulama hadith yang siqah dan pakar dalam segala ilmu hadith dan merupakan pengarang kitab syarah kepada Sohih Bukhari berjudul Fathul Bari beliau telah menyatakan kisah ini serta tidak menafikan kesahihannya dan ianya diakui oleh para ulama seperti Imam Ibnu hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi 'ayan Al-Miaah As-Saminah yang disahihkan kewujudan kitabnya oleh ulama-ulama Wahhabi juga termasuk kanak-kanak Wahhabi di Malaysia ( Mohd Asri Zainul Abidin).
Kenyatan bertaubatnya Ibnu Taimiah dari akidah sesat tersebut juga telah dinyatakan oleh seorang ulama sezaman dengan Ibnu Taimiah iaitu Imam As-Syeikh Syihabud Din An-Nuwairy .

Ini penjelasannya :
Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi "ayan Al-Miaah As-Saminah cetakan 1414H Dar Al-Jiel juzuk 1 m/s 148 dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah juzuk 32 m/s 115-116 dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab nasnya:

وأما تقي الدين فإنه استمر في الجب بقلعة الجبل إلى أن وصل الأمير حسام الدين مهنا إلى الأبواب السلطانية في شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة ، فسأل السلطان في أمره وشفع فيه ، فأمر بإخراجه ، فأخرج في يوم الجمعة الثالث والعشرين من الشهر وأحضر إلى دار النيابة بقلعة الجبل ، وحصل بحث مع الفقهاء ، ثم اجتمع جماعة من أعيان العلماء ولم تحضره القضاة ، وذلك لمرض قاضي القضاة زين الدين المالكي ، ولم يحضر غيره من القضاة ، وحصل البحث ، وكتب خطه ووقع الإشهاد عليه وكتب بصورة المجلس مكتوب مضمونه : بسم الله الرحمن الرحيم شهد من يضع خطه آخره أنه لما عقد مجلس لتقي الدين أحمد بن تيمية الحراني الحنبلي بحضرة المقر الأشرف العالي المولوي الأميري الكبيري العالمي العادلي السيفي ملك الأمراء سلار الملكي الناصري نائب السلطنة المعظمة أسبغ الله ظله ، وحضر فيه جماعة من السادة العلماء الفضلاء أهل الفتيا بالديار المصرية بسبب ما نقل عنه ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على حقيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل الحق ، انتهى المجلس بعد أن جرت فيه مباحث معه ليرجع عن اعتقاده في ذلك ، إلى أن قال بحضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه ، وأشهد عليه بما كتب خطا وصورته : (( الحمد لله ، الذي أعتقده أن القرآن معنى قائم بذات الله ، وهو صفة من صفات ذاته القديمة الأزلية ، وهو غير مخلوق ، وليس بحرف ولا صوت ، كتبه أحمد بن تيمية . والذي أعتقده من قوله : ( الرحمن على العرش استوى ) أنه على ما قاله الجماعة ، أنه ليس على حقيقته وظاهره ، ولا أعلم كنه المراد منه ، بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، كتبه أحمد بن تيمية . والقول في النزول كالقول في الاستواء ، أقول فيه ما أقول فيه ، ولا أعلم كنه المراد به بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، وليس على حقيقته وظاهره ، كتبه أحمد بن تيمية ، وذلك في يوم الأحد خامس عشرين شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة )) هذا صورة ما كتبه بخطه ، وأشهد عليه أيضا أنه تاب إلى الله تعالى مما ينافي هذا الاعتقاد في المسائل الأربع المذكورة بخطه ، وتلفظ بالشهادتين المعظمتين ، وأشهد عليه بالطواعية والاختيار في ذلك كله بقلعة الجبل المحروسة من الديار المصرية حرسها الله تعالى بتاريخ يوم الأحد الخامس والعشرين من شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة ، وشهد عليه في هذا المحضر جماعة من الأعيان المقنتين والعدول ، وأفرج عنه واستقر بالقاهرة

Saya terjemahkan beberapa yang penting dari nas dan kenyataan tersebut:

1-
ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على حقيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل الحق
Terjemahannya: "Dan para ulama telah mendapati skrip yang telah ditulis oleh Ibnu Taimiah yang telahpun diakui akannya sebelum itu (akidah salah ibnu taimiah sebelum bertaubat) berkaitan dengan akidahnya bahawa Allah ta'ala berkata-kata dengan suara, dan Allah beristawa dengan erti yang hakiki (iaitu duduk) dan selain itu yang bertentangan dengan Ahl Haq (kebenaran)".

Saya mengatakan :
Ini adalah bukti dari para ulama islam di zaman Ibnu Taimiah bahawa dia berpegang dengan akidah yang salah sebelum bertaubat daripadanya antaranya Allah beristawa secara hakiki iaitu duduk. Golongan Wahhabiyah sehingga ke hari ini masih berakidah dengan akidah yang salah ini iaitu menganggap bahawa Istiwa Allah adalah hakiki. Sedangkan ibnu Taimiah telah bertaubat dari akidah tersebut.


2-
قال بحضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه
Terjemahannya: " Telah berkata Ibnu Taimiah dengan kehadiran saksi para ulama: ' Saya golongan Asy'ary' dan mengangkat kitab Al-Asy'ariyah di atas kepalanya ( mengakuinya)".

Saya mengatakan : Kepada Wahhabi yang mengkafirkan atau menghukum sesat terhadap Asya'irah, apakah mereka menghukum sesat juga terhadap Syeikhul islam mereka sendiri ini?!
Siapa lagi yang tinggal sebagai islam selepas syeikhul islam kamu pun kamu kafirkan dan sesatkan?! Ibnu Taimiah mengaku sebagai golongan Asy'ary malangnya Wahhabi mengkafirkan golongan Asya'ry pula, rujuk bukti Wahhabi kafirkan golongan As'y'ary :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam.html.


3-
والذي أعتقده من قوله : ( الرحمن على العرش استوى ) أنه على ما قاله الجماعة ، أنه ليس على حقيقته وظاهره ، ولا أعلم كنه المراد منه ، بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، كتبه أحمد بن تيمية
Terjemahan khot tulisan Ibnu Taimiah dihadapan para ulama islam ketika itu dan mereka semua menjadi saksi kenyataan Ibnu Taimiah :
" Dan yang aku berpegang mengenai firman Allah 'Ar-Rahman diatas Arasy istawa' adalah sepertimana berpegangnya jemaah ulama islam, sesungguhnya ayat tersebut bukan bererti hakikatnya(duduk) dan bukan atas zohirnya dan aku tidak mengetahui maksud sebenar-benarnya dari ayat tersebut bahkan tidak diketahui makna sebenr-benarnya dari ayat tersebut kecuali Allah.Telah menulis perkara ini oleh Ahmad Ibnu Taimiah".

Saya mengatakan: Ibnu Taimiah telah bertaubat dan mengatakan Ayat tersebut bukan atas zohirnya dan bukan atas hakikinya iaitu bukan bererti Allah duduk mahupun bertempat atas arash. Malangnya kesemua tok guru Wahhabi sehingga sekarang termasuk Al-Bani, Soleh Uthaimien, Bin Baz dan kesemuanya berpegang ayat tersebut secara zohirnya dan hakikatnya (duduk dan bertempat atas arasy). Lihat saja buku-buku mereka jelas menyatakan sedemikian.
Maka siapakah syeikhul islam sekarang ini disisi Wahhabiyah atau adakah syeikhul islam anda wahai Wahhabi telah kafir disebabkan taubatnya?!

4-
وأشهد عليه أيضا أنه تاب إلى الله تعالى مما ينافي هذا الاعتقاد في المسائل الأربع المذكورة بخطه ، وتلفظ بالشهادتين المعظمتين
Terjemahannya berkata Imam Nuwairy seperti yang dinyatakan juga oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany : " Dan aku antara saksi bahawa Ibnu Taimiah telah bertaubat kepada Allah daripada akidah yang salah pada empat masaalah akidah yang telah dinyatakan, dan Ibnu Taimiah telah mengucap dua kalimah syahadah(bertaubat daripada akidah yang salah pernah dia pegangi terdahulu)".



Saya mengatakan: Ibnu Taimiah telah memeluk islam kembali dengan mengucap dua kalimah syahadah dan mengiktiraf akidahnya sebelum itu adalah salah dan kini akidah yang salahnya itu pula dipegang oleh golongan Wahhabiyah. Maka bilakah pula golongan Wahhabiyah yang berpegang dengan akidah yang salah tersebut akan memluk agama islam semula seperti yang dilakukan oleh rujukan utama mereka yang mereka sendiri namakan sebagai Syeikhul Islam?!.Jadikan qudwah dan ikutan Ibnu Taimiah dalam hal ini wahai Wahhabiyah!.Ayuh! bertaubatlah sesungguhnya kebenaran itu lebih tinggi dari segala kebatilan. Pintu taubat masih terbuka bagi Wahhabi yang belum dicabut nyawa.


ULAMA YANG MENYATAKAN DAN MENYAKSIKAN KISAH TAUBATNYA

IBNU TAIMIAH.

Selain Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi "ayan Al-Miaah As-Saminah cetakan 1414H Dar Al-Jiel juzuk 1 m/s 148

dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah juzuk 32 m/s 115-116 dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab yang menyatakan kisah taubat Ibnu Taimiah ramai lagi ulama islam yang menyaksikan dan menceritakan kisah pengakuan tersebut antaranya lagi :


-As-Syeikh Ibnu Al-Mu'allim wafat tahun 725H dalam kitab Najmul Muhtadi Wa Rojmul Mu'tadi cetakan Paris nom 638.


-As-Syeikh Ad-Dawadai wafat selepas 736H dalam kitab Kanzu Ad-Durar - Al0Jam'-239.


-As-Syeikh Taghry Bardy Al-Hanafi bermazhab Hanafiyah wafat 874H dalam Al-Minha As-Sofi m/s576 dan beliau juga menyatakn sepertimana yang dinyatakan nasnya oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya yang lain berjudul An-Nujum Az-Zahirah Al-Jami' 580.


Merekalah dan selain mereka telah menyatakan taubat Ibnu Taimiah daripada akidah Allah Duduk dan bertempat di atas arasy.



Kata-kata akhirku dalam penerangan kajian ringkas berfakta ini..

Wahai Wahhabiyah yang berakidah Allah Duduk di atas arasy. Itu adalah akidah kristian kafir dan yahudi laknat (Rujuk bukti :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/penjelasan1-allah-duduk-atas-arasy.html .
Berpeganglah dengan akidah salaf sebenar dan khalaf serta akidah ahli hadith yang di namakan sebagai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Allah tidak memerlukan kepada mana-mana makhlukNya termasuk tempat dilangit mahupun tempat di atas arasy.

Semoga Allah merahmati hambaNya yang benar-benar mencari kebenaran.
Wassalam.

2 comments:

Tablighster said...

Saya rasa gembira dengan penerangan di atas, tidak syak lagi sikap Ibnu Taimiyah yang mengaku kesilapannya dalam perkara di atas seharusnya dipuji. Ini benar-benar mencerminkan keimanan beliau yang tinggi. Beliau tidak berasa malu membetulkan fatwa-fatwanya yang silap. Ini juga menunjukkan betapa pentingnya kita mempelajari sirah ulama-ulama supaya kita dapat memahami perkara sebenar yang telah berlaku.

Kesinambungan daripada sikap 'berani mengaku salah' Ibnu Taimiyah itu, saya terfikir, sejauh manakah tokoh-tokoh Khawarij moden ini (Wahabi) sanggup melakukan apa yang dilakukan oleh Ibnu Taimiyah?

Sanggupkah mereka merendahkan ego mereka untuk mengaku kesilapan mereka?

Sanggupkah mereka memohon maaf kepada orang yang pernah ditakfirkan mereka?

Benak saya mengatakan, ‘jauh panggang daripada api’! Tokoh-tokoh Wahabi ini tidak mempunyai KEJANTANAN yang sejati untuk mengaku kesilapan mereka. Malah mereka langsung tidak nampak kesilapan mereka, apa yang mereka nampak ialah ‘kuman di seberang laut dan bukannya gajah di depan mata’.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menambah sedikit tentang keberanian Ibnu Taimiyah yang membetulkan fatwanya yang silap. Selain membetulkan fatwanya tentang aqidah, Ibnu Taimiyah juga pernah membetulkan fatwanya terhadap ulama sufi. Jika kita lihat dalam penulisan-penulisan tokoh Wahabi, setakat ini saya belum menjumpai lagi tokoh-tokoh Khawarij ini berani mengeluarkan fakta ini (Ibnu Taimiyah menarik fatwanya ke atas ulama Sufi).

Apakah fakta sejarah tersebut?

Umumnya kita mengetahui bahawa Ibnu Taimiyah pernah menjatuhkan hukum zindiq dan ilhad kepada seorang ulama tasauf yang besar iaitu Ibnu Arabi. Untuk pengetahuan sidang pembaca sekalian, Ibnu Arabi ialah seorang tokoh sufi bermazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ini telah diperakui oleh Imam Nawawi, Ibnu Hajar Al-Haitami & Jalaludin As-Sayuti).

Namun begitu, disebabkan hasil karyanya yang tinggi mutu sastera Arabnya, menyebabkan ia amat sukar untuk difahami. Jika tidak dibimbing dengan guru yang arif, boleh menimbulkan salah faham.

Jadi, tidak sedikit daripada tokoh ulama besar pernah menjatuhkan hukum Ilhad dan Zindiq kepadanya.Termasuklah Ibnu Taimiyah & anak muridnya Imam Zahabi.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah, sungguhpun Ibnu Taimiyah pernah menjatuhkan hukum Ilhad (keluar dari agama) kepada Ibnu Arabi, pada penghujung hayatnya beliau telah MENARIK BALIK fatwanya ke atas Ibnu Arabi.Fakta ini terdapat dalam sebuah jurnal sejarah yang dikarang oleh pakar sejarah Sheikh Ghurab Al-Dimasyqi.

Beliau banyak mengkaji sejarah hidup Ibnu Arabi dan kritikan Ibnu Taimiyah terhadapnya. Untuk membincangkan hal ini saya petik terjemahan jurnal sejarahnya yang diterbitkan pada tahun 1980-an, terbitan Dar Al-Fikr, Damsyik.

Dalam jurnalnya, Sheikh Ghurab telah membuat dua penerangan.

Penerangan pertama – Beliau (Sheik Ghurab) berpendapat bahwa Ibnu Taimiyyah telah menjatuhkan hukum kafir kepada Ibnu Arabi secara melulu kerana Ibnu Taimiyyah tidak pernah membaca kitab Ibnu Arabi, beliau hanya mendengarnya daripada mulut orang lain. Oleh itu, penjatuhan hukum ke atas Ibnu Arabi tidak sah dan tidak mengikut hukum-hukum ilmu Fiqh kerana ilmu Fiqh mewajibkan hukuman dijatuhkan dengan bukti-bukti yang nyata, sedangkan Ibnu Taimiyyah menghukum Ibnu Arabi secara Zhan (syak) dan bukan secara Haq.

Kedua, menurut Sheikh Ghurab dalam jurnal sejarahnya, seorang tokoh ulama yang terdahulu bernama Sheikh Mahmud Al-Rankusi pernah membuat penilaian dan kajian terhadap metodologi yang digunakan oleh Ibnu Taimiyyah atas mengkafirkan Ibnu Arabi. Beliau dapati, metodologi yang digunakan Ibnu Taimiyyah tidak menepati syarat-syarat kritikal. Lihat sedutan petikan di bawah,

“The late hadith scholar of Damascus Shaykh Mahmud al-Rankusi similarly affirmed that Ibn Taymiyya answered questions about Ibn `Arabi without confirming them against his actual writings, and that the sharp temper of the former further complicated his attitude towards the Shaykh.

On the basis of these opinions and in the light of Ibn Taymiyya's occasional reservations and his otherwise apparently correct approach to ambiguous expressions, it seems that the misquotations of Ibn `Arabi became so numerous in Ibn Taymiyya's time that it became inconceivable to him that they were all incorrect, whereupon he treated them as facts. The errors causing these misquotations can also be inferred from the fact that since the misquotations revolved around issues of doctrine - in which misunderstandings are fraught with grave dangers - and in light of the Shaykh's complex style and obscure expressions, queries would be commonly sent to muftis concerning what some people thought they had read, without actually citing nor understanding the expressions in question.

All this could have been avoided by the due observance of faithfulness (amana) in textual citation, as the early scholars insisted with reference to hadith transmission. Yet many later scholars, beginning with Ibn Taymiyya and after him, relied on second and third-hand paraphrases and attributions, endorsing the accusations against Ibn `Arabi and even generalizing them so as to target all tasawwuf.”

Menurut Sheikh Mahmud Al-Rankusi lagi, Ibnu Taimiyyah akhirnya mengubah pendiriannya terhadap Ibnu Arabi, seperti yang dinyatakan di bawah,

“Finally, Ibn Taymiyya in his letter to al-Munayji actually states his admiration for the Futuhat and reserves his criticism only for the Fusus,”

Kenyataan Ibnu Taimiyyah kepada Al-Munaiji ini terdapat dalam kitabnya Tawhid al-Rububiyya dalam teks besar Majmu`a al-Fatawa ( Jilid 2, m/s 464-465).

Memandangkan Ibnu Taimiyah sedar bahawa beliau telah menjatuhkan hukum sesat dan ilhad kepada Ibnu Arabi secara tidak sah, beliau dengan beraninya MENARIK BALIK fatwanya secara terbuka.

Ini barulah dikatakan sikap ‘jantan’ dalam berdakwah, sikap ‘jantan’ dalam beragama.

Adakah sikap ‘jantan’ ini ada pada tokoh-tokoh Wahabi?

Adakah sikap ‘jantan’ ini ada pada ‘anak-anak Wahabi’?

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyelar sikap tokoh-tokoh Wahabi yang menyembunyikan kebenaran walaupun ia datang daripada mentor gerakan mereka iaitu Ibnu Taimiyah.

Jadi, tahulah kita siapa sebenarnya ‘jantan’ dan siapa sebenarnya yang ‘pengecut’. Sekarang tahulah kita bahawa Ibnu Taimiyah itu sebenarnya bukanlah mentor sejati mereka. Nama Ibnu Taimiyah itu hanya sekadar ‘camouflage’ atau bayangan sahaja. Mentor sebenar gerakan mereka tidak lain tidak bukan ialah Nafsu Serakah dalam diri mereka sendiri.

Akhirkata, kepada penyokong-penykong kuat Wahabi, saya seru saudara sekalian bersikap adil. Jangan mudah menjatuhkan hukum hanya semata-mata mendengar ceramah sahaja, hanya semata-mata mendengar kaset syarahan sahaja. Pelajarilah sejarah tamadun Islam, pelajarilah sejarah tokoh-tokoh ulama. Setelah menilai dari segenap segi (pro & kontra) barulah menjatuhkan hukum. Jangan menjatuhkan hukum mengikut perasaan. Itu zalim namanya.

Ingatlah, Islam itu bukan sebesar tamadun Kerajaan Al-Saud semata-mata, & bukan sebesar perspektif Wahabi sahaja. Ilmu Islam itu melangkaui tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, kerana ilmu Islam ini adalah milik Allah s.w.t.

Salam Jihad,
Tablighster

…Sesungguhnya mudah bagi manusia mempercayai seribu penipuan, tetapi amat sukar baginya untuk mempercayai satu kebenaran….Kung Fu Tze

Anonymous said...

alhamdulillah & tahniah... berilmiah.
hrp dpt lebih diexposekan utk membuka perbincangan & moga memberi keinsafan kpd mereka yg mencari kebenaran