Tuesday, October 2, 2007

ASRI PERLEKEH & JAHIL HUKUM MURTAD

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/





Kata Asri:
"Di dalam sejarah Islam, DIDALAM HADIS TIDAK MENUNJUKKAN NABI BERTINDAK MEMBUNUH MEREKA (orang murtad). Ini MUNGKIN buleh dibuat suatu penilaian bahawasanya orang murtad ini adakah mesti dihukum mati ataupun menghukum mati orang yang murtad ialah tindakan pemerintah dengan PILIHANNYA iaitu takzir. Takzir ini : pemerintah samaada nak jatuhkan (bunuh si murtad) pun boleh, TAK NAK JATUHKAN PUN BOLEH. maka ada dalam islam aliran yang menganggap bahawasanya pahaman seperti Ibrahim An-Nakhai'e menganggap bahasawanya orang murtad selagi dia tidak menggungat kestabilan masyarakat Islam, tak mengisytiharkan murtadnya DIA TIDAK DIHUKUM MATI BAHKAN DIBIARKAN. Kerana Nabi pernah membiarkan (tidak bunuh) orang-orang yang menghina baginda PATUTNYA DIJATUHKAN HUKUMAN MATI....".

Kata Asri lagi:
Saya tidak mahu bincang panjang masaalah undang-undang murtad. Samaada jatuh hukuman mati ataupun tidak. Kalau kita kata mati pun tuan-tuan TAK BOLEH buat apa. tak mati pun dah memang dia tak mati dah...(ketawa ha ha ha)".



*Ulasan:
1- Asri tidak amanah langsung dalam menyampaikan Hadith Nabi khususnya perihal tidak membunuh orang murtad kerana 'illahnya dan sebabnya tertentu ketika itu. 'Illahnya ketika itu adalah agar orang ramai tidak menganggap nabi membunuh sahabat baginda dalam permulaan tajdid Islam oleh baginda. Bahkan Nabi tidak meninggalkan hukum bunuh terhadap orang yang menghina baginda dengan memerintah hukum bunuh terhadap lelaki tersebut dilakukan oleh Saidina Ali.

2- Penilaian Hadith nabi yang dibuat oleh Asri amat menyimpang kerana tiada kaitan dengan hukum takzir berdalilkan Nabi menyuruh Saidina Ali membunuh orang yang menghina Nabi tersebut. Kemudian takrifan Takzir oleh Asri amat tidak amanah dan menyimpang. Itu bukan takzir namanya, itu membebaskan orang murtad. Dimana fakta, ilmiah, amanah dan pemahaman ahli hadith?!!Adakah dengan menyimpangkan makna hukum takzir?!

3- Dimana hang petik kata-kata Ibrahim Nakha'ie itu wahai pengkhianat ilmiah?!
Nah! baca ini!:

Antara masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pengkaji dalam memahami hukum Islam berdasarkan tulisan-tulisan ulama silam. Mereka seolah-olah lemas dan karam dalam lautan `perselisihan ulama’, lalu mendakwa setiap orang bebas mengikuti mana-mana pendapat yang disukainya berdasarkan pertimbangan akalnya. Ini mereka lakukan tanpa menganalisis apakah yang diperselisihkan oleh ulama itu, apakah perselisihan pada sesuatu hukum wajib atau pada cara bagaimana hendak melaksanakan kewajipan itu, apakah sebab perselisihan itu berlaku, sama ada perselisihan pada pemahaman terhadap sesuatu nas atau disebabkan terdapat nas yang bertentangan.

Masalah `lemas dan karam’ ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya tidak menguasai bahasa asal (Arab) yang digunakan oleh ulama silam, tidak mempunyai asas yang kuat dalam bidang pengajian syariah kerana mungkin belajar dalam bidang yang berlainan atau tidak mempunyai asas langsung dalam pengajian Islam, tidak mencapai atau membaca sendiri apa yang diperkatakan atau ditulis oleh seseorang alim sebaliknya mengetahui pendapat seseorang alim itu berdasarkan cakap atau tulisan pihak kedua, ketiga atau keempat (merujuk rujukan sekunder dengan meninggalkan rujukan primer/ummahatul kutub), terpengaruh dengan idea dan metodologi pengkajian sekularis dan orientalis, tidak ikhlas mencari ilmu untuk mencapai kebenaran, ataupun sebab-sebab yang lain.

Marilah kita selidiki satu persatu kebenaran dakwaan kononnya Ibrahim al-Nakha`ie dan beberapa ulama lain itu berpendapat si murtad tidak wajib di bunuh. Sebelum itu, perlu ditegaskan sekali lagi bahawa hukuman bunuh ke atas si murtad yang mengisytiharkan kemurtadannya dan tidak kembali kepada Islam adalah satu hukuman yang disepakati oleh paling kurang generasi Sahabat kalaupun tidak seluruh ulama sepanjang zaman. Maka syarat “persepakatan seluruh ulama mujtahidin pada sesuatu zaman selepas kewafatan Nabi terhadap sesuatu hukum syar`ie” telah wujud sebelum wujudnya Ibrahim al-Nakha`ie dan beberapa orang ulama yang dikatakan berpendapat si murtad tidak wajib dibunuh. Ini kerana “persepakatan” itu telah berlaku di kalangan para Sahabat lagi tanpa diketahui walaupun seorang daripada mereka membantah tindakan Abu Bakar dan `Ali yang memerangi dan membunuh orang murtad.
Kesepakatan para Sahabat ini tidak boleh dibatalkan hanya sekadar ada riwayat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya mengatakan sebaliknya. Apatah lagi ianya hanyalah pendapat manusia yang boleh diterima atau ditolak berbanding dengan beberapa hadis sahih yang jelas lagi terang maksudnya. Apakah sekumpulan hadis sahih itu dicampakkan ke luar pagar hanya kerana ada pendapat beberapa ilmuan yang berkata sebaliknya?

Sesetengah ulama meriwayatkan bahawa Ibrahim al-Nakha`ie (seorang Tabi`ie dari Iraq, meninggal pada tahun 95H) berkata, “orang murtad diminta bertaubat selama-lamanya”. Mereka memahami daripada kata-kata ini bahawa orang murtad tidak sekali-kali dibunuh, sebaliknya dipenjara dan diperintah bertaubat sehinggalah dia bertaubat atau mati dalam penjara. (Lihat Ibn Qudamah, al-Mughni 10/77; al-Nawawi, al-Majmu`, 19/230; al-`Ayni, al-Binayah Syarhu al-Hidayah, 5/852; Ibn Hazm, al-Muhalla, 11/186; al-Syawkani, Naylu al-Awtor, 7/221; juga Dr. Muhd Mursi Ghunaym, Jarimah al-Riddah fi al-Fiqh al-Islami, 180).

`Abd al-Razzaq pula menyebutkan dalam kitab al-Musannafnya bahawa Sufyan al-Thawri telah meriwayatkan pendapat tersebut daripada al-Nakha`ie lalu berkata, “inilah yang kami pegang”. Oleh kerana itu, pendapat yang sama disandarkan kepada al-Thawri (`Abd al-Razzaq, al-Musannaf, 1/166; al-Nawawi, al-Majmu`, 19/230).

Sebenarnya, riwayat daripada al-Nakha`ie itu dipertikaikan kesahihannya kerana al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan dalam kitabnya Fathu al-Bari bahawa terdapat dua riwayat daripada al-Nakha`ie sebenarnya. Riwayat Sa`id bin Mansur dengan sanadnya bahawa al-Nakha`ie berkata, “Apabila seseorang lelaki atau wanita itu keluar daripada Islam, hendaklah keduanya diminta bertaubat. Jika bertaubat, mereka bebas, jika enggan, mereka dibunuh”. Manakala satu lagi ialah riwayat Ibn Abi Shaybah dengan sanadnya bahawa al-Nakha`ie berkata, “orang murtad tidak dibunuh”.
Ibn Hajar berkata, “riwayat yang pertama lebih kuat kerana salah seorang periwayat dalam sanad Ibn Abi Shaybah, iaitu Abu `Ubaydah adalah lemah dan meriwayatkan banyak percanggahan daripada al-Nakha`ie” (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fathu al-Bari, 12/280).

Jadi pendapat yang kuat dan sahih daripada al-Nakha`ie sebenarnya ialah sama dengan pendapat para ulama majoriti yang lain yang mengatakan si murtad wajib dibunuh bila enggan bertaubat. Setelah kita mengetahui pendapat yang kuat (rajih), maka wajiblah kita mengetepikan pendapat yang lemah (marjuh) kerana beramal dengan yang rajih itu adalah wajib. (Lihat tentang hal ini dalam al-Isnawi, Nihayah al-Sul, 3/156; al-Ghazzali, al-Mustasfa, 2/349, al-Amidi, al-Ihkam, 4/206).

Apatah lagi ada ulama yang menukilkan daripada al-Nakha`ie bahawa beliau berpendapat si murtad perempuan wajib dibunuh, iaitu sama dengan pendapat majoriti ulama (lihat Ibn Qudamah, al-Mughni, 10/74; Ibn Hajar, Fathu al-Bari, 12/280; al-`Ayni, al-Binayah, 5/854; Syeikh Abu Zahrah, al-`Uqubah, 173).

Jika al-Nakha`ie berkata perempuan murtad wajib dibunuh, amatlah tidak masuk akal si lelaki murtad tidak pula wajib dibunuh. Ini memperkuatkan lagi hujah bahawa riwayat yang mengatakan al-Nakha`ie berpendapat si murtad tidak dibunuh adalah riwayat yang lemah dan palsu.

Jika ditakdirkan riwayat tersebut adalah riwayat yang sahih daripada al-Nakha`ie sekalipun, namun perkataan “diminta bertaubat selama-lamanya” itu tidaklah hanya membawa makna si murtad tidak dibunuh sahaja, kerana mungkin ia bermaksud si murtad diminta bertaubat selagi ada harapan ia akan bertaubat walau selama mana pun. Bahkan inilah makna yang difahami oleh al-Thawri (al-`Ayni, al-Binayah fi Syarh al-Hidayah, 5/852) dan Sheikh Abu Zahrah dalam kitabnya al-`Uqubah (m.s: 176). Namun apa yang pasti riwayat itu adalah tidak sabit daripada al-Nakha`ie seperti ditegaskan oleh Ibn Hajar al-`Asqalani. Apatah lagi jika dibandingkan riwayat yang tidak pasti itu dengan sekumpulan hadis yang dipastikan kesahihannya daripada Nabi s.a.w. dan amalan Sahabat r.a.

Setelah terbukti riwayat yang mengatakan tidak wajib bunuh si murtad itu tidak sahih daripada al-Nakha`ie, maka gugurlah seluruh pegangan segelintir ulama yang dikatakan sependapat dengan al-Nakha`ie seperti Sufyan al-Thawri, Shamsuddin al-Sarakhsi dan Abu al-Walid al-Baji (walaupun tidak dinyatakan oleh puak penentang hukum murtad di mana kedua tokoh ulama yang terakhir ini berpendapat sedemikian). Ini kerana semua pendapat mereka itu hanyalah bersumberkan al-Nakha`ie(taqlid) tanpa nas atau dalil.
- Dari seorang sahabat.

* INI MENUNJUKKAN BAHAWA MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN TIDAK DETAIL DAN TIDAK AMANAH LANGSUNG DALAM MENERANGKAN SESUATU HUKUM SERTA JAHIL DALAM PERKARA YANG DIRINYA NAK BERSUARA JUGA SEBAB NAK POPULAR.

No comments: