Wednesday, April 16, 2008

Pengakuan Perisik Britain Hempher Siri 1


GAMBAR HIASAN

Hempher mengatakan:

Great Britain kami sangat luas.Matahari terbit diatas lautannya,dan kemudian terbenam kembali,dibwah lautannya.Negeri kami sangat lemah dibandingkan dengan kolonial(penjajah) di India ,China dan Timur Tengah.Negara ini bukan kesemuanya dalam jajahan kami.Walau bagaimanapun ,kami mempunyai polisi yang baik dan berjaya di tempat tersebut.Kami bakal merampas mereka tak lama lagi.2 perkara yang sangat penting:


1-Untuk cuba mengekalkan jajahan yang kami ada

2-Untuk merampas jajahan yang tidak kami punyai sekarang


Kementerian Penjajahan telah melantik satu suruhanjaya dari setiap jajahan untuk melaksanakan 2 perkara tersebut.Setelah aku memasuki kementerian penjajahan,menteri telah meletakkan kepercayaanya dan melantik aku menjadi pentadbir Syarikat Hindia Timur.Kononnya sebagai syarikat perniagaan.Tetapi tugas sebenarnya adalah untuk merampas tanah India yang sangat luas.


Kerajaan kami tidak semuanya takut tentang India.India adalah sebuah negara yang mempunyai ramai imigran,bertutur bahasa berbeza, dan mempunyai ideologi yang berbeza beza.Tidak juga kami takut dengan China. Agama yang dominan di China ialah Buddha dan Confucius,dan ianya bukan satu ancaman. Kedua dua agama tersebut adalah agama yang mati,ianya tidak ada kepentingan dalam kehidupan dan tidak lebih dari nama. Untuk sebab ini,penduduk yang menetap dinegara ini sebenarnya sukar untuk melihat mereka mempunyai semangat patriotsm.Kedua dua negara ini tidak membimbangkan kerajaan kami, kerajaan British.Untuk itu kami telah menghasilkan pelan jangka panjang untuk memecahbelahkan ,melalaikan,memiskinkan dan juga menyebarkan penyakit di 2 negara ini. Kami meniru kebudayaan dan tradisi dari 2 negara tersebut ,dengan itu mengelakkan dari tipu helah kami terdedah.

Apa yang menakutkan kami adalah negara negara Islam. Kami telah membuat beberapa perjanjian. Semuanya untuk menyebalahi kami,dengan "Orang sakit"(Kerajaan Bani Uthmaniyah). Ahli yang berpengalaman dari kementerian penjajahan meramalkan kerajaan ini akan mati dalam masa kurang dari satu abad.Tambahan, kami telah membuat perjanjian rahsia dengan kerajaan Iran dan meletakkan 2 pemimpin negara ini yang telah menjadi barua kami.Korupsi seperti rasuah, pentadbiran yang tidak teratur, kekurangan ajaran Agama, dengan ini menyebabkan mereka sibuk dengan wanita cantik dan seterusnya mengabaikan tanggungjawab, merosakkan tunjang negara ini. Disamping semua ini,kami sangat gusar jika aktiviti kami tidak membuahkan hasil yang diharapkan, untuk alasan di bawah:

1-Muslim sangat taat kepada Islam. Seseorang muslim juga sangat kuat berpegang kepada agamanya seperti paderi dengan agama kristiannya.Manusia yang paling berbahaya bagi mereka adalah seperti syiah di Iran. Mereka memandang rendah penganut Syiah dimana mereka adalah kafir dan orang yang bermasalah. Kristian adalah seperti najis pada kaum Syiah.Pernah sekali aku bertanya kepada seorang Syiah: Kenapa kamu kelihatan seperti seorang Kristian? Jawapan yang diberikan adalah seperti berikut:"Nabi umat Islam adalah seorang yang sangat pintar.Baginda meletakkan Kristian sebagai musuh untuk menyebabkan mereka mencari jalan bagaimana untuk memeluk Islam. Selain itu,ia adalah polisi negeri utnuk meletakkan seseorang dibawah bahaya permusuhan dalaman sehingga dia menjadi taat.Perkara bodoh ini yang aku cakapkan ini bukan dasar kebendaan. Ia termasuk Sunni dan puak kafir.Tambahan pula ,Magian Iran kuno adalah adalah salah menurut Syiah"

Aku berkata kepadanya:" Baik,Sunni dan Kristian mempercayai Allah,Nabi dan juga Hari Akhirat juga ,kenapa juga ianya sesat? Dia menjawab"Mereka sesat kerana 2 perkara mereka menuduh Nabi Kami Nabi Muhammad melakukan Perkara yang salah. Semoga Allah melindungi kami dari perbuatan tersebut!(1)Dan kami untuk respon kepada tuduhan jahat ini ,ikutlah hukumyang telah menyatkan jika ada seseorang menyeksa kamu,kamu boleh menyeksanya kembali sebagai balasan dan katakan kepada mereka' kamu sesat'. Keduanya Kristian membuat kenyataan yang salah dan berbahaya tentang Nabi Allah. Seperti contoh ,mereka menyatakan: Isa(jesus)alaihisalam mengambil minuman keras. Kerana dia telah disumpah,dia telah disalib."

Dalam kegusaran, aku menyatakan kristian tidak menyatakan sedemikian."Ya mereka melakukannya" sebagai jawapan ,"dan kamu tak tahu,ianya telah ditulis dalam kitab injil." Aku menjadi senyap ketika. Lelaki tersebut adalh benar dalam perkara yang aku setuju,dalam perkara pertama . Aku tidak mahu melanjutkan lagi. Kalau tidak mereka akan curiga dengan aku yang memakai pakain Islam.Untuk itu aku mengelakkan sebarang sebarang perbalahan.


2-Islam pernah menjadi agama yang berkuasa penuh ke atas umatnya.Muslim juga dihormati(pada ketika itu). Sangat sukar untuk memberitahu mereka bahawa mereka adalah hamba sekarang. Tidak mungkin juga untuk memalsukan sejarah Islam dan mengatakan kepada Muslaim:Penghormatan yang kamu dapati pada satu masa adalah hasil daripada beberapa perkara.Perkara itu sudah berlalu sekarang,dan ianya takkan berlaku kembali.


3-Kami sangat gusar jika kerjaan Uthmaniyah dan Iran menghidu rancangan kami .Walaupun 2 negeri ini telah dilemahkan secara teruk,kami tidak berasa yakin kerana mereka mempunyai kerajaan pusat yang kaya ,senjata dan kekuasaan.


4-Kami tidak senang dengan ulama Islam.Ulama Istanbul danAl Azhar,Ulama Iraq dan Syria adalah batu halangan kami.Mereka adalah orang yang tidak akan tunduk kepada kami kerana mereka tidak akan terpengaruh dengan perkara duniawi dan mata mereka telah ditetapkan dengan janji Al Quran. Orang ramai mengikuti ulama. Juga sultan takut kepada mereka. Sunni tidak begitu berpegang teguh kepada ulama jika dibandingkan dengan syiah. Syiah pula tidak membaca kitab,mereka hanya mengikut ulama,dan tidak menghormati Sultan. Sunni pula membaca kitab,menghormati ulama dan Sultan.


Kami dengan itu telah menyediakan pelbagai mesyuarat. Setiap kali berakhir dengan jalan buntu.Laporan yang kami terima dari perisik sangat menghampakan,perbincangan masih lagi tiada hala tuju dan tidak pula memberi harapan.Untuk itu kami telah terlatih menjadi sabar dan menarik nafas panjang atas sesuatu perkara.

Menteri kami juga ,sebagai orang tertinggi dan beberapa orang pakar menghadiri perbincangan kami.Ada 20 kesemuanya. Perbincangan kami belangsung selama 3 jam dan sesi terakhir ditutup tanpa sebarang kata putus. Seorang paderi mengatakan"Jangan risau!Untuk Musa dan pengikutnya hanya mendapat kejayaan hanya setelah dizalimi yang bertahan selama 300 tahun.Sangat berharap ,dari dunia yang tidak dikenali,dia akan memerhati kita dan memberikan kita nasib yang baik untuk ' merampas' dari orang yang tidak mempercayai(dia maksudkan Muslimin),dari pusat mereka ,walaupun 300 tahun kemudian. Dengan kepercayaan yang kuat ,dan kesabaran jangka panjang, kita mestilah melindungi diri kita!. Untuk memperoleh kekuasaaan,kita mestilah memiliki semua media,mencuba semua cara. Kita mestilah menyebarkan Agama Kristian kepada orang Islam. Sangat bagus sekiranya kita dapat mencapai cita cita,walaupun setelah beberapa abad. Dari bapa bekerja untuk anak mereka(generasi)"


Satu perbincangan telah dilakukan,dan duta-duta dan orang kuat agama dari Russia dan Perancis dan juga Inggeris hadir.Aku sangat bertuah. Aku,juga hadir kerana aku sangat akrab dengan menteri. Dalam perbincangan,rancangan untuk memecahbelahkan orang Islam dan melalaikan mereka dari Islam dan mengkristiankan mereka seperti yang berlaku di Sepanyol dibincangkan.Akhirnya perbincangan berakhir tanpa sebarang hasil.Aku telah menulis kesemua perbincangan dalam bukuku"Ila Malakut-il-Masih."


Sangat sukar untuk mencabut akar yang sudah dipasak dalam ke bumi. Tetapi kami mesti melalui perkara sukar untuk mengatasinya.Agama Kristian datang untuk disebarkan. Nabi musa menjanjikan perkara ini.Kesemua perkara tersebut hilang,diambil alih oleh mereka yang tak sepatutnya(dia maksudkan orang Islam) yang mengikuti mereka.Kami memerhati dengan nikmat situasi yang bertukar secara menyeluruh. Hasil kepada usaha kuat dari kementerian kami dan kerajaan Kristian lain,orang Islam telah mula berkurangan. Kristian pula telah bertambah kuat. Ini adalah masanya untuk merampas kembali apa yang kami hilang berabad lamanya. Kerajaan Britain yang kuat telah memulakan usaha murni ini(memusnahkan Islam)...



bersambung.....



diterjemah oleh

jihadwahabi

jihadwahabi.blogspot.com



sumber:

http://www.hizmetbooks.org/British_Spy_Hempher/

No comments: