Monday, December 10, 2007

(Repost) DIALOG ALEXANDERWATHERN-MUJAHID

DIALOG ALEXANDERWATHERN-MUJAHID (masri)

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org

MUJAHID -masri (al-Ahkam.net):
Ttg pakaian- apakah pakaina tradisi islam..serban, jubah apa lagi...pakaian ini tak disyariatkan..yg disuruh menutup aurat, tidak berlebih-lebihan..tidak pernah rasululah suruh kita pakai serban, jubah dan lain2 pakaian arab.....pakaian itu menurut uruf selagi x bercanggah dgn syara'..ia tak termasuk dlm kategori bid'ah...

ALEXANDERWATHERN
(Posted: Fri Mar 11, 2005 12:07 am):
Betulkah Rasulullah tak pernah suruh?
Bagaimana dengan hadith-hadith tentang serban yang di antaranya:

“Berserbanlah, nescaya bertambah kesabaran kamu.”
(Thabrani)

“Berserbanlah kerana para malaikat itu memakai serban.”
(Thabrani)

“Hendaklah kamu memakai serban dan labuhkanlah (hujungnya) ke belakang kerana sesungguhnya ia adalah tanda para malaikat."
(Thabrani & Baihaqi)
Serta banyak lagi hadith-hadith serban.

Kata orang, hadith-hadith tu kebanyakannya dhaif, malah ada yang palsu.

Jawapan:
Hadith berkenaan serban banyak. Sungguhpun setiap satunya dhaif, tetapi ia tetap mutawatir (disepakati ramai) dari segi BAIKNYA BERSERBAN.
Lagi pula, berkenaan BAIKNYA BERSERBAN itu sekurang-kurangnya ada juga hadith2 dhaif yang mutawatir dari segi maknawinya.
Tapi adakah sekurang-kurangnya hadith dhaif yang mengatakan pakai serban tak dak apa-apa?

Hairan jugak memikirkan, MENGAPA KITA LEBIH CENDERUNG MEMILIH untuk mengatakan yang serban tidak disuruh Nabi ALAUPUN TAK ADA WALAU SATU HADIS DHAIF mengatakan demikian, tetapi MENINGGALKAN berapa banyak hadith2 dhaif yang mutawatir dari segi maknawi tentang Nabi suruh berserban?

Mengapa kita tak pakai hukum yang “at least” ADA JUGAK HADIS DHAIF, tetapi pakai hukum yang TAK DAK HADIS LANGSUNG?

Takkanlah senang-senang kita nak berfatwa sendiri:
“tidak pernah rasululah suruh kita pakai serban, jubah dan lain2 pakaian arab.”

Dalam kitab2 usul fiqh sering dikeluarkan suatu kaedah berbunyi:
“Berkekalannya Nabi melakukan sesuatu perkara itu memahamkan keafdhalannya.”
Tentu kita faham, Rasulullah lebih banyak berserban daripada tidak berserban ketika di luar rumah. Ini menunjukkan suri teladan- kan ke pada diri Rasulullah tu telah ada suri teladan yang baik?

Oleh kerana Rasulullah selalu baca qunut, maka Imam Syafie mestikan qunut dalam solat Subuh, bahkan dikira dapat pahala. Tapi Imam yang lain kata tak mesti. Adakah Imam Syafie salah?
Maka saya tetap mengira serban adalah dicontohkan oleh Rasulullah agar diikuiti oleh umat Islam, dan memakainya mendapat ganjaran baik daripada Allah.

PENJELASAN:
Hairan kita memikirkan bagaimana MUJAHID boleh mengatakan yang Rasulullah TAK PERNAH suruh pakai serban!

* Untuk memahami kesunnahan serban, para pembaca boleh meneliti tulisan saya bertajuk CERAMA: SERBAN ABANG di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/topic7.html
Yang terdiri daripada 5 siri.

“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

No comments: