Saturday, May 31, 2008

AWAS VIRUS “DETECTED”!! : FATHUL BARI VS ASWJ

http://abulehyah.blogspot.com/


Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah al-Kelantany
(0133005046)

KAJIAN ILMIAH RINGKAS :


AWAS VIRUS “DETECTED”!! : FATHUL BARI VS WAHHABI


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Marilah kita berlindung dengan Allah subhanahu wa taala daripada Syaitan yang direjam. Segala puji-pujian kita panjatkan kepada Allah, tuhan yang bersifat degan segala sifat kesempurnaan, yang menjadikan sekalian makhluk, yang menciptakan tempat dan masa, wujudnya qadim lagi azali, tidak dimulai dengan ketiadaan, tanpa bagaimana, tanpa arah yang enam, dan tidak berhajat kepada tempat, selawat dan salam ke atas junjunan besar kita nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam, keluarga baginda,sahabat-sahabat, tabi'iin dan ulama'-ulama ASWJ yang tidak lekang memperjuangkan kelestarian akidah Islam.. Amma ba’d.


Allah berfirman :



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين


Yang bermaksud : “ wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” .(Al Hujurat ayat 6)


Allah juga Berfirman :

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً) الإسراء :36 )


Yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (al Israk 36)


Sabda Nabi :


لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ


“Tidak masuk Syurga orang yang menabur fitnah.”[Sahih Muslim]


Mereka yang mengambil jurusan agama pastinya amat “familiar” dengan kitab Fathul Bari ataupun sekurang-kurangnya pernah terdengar ada sebuah kitab hadits yang mu’tabar bernama sedemikian. Kitab ini adalah hasil tulisan islam al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqolany yang bergelar Amirul Mukminin dalam bidang Hadits. Ramai yang bercita-cita untuk bertallaqi kitab tersebut, tetapi jarang yang dapat atau mempunyai “talent” dan betul-betul mahir mengajar kitab ini dengan cara yang disyarahkan oleh Ibn Hajar Al-‘Asqolany.

Tetapi….

Lain pula kes Fathul Bari yang ingin penulis ceritakan di sini. Beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang menjadi "tali barut" wahabi dan pernah belajar di Universiti Madinah Saudi, sekarang ini merangkap mustashar upahan wahhabi di Malaysia bagi menerapkan ajaran baru (wahabi), beliau adalah yang diberi nama Fathul Bari bin Mat Jahya Bin Hussin, orang Perlis,Pendakwah wahhabi. Beliau seorang yang cuba mencipta nama di persada hadis, akan tetapi pada hakikatnya amat jauh daripada itu. Fakta memberitahu bahawa Fathul Bari pernah ditangkap di Dewan vip Guthire. Husin Yee dan memang disenaraikan hitam dari memberi sebarang kuliah di seluruh negeri Selangor..
KESESATAN- KESESATAN BELIAU DAN JENAYAH ILMIAH


Sejauh manakah benarnya tohmahan yang dilemparkan oleh Fathul Bari dalam ceramahnya, insya Allah, dengan izin -Nya dan ikhlas niat kerana menuntut keredhaan Allah taala penulis cuba menjawab lontaran fitnah-fitnah beliau dalam rakaman mp3 yang di share oleh abu Usamah Mohamad Masri Bin Ramli (issh...bintang kanak-kanak kecil wahhabi yang bakal diproses) dalam blognya ( sekarang beliau dah delete ) ;





Antara Kesesatan-kesesatan dan Jenayah ilmiah Fathul Bari :

  1. Tidak mengitsbatkan Allah ada gigi atau tidak sekali-kali menafikan. Padahal al-Quran jelas menafikan sifat bergigi dan sifat-sisat beranggota lain. Rujuk Syura ayat 11, kalimah nafi yang datang dengan sia' nakirah (syai') memberi faedah umum yang membawa maksud Allah mensucikan dirinya daripada segala sifat beranggota,jisim, gambaran kerana semua tu sifat makhluk jua. Dan Allah Maha suci Ia daripada sifat kekurangan.

  2. Mendakwa “berlambak” sahabat-sahabat nabi yang tidak memahami al-Quran (celaan yang keras kepada para sahabat nabi).Issh..ishh..boleh tak bagi sorang je dulu??Ni bukan sorang tapi.."berlambak"..Allah..subhanakallahu buhtanul adzim.

  3. Mendakwa bahawa tidak ada seorang pun dari golongan wahhabiyah yang mengkafirkan Asyairah yang merupakan pegangan mejoriti umat islam di dunia sejak berkurun kurun lamanya. hmm..ni macam mana nak jadi wababi kalau syeikh hang sedighi pun tak tau!!..

  4. Beliau menafikan wahabiyah mengkafirkan Al-Hafiz Ibn- Hajar al-Asqolani dan Imam Al-Nawawi dengan mengatakan tiada seorang pun yang mengkafirkan kedua-dua ulama' ini. Siap mencabar lagi dan yakin tidak ada..hmm nanti ko!!

  5. Mempertahankan wahhabi dan dan mendakwa mereka sahajalah ASWJ. Mafhum mukhalafahnya selain daripada mereka adalah kapiiaq.

  6. Menafikan di hadapan khalayak ramai tentang manhaj wahabi yang sebenar, katanya ; wahabi ini tidak pernah mengkafirkan dan membid’ah ulama Islam dan umat. Padahal pada hakikatnya merekalah yang mempolopori isu takfir tan tabdi' ini. Cuba tengok masalah tawassul. Ibn Taymiyah dan wahhabilah orang yang pertama membuat bid'aah pengkafiran. Mereka mengkafirkan al-Hafidz Al-Thabrany kerana meriwayatkan hadits tawassul dalam Mu'jam kabir dan Mu'jam Soghir, mengkafirkan Sahabat Bilal al-Muzany kerana memziarahi kubur nabi, mengkafirkan Ali Bin Abi Thalib dan mendakwa Ali berjanggah dengan Islam Dalam 17 permasalahan, mengkafirkan sahabat-sahabat, hatta mengkafirkan Rasullullah sollahu a'laihi wasallam kerana mengajar umat Islam bertawassul..ini bida'ah itu bid'ah, ini kafir itu kafir..Ini lah Wahhabi..

  7. Mempertahankan Ibn Taimiyah bermati-matian dan bersikap ta'sub serta amat fanatik dengannya walaupun kononnya mendakwa tidak bersikap sedemikian (pandai bermain kata-kata atau dengan kata yang lembut cikit zul wajhaini ataupun lagi lidah bercabang ).

  8. Melakukan kelas pengajian yang tidak berdaftar di Taman Ilmu Dan Budi tanpa pengetahuan pihak universiti di samping mengajar virus Wahhabi Tajsim. Ketahuilah beliau pernah tangkap di Dewan vip Guthire. Husin Yee dan memang disenaraikan hitam dari memberi sebarang kuliah di seluruh negeri Selangor. Hati-hati la saudara..jangan ikuti kelas beliau, nahas-nahas tertangkap kat security..Intabihuu..wahzaruu..


  9. Sikap adil dan amanah dalam ilmu yang disalah ertikan. Bagi golongan wahhabi ini mereka sahajalah yang amanah pada ilmu, padahal berlambak kitab-kitab ulama’ mereka selewengkan. Kitab Al-Azkar bagi Imam Nawawi dan kitab fiqhul Akbar karangan Imam Abu Hanifah sebagai contohnya. Subhanallah..alangkah jahatnya tindakan mereka ini..mari la kita berlindung dengan Allah..
  10. Menipu di khalayak ramai dengan bongkak bahawa beliau menghantar email mencabar untuk berdebat, tetapi pada hakikatnya tidak sedemikian.Berlagak depan anak murid...

  11. Mendakwa bahawa perdebatan ulamak-ulamak yang meletakkan dalil akli dan nakli untuk menentang golongan muktazilah sebagai suatu cara yang boleh membantut perkembangan ilmu agama.

  12. Mencela ulama-ulama yang mentahzir (MENGAWASI) golongan sesat khasnya wahhabiyah sebagai tidak berakhlak dan biadab tanpa menyedari beliau dan wahhabiyah Mujassimah ini adalah golongan yang paling biadap bila mana mengatakan Allah duduk bersemayam atas arash, meletakkan sifat kekurangan dan jisim kepada Allah azza wa jalla, padahal Allah taala Maha Suci daripada itu.


  13. berlambak lagi..tapi penulis rasa itulah dulu sebagai pemberitahuan.


SEDIKIT PENJELASAN BUAT TATAPAN UMUM:

Syubhah beliau : Mendakwa bahawa tidak ada seorang pun dari golongan wahabiah yang mengkafirkan Asyairah yang merupakan pegangan mejoriti umat islam di dunia sejak berkurun kurun lamanya.


Penelitian :

Tokoh Wahhabi Abdul Rahman bin Hasan Ali- Al-Syeikh mengkafirkan golongan Al-Asya’irah yang merupakan pegangan umat islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid m/s 353 Cetakan Maktabah Darus Salam Riyadh.



Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Soleh bin Fauzan Al-Fauzan turut menghukum golongan Al-Asya’irAh sebagai sesat akidah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 cetakan Riasah ‘Ammah Lil Ifta’ Riyadh.


Shubhah beliau: Menafikan al-wahhabiyah menkafirkan al-hafidz Ibn- Hajar al-Asqolaniy dan Imam al-Nawawi.

Penelitian :

Tokoh terkemuka ajaran Wahhabi iaitu Muhammad bin Soleh Al-Uthaimien menyatakan apabila ditanya mengenai Syeikh Imam Nawawi (Pengarang kitab Syarah Sohih Muslim) dan Amirul Mu’minin Fil Hadith Syeikh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany (Pengarang Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari) lantas dia menjawab: “Mengenai pegangan Nawawi dan Ibnu Hajar dalam Asma’ Was Sifat (iaitu akidah)mereka berdua bukan dikalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”. Rujuk kitabnya Liqa’ Al-Babil Maftuh m/s 42-43 soal-jawab ke 373 cetakan Darul Watan Lin-Nasyr.

Penulis mintak maafla kalu kali ni penulis agak kasar cikit..apa yang penting agama mesti di junjung musuh mesti ditentang. Penulis teringat sabda Nabi sollahu 'alaihi wasallam " Siapa yang berpegang teguh pada sunnahku (syariatku) ketika mana umatku dalam kefasadan (kerosakan) , maka baginya pahala mati Syahid"..ameen ya robbal a'lamiin.

KALAU TAK PERCAYA PERGILAH JUMPA FATHUL BARI...JAWAPAN FATHUL BARY : INI FITNAH SYEIKH, NI TOHMAHAN. INI AHBASY SEBAB DEPA KAFIRKAN IBN TAYMIYAH DAN WAHABI

NI CHEQ NAK HABAQ MAI KAT HANG, DAH LAMA DAH ULAMAK MENGKAFIRKAN MUJASSIMAH. TAKKAN IMAM ABUL HASAN A'SYARY AHABSH? IMAM SYAFIEY AHBASH? TAKKAN IMAM AHMAD BIN HANBAL AHBASH? TAKKAN ABU HANIFAH AHBASH? TAKKAN IMAM MALIK AHBASH? TAKKAN IMAM SYUYUTI AHBASH? TAKKAN AL-I'ROQI AHBASH? TAKKAN IMAM AL-SUBKI AHBASH? TAKKAN KAMI PELAJAR PONDOK PUN AHBASH? TAK PERNAH KENAL PUN...TAKKAN..TAKKAN..BERLAMBAK TAKKAN...HEHE.. JUM PAKAT TEMUDUGA FATHUL BARI.

Di Sediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
(0133005056)

Thursday, May 29, 2008

PENYELEWENGAN AQIDAH ' INSTITUT' IBNU QAYYIM: " NABI MUHAMMAD DUDUK ATAS ARASY, ALLAH PULAK DUDUK ATAS KERUSI" (berbukti)




Ayyo Yoo..Suda Tuka Ka?
------------------------------------------------------------------------------

Tahukah anda mengapa Wahhabi di tanah air kita begitu bangga dengan tokoh yang mereka sendiri tidak mempunyai sanad kepadanya iaitu Muhammad Bin Abu Bakar Ad-Dimasyqi IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH?
Ketahuilah lelaki ini bukanlah ulama Islam yang diambil kata-katanya dalam aqidah dan jugak feqah malahan serata tulisannya perlu berjaga-jaga kerana terdapat banyak percanggahan dengan agama Islam sebenar.
Selain itu Wahhabi Melayu cukup gemar mengunakana namanya dan kenyataan dhoifnya. Ini kerana sememangnya banyak kenyataan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah selari dengan hawa nafsu mereka tapi pada hakikatnya jelas menyeleweng dari aqidah sebenar sebagai contoh:

- Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah kata Allah Duduk Atas Kerusi.
- Wahhabi juga kata Allah Duduk Atas Kerusi Dan Meja.(maaf Kerusi jek).
- Yahudi juga mendakwa Allah duduk atas kerusi (Rujuk Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 nom 19-20 dan dalam Safar Mazamil Al-Ishah 47 nom 8).

Sedangkan Allah dan RasulNya tidak pernah menyatakan sedemikian.


Mari kita teliti....

* IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH DAKWA " NABI MUHAMMAD PULAK DUDUK ATAS ARASY" *

INILAH KITAB IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH YANG MENJADI RUJUKAN DAN PANDUAN UTAMA BAGI KESEMUA WAHHABI DI MALAYSIA BERJUDUL " BADAI'UL FAWAID " PADA JUZUK 4 CETAKAN MAKTABAH NIZAR MUSTOFA AL-BAZ:



PADA KITAB TADI IBNU QAYYIM MENDAKWA: " NABI MUHAMMAD DUDUK ATAS ARASY" LIHAT BUKTI:

(DI ATAS) ADALAH ISI KANDUNGAN KITAB TERSEBUT TERTERA TAJUK DALAMNYA NABI MUHAMMAD DUDUK ATAS ARASY. DAN DINUKILKAN SECARA DUSTA SYAIR YANG PALSU KONONNYA NABI MUHAMMAD DUDUK ATAS ARASY DAN JANGAN INGKAR!.

Inilah fahaman yang pelik tidak berdasarkan kepada nas yang sohih. Pakai tibai ajek..habis tu yang wahhabi kata Allah Duduk Atas Arasy tu apa citta?! sapa yang duduk atas Arasy sebenarnya wahai Wahhabi 'Institut' Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah?!!
(*jgn 'perasan' institut hang tu...ni chek habaq pasal Ibnu Qayyim AL-JAUZIYYAH dan kesan aqidahnya pada Wahhabiyah...lainlah kalu hangpa tuh memang Wahhabi totok motok kotoQ).
Teringat plak chek pada senarai kesesatan Ayah pin yang dinyatakan dalam Majlis Fatwa antaranya Ayah Pin dakwa dirinya duduk atas arasy.


* IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH DAKWA " ALLAH PULAK DUDUK ATAS KERUSI " *

KITAB IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH BERJUDUL " SOWAIQUL MURSALAH 'ALAL JAHMIYAH WAL MU'ATTILAH " PADA JUZUK 2 CETAKAN MATBA'AH AS-SALAFIYAH DI MEKAH :



PADA KITAB TERSEBUT IBNU QAYYIM MENYANDARKAN KEPADA ALLAH SIFAT ' DUDUK ATAS KERUSI
& TURUN PERGI JUMPA NABI MUHAMMAD' (LIHAT DIBAWAH&KLIK PADANYA KALAU NAK BESARKAN):

(DI ATAS) ADALAH ISI KITAB TERSEBUT YANG MENJADIKAN RUJUKAN UTAMA WAHHABIYAH DI MALAYSIA, PADA MUKASURAT 217 MENYATAKAN BAHAWA KONONNYA:
ALLAH DUDUK ATAS KERUSI SAMBIL MENJENGUK HAMBA-HAMBANYA DARI ARAH ATAS DAN ALLAH TURUN PERGI BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD LANTAS BERLAKU PERTEMUAN ALLAH DENGAN NABI MUHAMMAD PADA DUA JARAK TEMPAT.

Inilah aqidah Tajsim yang menyamakan Allah dengan makhluk dihidupkan oleh Wahhabi Malaysia sambil mengajar kanak-kanak kecil aqidah sesat ini bertujuan agar rosak aqidah generasi umat Islam kelak lantas bermaharajalela lah Mujassimah Al-Yahudiyah.

TEKS PENING SAMBIL TERMUNTAH:
Aqidah Wahabi sekejap tuhan duduk atas kerusi pastu Nabi pulak duduk atas Arasy pastu Arasy pulak qadim pastu tuhan duduk melepak atas arasy sekejap pastu Nabi duduk plak atas arasy pastu arasy duduk atas keru....asdgdfwglsdguysag
aduii..sakit lah kalau dok main ambil akidah yahudi mcm Wahabi buat nih..habis celaru......

Apepun saya doakan semoga Allah memberi hidayah Tauhid Tulen kepada agama Wahhabi.

www.abu-syafiq.blogspot.com

Wednesday, May 28, 2008

Kesalahan Mentakfir Ulama Islam??? repost






Assalamualaikum.

Subhanallah.Pernah tak tuan-tuan terfikir apakah matlamat ibu dan ayah menghantar anak-anaknya pergi ke sebuah institusi Islam universiti islam?Pasti saudara tahukan? Iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk berjaya di dunia dan akhirat dengan mempelajari Ilmu agama yang berteraskan Ahlul Sunnah Waljamaah disamping membantu ekonomi Negara Islam.Tetapi berbeza pula dengan nasib budak kecil ini (Mohd Abu Usamah Masri Mohd Ramli,berumur 21 tahun).Sejauh manakah dia memenuhi impian dan cita-cita ibu dan ayah?Alangkah kesiannya ibu dan ayah si Masri ni.Mengapa tuan-tuan?

Sepatutnya dialah (Masri) yang menjadi tunjang dan harapan kepada keluarga tercinta, menjadi harapan orang kampung dan masyarakat,menjadi harapan negara.Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Pemikiran yang pendek sikap yang tidak matang Masri senang dan mudah diperkotak katikkan oleh golongan wahabi untuk dikambinghitamkan dan dieksploitasikan sebagai penyebar ajaran sesat yang berteraskan fahaman wahabiyyah .Tuan tuan ,kenapa?Tidakkah Masri terfikir sebelum ini yang dia diperalatkan oleh golongan sesat ini?kenapa akal yang diberikan tidak digunakan untuk mendalami ajaran islam dan menghormati ulamak-ulamak muktabar islam sehingga sanggup menghina mereka? Adakah Masri merasai diri sudah lebih hebat,alim dan faqih dari mereka? Sudah tentu jauh sama skali..tidak gitu tuan-tuan?

Tahukah tuan tuan bahawa Masri ini adalah antara orang melayu pertama yang “membuat rekod Malaysia” dengan mengkafirkan Ibn Hajar Asqalani.Apa kejadahnye semua ini?Mungkin tuan-tuan semacam tidak percaya,tetapi itulah hakikat yang berlaku kepada budak masri ini yang memeluk ajaran wahabi dan meletakkan konsep taasub dan taklid buta sebagai teras akidahnya..nauzubillah...

Mari kita lihat siapa ibn hajar yang Masri kafirkan itu ;


(( Al Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani atau nama sebenarnya Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Ahmad Syihabuddin Abu Al Fadl, Masyhur dengan nama Ibn Hajar Al Misri bermazhab Asyafi’e dari segi akidah pula berakidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah ( Asya`irah) lahir pada 12 Syaaban 773H dan wafat tahun 852H.

Beliau adalah seorang yang zuhud banyak berpuasa dan beribadat ,menghafal Quran pada umurnya 9 tahun dan kemudian menghafal kitab Al Umdah dan banyak lagi.Beliau mempunyai jasa dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam.Beliau seorang muhaddith,al hafiz ,faqih dan mengetahui ilmu2 dalam semua cabang hadis dan ilmu Islam yang lain.

Semua orang pada zamannya mengakui kehebatannya sebagai seorang yang kuat hafalannya dan dihormati oleh lawan dan kawan.Telah banyak kitab yang dikarangnya dan tersebar luas dipelusuk dunia.Diantara kitab yang dikarangnya ialah FAthul Bari ,Syarah Sahih Al Bukhari,Al Issobah fittamyis Al Assahabah 5 jilid,Adduraru Alkaminah 5 jilid dan banyak lagi.))

Rasa Bertanggungjawab

Saya terpanggil untuk memberikan komen tentang isu seorang pelajar ekonomi UIAM ini yang mengatakan Ulamak Muktabar seperti Al Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani (yang digelar sebagai amirul mukminin dalam bidang hadis) berakidah bukan dari rasul dan para sahabat di blognya .Sebelum itu ,saya sediakan screen shot dari tulisan Masri.(screenshot ini telah diberikan kepada saya dari seorang sahabat di UIAM)


Dan yang ini pula diambil dari cbox beliau :

19 Sep 07, 07:23
masri: ttg ibn hajar, yup mmg diketahui beliau berakidah asyairah, kita menghormati beliau, bahkan kelimuan beliau xd tandingan zaman skrg, cuma dlm bab akidah, saya lebih merasa selamat utk ikut akidah
19 Sep 07, 07:23
masri: para rasulullah,shbt, ulama2 salaf,. kesilapan seorg mujtahid adalah dimaafkan sebgmana ijtihad2 mrk di dalam feqh

19 Sep 07, 07:24
masri: buku2 ibn taimiyyah menimbun di library, utk tahu pegangan ibn taimiyyah baca shj buku2 beliau, dan kita nilai sndiri adakah ia bertentgn dgn akidah yg nabi saw bawa. jika x, utk apa ibn taimiyyah

19 Sep 07, 07:27
masri: lgpun, jika ibn taimiyyah dikatakan bertaubat utk ikut ulama' sekelilingnya, maka kenapa pula dia dipenjara smp ke hujung hayat, bukankah taubatnya itu sudah mengikut kehendak ulama ramai wkt i2 n

19 Sep 07, 08:38
ariff.arifin: fiza: tidaklah mustahil untuk al-hafidz ibn hajr melakukan kesilapan.namun,tidaklah bermakna keilmuaan beliau terjejas.seperti yang telah dijelaskan oleh masri


Jelas disini mafhumnya Masri telah mengatakan Al Hafiz Ibn HaJar Al Asqalani tidak berakidah seperti rasulullah, para sahabat,dan ulama salaf.Jika khilaf dalam perkara furu` kita semua faham kerana hanya bab ranting,dan kita semua maklum mazhab yang empat pun hanya berkhilaf dalam perkara furu`..Tetapi akidah Islam hanya satu sahaja-Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak ada akidah yang berbeza beza.Jika tidak berakidah seperti Rasulullah dan para sahabat maka berakidah seperti siapa lagi?Abu Jahal?Astaghfirullah.

Ini adalah satu fitnah yang berat apabila seorang pelajar ekonomi yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh(kemungkinan dia hanya bertaqlid dengan seseorang) sudah berani mengkafirkan Ibn Hajar.Inilah akibat daripada terpengaruh dengan ajaran sesat wahabi walaupun dia tidak mengaku sebagai wahabi.
*sila rujuk
http://jihadwahabi.blogspot.com/2007/02/wahhabi-turut-mengkafirkan-imam-nawawi.html

Dalam tulisannya itu beliau juga mengatakan Al Hafiz Ibn Hajar telah melakukan kesilapan dan yang peliknya tidak ada satu dalil pun yang dikeluarkan dan ternyata beliau hanya menghukum mengikut hawa nafsunya tanpa berdalilkan dari hukum Syarak.Mengapa jadi begini ?Benarlah hadis nabi yang mengatakan pada akhir zaman nanti agama akan dipegang oleh mereka yang bukan ahlinya..Nauzubillah min zalik...

Subhanallah..ada jugak orang macam masri yang jahil cuba untuk mengkritik ulama yang muktabar.Padahal siapakah Masri itu jika dibandingkan dengan Al Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani?

Seperti langit dan bumi jaraknya .Kalaulah ini hasil daripada seorang mubtadi`,maka saya menyarankan supaya beliau berhenti menulis tentang agama Islam dan lebih baik menulis tentang Ekonomi dari merosakkan agama Islam yang mulia ini.Saya menasihatkan umat Islam yang terpengaruh dengannya supaya bertaubat dari NAJIS yang dibawa mubtadi' seperti ini.


Ya Allah ,lindungilah umat Muhammad dari kebathilan , kejahilan ,dan kekufuran...Wallahuyahdihilimayasha`ri.Allahua'lam.

Di sini saya sebut setengah dari kesesatan-kesesatan Abu Usamah Mohd Masri B Mohd Ramli ;

1- Meletakkan konsep takfir sebagai teras dalam akidahnya.

2- Menganggap amalan sunat sebagai amalan bidaah tanpa ada dalil.

3- Beraqidah Tajsim Dan Tashbih yang diambil terus dari ibn Taimiyah dan Mohammad Abd Wahhab.

4- Percaya Allah duduk di atas arasy sebagaimana iktiqad mujassimah dan musyabbihah,bahkan beliau cuba dengan sedaya upaya untuk menghidupkannya di zaman ini sebagai mujassimah moden yang berlindung disebalik istilah salafi.

5- Menganut ajaran baru yang jauh dari pada ajaran islam yang berteraskan akidah wahhabi, ajaran ini terbukti bukan ajaran islam yang dibawa oleh nabi Muhammad,para sahabat dan Salafussoleh ( ajaran wahabi tidak pernah ada di zaman Rasullullah dan di kira bidaah)

6- Pernah menafikan amalan memakai serban sebagai amalan bukan sunnah dan mendakwa ia tidak dianjurkan oleh islam, bahkan membidaahkan amalan tersebut.

7- mendakwa dan mentohmah ulamak islam seperti Al-Hafiz Ibn Hajar Al asqolani yang menjadi rujukan umat islam sebagai tidak berakidah rasulullah, para sahabat dan salafussoleh.

8- Pernah mengkafirkan Jabatan Agama Islam selangor (JAIS) di Blognya (http://the-authenthic.blogspot.com/)tetapi terus memadamkannya kerana dibimbangi dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

9- Berlaku biadap di hadapan penceramah forum agama yang bertajuk “ Who is The Real Ahlus Sunnah Wal Jamaah” di Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya.

10- Menganjurkan kelas-kelas agama di UIAM Gombak secara haram tanpa mendapat izin dari pihak universiti.

11- Membuat blog-blog berbau agama dan risalah-risalah yang mengandungi ajaran wahabi untuk tatapan ramai.

12- Giat menulis cerpen sebagai pendekatan baru untuk memancing peminat-peminat novel khususnya di kalangan akhawat, sekaligus menjadi satu wasilah untuknya menyebarkan dakyah.

13- Cuba memfitnah ulamak ahlussunnah sebagai Pentakfir untuk mengelak diri dari terbongkar kesesatan-

14- Dan banyak lagi..

TUAN-TUAN mulia, marilah kita jadikan kisah masri ini sebagai pengajaran untuk kita.Saya harap saudara masri akan menemui jalan hidayah dari Allah tuhan Yang maha Pemurah dan Maha Pengampun. Selagi nyawa masih ada, bartaubatla dan kembali ke jalan yang benar. Saya pun sebagai insane yang kerdil sentiasa mendoakan diri saya dan tuan-tuan supaya sentiasa berada di jalan hidayah dan sentiasa ketagih belas kasihan dari Pencipta sekalian alam ini.

Insyaallah..untuk minggu hadapan akan dibongkarkan kesesatan bekas pelajar UIAM yang kini menjadi pegawai penyelidik di jabatan Mufti kerajaan Perlis..tunguu…

BETUL KE ADA BELAMBAK ULAMA' YANG MENGKAFIRKAN IBN TAYMIYAH DAN MUJASSIMAH WAHHABIYAH?!!


Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany
abulehyah.blogspot.com
( 0133005046)




بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد



PARA ULAMA’, AHLI FIQH DAN PARA QADHI YANG MEMBANTAH IBNU TAIMIYAH

Berikut adalah nama-nama para ulama yang semasa dengan Ibnu Taimiyah (W 728 H) dan berdebat dengannya atau yang hidup setelahnya dan membantah serta menyerang pendapat-pendapatnya. Mereka adalah para ulamak dari empat madzhab; Syafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali:


  1. Al Qadhi al Mufassir Badr ad-din Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama’ah asy-Syafi’i (W 733 H).

  2. Al Qadhi Muhammad ibn al Hariri al Anshari al Hanafi.

  3. Al Qadhi Muhammad ibn Abu Bakar al Maliki.

  4. Al Qadhi Ahmad ibn ‘Umar al Maqdisi al Hanbali. Dengan fatwa empat Qadhi (hakim) dari empat madzhab ini, Ibnu Taimiyah dipenjara pada tahun 762 H. Peristiwa ini dihuraikan dalam ‘Uyun at-Tawarikh karya Ibnu Syakir al Kutubi, Najm al Muhtadi wa Rajm al Mu’tadi karya tulisan Ibn al Mu’allim al Qurasyi.

  5. Syiekh Shalih ibn Abdillah al Batha-ihi, beliau adalah pimpinan para ulamak di Munaybi’ ar-Rifa’i, kemudian menetap di Damaskus dan wafat tahun 707 H. Beliau adalah salah seorang yang menolak pendapat Ibnu Taimiyah dan membantahnya seperti dijelaskan oleh Ahmad al-Witri dalam karyanya : Raudlah an- Nazhirin wa Khulashah Manaqib ash-Shalihin. Al Hafizh Ibnu Hajar al ‘Asqalani juga menuturkan biografi Syekh Shalih ini dalam ad-Durar al Kaminah.

  6. Syiekh Kamal ad-Din Muhammad ibn Abu al Hasan Ali as-Siraj ar-Rifa’i al Qurasyi dalam : - Tuffah al Arwah wa Fattah al Arbah. Beliau ini semasa dengan Ibnu Taimiyah.
  7. Qadhi al Qudhah (Hakim Agung) di Mesir; Ahmad ibn Ibrahim as-Surrruji al Hanafi (W 710 H) dalam : I’tiraadlat ‘Ala Ibn Taimiyah fi ‘Ilm al Kalam.
  8. Qadhi al Qudhah (Hakim Agung) madzhab Maliki di Mesir; Ali ibn Makhluf (W 718 H). Beliau berkata: "Ibnu Taimiyah beri’tiqod/berkeyakinan Tajsim. Dalam madzhab kami, orang yang meyakini I’tiqod ini telah kafir dan wajib dibunuh”.

  9. Al-Faqih al-Mutakallim Syeikh taj al-Din Ahmad Ibn ‘ato’illah al-Iskandary al-Syaziliy (W 709H). Beliau adalah ulamak sufi semasa dengan ibn taimiyah.

  10. Asy-Syiekh al Faqih Ali ibn Ya’qub al Bakri (W 724 H). Ketika Ibnu Taimiyah datang ke Mesir beliau mendatanginya dan bangun membantah serta mengingkari pendapat-pendapatnya.

  11. Faqih Syams ad-Din Muhammad ibn ‘Adlan asy-Syafi’i (W 749 H). Beliau mengatakan: "Ibnu Taimiyah berkata; Allah berada di atas ‘Arsy dengan keberadaan di atas yang secara hakiki, dan Allah berbicara (berfirman) dengan huruf dan suara".

  12. Al Hafizh al Mujtahid Taqiyy ad-Din as-Subki (W 756 H) dalam beberapa karyanya:
    - Al I’tibar Bi Baqa al Jannah Wa an-Nar
    - Ad-Durrah al Mudhiyyah Fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah.
    - Syifa as-Saqam fi Ziyarah Khairi al Anam
    - An-Nazhar al Muhaqqaq fi al Halif Bi ath-Thalaq al Mu’allaq,
    - Naqd al Ijtima’ Wa al Iftiraq fi Masa-il al Ayman wa ath-Thalaq
    - at-Tahqiq fi Mas-alah at Ta’liq
    - Raf' asy-Syiqaq ‘An Mas-alah ath-Thalaq.
  13. Al Muhaddits al Mufassir al Ushuli al Faqih Muhammad ibn ‘Umar ibn Makkiy, yang lebih dikenal dengan Ibn al Murahhil asy-Syafi’i (W716 H) beliau membantah dan menyerang Ibnu Taimiyah.

  14. Al Hafizh Abu Sa’id Shalah ad-Din al ‘Ala-i (W. 761 H). Beliau mencela Ibnu Taimiyah seperti dijelaskan dalam:
    - Dzakha-ir al Qashr fi Tarajim Nubala al ‘Ashr, hlm .32-33, ini adalah sebuah karya Ibnu Thulun.
    - Ahadits Ziyarah Qabr an-Nabi Shallallahu ‘alayhi wasallam.

  15. Qadhi al Qudhah (Hakim Agung) di al Madinah al Munawwarah; Abu Abdillah Muhammad ibn Musallam ibn Malik ash-Shalihi al Hanbali (W 762 H).

  16. Syiekh Ahmad ibn Yahya al Kullabi al Halabi yang lebih dikenal dengan Ibn Jahbal (W 733 H). Beliau semasa dengan Ibnu Taimiyah dan menulis sebuah risalah untuk membantahnya, berjudul :
    - Risalah fi Nafyi al Jihah, yakni menafikan Jihah (arah) bagi Allah.

  17. Al Qadhi Kamal ad-Din ibn az-Zumallakani (W 727 H). Beliau berdebat dengan Ibnu Taimiyah dan menyerangnya dengan menulis dua risalah, risalah pertama berkaitan dengan bantahan tentang masalah talak dan risalah kedua berkenaan masalah menziarahi makam Rasulullah.

  18. Al Qadhi Kamal Shafiyy ad-Din al Hindi (W 715 H), beliau berdebat dan membantah Ibnu Taimiyah.
  19. Al Faqih al Muhaddits ‘Ali ibn Muhammad al Bajiyy asy-Syafi’i (W 714 H). Beliau telah berdebat dengan Ibnu Taimiyah dalam empat belas majlis dan berhasil mengalahkannya.
  20. Al Mu-arrikh al Faqih al Mutakallim al Fakhr Ibn al Mu’allim al Qurasyi (W 725 H) dalam karyanya :
    - Najm al Muhtadi wa Rajm al Mu’tadi.
  21. Al Faqih Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Ali al Mazini ad-Dahhan ad-Dimasyqi (W 721 H) dalam dua risalahnya:
    - Risalah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah fi Masalah ath-Thalaq.
    - Risalah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah fi Masalah az-Ziyarah.
  22. Al Faqih Abu al Qasim Ahmad ibn Muhammad asy-Syirazi (W 733 H) dalam karyanya :
    - Risalah fi ar-Radd ‘Ala ibn Taimiyah.
  23. Al Faqih al Muhaddits Jalal ad-Din Muhammad al Qazwini asy-Syafi’i (W 739 H)
  24. Surat keputusan rasmi kerajaan (Warta Kerajaan) yang dikeluarkan oleh Sultan Ibnu Qalawun (W 741 H) untuk memenjarakannya.
  25. Al Hafizh adz-Dzahabi (W 748 H)-mantan murid ibn taymiyah. Dia adalah semasa dengan Ibnu Taimiyah dan membantahnya dalam dua risalahnya :
    - Bayan Zaghal al ‘Ilm wa ath-Thalab.
    - An-Nashihah adz-Dzahabiyyah.
  26. Al Mufassir Abu Hayyan al Andalusi (W 745 H) dalam tafsirnya:
    - An-Nahr al Maadd Min al Bahr al Muhith.
  27. Syiekh ‘Afif ad-Din Abdullah ibn As’ad al Yafi’i al Yamani al Makki (W 768 H).
  28. Al Faqih ar-Rahhalah Ibnu Baththuthah (W 779 H) dalam karyanya :
    - Rihlah Ibn Baththuthah.
  29. Al Faqih Taj ad-Din as-Subki (W 771 H) dalam karyanya :
    - Thabaqat asy-Syafi’iyyah al Kubra.
  30. Al Muarrikh Ibnu Syakir al Kutubi (W 764 H); Beliau merupakan murid Ibnu Taimiyah namun menentang Ibn Taimiyah (mantan muridnya) dalam karyanya:
    - ‘Uyun at-Tawarikh.
  31. Syiekh ‘Umar ibn Abu al Yaman al Lakhami al Fakihi al Maliki (W 734 H) dalam :
    - at-Tuhfah al Mukhtarah Fi ar-Radd ‘Ala Munkir az-Ziyarah.
  32. Al Qadhi Muhammad as-Sa’di al Mishri al Akhna-i (W 750 H) dalam
    - al Maqalah al Mardhiyyah fi ar-Radd ‘Ala Man Yunkir az-Ziyarah al-Muhammadiyyah. Buku ini dicetak dan dilampirkan dengan Al-Barahin as-Sathi’ah karya tulisan Muhaddith Al ’Azami.
  33. Syiekh Isa az-Zawawi al Maliki (W 743 H) dalam :
    - Risalah fi Mas-alah ath-Thalaq.
  34. Syiekh Ahmad ibn Utsman at-Turkamani al-Juzajani al Hanafi (W 744 H) dalam :
    - al Abhats al Jaliyyah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah.
  35. Al Hafizh Abd ar-Rahman ibn Ahmad, yang terkenal dengan Ibnu Rajab al Hanbali (W 795 H) dalam :
    - Bayan Musykil al Ahadits al Waridah fi Anna ath-Thalaq ats-Tsalats Wahidah.
  36. Al Hafizh Ibnu Hajar al ‘Asqalani (W 852 H) dalam beberapa karyanya:
    - Ad-Durar al Kaminah fi A’yan al Mi-ah ats-Tsaminah,
    - Lisan al Mizan
    - Fath al Bari Syarh Shahih al Bukhari
    - Al Isyarah Bi Thuruq Hadits az-Ziyarah.
  37. Al Hafizh Waliyy ad-Din al ‘Iraqi (W 826 H) dalam :
    - al Ajwibah al Mardhiyyah fi ar-Radd ‘Ala al As-ilah al Makkiyyah.
  38. Al Faqih al Mu-arrikh Ibn Qadli Syuhbah asy-Syafi’i (W 851 H) dalam :
    - Tarikh Ibn Qadli Syuhbah.
  39. Al Faqih Abu Bakr al Hushni (W 829 H) dalam Karyanya :
    - Daf’u Syubah Man Syabbaha Wa Tamarrada Wa Nasaba Dzalika Ila al Imam Ahmad.
  40. Ketua Pimpinan para ulamak seluruh Afrika , Abu Abdillah ibn ‘Arafah at-Tunisi al-Maliki (W 803 H).
  41. Al ‘Allamah ‘Ala ad-Din al Bukhari al Hanafi (W 841 H). Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan orang yang menyebut ibn Taimiyah sebagai Syiekhul al Islam (ertinya orang yang menyebutnya dengan menamakan Syiekh al Islam, sementara dia tahu perkataan dan maqaalaat (pendapat-pendapat) kufurnya). Hal ini dituturkan oleh Al Hafizh as-Sakhawi ( anak murid Ibn Hajar al-Asqolany) dalam Ad-Dhau Al Lami'.
  42. Syiekh Muhammad ibn Ahmad Hamid ad-Din al Farghani ad-Dimasyqi al Hanafi (W 867 H) dalam risalahnya :
    - Ar-Radd ‘Ala Ibnu Taimiyah fi al I’tiqad. Tanbih al-Muhim (Peringatan Penting) : Maka tidak sepatutnya orang tertipu dengan kitab yang bernama Mafahim 'ai yajibu an tusohah, kerana syaz ia daripada kitab-kitab ulamak-ulamak yang lain.
  43. Syiekh Ahmad Zurruq al Fasi al Maliki (W 899 H) dalam :
    - Syarh Hizb al Bahr.
  44. Al Hafizh as-Sakhawi (W 902 H) dalam :
    - Al I’lan Bi at-Taubikh liman Dzamma at-Tarikh.
  45. Ahmad ibn Muhammad yang terkenal dengan Ibnu Abd as-Salam al Mishri (W 931 H) dalam :
    - al Qaul an-Nashir fi Raddi Khabath 'Ali ibn Nashir.
  46. Al ‘Alim Ahmad ibn Muhammad al Khawarizmi ad-Dimasyqi yang dikenal dengan Ibnu Qira (W 968 H), beliau mencela keras Ibnu Taimiyah.
  47. Al-Qadhi al Bayyadhi al Hanafi (W 1098 H) dalam :
    -Isyarat al Maram Min ‘Ibarat al Imam.
  48. Syiekh Ahmad ibn Muhammad al Witri (W 980 H) dalam :
    - Raudlah an-Nazhirin Wa Khulashah Manaqib ash-Shalihin.
  49. Syiekh Ibnu Hajar al Haytami (W 974 H) dalam karya-karyanya; -
    - Al Fatawi al Haditsiyyah
    - Al Jawhar al Munazhzham fi Ziyarah al Qabr al Mu’azhzham
    - Hasyiyah al Idhah fi Manasik al Hajj
  50. Syiekh Jalal ad-Din ad-Dawwani (W 928 H) dalam :
    - Syarh al ‘Adhudiyyah.
  51. Syiekh 'Abd an-Nafi’ ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Arraq ad-Dimasyqi (W 962 H) seperti dijelaskan dalam :
    - Dzakha-ir al Qashr fi Tarajim Nubala al ‘Ashr, hlm. 32-33, sebuah karya Ibnu Thulun.
  52. Al Qadhi Abu Abdullah al Muqri dalam :
    - Nazm al-La-ali fi Suluk al Amali.
  53. Mulla ‘Ali al Qari al Hanafi (W 1014 H) dalam :
    - Syarh asy-Syifa li al Qadli ‘Iyadh.
  54. Syiekh Abd ar-Ra-uf al Munawi asy -Syafi’i (W 1031 H) dalam :
    - Syarh asy-Syama-il li at- Tirmidzi.
  55. Al Muhaddits Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Illan ash-Shiddiqi al Makki (W 1057 H) dalam risalahnya :
    - al Mubrid al Mubki fi ar-Radd 'ala ash-Sharim al Munki.
  56. Syiekh Ahmad al Khafaji al Mishri al Hanafi (W 1069 H) dalam
    - Syarh asy-Syifa li al Qadhi ‘Iyadh.
  57. Al Muarrikh Ahmad Abu al ‘Abbas al Muqri (W 1041 H) dalam :
    - Azhar ar-Riyadh.
  58. Syiekh Ahmad az-Zurqani al Maliki (W 1122 H) dalam :
    - Syarh al Mawahib al-Ladunniyyah.
  59. Syiekh Abd al Ghani an-Nabulsi (W 1143 H) mencela Ibn Taimiyah dalam banyak karya-karyanya.
  60. Al Faqih ash-Shufi Muhammad Mahdi ibn ‘Ali ash Shayyadi yang terkenal dengan ar-Rawwas (W 1287 H). Beliau juga antara yang mencela keras ibn Taimiyah.
  61. As-Sayyid Muhammad Abu al Huda ash-Shayyadi (W 1328 H) dalam :
    - Qiladah al Jawahir.
  62. Al Mufti Musthafa ibn Ahmad asy-Syaththi al Hanbali ad-Dimasyqi (W 1349 H) dalam karyanya :
    - An-Nuqul asy-Syar’iyyah.
  63. Mahmud Khaththab as-Subki (W 1352 H) dalam :
    - ad-Din al Khalish atau Irsyad al Khalq Ila ad-Din al-Haqq.
  64. Mufti Madinah asy-Syiekh Al Muhaddits Muhammad al Khadhir asy-Syinqithi (W 1353 H) dalam karyanya:
    - Luzum ath-Thalaq ats-Tsalas Daf’uhu Bi Ma La Yastathi’ al ‘Alim Daf’ahu.
  65. Syiekh al-Muhaddits Salamah al ‘Azami Asy-Syafi’i (W 1376 H) dalam :
    - al Barahin as-Sathi’ah fi Radd Ba’dl al Bida’ asy-Sya-i’ah
    - dan beberapa maqaalaat dalam surat khabar Al Muslim di Mesir.
  66. Mufti Mesir Syiekh Muhammad Bakhit al Muthi’i (W 1354 H) dalam karyanya :
    - Tathhir al Fuad Min Danas aI I’tiqad.
  67. Wakil Syiekh al Islam pada masa Daulah Khilafiyah Utsmaniyyah (Dinasti Bani Utsman) Syiekh Muhammad Zahid al Kawtsari (W 1371 H) dalam beberapa karyanya:
    - Maqalat al Kawtsari
    - At-Ta’aqqub al Hatsits lima Yanfihi Ibnu Taimiyah mi al Hadits
    - Al Buhuts al Wafiyyah fi Mufradat Ibnu Taimiyah
    - Al Isyfaq ‘Ala Ahkam ath-Thalaq
  68. Ibrahim ibn Utsman as-Samnudi al Mishri dalam karyanya :
    -Nushrah al Imam as-Subki Bi Radd ash-Sharim al Munki.
  69. ‘Alim Makkah Muhammad al ‘Arabi at-Tabban (W 1390 H) dalam :
    - Bara-ah al Asy’ariyyin Min ‘Aqa-id al Mukhalifin.
  70. Syiekh Muhammad Yusuf al Banuri al Bakistani dalam :
    - Ma’arif as-Sunan Syarh Sunan at-Tirmidzi.
  71. Syiekh Manshur Muhammad ‘Uwais dalam :
    - Ibnu Taimiyah Laisa Salafiyyan.
  72. Al-Hafidz Syiekh Ahmad ibn ash-Shiddiq al Ghummari al Maghribi (W 1380 H) dalam beberapa karyanya, di antaranya :
    - Hidayah ash-Shaghra
    - Al Qaul al Jaliyy
  73. Asy-Syiekh al Muhaddits Abdullah al Ghammari al Maghribi (W 1413 H) dalam banyak karyanya, di antaranya:
    - Itqan ash-Shan-‘ah Fi Tahqiq Ma’na al Bid’ah
    - Ash-Shubh as-Safir fi Tahqiq Shalah al Musafir
    - Ar-Rasa-il al Ghammariyyah dan banyak lagi.
  74. Al Musnid Abu al Asybal Salim ibn Jindan al-Indonisy (W 1969 H) dari Jakarta Indonesia dalam karyanya :
    - Al Khulashah al Kafiyah fi al Asanid al ‘Aliyah.
  75. Hamdullah al Barajuri, ‘Alim Saharnapur dalam
    - al Bashair Li Munkiri at-Tawassul Bi Ahl al Qubur
  76. Syiekh Musthafa Abu Sayf al Hamami. Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah dalam karyanya : Ghawts al ‘Ibad Bi Bayan ar-Rasyad. Buku ini mendapat persetujuan dan taqridhz (sokongan) dari beberapa ulama besar, di antaranya;
    - Syiekh Muhammad Sa’id al ‘Arfi,
    - Syiekh Yusuf ad-Dajwi,
    - Syekh Mahmud Abu Daqiqah,
    - Syiekh Muhammad al Buhairi,
    - Syiekh Muhammad Abd al Fattah ‘Inati,
    - Syiekh Habibullah al Jakni asy-Syinqithi,
    - Syiekh Dasuqi Abdullah al ‘Arabi dan
    - Syiekh Muhammad Hifni Bilal.
  77. Muhammad ibn Isa ibn Badran as-Sa’di al Mishri.
  78. As-Sayyid Syiekh al Faqih Alawi ibn Thahir al Haddad al Hadhrami, tokoh daripada negara Yaman.
  79. Mukhtar ibn Ahmad al Muayyad al ‘Adzami (W 1340 H) dalam
    - Jala’ al Awham ‘An Madzahib al A-immah al 'Izham Wa at-Tawassul Bi Jahi Khair al Anam ‘Alaihi ash-Shalatu Wa as-Salam. Beliau tulis sebagai rod –bantahan- terhadap buku Ibnu Taimiyah yang berjudul ; Raf' al Malam.
  80. Syiekh Ismail al Azhari dalam :
    - Mir-at an-Najdiyyah.
  81. Syeikh KH. Muhammad Ihsan dari Jampes Kediri Jawa timur dalam kitabnya :
    - Siraj ath-Thalibin’ala Minhaj al-Abidin ila Jannaty Rabbi al-Alamin
  82. Syeikh KH. Muhammad Hasyim Asy’ari (W 1366 H/1947 R), KetuaNahdhatul Ulama dari Jombang Jawa Timur, dalam kitabnya :
    -Risalah Ahlussunnah Wal Jama’ah.
  83. Syeikh KH. Ali Maksum (W 1989 R), Rais ‘am Nahdhatul Ulama IV dari Yogyakarta Jawa Tengah dalam bukunya :
    -Hujjah Ahlussunnah Wal Jama’ah.
  84. Syeikh KH Abu al Fadhl bin Abd asy-Syakur, dari Senori Tuban Jawa Timur dalam kitab-kitabnya, di antaranya: -
    -Al Kawakib al-Lamma’ah fi Tahqiq al Musamma Bi Ahlussunnah Wal Jama’ah
    -Syarh al Kawakib al-Lamma’ah
  85. Syeikh KH. Ahmad Abdul Hamid dari Kendal Jawa Tengah dalam :
    -Bukunya ’Aqa-id Ahlussunnah Wal Jama’ah
  86. Syiekh KH. Siradjuddin 'Abbas (W 1401 H/1980 R) dalam banyak karyanya:
    -I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
    -40 Masalah Agama, jilid IV
  87. Tuan Guru KH. Muhammad Zainuddin Abdul Majid ash-Shaulati (W 1997 R) Ampenan Pancor Lombok NTB dalam bukunya :
    -Hizb Nahdhatul Wathan Wa Hizb Nahdhatul Banat.
  88. Syeikh K.H. Muhammad Muhajirin Amsar ad-Dari (W 2003 R) dari Bekasi, Jawa Barat dalam salah satu surat yang beliau tulis.
  89. Al Habib Syiekh al Musawa ibn Ahmad al Musawa as-Saqqaf; Penasihat Umum Perguruan Tinggi dan Perguruan Islam Az Ziyadah Klender Jakarta Timur.
  90. Syeikh KH. Muhammad Syafi’i Hadzami Mantan Ketua Umum MUI Propinsi DKI Jakarta 1990-2000 dalam bukunya :
    -Taudhih al Adillah.
  91. Syeikh KH. Ahmad Makki Abdullah Mahfudz Sukabumi Jawa Barat dalam bukunya :
    -Hishnu as-Sunnah Wal Jama’ah fi Ma’rifat Firaq Ahl al Bid’ah.
  92. Syiekh Abdullah Tha'ah. Beliau membantah Ibnu Taimiyah dalam bukunya al Fatawa al 'Aliyyah yang beliau tulis pada tahun 1932. Buku ini memuatkan fatwa ulamak-ulamak, imam-imam, tenaga pengajar (tok-tok guru) dan para mufti serta para Qadhi di Makkah, yang sebahagian berasal dari Indonesia, Thailand dan lain-lain. Mereka menyatakan bahawa Ibnu Taimiyah sesat dan menyesatkan. Berikut nama para ulama yang turut menghadiri majlis pernyataan fatwa tersebut serta menandatanganinya :
    - Sayyid Abdullah –Mufti Madzhab Syafi'i di Makkah.
    - Syiekh Abdullah Siraj –pimpinan para Qadhi dan Kepala para ulama Hijaz.
    - Syiekh Abdullah ibn Ahmad –Qadhi Makkah.
    - Syiekh Darwisy –Amin Fatwa Makkah.
    - Muhammad 'Abid ibn Husain –Mufti Madzhab Maliki di Makkah.
    - Syiekh Umar ibn Abu Bakr Bajuneid –Wakil Mufti Madzhab Hanbali di Makkah.
    - Syiekh Abdullah ibn Abbas –Wakil Qadhi Makkah,
    - Syiekh Muhammad Ali ibn Husein al Maliki –Seorang Imam dan pengajar di Makkah.
    - Syiekh Ahmad al Qari – Qadhi Jeddah
    - Syiekh Muhammad Husein – Seorang Imam dan pengajar di Makkah
    - Syiekh Mahmud Zuhdi ibn Abdur Rahman – Seorang pengajar di Makkah
    - Syiekh Muhammad Habibullah ibn Maayaabi – Seorang pengajar di Makkah
    - Syiekh Qadir ibn Shabir al Mandayli (Mandailing-Sumut) -Seorang pengajar di Makkah
    - Syiekh Mukhtar ibn 'Atharid al Jawi (asal Jawa) –Seorang pengajar di Makkah
    - Syiekh Sa'id ibn Muhammad al Yamani –Seorang Imam dan pengajar di Makkah
    -Syiekh Muhammad Jamal ibn Muhammad al Amir al Maliki (Seorang Imam dan pengajar di Makkah. )
    - Sayyid 'Abbas ibn 'Abdul 'Aziz al Maliki –Seorang pengajar di Makkah.
    - Syiekh Abdullah Zaydan asy-Syinqithi –Seorang pengajar di Makkah.
    - Syiekh Mahmud Fathani (asal Thailand) –Seorang pengajar di Makkah.
    -Syiekh Hasanuddin ibn Syekh Muhammad Ma'shum asal Medan Deli-Sumut.
  93. Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi, Seorang Imam Madzhab Syafi'i di Makkah asal Minangkabau Sumatera dalam bukunya al Khiththah al Mardhiyyah.
  94. Syiekh Muhammad Ali Khathib Minangkabau, Murid Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi, dalam kitabnya Burhan al Haqq. Beliau juga telah mengumpulkan para ulama di Sumatera untuk membantah Rasyid Ridha penulis al Manar dan para pengikutnya di Indonesia.
  95. Syiekh Abdul Halim ibn Ahmad Khathib al Purbawi al Mandayli, Murid Syiekh Mushthafa Husein, pendiri Pon-Pes. al Mushthafawiyyah, Purba Baru, Sumut dalam risalahnya Kasyf al Ghummah yang beliau tulis tahun 1389 H -12/8/1969.
  96. Syiekh Abdul Majid Ali (W. 2003) Kepala Kantor Urusan Agama daerah Kubu-Riau, Sumatera, salah seorang ulama kharismatik dan terkenal di daerah tersebut. Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan menyatakan bahawa gurunya Syiekh Abdul Wahhab Panay-Medan mengkafirkan Ibnu Taimiyah.
  97. Syeikh K.H. Abdul Qadir Lubis, pimpinan Pon.Pes. Dar at-Tauhid, Mandailing-Sumut (W. 2003). Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah di sebahagian majlisnya.
  98. Syeikh K.H. Muhammad Sya'rani Ahmadi Kudus Jawa Tengah dalam bukunya :
    -al Fara-id as-Saniyyah wa ad-Durar al Bahiyyah yang beliau tulis pada tahun 1401 H. Dalam buku ini beliau menyatakan bahwa Ibnu Taimiyah adalah seorang Musyabbih Mujassim (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya dan meyakini bahwa Allah adalah jisim benda-).
  99. Syeikh K.H. Muhammad Mashduqi Mahfuzh, Ketua Umum MUI Jawa Timur dalam bukunya
    - al Qawa'id al Asasiyyah li Ahlissunnah Wal Jama'ah.
  100. Syiekh al-‘Allamah al Muhaddits al Faqih Abdullah al Harari al Habasyi. Beliau adalah seorang Sultan Rifa’iah di bumi Syam yang mempunyai ramai murid dan banyak pula berkatnya. Beliau merupakan ulamak yang tinggi nilai tahqiqnya dan digeruni golongan wahabi disamping bersifat wara' dan menghimpunkan diantara ilmu dan amal dalam satu masa, antara kitabnya yang menjadi rujukan dalam menangkis fahaman ibn Taimiyah umat :
    - al Maqalaat as-Sunniyyah Fi Kasyf Dhalalaat Ahmad ibn Taimiyah.
  101. Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim, dalam kitabnya ;
    - Perbandingan Agama dan Fahaman Umat Islam
  102. Mufti Kerajaan Johor, Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin Thahir. Dalam karyanya:
    - Fatwa Mufti Kerajaan Johor. Dalamnya beliau menamakan gerakan al_wahhabiyyah sebagai Khawarij yang memecahbelahkan umat dan menfatwakan sesetengah wahabiyah keluar daripada Islam .
  103. Syeikh Daud al-Fathani. beliau mengkafirkan golongan mujassimah yang mengatakan Allah duduk di atas arasy dan mempunyai tempat sebagai kafir. Ini dalam karya tulisannya yang berjudul : Jawahir As-saniyyah
  104. Ustaz Mustafa Suhaimi.
  105. Hj Abdullah Fahim.
  106. Tok Kenali al-Kelantany.
  107. Al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah, tok guru Pondok Lubuk Tapah Kelantan.
  108. Tuan Guru Haji Hasyim, tok guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
  109. Syeikh Usman Jalaludin, pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang dalam kitabnya :
    - Matholi’ Al-Anwar.
  110. Zamihan Mat Zin Al-Ghary, JAKIM dalam bukunya :
    - Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian. Beliau sekarang ini adalah salah orang yang bertungkus lumus membenteras ajaran sesat khususnya fahaman Ibn Taymiyah dan Wahhabiyah di tanahair.
  111. Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany ( tok guru penulis) . Beliau tinggal di Kulim, Kelantan. Beliau mengkafirkan ibn Taimiyah dalam banyak majlis ceramahnya.
  112. Al Marhum Tuan Guru Ustaz Amer alKelantany ( tok guru penulis) ( W 1429 H). Beliau adalah guru Pondok Sambal, Pasir Puteh.
  113. Tuan Guru Hj Daud Hj Omar Al Kelantany, Bukit Abal. Beliau mentahzir murid-muridnya supaya menjauhi kitab Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim al-Jauziah dan mengkafirkan keduanya. Antara karyanya yang masyhur ialah kitab :
    - Risalah al-‘aqoid wa al-Fawaid. Dalam kitab ini beliau menghuraikan dengan cukup jelas cara mentanzihkan Allah taala daripada sifat makhluk. Selepas beliau menyebut Allah wujud tanpa bertempat, beliau mengkafirkan sesiapa yang memberi sifat makhluk bagi Allah taala m/ 34 -37: “barangsiapa beri’tiqod serupa zat Allah (tashbih) taala atau sifatnya atau dengan perbuatannya maka iaitu jadi kafir “.
  114. lagi…
  115. Kebanyakan Tok-tok guru pondok yang alim.
  116. Dan berlambak

Tuesday, May 27, 2008

Ibn Taymiyah NAbi bagi wahabi?

http://abulehyah.blogspot.com/


Kajian Ilmiah Rapi :

KENAPA ULAMA’-ULAMA’ MENTAHZIR IBN TAYMIYAH, MUHAMMAD ABD WAHHAB DAN GOLONGAN WAHHABI?

Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany ( 0133005046)



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

Penulis mendatangkan 3 perkara dalam membincangkan isu Ibn Taymiyyah dan Al-Mujassimah al-Wahhabiyah :

  • Pengenalan biodata Ibn Taymiyah.
  • Pandangan ulama'-ulama' mu'tabar terhadap Ibn Taimiyyah.
  • Senarai Ulama'-ulama' yang membantah dan mengkafirkan Ibn Taimiyah.
  • Syubuhaat-syubuhaat (kesamaran-kesamaran) sekitar isu kekufuran Ibn Taymiyah.


SIAPAKAH IBN TAYMIYYAH?



Nama penuh Ibnu Taimiyyah ialah Ahmad Taqiyuddin, Abu Abbas bin Syihabuddin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Syeikh Majduddin Abi al-Barakat Abdul Salam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qasim al-Khadhar bin Muhammad bin Ali bin Abdillah.
  • Nama Taimiyah berasal dari nama datuknya, Muhammad bin Al khadhar. Ini kerana ketika beliau melakukan haji ke Mekah beliau melalui jalan Taima’.
  • Datuknya seorang yang faqih dalam mazhab hanbali yang masyhur.
  • Beliau lahir di desa Harran, Palestin pada 10 rabiulawal, 661H. Beliau seorang yang berbangsa kurdi.
  • Pada mulanya, beliau merupakan seorang alim, banyak pengetahuan dalam fiqh mazhab Hanbali, dan Usuluddin kemudiannya shaz dan menyimpang dari mazhab yang empat.
  • Mengajar dan bertabligh di Masjid Bani Umayyah di Damsyik dan ramai murid.
  • Terpengaruh dengan fahaman Musyabbihah dan Mujassimah.(ajaran terpesong)
  • Menyerupakan Tuhan dengan makhluk, mengeluarkan fatwa yang jauh berbeza dari mazhab Hanbali, Hanafi, Maliki dan Syafi’.


Ahmad ibn Taimiyah lahir di tengah-tengah keluarga yang berilmu yang bermadzhab Hanbali. Ayahnya adalah seorang alim dalam mazhab hanbali yang berperawakan tenang. Beliau (ayahnya) dihormati oleh ulamak-ulamak Syam dan pegawai-pegawai kerajaan sehinggakan mereka memberi mandat dan kepercayaan kepadanya di beberapa jabatan ilmiah untuk membantu mereka. Setelah ayahnya wafat, mereka melantik Ibnu Taimiyah menggantikan posisi/tempat ayahnya bahkan mereka yang selama ini mempercayai ayahnya, turut menghadiri majlis Ibn Taymiyah untuk mendorong dan memotivasinya supaya meneruskan tugas-tugas ayahnya dan memberi pujian kepadanyanya. Namun pujian tersebut ternyata membuatkan Ibnu Taimiyah terlena dan tidak menyedari motif sebenarnya disebalik pujian tersebut. Ibnu Taimiyah mulai menyebarkan satu demi satu bid’ah-bid’ahnya yang sesat sehingga para ulamak dan jabatan kerajaan yang dahulu memujinya mula menjauhinya satu persatu.

Ibnu Taimiyah meskipun adalah seorang yang tersohor dan memiliki banyak karangan dan pengikut, namun sesungguhnya beliau adalah seperti yang dinyatakan oleh al-Muhadditsu al Hafizh al Faqih Waliyy ad-Din al ‘Iraqi (W 862 H)-anak Syeikul Huffaz Zain al-addin Al ‘Iraqi dalam kitabnya al-Ajwibah al-Murdhiyah ‘ala al-asilati al-Makkiyyah : “Ibnu Taimiyah telah menyalahi Ijma’ dalam banyak permasalahan, kira-kira sekitar 60 masalah, sebahagiannya dalam masalah Ushul ad-Din (pokok-pokok agama) dan sebahagian lagi berkenaan dengan masalah-masalah furu’ ad-Din (cabang-cabang agama), Ibnu Taimiyah dalam masalah-masalah tersebut mengeluarkan pendapat lain; yang berbeza setelah termeterainya ijma’ di dalamnya".

Pelbagai lapisan masyarakat dan orang awam yang jahil mulai terpengaruh dan cuba mengikuti Ibnu Taimiyah sehinggakan perkara ini disedari oleh ulamak-ulamak di masa Ibnu Taimiyah sebagai suatu ancaman yang bahaya, lalu mereka mulai bersuara, bertindak mentahzir dan membantah pendapat-pendapatnya serta menggolongkan beliau di dalam kelompok para ahli bid’ah yang sesat. Di antara yang membantah Ibnu Taimiyah adalah al Imam alHafizh Taqiyy ad-Din Ali bin Abd al Kafi as-Subki (W 756 H) dalam karyanya ad-Durrah al Mudhiyyah fi ar-Radd 'ala Ibn Taimiyah, beliau mengatakan:

“Amma ba’du…

Ibnu Taimiyah benar-benar telah membuat bid’ah-bid’ah ( melakukan perkara-perkara baru) dalam dasar-dasar I’tiqod/keyakinan (Ushul al 'Aqa-id), beliau telah meruntuhkan tonggak-tonggak dan sendi-sendi Islam setelah ia sebelum ini bersembunyi disebalik taktik kotor mengikuti al Qur’an dan as-Sunnah. Pada zahirnya beliau mengajak kepada kebenaran dan menunjukkan kepada jalan syurga, ternyata kemudian ia bukan melakukan ittiba’ (mengikuti sunnah, ulama Salaf dan ijma’ ulamak) akan tetapi sebenarnya membuat bid’ah-bid’ah baru, beliau shaz dari umat muslimin dengan menyalahi Ijma’ dan beliau juga mengatakan tentang Allah dengan perkataan yang mengandungi tajsim (meyakini Allah adalah jisim; benda yang memiliki ukuran dan dimensi) dan bersusun (tarkib) bagi zat Allah Yang Maha Suci".
Seterusnya Imam al-Subki mengatakan “ Beliau-Ibn Taimiyah- mengatakan Allah meliputi segala yang baharu dengan zatnya (hulul), Beliau menyebut Al-quran itu baharu, Allah berkata-kata setelah sebelumnya tidak,dan sesungguhnya Allah berkata-kata kemudian dia diam dan berlaku pada zatNya Iradaat dengan mengikut makhluk” pada akhir komentar Imam Subki menegaskan “ Ibn Taymiyah tidak tergolong dalam mana-mana golongan daripada 73 golongan yang berpecah dari pada umat ini, dan juga tidak bersepakatan dengan mana-mana umat, semua itu ( apa yang diyakini oleh ibn taymiyah) adalah kekufuran yang amat keji yang sedikit jumlahnya jika dinisbahkan dengan bid’ah-bid’ah yang dilakukan dalam masalah cabang agama ( furu’ fiqhiyyah)".

Di antara perkataan Ibnu Taimiyah dalam ushul ad-din yang menyalahi ijma’ kaum muslimin adalah perkataannya bahawa jenis alam ini qadim (tidak ada permulaan), (sebagaimana ia katakan dalam tujuh karyanya: Muwafaqah Sharih al Ma’qul li Shahih al Manqul, Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah, Syarh Hadits an-Nuzul, Syarh Hadits ‘Imran ibn al Hushain, Naqd Maratib al Ijma’, Majmu’ah Tafsir Min Sitt Suwar, Majmu' Al Fatawa) dan Allah pada Azal (keberadaannya tanpa permulaan) selalu diiringi dengan makhluk. Ibnu Taimiyah juga mengatakan bahwa Allah adalah jisim (bentuk), mempunyai arah dan berpindah-pindah. Ini semua adalah hal yang ditolak dalam agama yang mulia ini.

Dalam sebahagian karangannya, Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa Allah Ta’ala sama besar ‘Arasy, tidak lebih besar atau lebih kecil, Maha suci Allah dari perkataan ini. Ibnu Taimiyah juga menyatakan bahawa para nabi itu tidak ma’shum, Nabi Muhammad tidak memilik jah (kehormatan), kerana itu menurutnya jika ada orang bertawassul dengan Nabi maka ia salah besar yang membawa kepada syirik (sebagaimana ia nyatakan dalam bukunya at-Tawassul Wa al Wasilah. Beliau juga mengatakan bahawa berpergian/bermusafir untuk menziarahi makam Rasulullah adalah dikira sebagai perjalanan maksiat dan tidak boleh mengqashar shalat kerananya (sebagaimana beliau kemukakan perkara ini di dalam kitab Majmuk al Fatawa). Dalam hal ini beliau benar-benar sangat keterlaluan padahal tidak ada seorang pun sebelumnya (salaf ataupun khalaf) berpandangan semacam ini. Ibnu Taimiyah juga menyatakan bahawa siksa bagi penduduk neraka akan terhenti dan tidak akan berlaku selama-lamanya (sebagaimana dituturkan oleh sebagian ahli fiqh dari sebahagian karangan Ibnu Taimiyah dan juga dinukil oleh muridnya; Ibn al Qayyim al Jawziyyah dalam kitab Hadi al Arwah ila Bilad al-Afrah).

Ibnu Taimiyah sudah berkali-kali diperintah untuk bertaubat dari menyebarkan perkataan dan kepercayaanya yang sesat ini, baik dalam masalah-masalah ushul maupun furu', setelah bertaubat di hadapan qadhi-qadhi, beliau bagaimanapun selalu mengingkari janji-janjinya- ( sifatnya yang muzabzab menyebabkan dia dipenjara sebanyak 4 kali)-sehingga akhirnya beliau dipenjara dengan kesepakatan para qadhi (hakim) dari empat madzhab; Syafi’i, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Al Imam al Hafizh al Faqih al Mujtahid Taqiyy ad-Din as-Subki yang sezaman dengannya dalam salah satu risalahnya mengatakan: “Ibnu Taimiyah dipenjara atas kesepakatan para ulama dan para penguasa”. Terakhir mereka (qadhi-qadhi) menyatakan Ibnu Taimiyah adalah sesat, harus ditahzir (diwaspadai) dan dijauhi, seperti dijelaskan oleh Ibnu Syakir al Kutubi (murid Ibnu Taimiyah sendiri) dalam kitabnya ‘Uyun at-Tawarikh. Pada saat yang sama, Sultan Muhammad ibn Qalawuun mengeluarkan keputusan rasmi pemerintah (warta kerajaan ) untuk dibaca di seluruh Masjid di Syam dan Mesir agar masyarakat mewaspadai dan menjauhi Ibnu Taimiyah dan para pengikutnya. Ibnu Taimiyah akhirnya dipenjara di benteng Al-Qal’ah di Damaskus hingga mati pada tahun 728 H.

Insyaallah..moga kte mendapat taufiq dan hidayat daripada Allah taala. Nantikan komentar-komentar para ulama' mu'tabar tentang Ibn Taymiyah dan sejauh mana beliau ditentang disebabkan kekufurannya dalam iktiqod dan keganjilannya dalam permasalahan fiqhiyah. Tungguuu...


Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany ( 0133005046)



Kajian Ilmiyah ; ISU IBN TAYMIYAH BUKAN ISU KHILAFIYAH !!


Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Marilah kita berlindung dengan Allah subhanahu wa taala daripada Syaitan yang direjam. Segala puji-pujian kita panjatkan kepada Allah, tuhan yang bersifat degan segala sifat kesempurnaan, yang menjadikan sekalian makhluk, yang menciptakan tempat dan masa, wujudnya qadim lagi azali, tidak dimulai dengan ketiadaan, tanpa bagaimana, tanpa arah yang enam, dan tidak berhajat kepada tempat, selawat dan salam ke atas junjunan besar kita nabi muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam, kelaurga baginda,sahabat-sahabat, tabi'iin dan ulama'-ulama ASWJ yang tidak lekang memperjuangkan kelestarian akidah Islam.


Amanah Ilmiyah perlu dijaga dan tidak boleh diselewengkan. Atas matlamat ini penulis cuba menukilkan perbahasan ulama'-ulama' terhadap Ibn Taymiyah dan golongan mujassimah wahhabiyah dan jauh daripada sikap memfitnah atau mentohmah. semoga pembaca menilainya dengan neraca dan mizan syara'...


PANDANGAN ULAMA’-ULAMA’ AHLUS SUNNAH TENTANG IBNU TAIMIYAH


Al Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolany (W 852 H) yang bergelar Amir Al-Mukminin dalam bidang hadith telah menukilkan dalam kitab ad-Durar al Kaminah juz I, hlm. 154,155 bahawa para ulama’ menyebut Ibnu Taimiyah dengan tiga sebutan: Mujassim, Zindiq, Munafiq. “para ulama’ telah menggelarkan Ibn Taimiyah dengan tajsim berdasarkan apa yang telah beliau tulis di dalam kitabnya “al-Aqidah al-Wasithiyah, al-Hamawiyah” dan lain-lainnya. Sebagai contoh, beliau berpendapat bahawa tangan, kaki, betis dan wajah adalah sifat-sifat hakikat bagi Allah Ta’ala, Allah beristiwa’ di atas ‘arasy dengan zat-Nya..”Imam Ibn Hajar menambah lagi : “Dia dihukum dengan munafiq kerana perkataannya (kritikan) terhadap Sayidina Ali..” Katanya lagi :“Ibn Taimiyah juga dihukum zindiq kerana berpendapat bahawa tidak boleh beristhighathah (meminta pertolongan) daripada Nabi Sollahu ‘Alaihi Wasallam.

Ibnu Hajar menyatakan; “ Ibnu Taimiyah menyalahkan Sayyidina ‘Umar ibn al Khaththab – semoga Allah meredhainya-, dia menyatakan tentang Sayyidina Abu Bakr Ash-Siddiq –semoga Allah meredhainya-bahawa beliau masuk Islam di saat umurnya tua renta/sangat dan tidak menyedari betul apa yang beliau katakan (hilang ingatan kerana tua sangat-nyanyuk).( kata Ibn Taymiyah) Sayyidina Utsman ibn ‘Affan –semoga Allah meredhainya-mencintai dan cenderung kepada harta dunia (materialis) dan Sayyidina 'Ali ibn Abi Thalib –semoga Allah meredhainya-menurutnya- berperang kerana gilakan pangkat bukan kerana agama, begitu juga - ‘Ali Bin Abi Thalib-mengikut Ibn Taymiyah telah menyalahi nash al-Qur’an dalam 17 permasalahan ”. 'Ali Bin Abi Thalib menurut Ibnu Taimiyah tidak pernah mendapat pertolongan dari Allah (makhzdulan) ke manapun beliau pergi, sangat cenderung/mencintai dan haus akan kekuasaan, pernah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan kekuasaan tetapi tidak berjaya dan dia masuk Islam di waktu umurnya kecil ( 13 tahun ) padahal anak kecil itu Islamnya tidak sah”. seterusnya Ibn Hajar mengatakan “ dan beliau (ibn Taimiyah mencela Imam Ghazali, lalu masyarakat ketika itu telah bangun hampir membunuhnya”. ini bukti masyarakat pada masa itu amat membenci Ibn Taymiyah dan kuncu-kuncunya di sebabkan fahaman ghuluwnya.

Di dlm kitab Fath al-Bari, m.s. 66, jld. 3 pula, beliau menegaskan:“…Hasilnya, mereka telah berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah tentang haramnya bermusafir untuk menziarahi maqam Rasulullah dan kami mengingkarinya. Inilah seburuk-seburuk (ashna') masalah yg dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah.”

Ibnu Hajar al Haytami al-Makkiy (W 974 H) dalam karyanya Hasyiyah al Idhah fi Manasik al Hajj Wa al 'Umrah li an-Nawawi, hlm. 214 menyatakan tentang pendapat Ibnu Taimiyah yang mengingkari kesunnahan safar (perjalanan) untuk menziarahi makam Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi Wasallam: "Janganlah tertipu dengan pengingkaran Ibnu Taimiyah terhadap kesunnahan ziarah ke makam rasulullah ini, kerana sesungguhnya beliau adalah seorang hamba yang disesatkan oleh Allah sepertimana yang diperkatakan oleh al-‘Izz Ibn Jamaah". Al-hafidz Al-Faqih Taqiyyuddin as-Subki juga dengan panjang lebar telah membantahnya dalam sebuah tulisannya yang tersendiri.

Perkataan Ibnu Taimiyah yang berisi dengan celaan dan penghinaan terhadap Rasulullah Muhammad ini tidaklah suatu yang aneh kerana beliau ( bukan terhenti setakat itu sahaja) bahkan telah mencaci Allah, Maha Suci Allah dari perkataan orang-orang zalim yang kafir dan mulhid/atheis. Ibnu Taimiyah menisbahkan hal-hal yang tidak layak bagi Allah, beliau menyatakan Allah memiliki arah, tangan, kaki, mata (yang merupakan anggota badan) dan hal-hal buruk yang keji. Kerananya, demi Allah beliau telah dikafirkan oleh banyak para ulama, semoga Allah memperlakukannya dengan keadilan-Nya dan tidak menolong pengikutnya yang mendukung dan mempertahankan pendustaan-pendustaan yang dilakukan oleh Ibnu Taimiyah terhadap Syari’at Allah yang mulia ini”. Ibn Hajar Al-Haytami dalam kitab lainnya Fatawa al-Hadithiah m/s 114 -116 menyebut : “ Ibn Taymiyah adalah seorang hamba yang tidak diberi pertolongan oleh Allah, disesatkan, dibutakn, dipekakkan, dan dihinakan akannya, demikian itu sebagaimana dishorihkan/dijelaskan oleh a`immah (imam-imam) yang tampil menerangkan kefasadan (kerosakan) hal keadaannya dan mendustakan perkataan-perkataannya. Dan sesiapa yang ingin (mengetahui kefasadannya itu) hendaklah bermuthalaah (mengulangkaji) kata-kata Imam Mujtahid yang disepakati akan keimamamnya dan kemuliaannya dan sampainya kepada martabat ijtihad –iaitu- Abi al-Hasan as-Subki dan anaknya al-Taj As-Subki dan Syiekh Imam al-‘Izz Bin Jama’ah dan ulama’ yang sezaman dengan mereka serta lainnya daripada al-Syafi’yyah dan al-Malikiyyah dan al-Hanafiyyah”.

Pengarang kitab Kifayatul Akhyar, Syiekh Taqiyy ad-Din al Hushni (W 829 H), setelah menuturkan bahawa para ulamak dari empat madzhab menyatakan Ibnu Taimiyah sesat dan keluar daripada landasan Islam secara IJMA' ULAMA', dalam kitabnya Daf’u Syubah Man Syabbaha Wa tamarrada beliau menyatakan: “Maka dengan demikian, kekufuran Ibnu Taimiyah adalah hal yang disepakati oleh para ulama’.” Dalam kitab yang sama m/s. 123, (cetakan Isa al-Baabi al-Halabi) berbunyi:“Syeikh Zainuddin Ibn Rajab al-Hanbali adalah salah seorang daripada ulama’ yang menghukum kafir Ibn Taimiyah. Dia mempunyai penolakan ke atas Ibn Taimiyah. Dia juga pernah mengangkat suara dengan keras mengkufurkan Ibn Taimiyah di dalam beberapa majlisnya. Disamping itu, Imam al-Subki juga mempunyai hujah untuk mengkufurkannya..” Pada halaman yg lain, beliau mengatakan: “banyak masalah-masalah yang dilakukan oleh Ibn Taimiyah menyimpang daripada kebenaran.”

Adz-Dzahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, m.s. 23 (cetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik):“Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yang telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tidak dipercayai antara kebenaran dengan kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yang menerangi kehidupan, lebih-lebih lagi tentang al-salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap-gelita..”

Dalam kitab yang sama hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: “ Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu Taimiyah), sehinggalah saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya peroleh adalah; ternyata bahawa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama’ Syam dan Mesir serta beliau dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah kerana beliau seorang yang sombong takabbur, terlena oleh diri sendiri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan cenderung untuk mengepalai dan memimpin para ulama’ serta sering memperlekeh para ulama’ besar.

Lihatlah wahai pembaca betapa berbahayanya sikap mengaku-ngaku sesuatu yang tidak dimilikinya dan betapa nestapanya akibat yang ditimbulkan dari kecenderungan terhadap populariti dan kemasyhuran ( mencari nama). Kita mohon semoga Allah mengampuni kita". Adz-Dzahabi melanjutkan: “Sesungguhnya apa yang telah menimpa Ibnu Taimiyah dan para pengikutnya, hanyalah sebahagian dari risiko yang harus mereka peroleh, janganlah pembaca ragukan hal ini”.

Risalah adz-Dzahabiah ini memang benar adanya-( sekarang wahabi mengingkari wujudnya risalah ini)-dan ditulis oleh Adz-Dzahabi sendiri kerana al Hafizh as-Sakhawiy (W 902 H)- murid kepada Ibn Hajar Al-Asqolany menukilkan perkataan adz-Dzahabi ini dalam bukunya al I’lan bi at-Taubikh, hlm. 77. Suatu peringatan dari penulis jika didapati dari mana-mana kitab bahawa adz-Dzahabi memuji Ibn Taimiyah ketahuilah semua itu sebelum tertulisnya Risalah adz-Dzahabiah. Bahkan Adz-Dzahabi menegaskan pendiriannya terhadap ibn Taimiyah sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Asqolany dalam ad-Durar al Kaminah juz I, hlm. 151:“ Dan saya –adz-Dzahabi- saya tidak beri’tiqod bahawa padanya (ibn Taymiyah) itu terpelihara dari dosa (ishmah) bahkan saya bercanggah dengannya dalam masalah-masalah usul (iktiqod) dan furu’ (cabang)“.

Al Hafizh Abu Sa’id al ‘Ala-i yang merupakan guru Al-Hafiz al-Iraqi (W 761 H) adalah antara ulamak yang semasa dengan ibnu Taimiyah juga mencelanya dengan keras dan menyenaraikan kesesatan-kesesatan ibn Taimiyah. Perkara ini dinukilkan oleh al-Muhaddith al-Hafidz al-Muarrikh Shamsul al-Din Bin Thulun di dalam Dakhair al-Qasr m/s 69. Abu Hayyan al Andalusi (W 745 H) juga melakukan hal yang sama, sejak membaca pernyataan Ibnu Taimiyah dalam Kitab al ’Arsy yang berbunyi: “Sesungguhnya Allah duduk di atas Kursi dan telah meninggalkan tempat kosong di Kursi itu untuk mendudukkan Nabi Muhammad shallallahu ‘alayhi wasallam bersama-Nya”, beliau melaknat Ibnu Taimiyah sehinggalah beliau wafat. Abu Hayyan mengatakan: “Saya melihat sendiri hal itu dalam bukunya dan saya tahu betul tulisan tangannya". Semua ini dituturkan oleh Imam Abu Hayyan al Andalusi dalam tafsirnya yang berjudul An-Nahr al Maadd min al Bahr al Muhith..


Ibnu Taimiyah juga menuturkan iktiqodnya bahwa Allah duduk di atas ‘Arsy dalam beberapa kitabnya: Majmu’ al Fatawa, juz IV, hlm. 374, Syarh Hadits an-Nuzul, hlm. 66, Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah, juz I , hlm. 262. Keyakinan dan kepercayaan seperti ini jelas merupakan kekufuran. Ianya dikira sebagai kekufuran Tasybih; yakni menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya sebagaimana dijelaskan oleh para ulama Ahlus sunnah. Ini juga merupakan bukti bahwa pernyataan Ibnu Taimiyah Mutanaaqidh (Pernyataannya sering bertentangan antara satu dengan yang lain, wa al-Mubthil Mutanaaqidh). Bagaimana beliau boleh mengatakan –pada suatu ketika-bahawa Allah duduk di atas ‘Arsy dan - pada ketika yang lain-mengatakan Allah duduk di atas Kursi ?!, padahal kursi itu jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan ‘Arsy sebagaimana dijelaskan oleh hadith nabi sollallahu ‚alaihi wasallam... nauzubillah.

Imam al-Kauthari (Wakil Ulama' Utsmaniyyin) di dalam kitab “Maqalaat” m/s. 35 menyifatkan bahawa Ibn Taimiyah adalah seorang pengikut Ibn Malikan, ahli falsafah yahudi apabila beliau (Ibn Taimiyah) menisbahkan suara kepada Allah Subhanahu wa taala dan pendapatnya yang mengatakan bahawa menjelmanya benda-benda yang baharu pada zat Allah. Pada m/s. 241 pula, beliau mengkritik tindakan Ibn Taimiyah yang menuqilkan hasil-hasil penulisan al-Mujassimah ke dalam kitabnya. Manakala pada m/s. 242 beliau mengemukakan beberapa contoh nuqilan Ibn Taimiyah yg menunjukkan kepada aqidah al-Tasybih.

Setelah dikemukakan semua ini , sepatutnya tidaklah pantas terutama bagi orang yang mempunyai kedudukan di sisi masyarakat (ustaz, tok guru, qadhi, mufti, dan sebagainya) dan yang mempunyai pengikut untuk memuji Ibnu Taimiyah kerana jika ini dilakukan maka orang awam yang jahil akan mengikutinya dan mengambil kata-katanya. Ekoran daripada itulah akan muncul bahaya yang sangat besar. Kerana Ibnu Taimiyah adalah penyebab berlakunya wabak pengkafiran terhadap orang yang ber-tawassul, beristighatsah dengan Rasulullah dan para Nabi, pengkafiran terhadap orang yang berziarah ke makam Rasulullah, para Nabi serta para wali untuk ber-tabarruk. Padahal pengkafiran seperti ini belum pernah terjadi sebelum kemunculan Ibnu Taimiyah. Inilah antara bid’ah yang mula-mula dipelopori oleh ibn Taymiyah. Sementara itu, dewasa ini para pengikut Ibnu Taimiyah (wahhabi) juga mengkafirkan orang-orang yang ber-tawassul dan ber-istighatsah dengan para nabi dan orang-orang yang Soleh, bahkan mereka menamakan Syiekh ‘Alawi ibn Abbas al Maliki dengan nama Thaghut Bab as-Salam (ini bererti mereka mengkafirkan Sayyid ‘Alawi), kerana beliau -semoga Allah merahmatinya- mengajar di sana, di Bab as-Salam, al Masjid al Haram, Makkah al Mukarramah.

Jadi isu Ibn Taymiyah dan golongan mujassim wahabiyah bukanlah isu khilafiyah sebagaimana yang disangka-sangkakan. Kekufurannya pula amat jelas dan berbukti. Ini juga bukanlah suatu fitnah terhadapnya kerana kalam-kalam kufur Ibnu Taymiyah sememangnya sabit dalam kebanyakan kitab-kitab ulama'-ulama' dan dalam kitab-kitab beliau sendiri dan amat mustahil jika ada yang menyatakan kalam-kalam ibn taymiyah tidak sabit bahkan anak-anak muridnya juga menukilkannya di dalam kitab-kitab mereka...nantikan senarai ulama'-ulama' yang memfatwakan Ibn taimiyah sebagai mujassim, sesat, dan keluar dari landasan Islam...insyaallah.

Di Sediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany

( 0133005046)