SIAPA YANG MELIWAT atau SIAPA YANG DILIWAT?!!
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
Ini adalah surat yang dikeluarkan oleh Universiti Al-Azhar Cawangan Lubnan kepada Abdul Rahman Said Dimashqiah kerana terbukti melakukan jenayah liwat.
Surat tersebut berbunyi :
"Pejabat Universiti Al-Azhar di Lubnan telah memutuskan supaya membuang Abdul Rahman Said Dimashqiah, pelajar Universiti Al-Azhar Cawangan Lubnan ( Kulliyyah Syariah Islam) pada tahun ini pada tahun 1972 bersamaan 1392 Hijrah. Keputusan ini dikeluarkan adalah disebabkan telah sabit ke atasnya kelakuan buruk yang merosakkan akhlak, bersandarkan kepada bukti yang kukuh yang dikeluarkan oleh Lujnah Al-Musyarrafah ke atas kes tersebut."
Surat ini dikeluarkan pada :
4/2/1972 Bersamaan 19/3/1392 Hijrah
........................................................................
........................................................................
LIWAT PADA PERSPEKTIF ISLAM
IJMA’ ULAMAK bersepakat mengatakan bahawa perbuatan liwat atau melakukan jenayah liwat adalah hukumnya haram. Perbuatan terkutuk ini dicela oleh syarak dan mereka yang melakukannya mendapat laknat Allah Taala. Sebenarnya pelaku liwat adalah orang yang tidak mempunyai akal yang sihat, tidak normal dan mempunyai nafsu yang jelek.
Di dalam kitab Raudhah Tholibin juzuk 3/452 , Imam Nawawi Rahimahullah menyebut bahawa liwat adalah dari perkara buruk yang membawa kepada dosa besar. Jika seseorang itu melakukan perbuatan liwat dengan lelaki, hukumannya terhadap pelaku liwat tersebut boleh di ketegorikan kepada 2 :
- Dijatuhkan Hukuman hudud sebagaimana pelaku zina. Sekiranya pesalah telah berkahwin, dia dijatuhkan hukuman rejam sampai mati. Manakala jikalau pesalah tadi belum berkahwin, dia di jatuhkan hukuman sebat dan dibuang daerah.
- Dijatuhkan hukuman bunuh sama ada berkahwin atau belum.
Cara membunuh pesalah liwat ;
Cara-cara pelaksanaan bunuh kepada pesalah liwat berbagai bentuk, sama ada dipancung dengan pedang seperti hukuman ke atas orang murtad, direjam, ditimpakan dinding ke atasnya, atau mencampakkannya dari puncak yang tinggi. Hukuman ini diambil daripada azab yang dikenakan terhadap kaum Nabi Lut.
Pandangan yang sohih ;
Dan yang sohihnya dipancung dengan pedang...Wallahu A'alam
......................................................................................
Beliau berasal dari negara Syiria. Terkenal dengan seorang yang berfahaman wahhabi dan banyak melakukan jenayah ilmiyah di dalam banyak penulisan di samping meletakkan fitnah-fitnah yang berupa tohmahan kepada Ulamak-ulamak yang dahulu dan ulamak-ulamak masa kini. Beliau sebenarnya yang diupah oleh golongan al-Wahhabiyah di bumi Saudiyah untuk menentang Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Khasnya Ahlus Sunnah yang paling terkenal menentang wahhabi ; Ahbash. Ini adalah kerana Wahhabi bimbang Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah memperjelaskan dan menerangkan akidah yang benar kepada masyarakat dan membongkar penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh golongan al-wahhabiyah.
Beliau adalah pemilik kepada laman web ;
http://www.antihabashis.com/
KENAPA PENULIS MEMBAWA KES INI??
Nama Abdul Rahman Al-Dimashqiah tidaklah begitu dikenali di Malaysia sebelum ini. Tetapi setelah Khairul Anwar yang dikenali sebagai Abu Syuaib Al-Kazzab mengenegah isu Ahbash di Majalah I, namanya mula dikenali oleh golongan Wahhabi dan "kanak-kanak salafi moden". Penipuan-penipuan yang dilakukan oleh Abdul Rahman Dimashqiah terhadap Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harray Al-Habasyi adalah amatlah nyata. Dan sekarang ini pendedahan jenayah ilmiyah beliau ini telah dibukukan dan telah tersebar di banyak buah negara.
Nasihat untuk Muslimat ;
Jenayah liwat dikalangan Al-wahhabiyah adalah sebenarnya tidak asing lagi bila merujuk kes-kes yang timbul di negara-negara yang penduduknya Wahhabi seperti saudi. Amat menyedihkan lagi Wahhabi di Malaysia juga ada yang menghalalkan jenayah liwat. Rentetan daripada itu ramai isteri yang teraniaya dek kerana perkahwinan yang bertunjangkan nafsu serakah dengan wahhabi ini. Jadi Nasihat penulis lillahi Taala ; pilihlah suami yang bertaqwa dan yang paling penting pastikan mereka mempunyai akidah yang benar dan sahih..
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046
1 comment:
mohAssalamualaikum,
Ana ada mendapat berita dari bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut bersama kanak-kanak wahabi tersohor di Malaysia kini, pernah terlibat dengan kes yang sama semasa beliau menuntut di Pakistan..Cerita ini sangat mashyursebelum ini dikahalangan pelajar-pelajar Malaysia di sana...
Wassalam
Mohd Ali
Post a Comment