Wednesday, June 27, 2007

Asri Hina Nabi!?

Asri Hina Nabi!?
Seperti biasa golongan yang sesat pasti gemar menghentam dan menyandarkan perkara yang tidak benar terhadap para ulama dan para ambiya'.

Kini Mohd Asri Zainul Abidin pula menyandarkan satu sifat yang tidak layak bagi para Nabi iaitu 'Nabi Ibrahim mencari-cari tuhan tetapi tidak berjumpa dan akhirnya baru ditemui tuhannya'.

Ini sandaran kepada Nabi yang tidak sepatutnya disampaikan kepada orang awam kerana ia membolehkan orang awam menganggap semua nabi kafir kemudian baru islam macam orang kafir lain yang masuk islam.

Bagaimana seorang yang sering mengaku sebagai Dr seperti Dr seanggakatannya Dr. Aminah Wadud tergamak menyatakan perkara yang tidak layak bagi nabi? subhanallah.
Bertaubatlah wahai asri anak zainul abidin!

Ketahuilah bahawa para nabi termasuk nabi Ibrahim tidak pernah menyembah selain Allah samaada sebelum kenabian dan sesudah kenabian mereka. Manakala riwayat dan pendapat yang mengatakan Nabi Ibrahim (ketika belum baligh dan kecil yang tidak dihukum muslim atau kafir)menyembah matahari dan bintang riwayat itu tidak sohih sama sekali dari Ibnu Abbas mahupun Saidina Ali.
Nabi Ibrahim bukannya tidak mengetahui bahawa Tuhannya adalah Allah bahkan baginda yakin dan tidak pernah pun mensyirikkan Allah.

Ketahuilah juga bahawa nabi Ibrahim tidak 'mencari-cari' Tuhannya iaitu Allah akan tetapi dalam surah Al-Anaam ayat 75-78 menceritakan bagaiman Nabi Ibrahim memerli kaumnya yang menyembah selain dari Allah. Perkataan 'Ini tuhanku' dalam ayat tersebut adalah ayat Istifham Inkari iaitu mengingkari bahawa matahari,bulan dan bintang bukan tuhan aku.

Kita umat islam tidak diharuskan kata nabi Ibrahim 'mencari-cari' tuhannya. bahkan hendaklah kita bersangka baik terhadap para Nabi sekiranya kita mencitai nabi dan bukannya memperlekeh-lekehkan Nabi dengan menyandarkan sifat yang tidak layak bagi nabi seperti yang dilakukan oleh asri anak pak bidin.
( jgn perlekehkan Nabi wahai asri krn mungkin anda pula diperlekekah secara BERFAKTA!)

nah...: Kenyataan Mohd Asri Zainul Abidin Kata Nabi Ibrahim Mencari-cari tuhan.

Dalam artikelnya:

Mengapa Insan Mencari Agama

Manusia Dan Agama


Sesiapa sahaja yang memiliki akal yang waras pasti akan mencari hakikat di sebalik kehidupan yang dirasai dan disaksikannya.

Jiwa insan yang sempurna tidak akan terhenti bertanya tentang rahsia kehidupan ini.

Allah telah menfitrahkan insan iaitu memberikan sifat di dalamnya jiwanya perasaan ingin mengetahui. Apatah lagi jika sesuatu itu berkait langsung dengan diri insan itu sendiri.
Berbagai perkara sering kita lihat dalam kehidupan ini, sebahagian daripadanya kita gagal memberikan jawapan yang tepat mengenainya jika tidak dibimbing oleh cahaya petunjuk yang sebenar.
Sebab itu jika diandaikan ada seorang bayi yang dihanyutkan air sehingga ke sebuah pulau yang tiada penghuni dari keturunan manusia.

Sekiranya dia ditakdirkan hidup sehingga dewasa dan akalnya tidak cacat pasti dia sering bertanya dalam dirinya bagaimana dia boleh wujud di alam ini atau hadir ke pulau tersebut. Sekalipun tanpa bimbingan agama dia tetap akan bertanya siapakah yang menjadikan dirinya dan alam yang dia lihat. Mengapa mesti dia hidup.

Perasaan dan jiwanya akan memberontak bertanya tentang hakikat diri. Sehingga akhirnya, jika jiwanya tidak dibimbing dengan hidayah tentu dia akan mengagak objek-objek tertentu yang dikagumi atau digeruninya sebagai punca pergantungan harapan atau dalam kata lain sebagai tuhan dalam kehidupannya.

Begitu bermulanya agama yang tidak dibimbing oleh wahyu sebenar.
Sebabnya ini adalah sifat yang sudah wujud dalam jiwa insan iaitu keinganan mengetahui rahsia alam sekaligus desakan jiwa untuk mencari tuhan.
Allah menggambarkan hal ini di dalam al-Quran melalui WATAK yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim
a.s.,

firman Allah dalam menceritakan kisah ini:
Maksudnya:
Dan demikian itu kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan kami yang terdapat di langit dan di bumi agar dia termasuk di dalam orang-orang yang yakin. Ketika malam telah menjadi gelap dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Ini adalah tuhanku". Tetapi apabila bintang itu hilang dia berkata aku tidak suka kapada yang lenyap". Kemudian apabila dia melihat bulan terbit dia berkata "Ini adalah tuhanku". Namun apabila bulan itu hilang dia berkata: "Sesungguhnya jika tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku tentu aku termasuk dalam golongan yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari terbit dia berkata, "Inilah tuhanku, ini lebih besar". Namun apabila matahari itu hilang, dia berkata "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu semua sekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada tuhan yang mencipta langit dan bumi dalam keadaan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukan termasuk dalam golongan yang mempersekutukan tuhan.
[Surah al-An`am ayat 75-79]
Demikian Al-Quran menggambarkan peribadi insan yang waras dan sempurnaan nilai keinsanannya iaitu senantiasa mencari tuhan yang sebenar. Jika insan tidak dibimbing oleh petunjuk dari tuhan yang sebanar maka pasti dia akan tersesat.

---------------



Semoga Allah memberi hidayah kepada mohd asri zainul abidin ini agar tidak menyandarkan penghinaan terhadap para nabi terutama kesyirikan dan kekufuran.

Tuesday, June 5, 2007

DIALOG KLASIK DENGAN KAUM SALAFI TUA

Sumber Petikan:
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org

DIALOG KLASIK DENGAN KAUM SALAFI TUA

Semua dialog ini berlaku pada awal tahun 2005. Ketika itu saya baru berjinak-jinak untuk mengambil berat permasalahan kaum Salafi Wahhabi. Pengetahuan, pemahaman dan kesedaran saya ketika itu tentulah belum sebaik hari ini.

Ok, mari kita “enjoyyyy”!


DIALOG ALEXANDERWATHERN-IBNU ZAIDI

IBNU ZAIDI (al-Ahkam.net)
(Posted: Wed Mar 09, 2005 3:24 pm ):

Cuba saudara ku berfikir sejenak bagaimana kah Islam yg tulin yg dibawa oleh Rasulullah saw ditokok sesuka hati oleh umat yg kemudian yang masing masing fikirkan ia baik...sehingga solat zohor yg 4 rakaat ditambah 8 rakaat bukankah nampak ia lebih baik.dipersilakan saudara melakukan...Puasa sebulan Ramadhan disambung kesyawal....lebih nampak Tawadduk.

ALEXANDERWATHERN
(Posted: Thu Mar 10, 2005 11:26 pm):

Bagus! Nampaknya Ibnu Zaidi telah ada suatu idea tentang apakah bidaah dhalalah yang sebenarnya. Bidaah dhalalah yang kononnya: 'Setiap bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu ke neraka," adalah perkara yang diperkatakan di atas - iaitu INOVASI KEPADA IBADAH YANG SUDAH TETAP... seperti solat Subuh TETAP 2 rakaat lalu ditambah jadi lebih atau dikurangkan- maka INILAH BIDAAH DHALALAH.
Puasa 30 hari ditambah jadi 32 hari atau sengaja bukak puasa lewat lepas Isya', padahal perkara tu sudah TETAP. maka inilah bidaah dhalalah.

Perkara yang tidak DITETAPKAN oleh syariat Islam macam tahlil, talkin, kenduri arwah, maulid dsb... tidak termasuk ke dalam bidaah dhalalah, tetapi BIDAAH HASANAH.

Kesimpulannya, diharap Ibnu Zaidi faham apa yang sedang diperbincangkan di sini- iaitu perkara ibadah yang TIDAK TETAP SAHAJA.

Boleh jadi juga selama hari ini Ibnu Zaidi TERSALAH FAHAM dalam konteks- apa jenis bidaah yang dipertahankan oleh aliran tua. Kami tidak pernah langsung pertahankan bidaah dhalalah iaitu inovasi kepada amalan yang sudah TETAP.
Harap tuan dapat perbetulkan persepsi ini.

PENERANGAN:

Banyak sekali golongan muda yang terkena jarum-jarum halus dan besar pelampau Wahabi/ Salafi memberikan contoh sebagaimana di atas.
Kononnya walaupun nampak baik, solat Zohor 4 rakaat tak boleh ditambah jadi 8 rakaat.
Kononnya walaupun nampak baik, puasa sebulan Ramadhan tak boleh disambung terus ke Syawal.
Dan lain-lain contoh seperti, walaupun nampak baik, ibadah Haji tak boleh dibuat setiap bulan.
Walaupun nampak baik, tapi tak boleh sengaja lewatkan bukak puasa sampai pukul 10 malam.

Apa ni???
Ini semua memang betul la bidaah dhalalah, sebab buat inovasi terhadap perkara yang telah TETAP. Kami pun tak buat bidaah dhalalah ini, kenapalah contoh-contoh sebegini yang diberi?
Adakah tahlil tu benda tetap? Adakah kenduri arwah tu benda tetap? Adakah Maulidurrasul benda tetap?

Kesimpulannya, dapatlah kita “detect” bahawa sebenarnya masih ramai pendokong fahaman ini yang TIDAK TAHU APA YANG MEREKA PERJUANGKAN selama hari ini.




DIALOG ALEXANDERWATHERN- AL HAKIM

ALEXANDERWATHERN:
Mengapa disusun aurad seperti al-Ma'thurat oleh Hassan al Banna? Kalau baik, tentu Rasulullah dah susun siap-siap.

AL HAKIM (sl-Ahkam.net):
saya rasa masalah pembukuan dan penyusunan ma'thurat bukan menjadi masalahnya,hal ini sama halnya dengan pengumpulan al-quran dan pembukuannya...apakah salah semua itu?...masalah sekarang ni ma'thurat adalah satu kumpulan amalan2 harian yg nabi lakukan,so bila nabi lakukan sesuatu perkara,maka ia menjadi sunnah yg harus untuk diikuti...dengan berlakunya peredaran masa,maka al ma'thurat diauaradkan supaya ia lebih senang untuk diamalkan oleh setiap umat islam...nabi sudah menunjukkan contohnya dan kita menyusun dan membukukan aurad ma'thurat untuk kemaslahan ummmat..dan ini bukanlah bidaah tercela kerana ia ada asalnya dari perbuatan nabi..bukan begitu? sekadar mengeluarkan pendapat.......

ALEXANDERWATHERN
(Posted: Thu Mar 10, 2005 11:35 pm ) :
Sama juga, bukan masalah tahlil arwah kerana hal itu sama juga dengan penyusunan Al-Ma’thurat. Bolehkah kita kata Ma’thurat itu bidaah dhalalah kerana tiada di zaman Nabi? Kalau melihat kepada nama besarnya iaitu Ma’thurat- memang lah tak ada. Tapi yang sepatutnya dilihat adalah himpunan isi kandungannya.

Maka bolehkah kita katakan tahlil arwah itu bidaah dhalalah kerana ia tiada di zaman Nabi? Memanglah begitu kalau tengok NAMA BESARNYA setelah dihimpunkan iaitu tahlil arwah. Yang sepatutnya dilihat adalah isi kandungannya secara berasingan iaitu kenduri, bacaan Quran, zikir, doa dsb. Bukankah semuanya itu ada asalnya dari Rasulullah?

Dengan berlakunya peredaran masa, maka semua isi kandungan tahlil arwah itu disatukan suapaya ia lebih mudah dan seragam- untuk kemaslahatan umat.



DIALOG ALEXANDERWATHERN-MUJAHID

MUJAHID (al-Ahkam.net):
Ttg pakaian- apakah pakaina tradisi islam..serban, jubah apa lagi...pakaian ini tak disyariatkan..yg disuruh menutup aurat, tidak berlebih-lebihan..tidak pernah rasululah suruh kita pakai serban, jubah dan lain2 pakaian arab.....pakaian itu menurut uruf selagi x bercanggah dgn syara'..ia tak termasuk dlm kategori bid'ah...

ALEXANDERWATHERN
(Posted: Fri Mar 11, 2005 12:07 am):
Betulkah Rasulullah tak pernah suruh?
Bagaimana dengan hadith-hadith tentang serban yang di antaranya:

“Berserbanlah, nescaya bertambah kesabaran kamu.”
(Thabrani)

“Berserbanlah kerana para malaikat itu memakai serban.”
(Thabrani)

“Hendaklah kamu memakai serban dan labuhkanlah (hujungnya) ke belakang kerana sesungguhnya ia adalah tanda para malaikat."
(Thabrani & Baihaqi)
Serta banyak lagi hadith-hadith serban.

Kata orang, hadith-hadith tu kebanyakannya dhaif, malah ada yang palsu.

Jawapan:
Hadith berkenaan serban banyak. Sungguhpun setiap satunya dhaif, tetapi ia tetap mutawatir (disepakati ramai) dari segi BAIKNYA BERSERBAN.
Lagi pula, berkenaan BAIKNYA BERSERBAN itu sekurang-kurangnya ada juga hadith2 dhaif yang mutawatir dari segi maknawinya.
Tapi adakah sekurang-kurangnya hadith dhaif yang mengatakan pakai serban tak dak apa-apa?

Hairan jugak memikirkan, MENGAPA KITA LEBIH CENDERUNG MEMILIH untuk mengatakan yang serban tidak disuruh Nabi ALAUPUN TAK ADA WALAU SATU HADIS DHAIF mengatakan demikian, tetapi MENINGGALKAN berapa banyak hadith2 dhaif yang mutawatir dari segi maknawi tentang Nabi suruh berserban?

Mengapa kita tak pakai hukum yang “at least” ADA JUGAK HADIS DHAIF, tetapi pakai hukum yang TAK DAK HADIS LANGSUNG?

Takkanlah senang-senang kita nak berfatwa sendiri:
“tidak pernah rasululah suruh kita pakai serban, jubah dan lain2 pakaian arab.”

Dalam kitab2 usul fiqh sering dikeluarkan suatu kaedah berbunyi:
“Berkekalannya Nabi melakukan sesuatu perkara itu memahamkan keafdhalannya.”
Tentu kita faham, Rasulullah lebih banyak berserban daripada tidak berserban ketika di luar rumah. Ini menunjukkan suri teladan- kan ke pada diri Rasulullah tu telah ada suri teladan yang baik?

Oleh kerana Rasulullah selalu baca qunut, maka Imam Syafie mestikan qunut dalam solat Subuh, bahkan dikira dapat pahala. Tapi Imam yang lain kata tak mesti. Adakah Imam Syafie salah?
Maka saya tetap mengira serban adalah dicontohkan oleh Rasulullah agar diikuiti oleh umat Islam, dan memakainya mendapat ganjaran baik daripada Allah.

PENJELASAN:
Hairan kita memikirkan bagaimana MUJAHID boleh mengatakan yang Rasulullah TAK PERNAH suruh pakai serban!

* Untuk memahami kesunnahan serban, para pembaca boleh meneliti tulisan saya bertajuk CERAMA: SERBAN ABANG di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/topic7.html
Yang terdiri daripada 5 siri.

“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

Monday, June 4, 2007

Esok Masih Wahabi…

Tablighster said...

Esok Masih Wahabi…

Wahai Pak Wahabi,
Kelmarin kau kafirkan Ibnu Arabi
Semalam kau kafirkan Al-Ghazali
Hari kau kafirkan An-Nawawi
Esok kau kafirkan Al-Asqalani
Tulat kau kafirkan Basymil Al-Wahabi
Ketulat kau kafirkan Sheikh Al-Bani
Berulat kau kafirkan Bilal Phillip Al-Jamaiki

Wahai Pak Wahabi,
Kelmarin kau kafirkan teman seislammu
Semalam kau kafirkan jiran tetangga miskinmu
Hari ini kau kafirkan anak isterimu
Esok kau kafirkan ayah ibumu
Tulat kau kafirkan Rasulmu
Ketulat kau kafirkan Tuhanmu
Berulat kau kafirkan dirimu

Wahai Pak Wahabi,
Rumah kata pergi, kubur kata mari
Islam kata pergi, Kristian diajak menari
Sunnah kata pergi, Zionis jemput mari
Iman kata pergi, murtad makin disayangi
Ihsan kata pergi, nafsu jadi sebati
Syurga kata pergi, Neraka sudah menanti
Islam kata pergi, Wahabi agama hari ini

Salam Jihad Daripada,

Tablighster

KEMBARA DI NEGERI TERBIDAAH



KEMBARA DI NEGERI TERBIDAAH

APRIL 2020- Kami pertama kali berada di Negeri Terbidaah, negeri baru yang diwujudkan di atas Banjaran Titiwangsa. Pagi. Kami ke stadium utama Negeri Terbidaah. Ada program riadah pagi bersama Dato’ Mufti Negeri Terbidaah. Terkebil-kebil mata kami melihat Dato’ Mufti yang telah tua bersama anak-anak buahnya bermain bolasepak dengan hanya berseluar pendek. Isteri-isteri kami langsung keluar stadium, tidak sanggup melihat adegan sebegitu.

Selepas tamat permainan, kami tanyakan salah seorang pemain, mengapa pakai seluar pendek saja? Jawabnya ringkas, “Ana talfiq dengan ulama yang kata paha bukan aurat.” Kami terdiam, saling berpandangan. Kawanku Ghazali memberanikan diri mendekati Tok Mufti lalu bertanya soalan yang sama. Jawabnya, “Ana ada kesarjanaan dalam bidang ini. Ana dah saring sumber-sumber yang ada dan ana ijtihad paha bukan aurat.” Baru kami tahu, rupanya mufti Negeri Tersunnah seorang mujtahid, agaknya mujtahid mutlak yang setanding dengan imam-imam Mazhab. Syabas Negeri Terbidaah.
Tiba-tiba melintas pula salah seorang pemain yang seluarnya tak ubah seperti seluar dalam para perenang. Sebelum sempat kami bertanya, dia dah menjawab, “Semua orang kena ijtihad, semua orang boleh ijtihad. Pintu ijtihad tak pernah tertutup. Ijtihad ana, aurat yang wajib ditutup hanyalah aurat berat iaitu kemaluan depan dan belakang. Selain itu harus dipertontonkan.”
Terbeliak mata Syafie, Ghazali, Haitami, Ansari dan aku sendiri. Haitami dan Ansari yang masih awal remaja terketar-ketar perut mereka menahan ketawa.
Tak semena-mena seorang pemain lain menyampuk, “Betul kata kawan saya tu encik. Kalau nak tau, kami semua tak pakai “spenda” sebab zaman Nabi mana ada spenda. Bidaah semua tu.”
Apa lagi… kami punya “control” daripada tergelak besar tak tahulah nak kata.

Habis riadah ada jamuan. Semua orang boleh makan. Isteri Syafie tiba-tiba berlari ke tepi lalu termuntah. Isteri Ghazali tolong urut belakangnya. Kami berkejar menyelidik apa punca. Rupa-rupanya ada hidangan katak goreng. Baunya memang menyelerakan. Ghazali cuba nak bertanya kepada peniaga, tapi dengan pantas aku menahannya.
Setelah kami agak jauh, baru aku bersuara, “Li, jawapan dia tak lain talfiq, atau ijtihad atau yang sewaktu dengannya. Tak kan kau tak tahu ada ulama dulu yang halalkan makan katak.”
Haitami dan Ansari berani pergi lebih dekat. Mereka berpeluang melihat Tok Mufti memamah katak goreng dengan lahapnya. “Sila, sila,” kata Tok Mufti.

Kami terjumpa sekumpulan muallaf di stadium itu. Mereka amat mesra. Kami saling berkenalan. Yang pertama berketurunan India namanya Abdul Rahman bin Balasundram. Yang kedua keturunan Cina namanya Mohd Asri bin Yap Man Kee. Haitami dan Ansari ketawa terbahak-bahak mendengar perkataan “Man Kee” yang seakan-akan “monkey”. Yang ketiga keturunan Indian Inca bernama Kamal bin Akupunggung. Tawa Haitami dan Ansari pecah meletup sampai terduduk. Kami pun turut tertawa kecil. Kalau tak ada orang, boleh jadi meletup juga tawa kami. Yang keempat keturunan orang asli bernama Salahuddin bin Penyet.
Yang kelima Iban… rupanya bukan Islam. Katanya dulu memang sudah Islam. Hari pertama dia Islam, dia hendak menggunakan nama Muhammad bin Abdullah. Pihak terbabit kata HARAM buat begitu kerana WAJIB guna nama bapa asal. Dia terpaksa guna nama Muhammad bin Jibaok. Setelah puas bertengkar, dia cancel mahu jadi Islam.
Katanya kepada kami, “You tengok le, fisrt day I nak jadi Muslim, I dikatakan sudah buat dosa dengan sengaja coz diorang kata wajib, bukan digalakkan guna nama bapa asal. I join Islam nak buat pahala, tup-tup baru nak masuk sudah dapat dosa. Pada I le, kalau this is Islam, it’s not a religion. You orang jangan kecil hati ha.”
Selama setengah jam juga kami cuba betulkan pandangannya dan syukur, dia mengucap dua kalimah syahadah ketika itu juga. Kami nasihatkan dia agar gunalah nama apa saja yang dia niatkan. Dalam kad pengenalan, itu nama yang pihak berkuasa beri, bukan pilihan kita. Itu bukan nama kita, sekadar nak penuhi undang-undang saja. Jadi diapun menggunakan nama Muhammad bin Abdullah walaupun dalam kad pengenalanya nanti akan tertera Muhammad bin Jibaok.

Kami lapar, nak makan. Singgah di deretan kedai Muslim, peniaga-peniaganya bertudung labuh. Tapi… dengan katak goreng, kodok belah belakang sumbat sambal nyior, labi-labi ke apa ke entah dibuat masak lemak cili api….akhirnya kami makan roti saja, beli di kedai runcit.

Selepas makan nak solat fardhu Zohor. Kami cadang nak cuba try test solat di masjid Cina di sebelah masjid jamek. Di sebelah masjid Cina itu rupanya ada pula masjid Jepun. Pening kami melihat situasi yang luarbiasa itu.
Haitami saja buat lawak dengan bertanya kepada salah seorang jemaah, “Masjid orang asli ada tak?” Jawabnya, “Ooo… masjid pribumi. Ada ada, di belakang masjid Jepun.”
Apalagi, meletup derai tawa budak-budak berdua tu. Kata isteri Ghazali, “Tak lama lagi diorang nak buat masjid untuk alien agaknya.”

Elok kami nak solat berjemaah, terperasan imamnya wanita. Aku terus pertikai. Para jemaah dengan wajah yang bengis membantah aku. Kata mereka, mereka talfiq dengan 3-4 orang ulama zaman dulu yang kata boleh berimamkan wanita. Si imam pula kata, “Ana dah saring hujah-hujah yang ada. Jadi ana ijtihad boleh wanita jadi imam lelaki. Kan Imam Syafie pun suruh umat Islam ijtihad!”
Terkedu kami. Kami ambil keputusan solat di bawah pokok tepi padang permainan saja. Nak solat di masjid orang asli nanti netah apa-apa lagi yang mereka talfiq dan mereka ijtihad.

Kami bergegas hendak pulang. Tiba-tiba aku dan Ghazali terperasan seorang pelajar perempuan sekolah ditarik oleh dua orang lelaki masuk ke dalam sebuah rumah. Pintu ditutup. Semasa pergelutan lagi baju gadis itu sudah terkoyak, di dalam rumah entah apalah yang berlaku.
Kebetulan lalu dua orang pegawai polis, kalau mereka menyamar… tak tahulah. Tapi pakaian memang pakaian polis. Kami laporkan kejadian itu dan bercadang untuk bertindak. Apa jawapan mereka?
“Encik, agama Islam tak benarkan kita mencari-cari kesalahan orang, lebih-lebih lagi di tempat tertutup.”
Isteri Ghazali melenting lalu menyumbu mereka berdua dengan pelbagai hujah. Memang garang juga zaujah Ghazali ni.
Kata mereka akhirnya, “Kalau puan masih berkelakuan begini, kami akan tangkap puan atas dakwaan mencetuskan huru-hara di tempat awam dan mengganggu anggota keselamatan.”.
Kali ini kami terkedu tahap maksima, melebihi tahap maksima. Mereka berlalu begitu sahaja. Mudahnya mereka melepaskan jenayah rogol.

Selang tak berapa lama, berhenti seorang pakcik tua yang berbasikal tua bergalang. Dengan takut- takut dia berkata, “Nak tau, kat kampung pakcik… pelacuran gadis-gadis bawah umur oleh mak bapak masing-masing … melambak-lambak. Tapi… bila kami repot… pihak berkuasa tak boleh buat apa-apa, sebab … depa buat dalam rumah tertutup. Nak serbu , nak intip … tak boleh… haram. Macam-macam adaaaaa….” Kata pakcik itu lalu terus berlalu.

Petang itu, kami pun pulang ke negeri kami dalam keadaan separuh bingung dengan pengalaman baru di negeri Terbidaah.

SUMBER
http://myalexanderwathern.freeph ... order=0&thold=0

Lihat Salaf Bertelingkah dengan Salaf (Tipu je bang)

Lihat Rasul dahri(wahabi) memberikan komen kepada Wahabi Malaysia(Asri)