Wednesday, May 7, 2008

Mohd Asri Bin Abdul Talib bersaudara dengan Kristian Kafir?lagi



Antara Nama dan hakikat....komen al sakhawiy

Antara nama dan hakikat

Oleh MD. ASHAM AHMAD ( fellow at IKIM)

ZAMAN ini adalah zaman orang menuntut hak dan kebebasan. Di sana sini riuh rendah golongan itu dan ini menuntut apa yang didakwa hak mereka, yang mesti diserahkan dan dibebaskan daripada belenggu itu dan ini. Salah satu hak yang heboh diperdebatkan akhir-akhir ini ialah apa yang dikatakan hak orang Kristian menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh mereka.

Mereka mendakwa itu hak mereka, justeru mereka mesti diberi kebebasan memperlakukan apa sahaja dengan kalimah itu. Pastinya mereka telah mengemukakan hujah mereka bagi mempertahankan 'hak' itu, dan tidak kurang golongan Muslim sendiri yang termasuk golongan ustaz yang memperakui kebenaran hujah itu serta menyokongnya pula.
Di antara mereka ialah ustaz-ustaz politik yang hanya melihat keuntungan politik dari masalah ini. Akibatnya, belum pun mahkamah memutuskan apa-apa umat Islam di negara ini sudah berkecamuk fikirannya dan berpecah belah pandangannya.

Hujah utama yang dikemukakan bagi mempertahankan hak orang Kristian itu ialah bukti sejarah, bahawa kalimah Allah telah digunakan oleh orang Arab semenjak sebelum Islam, dan terus digunakan oleh orang Arab Kristian khususnya sehingga kini. Justeru, mereka berhujah, orang Islam, lebih-lebih lagi di Malaysia ini, tiada hak untuk melarang penggunaannya.
Sebelum kita mematahkan hujah yang dikemukakan itu perlu dinyatakan dua perkara dasar:
Pertama, bahawa isu ini berkait dengan penggunaan kalimah 'Allah' dalam bahasa Melayu, yakni salah satu daripada bahasa yang tergolong dalam rumpun bahasa Islami;
Kedua, hak menggunakan sesuatu kalimah hanya sah apabila hakikat yang dirujuk dengan kalimah itu tidak lain daripada hakikat yang dimaksudkan oleh kalimah itu, justeru menjadi kesalahan bagi seseorang yang meletakkan gelaran Ir. di hadapan namanya jika dia bukan seorang jurutera, dan dia tidak boleh mendakwa itu haknya.

Hujah di atas boleh dipatahkan dengan jawapan-jawapan berikut. Pertama: kalimah Allah adalah nama khas, bukan kata terbitan daripada mana-mana perkataan Arab. Justeru ia bukan boleh digunakan sebagai kata ganti bagi menterjemahkan sesuatu perkataan daripada bahasa lain. Sebagai bandingan seorang yang bernama Mr. Black tidak boleh ditukarkan namanya kepada Encik Hitam kalau kita berbicara tentangnya dalam bahasa Melayu kerana nama itu adalah nama khas yang merujuk kepada orang yang tertentu.
Kedua, memang benar kalimah itu telah sedia wujud dan digunakan oleh orang Arab semenjak sebelum Islam, akan tetapi itu tidak bermakna mereka memahami maknanya yang hakiki. Sebaliknya mereka telah mensyirikkan maknanya sehinggakan kalimah Allah yang mereka sebut itu sudah hilang hakikatnya, yakni mereka menyebut Allah, tetapi mereka maksudkan yang lain. Contohnya: Sekiranya yang dimaksudkan itu ialah Tuhan yang beranak atau diperanakkan maka itu bukanlah Allah, kerana Allah Maha Esa, tidak beranak mahupun diperanakkan.

Sekiranya mereka berkeras dengan pendapat mereka walaupun setelah nyata kebenaran maka itu adalah pendustaan dan kekufuran.
Ketiga, kedatangan Islam adalah bagi menyucikan kalimah itu daripada penyelewengan makna yang telah berleluasa dan berlarutan zaman-berzaman. Justeru Islam datang dengan kalimah tayyibah (kalimah yang elok): la ilaha illallah, yang mengandungi penafian segala kepalsuan yang dinisbahkan kepada Allah dan pengisbatan bahawa yang layak disembah hanyalah Allah. Adalah jauh daripada kebenaran mereka yang mendakwa Islam tidak pernah melarang sesiapa pun menggunakan kalimah Allah. Bukankah syirik kemungkaran terbesar yang diperangi oleh agama Islam? Sesiapa pun yang mensyirikkan Allah pada hakikatnya telah memalsukan makna kalimah itu walaupun mereka tetap menuturkannya.

Keempat, oleh kerana bahasa Melayu adalah bahasa Islam, makna yang diisbatkan bagi kalimah Allah ialah makna yang dikehendaki oleh al-Quran. Justeru, usaha memberikan makna yang lain bagi kalimah itu mesti dianggap sebagai usaha merosakkan bahasa Melayu, dan oleh itu menjadi tanggungjawab orang Melayu dan kerajaan yang dipimpin mereka memelihara kesempurnaan bahasa mereka agar tidak dicemari oleh unsur-unsur asing yang boleh mengelirukan pandangan hidupnya.

MeleraikanDalam kekalutan menghadapi acahan ini kita melihat langkah sumbang para ustaz yang diharapkan oleh masyarakat ke hadapan meleraikan kekeliruan mereka. Seorang ustaz berkata, bahasa dan kalimah yang disebut tidak penting dalam soal akidah Islam. Penyelesaiannya, ujar beliau, ialah dengan merujuk kepada al-Quran dan Sunah, dan mencari hukum daripada kedua sumber ini. Daripada ustaz ini harus dituntut penjelasan apakah perbezaan antara kalimah yang baik (kalimah tayyibah) dengan kalimah yang keji (kalimah khabithah) kerana al-Quran sendiri membangkitkan persoalan ini (Ibrahim: 24-27).
Apa yang ustaz itu katakan adalah suatu kekeliruan kerana akidah yang benar tidak boleh dipisahkan daripada kalimah yang benar. Alangkah berlawanan sekali apa yang dikatakan itu berbanding seruannya agar umat Islam kembali kepada al-Quran dan Sunah sedangkan apa yang tercatat pada keduanya itu tidak lain daripada kalimah-kalimah.

Ustaz yang sama juga dengan semberono menyalahkan ilmu kalam sebagai punca kelemahan akidah kaum Muslimin hari ini. Pada hakikatnya para ustaz yang jahil ilmu kalamlah yang menjadi punca kemerosotan pemikiran Muslim hari ini. Mereka ini, lantaran kejahilan sendiri, telah memusuhi ilmu kalam dan ahlinya (mutakallimun) yang banyak berjasa itu. Bagaimana boleh dimusuhi ilmu yang memberikan keahlian kepada seseorang bagi memahami kalam Allah?
Sebagaimana Allah mengajarkan kita agamanya dengan perantaraan bahasa demikian jugalah kita menyampaikannya kepada seluruh manusia. Adakah bahasa yang lebih baik dari yang disusun menurut tertib berfikir yang sihat? Kerana bahasa juga menjadi alat menyebarkan pemikiran dan akidah yang sesat. Di sinilah sumbangan besar ilmu kalam dan para mutakallimun. Mereka mara ke hadapan menghadapi ancaman pemikiran asing menggunakan bahasa bertertib mantiq bagi mengisbatkan tauhid dan menghancurkan syirik.

Syirik dalam bentuk penyembahan berhala amat mudah difahami walaupun oleh kumpulan yang hidup berkelana di padang pasir. Akan tetapi agama Islam bukan diturunkan hanya untuk orang yang tahap pemikirannya seperti itu. Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan dikurniakan ilmu kepada darjat-darjat yang berbagai (al-Mujadalah: 11) kerana tahap akal dan kefahaman mereka tidak setaraf.

Persoalan yang mendasari perbezaan antara agama khususnya antara agama Islam dan Kristian memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap dasar-dasar pemikiran, yakni falsafah. Asas-asas pemikiran yang mendasari kebudayaan Barat yang begitu berpengaruh pada hari ini juga adalah berakar-umbikan falsafah. Justeru, bagi menghadapi mereka ilmu kalam dan tradisinya perlu dihidupkan kembali bukan diperangi dan diperlekehkan.
Unsur-unsur syirik yang terkandung dalam falsafah dan ideologi tidak mungkin difahami oleh golongan bawahan dan orang-orang yang memiliki tahap pemikiran setaraf dengannya. Demikian jugalah tauhid, ia hanyalah omongan kosong jika diserahkan pengajarannya di tangan orang yang bukan sahaja tiada kewibawaan tetapi juga terlalu bongkak untuk mengenali dan mengakui empunya wibawa yang sebenar. Inilah masalah sebenar kita.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0507&pub
=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm


komen AlSakhawiy:

Assalamualaikum wbt

Segala puji bagi Allah,tuhan semesta alam,wujud azali abadi ,tanpa bertempat,tidak diliputi zaman, selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhamad serta kaum keluarganya dan para sahabatnya.

Tulisan oleh fellow IKIM ini saya rasakan adalah rentetan dari siaran radio IKIM tempoh hari yang membincangkan tajuk ini.
PADA SAYA ‘ustaz’ yang dimaksudkan oleh saudara Md Asham ini adalah si Muftari Perlis Dr Asri zainal Abidin.(lihat artikel yang cuba membodohkan umat Islam oleh si Muftari klik

Si Muftari ini memang otaknya sedikit goncang,tidak faham maqasid syar’iyah bahkan tidak faham akidah Islam…dengan merasakan ayat2 nya yang power,dia cuba menjadi api dalam sekam,gunting dalam lipatan, dengan mengatakan isu kalimah ni biasa aja dong,ngak apa apa,jgn berebut sih…ahh ini lah kebodohan si Muftari yang mengatakan pihak JAKIM dam umat Islam main berebut dengan Kristian,ini bukan masalah berebut macam main bola ragbi,ni pasal keselamatan akidah umat Islam,jgn jadi bodoh!!

SI MUFTARI NI sekali lagi, tiada isu ulang lagi kutukan pada ahli sunnah wal jamaah ,terhadap ilmu kalam…inilah propaganda yahudi yang diteruskan oleh si Muftari,memecah belah kesatuan akidah umat Islam,dengan melempar tuduhan2 yang tidak berasas,yang hanya berpandukan pada khayalan otaknya yang sudah bergoncang mcm kapal dipukul badai.
Si Muftari tak tahu membezakan siapa tuhan yang dimaksudkan oleh musyrik makkah dan Allah rabbul jalil yang diseru oleh nabi Muhammad untuk disembah…

Si Muftari otak goncang ini juga amat lemah dengan mengakui tidak dapat memahami ajaran ilmu kalam yang mudah ini,…apa la,….budak pondok yang tiada PhD pun boleh faham dan boleh ngajar lagi kat orang kampung…orang kampung juga sejak dahulu tiada pun mengeluh ,uhh apa ni memenatkan kepala otak,..tup2 datang si Muftari yang bodoh,tak faham ,kata semua benda ni payah,memenatkan,..ish2 kesiannya, hang lagi teruk daripada pakcik pakai kain pelikat di kampung Pasir Tumbuh la…inilah orang yang mengakui sarjana tapi alahai, lemah pemikirannya….

Si Muftari juga mempromosi akidah takfir muslimin,tauhid konon ada tiga pulak,ni mcm akidah kristian shaja,tiga pulak,..trinity?....sebenarnya telah ramai ulamak menolak tauhid yang kononnya terbagi kepada tiga ini,sejak dulu lagi,Ulamak al- Azhar telah menulis buku2,risalah dan fatwa menolak kewujudan tauhid sebegini dalam Islam, antaranya:

1-Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddith Syeikh Yusuf al-Dijwi.Ahli lembaga majlis ulama besar Al-Azhar. Dalam majalah nur al islam edisi tahun 1933,lidah rasmi al-azhar pada masa itu.
2- Al-Allamah Syeikh Zaki Ibrahim
3- Syeikh Izzudin Abul Azaim
4-Sayyid ‘Alauddin Abu Al Azaim dalam kitab yahud am hanabilah
5- Muhaddith Syeikh Salamah Al-Qudhaii al’Azzami Al syafie, dalam kitab Al Barahin al Sati’ah fi raddi b’adil bida’ al Syai’ah.
6-Allamah al Muhaddith al Faqih Syeikh Abdullah Al Harari dalam kitab al Syarh Al Qawim fi Halli Alfadz Sirat al Mustaqim.



sumber http://www.izharsunnah.blogspot.com/

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, masih ramai yang faham konsep usuluddin yang sebenar. Say pun fikir yang sama masa baca tulisan mufti tu..macam mana si Mufti boleh rendah sangat kefahaman. Yang tak bagus nye sampai pendidikan JKAF pun kena komen. Malahan aqidah yg diaorang namakan asyariyah tu lah yang telah meringkaskan dengan mudah konsep yang disebut salafi tu(saya dah baca konsep Rububiyyah,Asma wa Sifat & Uluhiyyah kalau ade yang pertikai tapi sifat 20 pada saya sangat jelas,kemas,padat & direct). Mungkin dia baca kitab lama kot memang la payah nak faham bukan sebab konsep tu payah tapi bahasanye je bahasa lama (kitab feqah pun same).Kalau translate ke bahasa sekarang memang sangat mudah faham.