Monday, June 4, 2007

KEMBARA DI NEGERI TERBIDAAH



KEMBARA DI NEGERI TERBIDAAH

APRIL 2020- Kami pertama kali berada di Negeri Terbidaah, negeri baru yang diwujudkan di atas Banjaran Titiwangsa. Pagi. Kami ke stadium utama Negeri Terbidaah. Ada program riadah pagi bersama Dato’ Mufti Negeri Terbidaah. Terkebil-kebil mata kami melihat Dato’ Mufti yang telah tua bersama anak-anak buahnya bermain bolasepak dengan hanya berseluar pendek. Isteri-isteri kami langsung keluar stadium, tidak sanggup melihat adegan sebegitu.

Selepas tamat permainan, kami tanyakan salah seorang pemain, mengapa pakai seluar pendek saja? Jawabnya ringkas, “Ana talfiq dengan ulama yang kata paha bukan aurat.” Kami terdiam, saling berpandangan. Kawanku Ghazali memberanikan diri mendekati Tok Mufti lalu bertanya soalan yang sama. Jawabnya, “Ana ada kesarjanaan dalam bidang ini. Ana dah saring sumber-sumber yang ada dan ana ijtihad paha bukan aurat.” Baru kami tahu, rupanya mufti Negeri Tersunnah seorang mujtahid, agaknya mujtahid mutlak yang setanding dengan imam-imam Mazhab. Syabas Negeri Terbidaah.
Tiba-tiba melintas pula salah seorang pemain yang seluarnya tak ubah seperti seluar dalam para perenang. Sebelum sempat kami bertanya, dia dah menjawab, “Semua orang kena ijtihad, semua orang boleh ijtihad. Pintu ijtihad tak pernah tertutup. Ijtihad ana, aurat yang wajib ditutup hanyalah aurat berat iaitu kemaluan depan dan belakang. Selain itu harus dipertontonkan.”
Terbeliak mata Syafie, Ghazali, Haitami, Ansari dan aku sendiri. Haitami dan Ansari yang masih awal remaja terketar-ketar perut mereka menahan ketawa.
Tak semena-mena seorang pemain lain menyampuk, “Betul kata kawan saya tu encik. Kalau nak tau, kami semua tak pakai “spenda” sebab zaman Nabi mana ada spenda. Bidaah semua tu.”
Apa lagi… kami punya “control” daripada tergelak besar tak tahulah nak kata.

Habis riadah ada jamuan. Semua orang boleh makan. Isteri Syafie tiba-tiba berlari ke tepi lalu termuntah. Isteri Ghazali tolong urut belakangnya. Kami berkejar menyelidik apa punca. Rupa-rupanya ada hidangan katak goreng. Baunya memang menyelerakan. Ghazali cuba nak bertanya kepada peniaga, tapi dengan pantas aku menahannya.
Setelah kami agak jauh, baru aku bersuara, “Li, jawapan dia tak lain talfiq, atau ijtihad atau yang sewaktu dengannya. Tak kan kau tak tahu ada ulama dulu yang halalkan makan katak.”
Haitami dan Ansari berani pergi lebih dekat. Mereka berpeluang melihat Tok Mufti memamah katak goreng dengan lahapnya. “Sila, sila,” kata Tok Mufti.

Kami terjumpa sekumpulan muallaf di stadium itu. Mereka amat mesra. Kami saling berkenalan. Yang pertama berketurunan India namanya Abdul Rahman bin Balasundram. Yang kedua keturunan Cina namanya Mohd Asri bin Yap Man Kee. Haitami dan Ansari ketawa terbahak-bahak mendengar perkataan “Man Kee” yang seakan-akan “monkey”. Yang ketiga keturunan Indian Inca bernama Kamal bin Akupunggung. Tawa Haitami dan Ansari pecah meletup sampai terduduk. Kami pun turut tertawa kecil. Kalau tak ada orang, boleh jadi meletup juga tawa kami. Yang keempat keturunan orang asli bernama Salahuddin bin Penyet.
Yang kelima Iban… rupanya bukan Islam. Katanya dulu memang sudah Islam. Hari pertama dia Islam, dia hendak menggunakan nama Muhammad bin Abdullah. Pihak terbabit kata HARAM buat begitu kerana WAJIB guna nama bapa asal. Dia terpaksa guna nama Muhammad bin Jibaok. Setelah puas bertengkar, dia cancel mahu jadi Islam.
Katanya kepada kami, “You tengok le, fisrt day I nak jadi Muslim, I dikatakan sudah buat dosa dengan sengaja coz diorang kata wajib, bukan digalakkan guna nama bapa asal. I join Islam nak buat pahala, tup-tup baru nak masuk sudah dapat dosa. Pada I le, kalau this is Islam, it’s not a religion. You orang jangan kecil hati ha.”
Selama setengah jam juga kami cuba betulkan pandangannya dan syukur, dia mengucap dua kalimah syahadah ketika itu juga. Kami nasihatkan dia agar gunalah nama apa saja yang dia niatkan. Dalam kad pengenalan, itu nama yang pihak berkuasa beri, bukan pilihan kita. Itu bukan nama kita, sekadar nak penuhi undang-undang saja. Jadi diapun menggunakan nama Muhammad bin Abdullah walaupun dalam kad pengenalanya nanti akan tertera Muhammad bin Jibaok.

Kami lapar, nak makan. Singgah di deretan kedai Muslim, peniaga-peniaganya bertudung labuh. Tapi… dengan katak goreng, kodok belah belakang sumbat sambal nyior, labi-labi ke apa ke entah dibuat masak lemak cili api….akhirnya kami makan roti saja, beli di kedai runcit.

Selepas makan nak solat fardhu Zohor. Kami cadang nak cuba try test solat di masjid Cina di sebelah masjid jamek. Di sebelah masjid Cina itu rupanya ada pula masjid Jepun. Pening kami melihat situasi yang luarbiasa itu.
Haitami saja buat lawak dengan bertanya kepada salah seorang jemaah, “Masjid orang asli ada tak?” Jawabnya, “Ooo… masjid pribumi. Ada ada, di belakang masjid Jepun.”
Apalagi, meletup derai tawa budak-budak berdua tu. Kata isteri Ghazali, “Tak lama lagi diorang nak buat masjid untuk alien agaknya.”

Elok kami nak solat berjemaah, terperasan imamnya wanita. Aku terus pertikai. Para jemaah dengan wajah yang bengis membantah aku. Kata mereka, mereka talfiq dengan 3-4 orang ulama zaman dulu yang kata boleh berimamkan wanita. Si imam pula kata, “Ana dah saring hujah-hujah yang ada. Jadi ana ijtihad boleh wanita jadi imam lelaki. Kan Imam Syafie pun suruh umat Islam ijtihad!”
Terkedu kami. Kami ambil keputusan solat di bawah pokok tepi padang permainan saja. Nak solat di masjid orang asli nanti netah apa-apa lagi yang mereka talfiq dan mereka ijtihad.

Kami bergegas hendak pulang. Tiba-tiba aku dan Ghazali terperasan seorang pelajar perempuan sekolah ditarik oleh dua orang lelaki masuk ke dalam sebuah rumah. Pintu ditutup. Semasa pergelutan lagi baju gadis itu sudah terkoyak, di dalam rumah entah apalah yang berlaku.
Kebetulan lalu dua orang pegawai polis, kalau mereka menyamar… tak tahulah. Tapi pakaian memang pakaian polis. Kami laporkan kejadian itu dan bercadang untuk bertindak. Apa jawapan mereka?
“Encik, agama Islam tak benarkan kita mencari-cari kesalahan orang, lebih-lebih lagi di tempat tertutup.”
Isteri Ghazali melenting lalu menyumbu mereka berdua dengan pelbagai hujah. Memang garang juga zaujah Ghazali ni.
Kata mereka akhirnya, “Kalau puan masih berkelakuan begini, kami akan tangkap puan atas dakwaan mencetuskan huru-hara di tempat awam dan mengganggu anggota keselamatan.”.
Kali ini kami terkedu tahap maksima, melebihi tahap maksima. Mereka berlalu begitu sahaja. Mudahnya mereka melepaskan jenayah rogol.

Selang tak berapa lama, berhenti seorang pakcik tua yang berbasikal tua bergalang. Dengan takut- takut dia berkata, “Nak tau, kat kampung pakcik… pelacuran gadis-gadis bawah umur oleh mak bapak masing-masing … melambak-lambak. Tapi… bila kami repot… pihak berkuasa tak boleh buat apa-apa, sebab … depa buat dalam rumah tertutup. Nak serbu , nak intip … tak boleh… haram. Macam-macam adaaaaa….” Kata pakcik itu lalu terus berlalu.

Petang itu, kami pun pulang ke negeri kami dalam keadaan separuh bingung dengan pengalaman baru di negeri Terbidaah.

SUMBER
http://myalexanderwathern.freeph ... order=0&thold=0

1 comment:

Anonymous said...

Kalau dibaca puisi ni ,memang wahabi akan terasa la seperti tertembak batang hidung sendiri