Tuesday, June 3, 2008

KISAH BENAR WAHABI UIAM

WAHAI AIMAN YUSUF...masihkah kau Wahhabi?

KISAH BENAR BERDEBAT DENGAN WAHHABI


petikan diambil dari http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

DI ATAS ADALAH GAMBAR TOK GURU WAHHABI DI MALAYSIA YANG MEMPUNYAI PELBAGAI KES BERNAMA AIMAN YUSUF AD-DAQQOQ.



DI ATAS PULA KELIHATAN SEORANG WAHABI 'KADAZAN' BERNAMA ARIF NAZRI DUDUK BERSEBELAHAN DENGAN TOK GURUNYA ALWAHHABI.


KISAH BENAR BERDEBAT DENGAN WAHHABI

Teringat saya dalam 2 tahun lepas berlaku perjumpaan bersama kedua-dua Wahhabi di atas. Perjumpaan itu pada asalnya disusun oleh seorang pelajar melayu UIAM bernama Yusuf.
Pada mulanya Yusuf tu datang bertemu dengan saya dan berhujah sedikit dengan saya sambil membawa fotostat kitab karangan Az-Zahaby berjudul AL-'ULUW.Tetapi dia tak bukak dan tak baca pun kitab tu.
Ini kerana dia telah terpengaruh dengan kedua Wahhabi di atas. Pada masa itu juga bagi saya saudara Yusuf tu baik orangnya & mahukan kebenaran, ini kerana dia menerima akidah Islam bahawa zat Allah tidak dilingkupi oleh tempat dan DIA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH setelah tamat perbincang.
Peristiwa itu disaksikan oleh beberapa orang dan dirinya sendiri ( Yusuf ) tahu kisah sebenar.
Sekiranya dia kata dia tidak mengucap 2 kalimah syahadah ketika itu, paling kurang dia akui pegangan yang dia pegang sebelum ini (aqidah Wahhabi) adalah salah.

Kemudian apabila disyorkan untuk bertemu sahabat-sahabatnya yang juga terpengaruh dengan akidah Wahhabi, Yusuf pun menyusun perjumpaan pada malam itu juga selepas Isyak.

DEBAT
Susunan perjumpaan tidak lah terlalu rasmi kerana tiada surat, tidak dinyatakan nama panel tukang bercakap,cepat-cepat pada malam tu jugak dan pelbagai lagi. Tempatnya ditentukan di dewan @ bilik besar dalam masjid UIAM Gombak di depan tempat imam.
Majlis tu dipengerusikan oleh Yusuf melayu tu sendiri.

Dua orang wakil dari pihak Wahhabi iaitu Aiman Yusuf Ad-Daqqoq, dia adalah orang bangsa arab Syiria yang tidak belajar dan tidak mengajar di UIAM tetapi stay berulang-alik ke UIAM untuk buat kelas Wahhabi kepada pelajar UIAM tanpa keizinan rasmi dari pihak UIAM, dan seorang lagi Wahhabi 'kadazan' bernama Arif Nazri yang mengaku & mendakwa secara palsu kononnya sebagai Imam Besar Masjid UIAM Gombak, tetapi pada hakikatnya tidak pernah dilantik pun. (Sila lihat gambar mereka di atas).

Maka berlaku lah hujah menghujah. Siapa yang menang tu keputusannya sudah pasti penyokong masing-masing jadi hakim sendiri sebab tiada hakim rasmi. Bila kita tanya puak Wahhabi yang datang waktu debat tu sudah pasti mereka akan kata Wahhabi OK, tetapi bila kita tanya pada orang awam dan penyokong Sunnah Sebenar yang datang pada waktu itu mereka akan kata Wahhabi macam KALAH TERUK.

WAHHABI DAH TAK JADI WAHHABI DALAM DEBAT TU
Ini kerana dalam debat itu Aiman Yusuf mengakui bahawa dia tidak tetapkan (tidak ithbatkan) arah, jihah, penjuru bagi Allah. Bahkan dalam perdebatan itu dia terang-terang mengatakan طلقتها بالثلاثة
yang dimaksudkan "Aku tolak jihah bagi Allah". Saya pasti yang hadir ketika itu amat jelas mendengar bahawa Aiman Yusuf menafikan jihah dan arah bagi Allah.

Paling best bila saya dengar semula rakaman malam tu adalah bila Wahhabi 'kadazan' yang bernama Arif Nazri mengatakan ' Allah Itu Bertempat ' lantas terus Aiman Yusuf marah lalu mengatakan: ' Kami Tidak Sandarkan Tempat Pada Allah...Kita Tidak Katakan Begitu...!
..dengan tegas Aiman Yusuf pulak nafikan tempat bagi Allah tetapi Arif Nazri tu (geng mrk sendiri) kata Allah Bertempat plak..adui...

Pada malam debat tu jelas mereka hentam sama sendiri.
Ini semua ada dalam rakaman dan semua pihak yang rakam pada malam tu boleh dengar sendiri Tok Guru Wahhabi Aiman Yusuf Ad-Daqqoq menafikan jihah, arah, tempat bagi Allah.
Sebenarnya malam itu perbincangan lebih kepada topik ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT dan Pengerusi dengan persetujuan dua pihak bersetuju untuk mengadakan perjumpaan kedua mengenai tajuk WAHHABIYAH.
Perdebatan ditangguh Pengerusi kerana jam telah melebihi 12 malam walaupun kedua ahli panel sanggup bincang sampai pagi.
Kemudian minum-minum salam-salam pastu bersurai.

PERSOALANNYA....BILAKAH PERDEBATAN KEDUA AKAN DIADAKAN SEBABNYA SAYA NAMPAK AIMAN YUSUF WAKIL WAHHABI BERBUAK-BUAK MAHUKAN PERDEBATAN PASAL TAJUK KEDUA TU SETELAH KALAH PADA TAJUK PERTAMA SAMBIL MENGAKUI BAHAWA ALLAH WUJUD TANPA BERJIHAH TANPA BER ARAH.

No comments: