Sunday, June 22, 2008

Mari Mengenali Syeikh Al Muhaddits Di Bumi Syam



Di sediakan oleh :
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046


Nama dan Tempat Lahirnya


Beliau adalah seorang yang alim, al Muhaddis, pakar dalam ilmu Feqah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar, berketurunan al Syaibi

[1]dan al Abdari[2] beliau juga merupakan Mufti Harar ( beliau di lantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun). Dilahirkan di Bandar Harar [3] pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah.

Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al Hadhramiah dan kitab al Mukhtasar al Saghir dalam ilmu feqah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.

Kemudian beliau mula menghafal ilmu-ilmu agama yang lain seperti matan-matan ilmu agama kemudian beliau mendalami ilmu hadits dan telah menghafal kitab hadits yang enam dan selainnya dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadits-hadits nabi ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.


Guru-gurunya:

Beliau telah mempelajari ilmu feqah Syafie dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik dan al Luma’ 'dari:

1- Syeikh Muhammad Abdu Salam al Harary
2- Syeikh Muhammad Omar Jamei’ Al Harary
3- Syeikh Muhammad Rasyad al Habasyi
4- Syeikh Ibrahim Abil Gaish al Harary
5- Syeikh Yunus al Habasyi
6- Syeikh Muhammad Siraj al Jabruty


Manakala. dalam ilmu bahasa arab beliau telah ambil daripada;

1- Syeikh al Soleh Ahmad al Basir
2- Syeikh Ahmad bin Muhammad al Habasyi


Manakala dalam feqah 3 Mazhab dan usulnya beliau telah ambil daripada:

1-Syeikh Muhammad al Araby al Fasy
2-Syeikh Abdur Rahman al Habasyi.


Manakala ilmu tafsir beliau telah ambil dari Syeikh Syarif al Habsyi di kawasanya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari:

I- Al-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al Jabruty Mufti Habsyah,
II- Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al Habsyi.



Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim:

1.Syeikh al Muhaddits Ahmad Abdu al Muttalib al Jabaruty al Habsyi
[4], beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Makkah.
2.Syeikh Daud al Jabruty al Qori
3.Syeikh al Muqri Mahtnud Faiz at Dair Atony, ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Makkah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulamak-ulamak Makkah diantaranya ialah:

1- Syeikh al Aalim al Said Alawi al Maliki
2-
Syeikh Amin al Kutbi
3- Syeikh al-muhaddits Muhammad Yasin al Padani
[5] (Berasal dari Padang Indonesia)
4- Syeikh Muhammad al Araby al Tabban

Beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat al- Naqsyanbadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al Afghani An- Naqsyabandi. Ketika beliau berada di Madinah Munawwarah beliau sempat belajar ilmu hadis dan membaca hadits-hadits nabi dari Syeikh al Muhaddits Muhammad bin All al Siddiq al Bakry al Hindi al Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke maktabah Arif Hikmat dan maktabah al Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana. dan di katakan beliau telah menghafal hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut.

Di sana juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulamak hadis iaitu Syeikh al Muhaddits Ibrahim al Khattani anak murid kepada seorang ulama yg masyhur iaitu syeikh al Muhaddits Abdul Qadir Syalbi.

Manakala ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini. Kemudian beliau menuju ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulamak yang sangat alim iaitu al Muhaddits Syeikh Badruddin al Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan syeikh Abdullah al Harari ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al Harary menjadi rujukan dalam masaalah-masalah agama yang mana alim ulamak Syam merujuk kepada syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al Hasani dari segi ilmu. kemudian beliau di gelar sebagai "Al-Muhaddits Ad-diyar Asy-Syamiyyah"

Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al Rifaeyah dari Syeikh Abdul Rahman al Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al Kayaly al Humsi. Beliau sempat menerima ijazat tariqat al Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al Arbiny dan dari Syeikh al Toyyib al Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector Al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.



Footnote :

[1] Bani Syaibah daripada Abdud Dar dari bangsa Quraisy. Abdul Dar adalah anak kepada Qusai pemegang kunci-kunci kaabah. Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallan telah meninggalkan wasiat agar dipegang kunci-kunci kaabah oleh keturunan mereka. Sila lihat: Saba 'ik al Zahab, m/s 68.

[2] Keturunan Bani Abdud Dar adalah dari keturunan Qusai bin Kilab iaitu Datuk Nabi kita Muhammad yang keempat. Sila lihat Saba 'ik al Zahab, m/s: 68.

[3] Harar adalah sebuah negeri yang terletak di benua Afrika. Dikelilingi oleh beberapa buah negara iaitu dari sebelah timur ialah Republik Somalia, dari sebelah barat ialah Habsyah, dari sebelah selatan ialah Kenya manakala dari timur laut ialah Djibuti. Mengikut sejarah bahawa kerajaan Somalia pernah menjajah Harar suatu ketika dahulu dan membahagikannya kepada lima bahagian. Dan Somalia barat dikenali sebagai Harar yang mana ia di bawah kuasa kerajaan Habsyah. Ketika itu pada tahun 1887 bersamaan 1304Hijrah.


[4] Beliau adalah Imam dan Syeikh Masjidil Haram di zaman pemerintahan kerajaan Othmaniah iaitu di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid yang kedua pada masa itu.

[5] Sedia maklum bahawa Syeikh al-Muhaddits Yasin al Padani yang berasal dari Padang, Indonesia adalah seorang alim dalam ilmu hadits dan feqah di Makkah. Beliau mempunyai banyak ijazah-ijazah dan sanad-sanad dari guru-gurunya yang alim di Makkah. Kebanyakan ulama-ulama pondok atau selainnya di Malaysia, Indonesia dan Fattani banyak mempelajari daripadanya dan mengambil ijazah serta sanad dari beliau. Di antara kitab ijazah dan sanad beliau ialah yang berjudul Kifayatul Masanid Lima 'Ala Mm Asanid. Di antara ulama di Malaysia yang pemah belajar dengan beliau di Makkah ialah Tuan Guru Haji Hasyim Pondok Pasir Tumboh Kelantan dan banyak lagi.

Disediakan oleh:

Abu Lehyah Al-Kelantany

0133005046

http://abulehyah.blogspot.com/

Friday, June 6, 2008

MARI RAMAIKAN FORUM ISLAMIK

Assalamualaikum,

Pada kesempatan ini saya mengajak semua sahabat sahabat yang ingin berforum tentang ilmu ilmu islam, mazhab, ukhwah, ahli sunnah wal jamaah,wahabi,syiah dan sebagainya ,mari lah kita daftar di forum ini

http://www.al-islam.proboards84.com

Forum tersebut baru sahaja dilancarkan oleh al fadhil ustaz Abu Syafiq dan sedia untuk dikunjungi ramai bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih tentang ilmu ilmu dalam agama Islam.
Semua orang tak kira siapa anda adalah dialu alukan untuk menyertai forum tersebut,
Pakat ramai ramai daftar !

AL-ALBAANY MENGKAFIRKAN IMAM BUKHARY

http://abulehyah.blogspot.com/




Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah al-Kelantany
(0133005046)

بيان الحق وكشف أهل الضلال
الحمد لله الرحيم الرحمن
المنـزه عن الشبيه والمثيل والزوجة والولد والإخوان، الموجود بلا جهة ولا مكان، المنـزه عن كل ما لا يليق به من الصفات والنعوت، والملك القهار ذي الجلال والجبروت، وأفضل الصلاة وأتم السلام على سيدنا محمد خير الأنام، وخاتم أنبياء الإسلام، وعلى ءاله الطاهرين، وصحبه الغر الميامين، ومن اتبع منهاجهم واقتفى أثرهم إلى يوم الدين.ـ"قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "حتى متى ترعون عن ذكر الظالم اذكروه بما فيه حتى يحذره الناس
Antara Fatwanya lagi, menginkari terhadap takwilan Imam Bukhari. Imam Bukhari telah mentakwilkan Firmanallah :

Tetapi Al-Albaany mengkritik keras takwilan ini lalu berkata :


" Ini sepatutnya tidak dituturkan oleh seorang Muslim yang beriman ". Lihatlah kitab (( Fatawa Al-Albaany )) m/s 523.Tentang takwilan Imam Bukhari ini adalah suatu yang diketahui ramai kerana jika dilihat pada naskhah yang ada pada hari ini tidak ada yang lain melainkan termaktub disana takwilan Imam Bukhari terhadap ayat Mutasyabihat tadi. Di samping itu ini juga antara salah satu dalil takwil sudah pun wujud pada zaman salaf (pendetailan pada pegertian makna). Bagaimana Beliau berani melontarkan pengkafiran terhadap Imam Bukhary As-Salafi dan mendakwa Imam Bukhary tiada iman dalam masa yang sama beriya-riya mengaku dirinya sebagai Muhaddits??!! memalukan je..


Beliau bukanlah hanya terhenti di situ sahaja, tetapi berani lagi mngeluarkan fatwa pengharaman bertawassul kepada dengan diri Nabi Sollallahu 'Alaihi WassallaM dan menjadikan Istigahthah selain daripada nabi sebagai syirik. Perkara ini boleh di rujuk didalam kitabnya (( AL-TAWASSSUL)), m/s 70 dan 73. Maka apa yang akan di kata oleh pengikut yang taasub dengan Al-Albaany jika penulis mengatakan Imam Bukhary meriwayatkan Hadis Tentang hari kiamat yang menunjukkan keharusan beristighatsah..yallah nanzur...

" mak ketika mana mereka juga beristighatsah dengan nabi Adam kemudian Nabi Musa, kemudian nabi Adam"..
dan berlambak lagi dalil tentang keharusan bertawassul dan beristighatsah....
Disediakan oleh :
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046

Tuesday, June 3, 2008

KISAH BENAR WAHABI UIAM

WAHAI AIMAN YUSUF...masihkah kau Wahhabi?

KISAH BENAR BERDEBAT DENGAN WAHHABI


petikan diambil dari http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

DI ATAS ADALAH GAMBAR TOK GURU WAHHABI DI MALAYSIA YANG MEMPUNYAI PELBAGAI KES BERNAMA AIMAN YUSUF AD-DAQQOQ.



DI ATAS PULA KELIHATAN SEORANG WAHABI 'KADAZAN' BERNAMA ARIF NAZRI DUDUK BERSEBELAHAN DENGAN TOK GURUNYA ALWAHHABI.


KISAH BENAR BERDEBAT DENGAN WAHHABI

Teringat saya dalam 2 tahun lepas berlaku perjumpaan bersama kedua-dua Wahhabi di atas. Perjumpaan itu pada asalnya disusun oleh seorang pelajar melayu UIAM bernama Yusuf.
Pada mulanya Yusuf tu datang bertemu dengan saya dan berhujah sedikit dengan saya sambil membawa fotostat kitab karangan Az-Zahaby berjudul AL-'ULUW.Tetapi dia tak bukak dan tak baca pun kitab tu.
Ini kerana dia telah terpengaruh dengan kedua Wahhabi di atas. Pada masa itu juga bagi saya saudara Yusuf tu baik orangnya & mahukan kebenaran, ini kerana dia menerima akidah Islam bahawa zat Allah tidak dilingkupi oleh tempat dan DIA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH setelah tamat perbincang.
Peristiwa itu disaksikan oleh beberapa orang dan dirinya sendiri ( Yusuf ) tahu kisah sebenar.
Sekiranya dia kata dia tidak mengucap 2 kalimah syahadah ketika itu, paling kurang dia akui pegangan yang dia pegang sebelum ini (aqidah Wahhabi) adalah salah.

Kemudian apabila disyorkan untuk bertemu sahabat-sahabatnya yang juga terpengaruh dengan akidah Wahhabi, Yusuf pun menyusun perjumpaan pada malam itu juga selepas Isyak.

DEBAT
Susunan perjumpaan tidak lah terlalu rasmi kerana tiada surat, tidak dinyatakan nama panel tukang bercakap,cepat-cepat pada malam tu jugak dan pelbagai lagi. Tempatnya ditentukan di dewan @ bilik besar dalam masjid UIAM Gombak di depan tempat imam.
Majlis tu dipengerusikan oleh Yusuf melayu tu sendiri.

Dua orang wakil dari pihak Wahhabi iaitu Aiman Yusuf Ad-Daqqoq, dia adalah orang bangsa arab Syiria yang tidak belajar dan tidak mengajar di UIAM tetapi stay berulang-alik ke UIAM untuk buat kelas Wahhabi kepada pelajar UIAM tanpa keizinan rasmi dari pihak UIAM, dan seorang lagi Wahhabi 'kadazan' bernama Arif Nazri yang mengaku & mendakwa secara palsu kononnya sebagai Imam Besar Masjid UIAM Gombak, tetapi pada hakikatnya tidak pernah dilantik pun. (Sila lihat gambar mereka di atas).

Maka berlaku lah hujah menghujah. Siapa yang menang tu keputusannya sudah pasti penyokong masing-masing jadi hakim sendiri sebab tiada hakim rasmi. Bila kita tanya puak Wahhabi yang datang waktu debat tu sudah pasti mereka akan kata Wahhabi OK, tetapi bila kita tanya pada orang awam dan penyokong Sunnah Sebenar yang datang pada waktu itu mereka akan kata Wahhabi macam KALAH TERUK.

WAHHABI DAH TAK JADI WAHHABI DALAM DEBAT TU
Ini kerana dalam debat itu Aiman Yusuf mengakui bahawa dia tidak tetapkan (tidak ithbatkan) arah, jihah, penjuru bagi Allah. Bahkan dalam perdebatan itu dia terang-terang mengatakan طلقتها بالثلاثة
yang dimaksudkan "Aku tolak jihah bagi Allah". Saya pasti yang hadir ketika itu amat jelas mendengar bahawa Aiman Yusuf menafikan jihah dan arah bagi Allah.

Paling best bila saya dengar semula rakaman malam tu adalah bila Wahhabi 'kadazan' yang bernama Arif Nazri mengatakan ' Allah Itu Bertempat ' lantas terus Aiman Yusuf marah lalu mengatakan: ' Kami Tidak Sandarkan Tempat Pada Allah...Kita Tidak Katakan Begitu...!
..dengan tegas Aiman Yusuf pulak nafikan tempat bagi Allah tetapi Arif Nazri tu (geng mrk sendiri) kata Allah Bertempat plak..adui...

Pada malam debat tu jelas mereka hentam sama sendiri.
Ini semua ada dalam rakaman dan semua pihak yang rakam pada malam tu boleh dengar sendiri Tok Guru Wahhabi Aiman Yusuf Ad-Daqqoq menafikan jihah, arah, tempat bagi Allah.
Sebenarnya malam itu perbincangan lebih kepada topik ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT dan Pengerusi dengan persetujuan dua pihak bersetuju untuk mengadakan perjumpaan kedua mengenai tajuk WAHHABIYAH.
Perdebatan ditangguh Pengerusi kerana jam telah melebihi 12 malam walaupun kedua ahli panel sanggup bincang sampai pagi.
Kemudian minum-minum salam-salam pastu bersurai.

PERSOALANNYA....BILAKAH PERDEBATAN KEDUA AKAN DIADAKAN SEBABNYA SAYA NAMPAK AIMAN YUSUF WAKIL WAHHABI BERBUAK-BUAK MAHUKAN PERDEBATAN PASAL TAJUK KEDUA TU SETELAH KALAH PADA TAJUK PERTAMA SAMBIL MENGAKUI BAHAWA ALLAH WUJUD TANPA BERJIHAH TANPA BER ARAH.

SYIAH & WAHHABI. Siapa Lebih Bahaya?







Kedua kelompok pelampau agama ini ( Wahhabi & Syiah ) saban kurun menyusahkan umat Islam. Mereka terlalu banyak memburukkan nama dan pandangan terhadap agama Islam di kaca mata dunia. Perang yang berlaku mesti wujud pembunuhan & perbalahan besar antara dua pihak ini. Sebut lah dimana? bagaikan anjing dengan kucing yang selalu bersekedudukan dalam satu kandang.
Syiah ada kesesatan tersendiri. Wahhabi pula terlalu banyak kesesatan yang disebar tetapi tidak dibendung di Malaysia.

Yelah..Syiah dah di haramkan di Malaysia.
Negara kita akan jadi seperti Iraq atau lebih teruk sekiranya puak Wahhabi juga tidak dibendung. Siapa Wahhabi? mesti ada yang bertanya.
Jawapannya..Mufti Perlis tu Wahhabi lah. alaa yang di tulis dia kata dia bukan Wahhabi tu samalah mcm Syiah di Malaysia yang kata kami Ahlus Sunnah. Kedua puak ini penipu belaka.
Buktinya terpampang depan mata kesemua masyarakat yang prihatin hal Syiah & Wahhabi ini amat berterang lagi bersuluh.

Berdasarkan kajian detail dan ilmiah antara Syiah dan Wahhabi ini siapa yang lebih bahaya. Jawapannya berdasarkan 3 keadaan:

1- Lihat secara rambang kedua-duanya bahaya dan perlu ditangani dengan segera. Yelah..sebab kedua-duanya ada penyelewengan aqidah masing-masing.

2- Tengok dari segi pengharaman terhadap Syiah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan amalan Syiah yang melampau maka Syiah lah lebih bahaya. Lagipun Syiah ada pelbagai kesesatan yang tersendiri.

3- Meneliti kajian secara ilmiah dan kajian lapangan kita akan dapati bahawa Wahhabi lah yang lebih bahaya. Ini kerana sekiranya di matematikkan susunan kesesatan Syiah dan Wahhabi. Wahhabi akan mendapat ranking yang tinggi dalam hal mengucar-kacirkan masyarakat dalam pelbagai hukum agama dan membawa kepada pembunuhan yang jelas serta peperangan terhadap pemerintah secara lebih extrime. Sekarang di Malaysia telah terbukti...di mana sahaja ada Wahhabi di situ ada pertelingkahan tegar.

maybe yang ke 3 itu lebih tepat.

wassalam.

www.abu-syafiq.blogspot.com

Sunday, June 1, 2008

SIAPA CAKAP FATHUL BARI TAK SALAH?!!

petikan dari http://abulehyah.blogspot.com/



Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah al-Kelantany
(0133005046)




بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

mari sama-sama menikmati "temuramah" exclusive ini.


FADHIHAH ALWAHHABIYYAH ;


Nampaknya risalah dan artikel yang membongkar kesalahan dan ketidaktanggungjawaban seorang yang cuba mengukir nama di persada hadis menarik perhatian minoriti gadis-gadis dan kanak kanak wahabi di Taman Ilmu dan budi ini. Mereka mula mempertikai keauthentikan isi artikel tersebut dan menganggap ianya fitnah dan tohmahan terhadap Fathul Barri.


Oleh itu, penulis dengan rendah diri ingin sekali menjelaskan kekusutan dan ketidakyakinan pengikut Fathul Barri terhadap isu yang ditimbulkan pada risalah itu. Isu Fathul Bari seorang wahabi atau tidak, telah diiktiraf oleh beliau sendiri.(di dalam rakaman yang telah disebut pada artikel yang lalu).



Untuk mengelakkan kerumitan dan keserabutan itu, pada pandangan penulis elok kiranya pengikut-pengikut kelas Fathul Barri seperti Syakira dan yang lain-lain yang taksub dan taqlid dengannya, bertanya sendiri persoalan ini kepada Fathul Bari. Penulis mencadangkan beberapa tips dan soalan kepada muhibbin Fathul Barri untuk ditanya kepadanya:
Sezaman dengan Ibn Taimiyah Harrani :

  1. Benarkah ‘ustaz ‘ diupah oleh wahabi untuk mengajar dan menyebar ajaran wahabi di Malaysia umumnya dan uia khususnya?
    Fathu Bari : dak eh..sape fitnah ana ni…( qaddarallau wa masha aa wa faal)


  2. Jika bukan,kenapa ustaz mempertahankan ibnu taimiyah (rujukan wahabi) dan Muhammad abd wahab bermati –matian?
    Fathul Bari : laa..depa tuu ulamok ASWJ, yang duk rod-rod tuu puak puak tak paham!Bahasa Arab pon tak gheti?


  3. Sekarang ustaz mengatakan kedua mereka ni memperjuangkan ahli sunnah yang sebenar, persoalannya kenapa berlambak ulamak yang sezaman dengan mereka dan selepas mereka, bahkan aqriba’ mereka sendiri menolak mereka sebagai ASWJ ?( seperti catatan Mufti Hanabilah di Makkah Mukarramah Imam Al-allamah Syeikh Mumammad Bin Abdullah ibn Humaid al-Najdi( wafat 1295 hijrah), yang menyebut bahawa ayah Muhammad Abd Wahab itu sendiri dan juga abangnya menolak dakyah Muhammad Abd Wahab ini. Rujuk kitab al-suhubu al wabilah a’la dhoroih al-hanabilah m/s 275-276…bacalah jangan tak baca!!p).
    Fathul Bari : nti/nta dapat maklumat daghi mana? alahai..mungkin salah cetak tuu. Lagipun cetakan itu cetakan Saudi (dia pun tak percaya). Nanti ana confirm balik. Ala,Muhamad Abd Wahhab tuu akidah dia bukan amek daghi org lain pon, dari Ibn Taymiyah jgk..Depa sumua tuu "ASWJ"!

  4. Tadi ustaz mengatakan Muhd Abd Wahab ini ulamak dan sekarang ustaz cakap Ibn Taimiyah juga ulamak, persoalan saya (loghat utara), kenapa berlambak –lambak ulamak ahli sunnah wal jamaah menyanggah bahkan bertimbun-timbun ulamak mengkafirkan Ibn Taimiyah.
Sebahagian mereka itu sezaman dengan ibn taimiyah sendiri seperti :

  1. Syeikhul Islam al-Hafiz Allamah al-Faqih Taqiuddin Al-Subki ( 756H) dalam kitab Al I’tibar Bi Baqa al Jannah Wa an-Nar, Ad-Durrah al Mudhiyyah Fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah., Syifa as-Saqam fi Ziyarah Khairi al Anam- An-Nazhar al Muhaqqaq fi al Halif Bi ath-Thalaq al Mu’allaq, Naqd al Ijtima’ Wa al Iftiraq fi Masa-il al Ayman wa ath-Thalaq- at-Tahqiq fi Mas-alah at Ta’liq, Raf' asy-Syiqaq ‘An Mas-alah ath-Thalaq.
  2. Al-Faqih Tajuddin a-Subki (771h), dalam kitab Tabaqat Syafiyah Kubra.
  3. 4 orang Qadhi yang menghukumkan ibn taimiyah sesat selepas disiasat ke atas ibn taimiyah dan kitab-kitabnya beserta saksi-saksi adil. a) Al-qadhi al-Mufassir Badruddin Muhammad bin Ibrahim bin jamaah al-Syafie (773h)
    b) Al-qadhi Mohammad bin Hariri al-Ansori al-Hanafi
    c) Al-qadhi Mohammad bin Abu Bakar alMaliki
    d) Al-qadhi Ahmad bin umar al maqdisi al-Hanbali
  4. Al-Faqih Abu qasim Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Syirazi(733h) dalam kitab risalah radd ibn taimiyah.Al –Faqih al-Muhaddis Jalaluddin Muhammad Alqazwini Al-syafie(739h)
  5. Sultan Ibn Qalawun (741h) memenjarakan ibn taimiyah dan menulis dalam warta kerajaan yang dihantar keseluruh masjid.
  6. Al-Hafiz Al-Zahabi bekas murid ibn taimiyah sendiri mencela keras ibn taimiyah dalam Nasihat al-Zahabiyah,Bayan zaghali ilmi wa Al-tolab. Beliau mengkafirkan siapa yang kata Allah duduk di atas arasy untuk berehat. Yang berminat Cuba rujuk kitab Al-Kaba'ir.
  7. al-Mufassir Abu Haiyyan al –Andalusi(745h) dalam tafsir nahrul madd min al bahril muhit.
  8. al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani(852h) dalam kitab Al-durarr al-Kaminah…,dalam kitab fathul bari syarah bukhari,Al-isyarah bituruki hadis ziarah.
  9. Al-hafiz Abd Rahman bin Ahmad yang masyhur dengan gelaran Ibn Rejab Hanbali (795h) dalam kitab bayan musykil ahadis alwaaridati fi anna tolaq al salas wahidah.
  10. Al-hafiz waliyuddin Al-I’raqi(826h) dalam kitab Al-Ajwibah mardhiah fi radd A’la Alislati almakkiyah.
  11. Al-Faqih Abu Bakar al Husoni pengarang kitab fiqh masyhur kifayatul akhyar dalam kitab daf’u syubah man syabbaha wa tamarrad.
  12. Al-Allamah A’lauddin al Bukhari Alhanafi (841h) mengkafirkan ibn taimiyah dan mengkafir sesiapa yang menggelar ibn taimiyah syeikhul islam (iaitu mereka yang mengatakan ibn taimiyah syeikhul islam sedangkan mereka mengetahui kekufuran ibn taimiyah ) perkara ini disebut Al-Hafiz al Sakhawiy( anak murid ibn hajar Al-asqalani) dalam kitab Al-dhau’ Al -lami’.
  13. Al-Hafiz Al-Sakhawiy (902h) dalam kitab Al-I’lan bittaubikh liman zamma al-tarikh.
  14. Syeikh Ibn Hajar Al-Haitami Al-makkiy dalam kitab Al-Fatawa Al-hadisiyyah, hasyiyah Al-idhoh fii manasik.
  15. Syeikh Mulla Ali Qari dalam kitab syarah Alsyifa karangan qadi I’yad.
  16. Mufti republic mesir ,Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti’i (1354 h) dalam kitab tathir al fuaadi min danasil iktiqad.
  17. Al-Hafiz Syeikh Ahmad bin AlSiddiq al-Ghumari Al-Maghribi (1380h) dalam kitab hadiyah al sughra’ ,kitab Al-qaulu Al-jali.
  18. Al Hafiz Abdullah Al Ghumari Al-Maghribi (1413h) dalam kitab Itqan sun’ah fi tahqiq makna al-bid’ah, Al-rasail ghummariyah.
  19. Syeikh Sirajuddin ‘Abbas(1403h) ulamak Melayu Indonesia.
  20. Dan ramai lagi…
    ishh..issh..betooi ka ni ustaz??
    Fathul Bari : Errrrkkk..erkk.sss ya..mungkin mereka tipu tu. Tak pun nanti saya kaji balik. Ini fitnah terhadap "syeikhul islam". Mungkin ulamak-ulamak tadi tak faham baca buku-buku ibn taymiyah kot. Tak pun pun Ulamak-ulamak yang berlambak tadi tak baca habis buku dia.
    5) Tp ustaz,saya rasa pelikla. Takkanla ulamak-ulamak yang muktabar tadi berkumpul semata-mata untuk rod ibn taymiyah kalau dia tak salah? Adakah kita nak tinggalkan semua kata-kata ulamak dan bukti yang amat kuat yang dorang pegang semata untuk mempertahankan ibn taymiyah?
    Fathul Bari : Ana kena kaji lagi masalah ni ukht/akh/mas.., hari ni ana tak bawa kitab.lupa ar.nanti la ek ana bagi jawapan balik..
    6 : eerr..err hmmm…hmm????????...

Kenapa Ulamak Mentahzir Wahabi,Ibn taymiyah dan Muhammad Abdul Wahhab ?

Di atas beberapa sebab, antaranya :


  1. Menyebar iktikad yahudi (antaranya Allah duduk atas arasy ),tashbih dan tajsim.
  2. Memutarbelitkan Al-quran dan hadis, dan membuat pentafsiran sendiri tanpa merujuk kepada ulamak-ulamak muktabar.
  3. Gerakan pelampau dan pentakfir umat islam (mengkafirkan salaf dan khalaf).
  4. Membidaah amalan yang disunatkan dan diharuskan dalam islam.
  5. Menanam fikrah pengganas sehingga berlaku pembunuhan seperti di Algeria,Iraq, Thailand,Jordan dan di bumi Syam.
  6. Dan belambak lagi..

DI SEDIAKAN OLEH :

ABU LEHYAH AL-KELANTANY

(0133005046)