Tuesday, December 18, 2007
Kata Kata Ulama Nusantara "Allah tanpa Bertempat"
Syaikh Abdul Samad Al Palembangi (wafat 1206h) dalam kitabnya yang masyur iaitu Hidayah Al Salikin menyebut"Maha Suci Allah Taala daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat yang tertentu pada satu benua dan berpihak pada yang tertentu"
*Rujuk SyaikhAbdul Samad Al Palembangi :Hidayah Al Salikin halaman 17
2--Syaikh Abdul Kadir Al Mandili rahimahullah
Syaikh Abd Al Qadir bin Abd Mutallib Al Mandili ,salah seorang ulama melayu yang terkenal di Mekah dalam kitabnya Syarah Aqidah Thohawiyah yang berjudul ' Perisai Bagi Sekelian Mukallaf ' menyebut "Akan bahawasanya Allah Taala menjadikan Arasy dan Kursi dan lain keduanya kerana tiada berhajat padanya.
Rujuk Syaikh Abdul Kadir Al MAndili ,Perisai Bagi Sekelian Mukallaf ,HAlaman 90 MAtba`ah Al Anwar ,Mesir
3--Syaikh Daud bin Abdullah Al Fathani rahimahullah
Begitu juga dengan Syaikh Daud bin Abdullah Al Fathani (wafat (1265/1297H)
salah seorang ulama Melayu yang terbilang menyebut dalam kitabnya Al Jawahir Al Saniyah :
"Dan tiada Allah itu pada tempat dan tiada Dia diatas dan tiada Dia dibawah dan tiada Allah di kanan dan tiada di kiri dan tiada pada hadapan dan tiada di belakang kerana adalah sekaliannya melainkan jirim(jisim)
rujuk Syaikh Abdullah Al Fathani :Al Jawahir Al Saniah halaman 6,MAtba`ah Al Nahdi,Thailand
nota dari penulis-
Penulis turut menyenaraikan ulama melayu nusantara bagi mebuktikan bahawa apayang dikatakan disini telah lama dinyatakan oleh ulama Melayu dahulu,selain itu penulis juga mahu membuktikan bahawa ilmu ulama melayu dahulu bukanlah seperti yang disangka oleh sestengah pihak .Pihak pihak ini sering mendakwa bahawa dengan mempelajari kitab kitab tua ini ,ilmu kita tidak akan sampai kemana .Bagi mereke(wahabi) mempelajari kitab2 tua itu berfikiran beku dan jumud!Semoga Allah meredhai Ulama Nusantara ini dngan ilmu ilmu mereka.
Rujukan :
Allah Wujud Tanpa Bertempat
(I`ktikad Ahl Sunnah Sejati)
Ustaz Abdullah Mustaqim
jihadwahabi.blogspot.com
Terima Kasih untuk Abu Lehyah atas sumber yang menarik
Sunday, December 16, 2007
Pelajar ekonomi UIAM mengkafirkan Al Hafiz Ibn Hajar?(Repost)
Assalamualaikum.
Al Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani atau nama sebenarnya Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Ahmad Syihabuddin Abu Al Fadl Masyhur dengan nama Ibn Hajar Al Misri bermazhab Asyafii dari segi akidah pula berakidah AhluSunnahWal Jamaah ( Asya`irah) lahir pada 12 Syaaban 773H dan wafat tahun 852H.
Beliau adalah seorang yang zuhud banyak berpuasa dan beribadat ,menghafal Quran pada umurnya 9 tahun dan kemudian menghafal kitab Al Umdah dan banyak lagi.Beliau mempunyai jasa yang amat besar dalam dunia Islam.Beliau seorang muhaddits al hafiz ,faqih dan mengetahui ilmu2 dalam semua cabang hadis dan ilmu Islam yang lain.
Semua orang pada zamannya mengakui kehebatannya sebagai seorang yang kuat hafalannya dan dihormati oleh lawan dan kawan.Telah banyak kitab yang dikarangnya dan tersebar luas dipelusuk dunia.Diantara kitab yang dikarangnya ialah FAthul Bari ,Syarah Sahih Al Bukhari,Al Issobah fittamyis Al Assahabah 5 jilid,Adduraru Alkaminah 5 jilid dan banyak lagi.
Saya terpanggil untuk memberikan komen tentang isu seorang pelajar ekonomi UIAM yang mengatakan Ulama Muktabar seperti Al Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani (yang digelar sebagai amirul mukminin dalam bidang hadis) berakidah bukan dari rasul dan para sahabat di blognya .Sebelum itu ,saya sediakan screen shot dari tulisan Masri.(screenshot ini telah diberikan kepada saya dari seorang sahabat di UIA)
Dan yang ini pula diambil dari cbox beliau :
19 Sep 07, 07:23
masri: ttg ibn hajar, yup mmg diketahui beliau berakidah asyairah, kita menghormati beliau, bahkan kelimuan beliau xd tandingan zaman skrg, cuma dlm bab akidah, saya lebih merasa selamat utk ikut akidah
19 Sep 07, 07:23
masri: para rasulullah,shbt, ulama2 salaf,. kesilapan seorg mujtahid adalah dimaafkan sebgmana ijtihad2 mrk di dalam feqh
19 Sep 07, 07:24
masri: buku2 ibn taimiyyah menimbun di library, utk tahu pegangan ibn taimiyyah baca shj buku2 beliau, dan kita nilai sndiri adakah ia bertentgn dgn akidah yg nabi saw bawa. jika x, utk apa ibn taimiyyah
19 Sep 07, 07:27
masri: lgpun, jika ibn taimiyyah dikatakan bertaubat utk ikut ulama' sekelilingnya, maka kenapa pula dia dipenjara smp ke hujung hayat, bukankah taubatnya itu sudah mengikut kehendak ulama ramai wkt i2 n
19 Sep 07, 08:38
ariff.arifin: fiza: tidaklah mustahil untuk al-hafidz ibn hajr melakukan kesilapan.namun,tidaklah bermakna keilmuaan beliau terjejas.seperti yang telah dijelaskan oleh masri.Allahua'lam.
Jelas disini mafhumnya Masri telah mengatakan Al Hafiz Ibn HaJar Al Asqalani tidak berakidah seperti rasulullah, para sahabat,dan ulama salaf.Jika khilaf dalam perkara furu` kita semua faham kerana hanya bab ranting,dan kita semua maklum mazhab yang empat pun hanya berkhilaf dalam perkara furu`..Tetapi akidah Islam hanya satu sahaja-Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak ada akidah yang berbeza beza.Jika tidak berakidah seperti Rasulullah dan para sahabat maka berakidah seperti siapa lagi?Abu Jahal?Astaghfirullah.
Ini adalah satu fitnah yang berat apabila seorang pelajar ekonomi yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh(kemungkinan dia hanya bertaqlid dengan seseorang) sudah berani mengkafirkan Ibn Hajar.Inilah akibat daripada terpengaruh dengan ajaran sesat wahabi walaupun dia tidak mengaku sebagai wahabi.
*sila rujuk
http://jihadwahabi.blogspot.com/2007/02/wahhabi-turut-mengkafirkan-imam-nawawi.html
Dalam tulisannya itu beliau juga mengatakan Al Hafiz Ibn Hajar telah melakukan kesilapan dan yang peliknya tidak ada satu dalil pun yang dikeluarkan dan ternyata beliau hanya menghukum mengikut hawa nafsunya tanpa berdalilkan dari hukum Syarak.Mengapa jadi begini ?Benarlah hadis nabi yang mengatakan pada akhir zaman nanti agama akan dipegang oleh mereka yang bukan ahlinya..Nauzubillah min zalik...
Subhanallah..ada jugak orang macam masri yang jahil cuba untuk mengkritik ulama yang muktabar.Padahal siapakah Masri itu jika dibandingkan dengan Al Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani?
Seperti langit dan bumi jaraknya .Kalaulah ini hasil daripada seorang mubtadi`,maka saya menyarankan supaya beliau berhenti menulis tentang agama Islam dan lebih baik menulis tentang Ekonomi dari merosakkan agama Islam yang mulia ini.Saya menasihatkan umat Islam yang terpengaruh dengannya supaya bertaubat dari NAJIS yang dibawa mubtadi' seperti ini.
Ya Allah ,lindungilah umat Muhammad dari kebathilan , kejahilan ,dan kekufuran...Wallahuyahdihilimayasha`
Imam AsSuyuti dan Imam Syafie Mengkafirkan Wahabi Mujassimah?
Akidah yang sohih ialah penentu sahnya ibadah kita.Perkara ini amat penting kerana akidah ialah perkara pokok yang perlu kita pelihara supaya tidak mudah mensyirikkan Allah atau menyamakan ianya dengan makhluk.
Ini berbeza dengan wahabi yang setiap hari membidaahkan serta mengkafirkan umat Islam kerana tidak berakidah seperti agama mereka.Sehinggakan ulama ulama Islam muktabar juga mereka kafirkan ,apatah lagi umat Islam .Ketahuilah bahawa akidah Asyairah adalah akidah Ahl sunnah wal Jamaah yang menjadi pegangan sebahagian besar umat Islam didunia.
Ingatlah bahawa apabila kita menetapkan tempat duduk bagi Allah serta menetapkan anggota baginya adalah digolongkan dalam golongan mujassimah.Perkara ini amat serius kerana mereka (wahabi) akan juga memesongkan umat Islam yang lain.Kali ini saya nukilkan bukti dari kitab imam Assuyuti yang mengkafirkan mereka yang berpegang kepada akidah Allah berjisim(bertempat)
Telah menukil imam suyuti dalam kitab Ashbah wa annazoir---
Terjemahan--"Berkata imam Syafii, tidak boleh mengkafirkan seseorang selagi mana ia ahl kiblat
Pertama-Sesuatu yang perlu kita kafirkan secara qatie sperti seseorang yang yang menuduh Aisyah RA berzina(qazaf)
dan orang yang ingkar akan ilmu juz`iyat.Dan orang yang ingkar tentang kembalinya jasad (al hasyarat/kiamat)
Dan golongan mujassimah dan orang yang berkata Alam ini tiada pencipta (atheis)...."
Jelas disini kita tahu bahwa hukum orang yang menjisimkan Allah itu sebenarnya terkeluar dari akidah Islam.Mengapa kita mahu perdebatkan hal ini lagi ?Hukum sudah jelas dihadapan mata.Terlalu banyak bukti ulama-ulama muktabar yang mengkafirkan akidah mujassimah.Tetapi wahabi-wahabi di Malaysia seperti Asri Zainal Abidin dan Rasul Dahri masih tetap dengan akidah ini dan terus menyesatkan umat Islam .Berdoalah semoga wahabi yang beriktiqad seperti ini diberi hidayah Islam oleh Allah.Amin
Wassalam
jihadwahabi.blogspot.com
kitab Ashbah Wa Annazoir,cetakan Darul Kutub al Ilmiyah beirut,Jilid ke 2 , muka surat 441.
(video&audio) MUFTI MESIR BUKA PEKUNG KESESATAN WAHHABI lagi...
http://www.abu-syafiq.blogspot.com/
DR. SYEIKH ALI JUM'AH ( MUFTI KERAJAAN MESIR ARABIAN ) BONGKAR PUNCA KESESATAN WAHHABI.
Mufti Mesir Dr. Ali Jum'ah telah berkali-kali mengingatkan orang muslim awam agar tidak mengikut ajaran Wahhabi yang sering mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam.
1- Dr. Syeikh Ali Jum'ah Mufti Mesir bongkar kesesatan dan menolak Wahhabi kerana kafirkan umat Islam dan JATUHKAN DAULAH ISLAMIAH:
* RUJUK TERJEMAHAN KENYATAAN MUFTI MESIR TERSEBUT DI: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/mufti-mesir-hentam-wahhabi.html
2- DR. ALI JUM'AH MUFTI MESIR BONGKAR PUNCA KESESATAN WAHHABI KINI BERPUNCA JAHIL AGAMA AMBIL ILMU TANPA BELAJAR CARA BETUL JUST KOREK KATA ALBANI, UTHAIMIEN, BINBAZ DAN LAIN-LAIN DARI JUHALAA ZAMAN KINI:
( video ) ULAMA AHLI SUNNAH DALAM KENANGAN SEJARAH ISLAM TERMULIA
http://www.abu-syafiq.blogspot.com/
* INILAH PAPARAN SEBAHAGIAN GAMBAR ULAMA-ULAMA ISLAM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEBENAR YANG TULEN BERAKIDAH SALAF \& SALAF YANG HAKIKI. ( ANTARANYA TUAN GURU KEPADA ABU SYAFIQ )
Names of these great scholars: (Starting at 2:45min)
Bismisllah
First one is Sheikh Ahmad Sayyadi
Sheikh Muhammad SAli al-Ansiy
Sheikh Muhammad al-Jisr as-Sayadi
Sheikh Muhammad Hashim ash-Sharif
Sheikh Omar as-Sayadiy
Sheikh Muhammad al-Barbir
Sheikh Hussayn as-Sabbah
Sheikh Husayn Bayham
Sheikh Khayrud-Deen an-Nahhas
Sheikh Ahmad al-Muqaddam
Sheikh Salih ^arafat a-Rifa^iy (at 4:24)
Sheikh Ibrahim al-Ahdab
Sheikh Isma^il al-Hafidh
Sheikh Ibhrahim al-Majdhoob
Sheikh Sa^id Tanburah
Sheikh ^Abdur-Rahman al-Hoot
then at 6:15 Sheikh Muhammad ^Uthman Sirajud-Deen an-Naqshabandiy
at 6:25 al-Muhaddith Badrud-Deen al-Hasaniy, he's a great waliy, he was in Syria, when sheikh Abdullah went to Syria, they started calling him "The successor of Sheikh Badrud-deen al-Hasaniy" because of his vast knowledge and piety.
Sheikh Ahmad ad-Daqr
Sheikh Suroor ar-Rifai^iy
Sheikh Ibrahim al-Ghalayiiniy
Sheikh Bakri ash-Shuwaykiy
Sheikh Muhammad Sa^id al-Hamzawaiy
7:55 Sheikh Abdul-Wahhab as-Salahiy
Mufti Sheikh Muhammad abul-Yusr ^Abideen (was in Syria, authored books refuting wahhabis)
Sheikh Muhammad salim al-Halawaniy
Then the renewer, sultan, Sheikh Abdullah al-Harariy al-Habashiy
Sheikh nizar (a pic with his funeral after he was assassinated by wahhabis)
Sheikh ^Abdullah al-Ghummariy (muhaddith of Morroco)
Abdul-^Aziz al-Ghummariy (his brother, also was a mufti, they praised sheikh Abdullah greatly)
at 9:26: Al-Habib Sheikh Abdul-Qadir al-Jaylaniy Bin Abi Bakr Bin ^Alawiy (very well known scholar)
then Omar al-Mukhtar who was a Mujahid in Libya
then Sheikh Muhammad bin ^ALi as-Sunusiy
then 3 sheikhs, on the right sheikh ^uthman sirajud-Deen
then a painting of Muhammad al-Fatih who conquered Constantinople.
Those scholars were I think of the last century, except for Sultan Muhammad al-Fatih (he died about 800 years ago) or so. He was maturidiy in creed.
(Bukti Rakaman Video) WAHHABI KATA: "ALLAH ADA MULUT DAN TELINGA"
http://www.abu-syafiq.blogspot.com/
WAHHABI BERAKIDAH KUFUR TAJSIM (MENJISIMKAN ALLAH) MENGATAKAN ALLAH ADA MULUT DAN TELINGA. WAHHABI JUGA MENDAKWA KONONNYA DALAM AL-QURAN ADA KATA ALLAH BERTELINGA DAN MEMPUNYAI MULUT. NA'UZUBILLAHI MIN HAZAL KUFRUN SYANI'.
Oleh: Abu Syafiq ( Hp: 006-012-2850578 )
Sungguh malang golongan Wahhabi di Malaysia yang membawa fahaman sebijik seperti akidah Yahudi yang menjisimkan Allah.
Aqidah Islam tidak pernah menetapkan sifat mulut dan telinga bagi Allah kerana ianya sifat makhluk dan Allah sendiri tidak pernah menyatakan demikian dalam Al-Quran mahupun Hadith Nabawi. Wallahi tidak pernah.
Perlu diketahui bahawa kesemua Wahhabi di Malaysia termasuk Muftary Mohd Asri Bin Abdul Talib dan website-website & blog-blog Wahhabi Malaysia berakidah tajsim antaranya mengatakan ALLAH ADA MULUT DAN ALLAH ADA TELINGA. Ini sebenarnya adalah akidah kufur bukan akidah Islam.
(Jika ada) Mana-mana jabatan atau individu atau sesiapa sahaja yang mempertikaikan & mengecam blog ini (abu-syafiq) kerana mendedahkan kesesatan Wahhabi secara berbukti. Nah! apa anda semua katakan pada Wahhabi yang berakidah ALLAH ADA MULUT & ALLAH ADA TELINGA. bukankah ini akidah Hindu, Yahudi dan kafir yang lain?!
MARI MENGKAJI WAHHABI
Rujuk rakaman video Wahhabi di: http://www.youtube.com/watch?v=FrHFDWMwWBQ
Lihat pada ramakan tersebut di minit 0000-47.
FOKUSKAN KENYATAAN WAHHABI :
" DALAM AL-QURAN CUKUP-CUKUP ALLAH CERITA ALLAH ADA TELINGA, ADA MULUT, ADA KAKI, ADA TANGAN, ADA MUKA, ADA MATA". (sambil menunjukkan pada anggota badannya sendiri).
Saya( Abu Syafiq) mengatakan:
Inilah pendustaan kepada Allah, kepada Rasul dan kepada Islam itu sendiri.
Dalam Al-Quran Allah tidak pernah mengatakan Dia ada mulut dan telinga. Ini belum dinilai kefahaman tajsim bila Wahhabi menetapkan Allah Bersifat Duduk, mata, kaki yang anggota dan jisim. Kerana Wahhabi telah pun menjisimkan Allah dengan mengatakan Allah itu adalah JISIM. Ini adalah kufur yang jelas seperti mana yang telah dihukum oleh Imam Syafie' dinukilkan oleh Imam Sayuti dalam Ashbah Wan Nazoir m/s 441.
Ketahuilah bahawa semua Wahhabi di Malaysia berakidah Allah adalah Jisim (anggota) dan apabila mereka menyandarkan sifat mulut dan telinga bagi Allah secara dusta mereka telah terkeluar dari Islam dan apabila mereka menyandarkan muka, jari, tangan, duduk bagi Allah mereka memahami ianya adalah anggota jisim. Ketahuilah demikian bukan akidah Islam. Sebab Nabi Muhammad tidak pernah menyatakan Allah itu Jisim anggota sepertimana akidah sesat Wahhabi.
*Akidah Islam tidak menetapkan telinga dan mulut bagi Allah. Apa!? hang ingat Allah ni mcm lembu kena penyakit kuku dan mulut telinga bernanah ke wahai Wahhabi?!! na'uzubillah.
Alhamdulillah Allah menyelamatkan kami dari akidah tajsim Wahhabi.
Semoga Allah memberi hidayah Islam kepada Wahhabi.
Tuesday, December 11, 2007
Bukti Bergambar Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah Yang Telah Dihancurkan Wahabi Laknatullah
Beberapa kejahatan wahabi yang telah menghancurkan rumah Nabi SAW dan Isteri tercinta Baginda,Sayyidah Khadijah yang merupakan peninggalan bersejarah yang semestinya dirawat dan dijaga dengan baik.Peninggalan seperti ini merupakan tempat2 penting yang menjadi tempat bagi anak cucu kita di generasi akan datang untuk mengenang nilai warisan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.Tetapi kini ianya dihancurkan bagi mengelakkan umat Islam mengenang kembali nabi Muhammad bin Abdullah sekaligus mempromosi nabi mereka muhamad ibn Abd Wahab.
Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun. Ini menjadi bukti sebenarnya WAHABI ingin menghancurkan semua sejarah umat Islam serta mengkafirkan Umat Islam.
Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as.
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.
Pada postingan selanjutnya, saya akan memaparkan foto-foto makam-makam ahlul bayt, para sahabat, dan istri-istri serta kerabat dekat Rasulullah Saw yang dibiarkan terlantar oleh Wahabi-Salafy. Insya Allah.
Catatan :
Sebagian besar gambar tersebut saya peroleh dari kitab : Ummul Mu’minin, Khadijah binti Khuwaylid, Sayyidah Fie Qalby al-Mushtafa karya DR. Muhammad Abduh Yamani yang telah diterjemahkan oleh penerbit Pustaka IIMaN dengan judul : Khadijah Drama Cinta Abadi sang Nabi. Penulis adalah bekas Menteri Penerangan Kerajaan Arab
Saudi.
petikan telah diolah dan diedit kpd bahasa Melayu dari
http://qitori.wordpress.com/2007/12/06/foto-foto-rumah-nabi-saw-dan-sayyidah-khadijah-yang-telah-dihancurkan-wahabi-salafy/
Monday, December 10, 2007
FATWA Baca AL-Quran Atas Kubur
http://abu-syafiq.blogspot.com/
FATWA HUKUM BACA AL-QURAN ATAS KUBUR DAN MENGHADIAHKAN PAHALA TERSEBUT KEPADA SI MATI MUSLIM.
Oleh: Abu Syafiq 006-012-2850578 ( HP TEL )
Sememangnya golongan Wahhabi yang jelas mengatakan ALlah itu adalah jisim yang duduk di atas Arasy sering kali membawa kacau bilau dalam agama Islam. Tujuan mereka tiada apa kecuali melihat Islam tulen itu hancur. Tetapi Allah masih menetapkan pejuang-pejuang Islam bangkit menghiris dan mematahkan hujjah golonagn Wahhabi yang menjisimkan Allah.
Disini saya ( abu syafiq ) nukilkan kenyataan Fatwa Syeikh Dr. ALi Jum'ah Mufti Mesir yang menyatakan fatwa hukum mengenai baca AL-Quran di atas kubur yang sememangnya tidak bercanggah dengan agama Islam bahkan digalakkan.
Bagi sesiapa yang mahukan dalil lebih mendalam bolehlah merujuk keseluruh fatwa pada buku Syeikh Dr. ALi Jum'ah tersebut yang berjudul AL-BAYAN LIMA YASGHULUL AZHAN.
FATWA: MUFTI MESIR DR. SYEIKH ALI JUM'AH.
SUMBER: KITAB HIMPUNAN FATWA BELIAU BERJUDUL " AL-BAYAN LIMA YASGHULUL AZHAN ".
SOALAN FATWA: APA HUKUM BACA AL-QURAN ATAS KUBUR?ADAKAH SAMPAI PAHALA KEPADANYA?.
FATWA:
"SEPAKAT ULAMA DAN IJMAK ULAMA ISLAM BAHAWA BACA AL-QURAN ATAS KUBUR TIDAK HARAM DAN TIDAK PULA BERDOSA PEMBUATNYA.
DAN TELAH MENJADI IJMAK PARA ULAMA ISLAM BAHAWA ISTIGHFAR, DOA, SEDEKAH DAN HAJI MEMBERI MANAFAAT KEPADA SI MAYAT MUSLIM DAN SAMPAI PAHALA KEPADANYA DAN MEMBACA AL-QURAN ATAS KUBUR ADALAH DIGALAKKAN".( sila rujuk kitab Fatwa tersebut yang telah discan di atas ).
Sila rujuk juga penentangan Mufti Mesir terhadap Wahhabi di:
http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/mufti-mesir-hentam-wahhabi.html
Disediakan oleh: www.abu-syafiq.blogspot.com
(Repost) DIALOG ALEXANDERWATHERN-MUJAHID
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org
MUJAHID -masri (al-Ahkam.net):
Ttg pakaian- apakah pakaina tradisi islam..serban, jubah apa lagi...pakaian ini tak disyariatkan..yg disuruh menutup aurat, tidak berlebih-lebihan..tidak pernah rasululah suruh kita pakai serban, jubah dan lain2 pakaian arab.....pakaian itu menurut uruf selagi x bercanggah dgn syara'..ia tak termasuk dlm kategori bid'ah...
ALEXANDERWATHERN
(Posted: Fri Mar 11, 2005 12:07 am):
Betulkah Rasulullah tak pernah suruh?
Bagaimana dengan hadith-hadith tentang serban yang di antaranya:
“Berserbanlah, nescaya bertambah kesabaran kamu.”
(Thabrani)
“Berserbanlah kerana para malaikat itu memakai serban.”
(Thabrani)
“Hendaklah kamu memakai serban dan labuhkanlah (hujungnya) ke belakang kerana sesungguhnya ia adalah tanda para malaikat."
(Thabrani & Baihaqi)
Serta banyak lagi hadith-hadith serban.
Kata orang, hadith-hadith tu kebanyakannya dhaif, malah ada yang palsu.
Jawapan:
Hadith berkenaan serban banyak. Sungguhpun setiap satunya dhaif, tetapi ia tetap mutawatir (disepakati ramai) dari segi BAIKNYA BERSERBAN.
Lagi pula, berkenaan BAIKNYA BERSERBAN itu sekurang-kurangnya ada juga hadith2 dhaif yang mutawatir dari segi maknawinya.
Tapi adakah sekurang-kurangnya hadith dhaif yang mengatakan pakai serban tak dak apa-apa?
Hairan jugak memikirkan, MENGAPA KITA LEBIH CENDERUNG MEMILIH untuk mengatakan yang serban tidak disuruh Nabi ALAUPUN TAK ADA WALAU SATU HADIS DHAIF mengatakan demikian, tetapi MENINGGALKAN berapa banyak hadith2 dhaif yang mutawatir dari segi maknawi tentang Nabi suruh berserban?
Mengapa kita tak pakai hukum yang “at least” ADA JUGAK HADIS DHAIF, tetapi pakai hukum yang TAK DAK HADIS LANGSUNG?
Takkanlah senang-senang kita nak berfatwa sendiri:
“tidak pernah rasululah suruh kita pakai serban, jubah dan lain2 pakaian arab.”
Dalam kitab2 usul fiqh sering dikeluarkan suatu kaedah berbunyi:
“Berkekalannya Nabi melakukan sesuatu perkara itu memahamkan keafdhalannya.”
Tentu kita faham, Rasulullah lebih banyak berserban daripada tidak berserban ketika di luar rumah. Ini menunjukkan suri teladan- kan ke pada diri Rasulullah tu telah ada suri teladan yang baik?
Oleh kerana Rasulullah selalu baca qunut, maka Imam Syafie mestikan qunut dalam solat Subuh, bahkan dikira dapat pahala. Tapi Imam yang lain kata tak mesti. Adakah Imam Syafie salah?
Maka saya tetap mengira serban adalah dicontohkan oleh Rasulullah agar diikuiti oleh umat Islam, dan memakainya mendapat ganjaran baik daripada Allah.
PENJELASAN:
Hairan kita memikirkan bagaimana MUJAHID boleh mengatakan yang Rasulullah TAK PERNAH suruh pakai serban!
* Untuk memahami kesunnahan serban, para pembaca boleh meneliti tulisan saya bertajuk CERAMA: SERBAN ABANG di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/topic7.html
Yang terdiri daripada 5 siri.
“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”
Saturday, December 8, 2007
yE yE maIN bOLING!
Sunday, November 18, 2007
Gurindam Geram
Rasul Dahri Rasul Tersesat,
Rasul Kahar pun sama bejat,
Mana taknya dikata jadi sesat,
Dikatanya Allah berjisim dan bertempat.
Negeri Sunnah ditukar nama,
negeri lain semua tak ikut Sunnah,
Habis semua hukum diubahnya,
Inilah negeri darul bidaah ranah
Mufti Termuda dalam Malaysia,
BErlagak hero dimata manusia,
Berbuka di hotel apa bercanggahnya?
Berkhalwat di hotel boleh pula?APADIA?
Bedul Wahab hero mereka,
Jangan diusik jangan di kata,
Nabi Muhammad nak letak kat mana?
Kalian tahu MAW inilah nabi mereka..
SAmar menyamar memang kerja biasa,
Setakat topeng salafi ,ahlusunnah memang biasa,
BAru2 ini menyamar di Blog Ahlusnnah pula,
Tak lain tak bukan memang angkara wahabi durjana,
Hari2 sibuk bertajdid jangan taksub mazhab,
Akulah bettul yang lain semua salah Mazhab,
Bila ditanya siapa nama penuh Imam 4 Mazhab,
Haram satu pun tak boleh jawab
Apparaa...
Ibnu Taimiah Bertaubat Dari Akidah Salah(DISERTAKAN DGN SCAN KITAB)
http://www.abu-syafiq.blogspot.com/
*INI MERUPAKAN ARTIKEL ULANGAN DITAMBAH DENGAN SCAN KITAB YANG MERUPAKAN BUKTI KUKUH OLEH TUAN BLOG ATAS KENYATAAN YANG DITULIS.SILA RUJUK ARTIKEL ASAL: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/07/ibnu-taimiah-bertaubat-dari-akidah.html
*TETAPI INI TIDAK MENOLAK PENTAKFIRAN ULAMA TERHADAP PEMBAWA AKIDAH TAJSIM. KERANA GOLONGAN MUJASSIMAH TERKENAL DENGAN AKIDAH YANG BERBOLAK-BALIK DAN AKIDAH YANG TIDAK TETAP DAN TIDAK TEGUH.HARAP FAHAM SECARA BENAR DAN TELITI.
Oleh: abu_syafiq As-Salafy (012-2850578)
Assalamu3alaykum
Ramai yang tidak mengkaji sejarah dan hanya menerima pendapat Ibnu Taimiah sekadar dari bacaan kitabnya sahaja tanpa merangkumkan fakta sejarah dan kebenaran dengan telus dan ikhlas.
Dari sebab itu mereka (seperti Wahhabiyah) sekadar berpegang dengan akidah salah yang termaktub dalam tulisan Ibnu Taimiah khususnya dalam permasaalahan usul akidah berkaitan kewujudan Allah dan pemahaman ayat " Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa".
Dalam masa yang sama mereka jahil tentang khabar dan berita sebenar berdasarkan sejarah yang diakui oleh ulama dizaman atau yang lebih hampir dengan Ibnu Taimiah yang sudah pasti lebih mengenali Ibnu Taimiah daripada kita dan Wahhabiyah.
Dengan kajian ini dapatlah kita memahami bahawa sebenarnya akidah Wahhabiyah antaranya :
1-Allah duduk di atas kursi.
2-Allah duduk dan berada di atas arasy.
3-Tempat bagi Allah adalah di atas arasy.
4-Berpegang dengan zohir(duduk) pada ayat "Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa".
5-Allah berada di langit.
6-Allah berada di tempat atas.
7-Allah bercakap dengan suara.
8-Allah turun naik dari tempat ke tempat
dan selainnya daripada akidah kufur sebenarnya Ibnu Taimiah telah bertaubat daripada akidah sesat tersebut dengan mengucap dua kalimah syahadah serta mengaku sebagai pengikut Asyairah dengan katanya "saya golongan Asy'ary".
(Malangnya Wahhabi mengkafirkan golongan Asyairah, lihat buktinya :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam.html).
Syeikhul Islam Imam Al-Hafiz As-Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolany yang hebat dalam ilmu hadith dan merupakan ulama hadith yang siqah dan pakar dalam segala ilmu hadith dan merupakan pengarang kitab syarah kepada Sohih Bukhari berjudul Fathul Bari beliau telah menyatakan kisah taubat Ibnu taimiah ini serta tidak menafikan kesahihannya dan ianya diakui olehnya sendiri dalam kitab beliau berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi 'ayan Al-Miaah As-Saminah yang disahihkan kewujudan kitabnya oleh ulama-ulama Wahhabi juga termasuk kanak-kanak Wahhabi di Malaysia ( Mohd Asri Zainul Abidin).
Kenyatan bertaubatnya Ibnu Taimiah dari akidah sesat tersebut juga telah dinyatakan oleh seorang ulama sezaman dengan Ibnu Taimiah iaitu Imam As-Syeikh Syihabud Din An-Nuwairy wafat 733H.
Ini penjelasannya :
Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi "ayan Al-Miaah As-Saminah cetakan 1414H Dar Al-Jiel juzuk 1 m/s 148
dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah juzuk 32 m/s 115-116 dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab nasnya:
وأما تقي الدين فإنه استمر في الجب بقلعة الجبل إلى أن وصل الأمير حسام الدين مهنا إلى الأبواب السلطانية في شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة ، فسأل السلطان في أمره وشفع فيه ، فأمر بإخراجه ، فأخرج في يوم الجمعة الثالث والعشرين من الشهر وأحضر إلى دار النيابة بقلعة الجبل ، وحصل بحث مع الفقهاء ، ثم اجتمع جماعة من أعيان العلماء ولم تحضره القضاة ، وذلك لمرض قاضي القضاة زين الدين المالكي ، ولم يحضر غيره من القضاة ، وحصل البحث ، وكتب خطه ووقع الإشهاد عليه وكتب بصورة المجلس مكتوب مضمونه : بسم الله الرحمن الرحيم شهد من يضع خطه آخره أنه لما عقد مجلس لتقي الدين أحمد بن تيمية الحراني الحنبلي بحضرة المقر الأشرف العالي المولوي الأميري الكبيري العالمي العادلي السيفي ملك الأمراء سلار الملكي الناصري نائب السلطنة المعظمة أسبغ الله ظله ، وحضر فيه جماعة من السادة العلماء الفضلاء أهل الفتيا بالديار المصرية بسبب ما نقل عنه ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على حقيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل الحق ، انتهى المجلس بعد أن جرت فيه مباحث معه ليرجع عن اعتقاده في ذلك ، إلى أن قال بحضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه ، وأشهد عليه بما كتب خطا وصورته : (( الحمد لله ، الذي أعتقده أن القرآن معنى قائم بذات الله ، وهو صفة من صفات ذاته القديمة الأزلية ، وهو غير مخلوق ، وليس بحرف ولا صوت ، كتبه أحمد بن تيمية . والذي أعتقده من قوله : ( الرحمن على العرش استوى ) أنه على ما قاله الجماعة ، أنه ليس على حقيقته وظاهره ، ولا أعلم كنه المراد منه ، بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، كتبه أحمد بن تيمية . والقول في النزول كالقول في الاستواء ، أقول فيه ما أقول فيه ، ولا أعلم كنه المراد به بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، وليس على حقيقته وظاهره ، كتبه أحمد بن تيمية ، وذلك في يوم الأحد خامس عشرين شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة )) هذا صورة ما كتبه بخطه ، وأشهد عليه أيضا أنه تاب إلى الله تعالى مما ينافي هذا الاعتقاد في المسائل الأربع المذكورة بخطه ، وتلفظ بالشهادتين المعظمتين ، وأشهد عليه بالطواعية والاختيار في ذلك كله بقلعة الجبل المحروسة من الديار المصرية حرسها الله تعالى بتاريخ يوم الأحد الخامس والعشرين من شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة ، وشهد عليه في هذا المحضر جماعة من الأعيان المقنتين والعدول ، وأفرج عنه واستقر بالقاهرة
Saya terjemahkan beberapa yang penting dari nas dan kenyataan tersebut:
1-
ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على حقيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل الحق
Terjemahannya: "Dan para ulama telah mendapati skrip yang telah ditulis oleh Ibnu Taimiah yang telahpun diakui akannya sebelum itu (akidah salah ibnu taimiah sebelum bertaubat) berkaitan dengan akidahnya bahawa Allah ta'ala berkata-kata dengan suara, dan Allah beristawa dengan erti yang hakiki (iaitu duduk) dan selain itu yang bertentangan dengan Ahl Haq (kebenaran)".
Saya mengatakan :
Ini adalah bukti dari para ulama islam di zaman Ibnu Taimiah bahawa dia berpegang dengan akidah yang salah sebelum bertaubat daripadanya antaranya Allah beristawa secara hakiki iaitu duduk.
Golongan Wahhabiyah sehingga ke hari ini masih berakidah dengan akidah yang salah ini iaitu menganggap bahawa Istiwa Allah adalah hakiki termasuk Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan istawa bermakna duduk cuma bagaimana bentuknya bagi Allah kita tak tahu. lihat dan dengar sendiri Asri sandarkan DUDUK bagi Allah di : http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/asri-menghidupkan-akidah-yahudi-allah.html .
Sedangkan ibnu Taimiah telah bertaubat dari akidah tersebut.
2-
قال بحضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه
Terjemahannya: " Telah berkata Ibnu Taimiah dengan kehadiran saksi para ulama: ' Saya golongan Asy'ary' dan mengangkat kitab Al-Asy'ariyah di atas kepalanya ( mengakuinya)".
Saya mengatakan :
Kepada Wahhabi yang mengkafirkan atau menghukum sesat terhadap Asya'irah, apakah mereka menghukum sesat juga terhadap Syeikhul islam mereka sendiri ini?!
Siapa lagi yang tinggal sebagai islam selepas syeikhul islam kamu pun kamu kafirkan dan sesatkan?! Ibnu Taimiah mengaku sebagai golongan Asy'ary malangnya Wahhabi mengkafirkan golongan Asya'ry pula, rujuk bukti Wahhabi kafirkan golongan As'y'ary :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam.html.
3-
والذي أعتقده من قوله : ( الرحمن على العرش استوى ) أنه على ما قاله الجماعة ، أنه ليس على حقيقته وظاهره ، ولا أعلم كنه المراد منه ، بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، كتبه أحمد بن تيمية
Terjemahan khot tulisan Ibnu Taimiah dihadapan para ulama islam ketika itu dan mereka semua menjadi saksi kenyataan Ibnu Taimiah :
" Dan yang aku berpegang mengenai firman Allah 'Ar-Rahman diatas Arasy istawa' adalah sepertimana berpegangnya jemaah ulama islam, sesungguhnya ayat tersebut bukan bererti hakikatnya(duduk) dan bukan atas zohirnya dan aku tidak mengetahui maksud sebenar-benarnya dari ayat tersebut bahkan tidak diketahui makna sebenr-benarnya dari ayat tersebut kecuali Allah.Telah menulis perkara ini oleh Ahmad Ibnu Taimiah".
Saya mengatakan:
Ibnu Taimiah telah bertaubat dan mengatakan ayat tersebut bukan atas zohirnya dan bukan atas hakikinya iaitu bukan bererti Allah duduk mahupun bertempat atas arash.
( Bukti Ibnu Taimiah pernah dahulunya berpegang dengan akidah salah: 'Allah Duduk'
sila rujuk: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/penjelasan1-allah-duduk-atas-arasy.html ).
Malangnya kesemua tok guru Wahhabi sehingga sekarang termasuk Al-Bani, Soleh Uthaimien, Bin Baz dan kesemuanya berpegang ayat tersebut secara zohirnya dan hakikatnya (duduk dan bertempat atas arasy). Lihat saja buku-buku mereka jelas menyatakan sedemikian.
Maka siapakah syeikhul islam sekarang ini disisi Wahhabiyah atau adakah syeikhul islam anda wahai Wahhabi telah kafir disebabkan taubatnya?!
4-
وأشهد عليه أيضا أنه تاب إلى الله تعالى مما ينافي هذا الاعتقاد في المسائل الأربع المذكورة بخطه ، وتلفظ بالشهادتين المعظمتين
Terjemahannya berkata Imam Nuwairy seperti yang dinyatakan juga oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany : " Dan aku antara saksi bahawa Ibnu Taimiah telah bertaubat kepada Allah daripada akidah yang salah pada empat masaalah akidah yang telah dinyatakan, dan Ibnu Taimiah telah mengucap dua kalimah syahadah(bertaubat daripada akidah yang salah pernah dia pegangi terdahulu)".
Saya mengatakan:
Ibnu Taimiah telah memeluk islam kembali dengan mengucap dua kalimah syahadah dan mengiktiraf akidahnya sebelum itu adalah salah dan kini akidah yang salahnya itu pula dipegang oleh golongan Wahhabiyah.
Maka bilakah pula golongan Wahhabiyah yang berpegang dengan akidah yang salah tersebut akan memluk agama islam semula seperti yang dilakukan oleh rujukan utama mereka yang mereka sendiri namakan sebagai Syeikhul Islam?!.
Jadikan qudwah dan ikutan Ibnu Taimiah dalam hal ini wahai Wahhabiyah!.
Ayuh! bertaubatlah sesungguhnya kebenaran itu lebih tinggi dari segala kebatilan. Pintu taubat masih terbuka bagi Wahhabi yang belum dicabut nyawa.
ULAMA-ULAMA YANG MENYATAKAN DAN MENYAKSIKAN KISAH TAUBATNYA IBNU TAIMIAH.
Selain Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi "ayan Al-Miaah As-Saminah cetakan 1414H Dar Al-Jiel juzuk 1 m/s 148
dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah juzuk 32 m/s 115-116 dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab yang menyatakan kisah taubat Ibnu Taimiah ramai lagi ulama islam yang menyaksikan dan menceritakan kisah pengakuan tersebut antaranya lagi :
-As-Syeikh Ibnu Al-Mu'allim wafat tahun 725H dalam kitab Najmul Muhtadi Wa Rojmul Mu'tadi cetakan Paris nom 638.
-As-Syeikh Ad-Dawadai wafat selepas 736H dalam kitab Kanzu Ad-Durar - Al0Jam'-239.
-As-Syeikh Taghry Bardy Al-Hanafi bermazhab Hanafiyah wafat 874H dalam Al-Minha As-Sofi m/s576 dan beliau juga menyatakn sepertimana yang dinyatakan nasnya oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya yang lain berjudul An-Nujum Az-Zahirah Al-Jami' 580.
Merekalah dan selain mereka telah menyatakan taubat Ibnu Taimiah daripada akidah Allah Duduk dan bertempat di atas arasy.
Kata-kata akhirku dalam penerangan kajian ringkas berfakta ini..
Wahai Wahhabiyah yang berakidah Allah Duduk di atas arasy. Itu adalah akidah kristian kafir dan yahudi laknat (Rujuk bukti :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/penjelasan1-allah-duduk-atas-arasy.html .
Berpeganglah dengan akidah salaf sebenar dan khalaf serta akidah ahli hadith yang di namakan sebagai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Allah tidak memerlukan kepada mana-mana makhlukNya termasuk tempat dilangit mahupun tempat di atas arasy.
Semoga Allah merahmati hambaNya yang benar-benar mencari kebenaran.
Wassalam.
* Saya mengharap komen diberikan atas artikel ini dengan syarat mestilah berfakta yang telus dan ilmiah bukan melulu dan bersemborono khususnya kepada mereka yang mengatakan ianya palsu.
Saturday, November 17, 2007
Galakan baca al-Quran di kubur
Oleh Hasliza Hassan
AMALAN membaca al-Quran di atas kubur adalah permasalahan ranting agama yang bersifat elektif untuk seseorang mukmin, bukan permasalahan tunjang yang mendasari iman dan Islam. Oleh itu, mengamalkannya dikira satu kebaikan, manakala meninggalkannya bukanlah satu kecelaan.
Perkara itu dijelaskan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain al-Ghari, supaya masyarakat tidak memberi tafsiran songsang hanya kerana mereka gagal menemui nas bahawa perbuatan itu dilakukan Rasulullah SAW.
Justeru, katanya, permasalahan furu’ atau cabang perlu difahami secara menyeluruh berserta dalil dan kaedah syariah yang jelas supaya sesuatu isu dirumus benar-benar menepati tuntutan syarak, selain mengelak daripada sikap fanatik serta melampau.
“Hukum syarak amat fleksibel dalam apa juga permasalahan. Maknanya, jika tidak ada hadis yang menunjukkan amalan itu dilakukan Rasulullah SAW, itu tidak bermakna ia menyalahi hukum kerana kita ada dalil lain.
“Tinjauan kita kepada isu membaca al-Quran di atas kubur menemukan beberapa dalil berkaitan yang dapat difahami serta dihayati dengan baik,” katanya.
Dalam masalah membaca al-Quran di atas kubur, katanya, ada banyak ayat al-Quran yang bersifat umum, tetapi boleh dijadikan panduan bagi menjawab persoalan apabila mafhum ayat itu dibincangkan serta diberi tafsiran lebih mendalam.
Contohnya, firman Allah bermaksud: “Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat keturunan mereka dalam keimanan, Kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka (di dalam syurga) dan Kami tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amalan mereka. Setiap manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” (Surah al-Tur, ayat 21)
Zamihan berkata, ayat itu bersifat umum, tetapi menjelaskan bahawa amalan mereka yang masih hidup dapat memberi manfaat kepada yang sudah mati seperti amalan puasa, wakaf, haji dan membaca al-Quran yang termasuk dalam sedekah.
Katanya, jika pahala amalan puasa dan haji yang dilaksanakan untuk orang meninggal dunia sampai, begitu juga pahala membaca al-Quran yang disedekahkan kepada ahli keluarga yang sudah meninggal dunia juga akan sampai kepada mereka.
“Ia bermakna diharuskan kita membaca al-Quran tidak kira di mana sama ada di rumah, pejabat, dalam kapal terbang atau di atas kubur sekalipun. Membaca di atas kubur suasananya lain sikit kerana ini akan membuatkan kita insaf, ingat kepada mati dan mensyukuri nikmat Allah,” katanya.
Imam Muslim meriwayatkan: “Setiap anggota tubuh kamu berpagi-pagian dengan sedekah ke atasnya. Setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh yang makruf adalah sedekah. Melarang yang mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diperoleh melalui dua rakaat solat pada waktu duha.” (Hadis riwayat Muslim)
Imam al-Qurtubi mengatakan: “Berdasarkan dalil inilah ulama menggalakkan menziarahi kubur kerana bacaan al-Quran itu bagaikan buah tangan untuk si mati yang dibawa oleh penziarah kubur.”
Sementara Imam Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari mengatakan: “Hadis ini memberi kita satu kefahaman bahawa bacaan al-Quran juga termasuk dalam erti kata sedekah berdasar syarak.”
Imam al-Thabrani meriwayatkan: “Menceritakan kepada kami al-Hussain bin Ishak al-Tustari, menceritakan kepada kami Ali bin Hajr, menceritakan kepada kami Mubasyir bin Ismail, menceritakan kepada kami Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya, berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid: “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah di sisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.”
Imam al-Haitsami dalam Majma al-Zawaid mengatakan bahawa rangkaian perawi ini terdiri daripada kalangan perawi yang siqah (dipercayai), manakala Imam al-Hakim membawa kesaksian hadis ini dalam kitabnya al-Mustadrak.
Zamihan berkata, membaca al-Quran di atas kubur ternyata bukan bid’ah yang sesat kerana ada nas yang membuktikan bahawa Ibn Umar dan Abu Khalid al-Lajlaj mendengar galakkan daripada Nabi SAW supaya dibacakan ayat suci al-Quran di tanah perkuburan.
Beliau berkata, sebenarnya hadis yang bertali arus dengan amalan membaca al-Quran di atas kubur masih banyak dan perbezaan pendapat di kalangan ulama adalah perkara biasa terutama dalam permasalahan cabang agama.
Oleh itu, katanya, apabila Rasulullah SAW tidak melakukan sesuatu perkara itu tidak bermakna ia salah dan tidak wajar ada pihak yang memberi hukuman melampau kerana Baginda juga tidak melakukan semua amalan yang diharuskan syarak.
“Namun, kita perlu mengambil pendekatan bijak dan bersikap sederhana ketika berinteraksi dengan keadaan ini. Hal ini penting supaya aktiviti kehidupan kita menepati tuntutan syarak dan merapatkan kita kepada takwa.
“Ia sekali gus mengelakkan kita daripada bersikap keras kepala terhadap amalan yang sudah sebati dalam masyarakat dan diperakui pihak yang mempunyai kuasa dalam bidang berkenaan. Sebenarnya isu klasik ini sudah ditangani ulama, tetapi masih ada pihak sengaja membangkitkannya,” katanya.
Katanya, perlu diingat bahawa amalan yang tidak dilakukan Rasulullah SAW dan generasi salaf tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan sesuatu amalan selagi tidak ada tegahan putus daripada nas syarak.
Friday, November 16, 2007
Ahli sunah larang ithbat tempat bagi Allah--utusan jumaat 16 nov
Ahli sunah larang ithbat tempat bagi Allah
(KISAH PERDEBATAN IMAM ABU HANIFAH DENGAN Yahudi)sekarang kat Malaysia ni pun berlaku kisah rasul yahudi yang hampir sama
SOALAN: Sekiranya ada seseorang bukan muslim bertanyakan saya di manakah Allah, apakah jawapan yang sesuai yang saya harus berikan kepada beliau?
JAWAPAN:
Ustaz nukilkan di sini dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.
Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.
Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.
“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.
Membantu guru
Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.
“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.
Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.
“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.
“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.
“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.
“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.
“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.
“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”
Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”
Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.
“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”
“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.
“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.
Tidak terfikir
Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”
“Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.
“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.
“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !”
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.
Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.
Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.
Sebarang soalan untuk ruangan Kemusykilan Agama boleh dihantar melalui e-mel ke agama@utusan.com.my atau ke Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
Faks: 03-9222 4967
Wednesday, November 14, 2007
BACAAN AL-QURAN DITANAH PERKUBURAN
http://bankwahabi.wordpress.com/
BACAAN AL-QURAN DITANAH PERKUBURAN
Oleh : Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari
Izinkan saya merujuk artikel HADIS PALSU MENYESATKAN MASYARAKAT oleh Dr Azwira Abd Aziz dari UKM yang disiarkan Utusan Malaysia, ruangan Agama-Mega, 5 November 2007. Saya pasti pandangan tersebut adalah pandangan peribadi. Ia bukannya satu pandangan rasmi Fakulti Pengajian Islam, UKM mahupun JAKIM. Sayangnya, pandangan beliau tidak cukup fakta, amat keras dan melampau. Para pembaca yang jujur diminta meneliti dahulu bait2 penghujahan Dr Azwira. Kemudian baru disusuli dengan hujjah saya. Jangan jadi penonton separuh masa kedua. Nanti tak tahu hujung pangkalnya. Terlebih dahulu, Minta ampun dan minta maaf..jika saya terikut-ikut dengan rentak Dr Azwira dalam penulisan ini.
REALITI PERMASALAHAN
Perlu disedari bahawa amalan membaca al-Qur’an di atas kubur merupakan permasalahan ranting agama. Ia bukannya permasalahan tunjang mendasari Iman dan Islam. Amalan ranting biasanya bersifat elektif bukannya subjek teras untuk seseorang mukmin. Oleh itu, mengamalkannya dikira satu kebaikan. Manakala meninggalkannya bukanlah satu kecelaan. Demikian betapa fleksibelnya hukum syarak dalam permasalahan ini.
SUSUNAN DALIL
Tinjauan permasalahan ini menemukan kita dengan beberapa dalil. Samada dari kitab Suci al-Qur’an mahupun al-Sunnah. Kekadang dalil berkaitan dapat difahami dan di hayati dengan baik. Kekadang ia gagal ditemui dan difahami. Lalu memanifestasi pelbagai tafsiran sonsang. Oleh itu, kita perlu memahami dalil secara jelas dengan sebaik-baiknya.
Dr Azwira jelas didapati gagal memahami hirarki dalil perundangan Islam. Sikit-sikit hadis, hadis, hadis…Macam dia tu perawi hadis, ulamak hadis, mahaguru hadis. Kenapa anda tidak merujuk al-Qur’an sebagai sumber utama.
Apabila kita membuka lembaran suci al-Qur’an didapati banyak ayat yang boleh dijadikan panduan bagi menjustifikasikan permasalahan ini. Antaranya :
1) Surah alThur ayat 21
2) Surah al-najm ayat 38 dan 39
3) Surah al-Baqarah ayat 261
4) Surah al-Kahf ayat 82
5) Surah al-A’raf ayat 204
6) Surah Surah al-Hasy ayat 10 DLL.
STATUS DALIL
Dalil syarak adakala bersifat qath’ie. Dan ada kalanya bersifat dzanni. Dalil Qath’ie adalah dalil yang jelas ketetapannya. Manakala dalil yang bersifat dzanni membuka ruang kepada ulamak untuk berijtihad. Justeru, perbezaan pendapat dikalangan ulamak adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi dalam permasalahan ranting agama. Namun, kita perlu mengambil pendekatan bijak dan bersikap sederhana ketika berinteraksi dengan situasi ini. Hal ini penting supaya aktiviti kehidupan kita menepati tuntutan syarak. Bahkan lebih akrab kepada taqwa. Sekaligus mengelakkan diri dari bersikap keras kepala terhadap amalan yang telah ‘diestablish’ para ulamak dan diperakui pihak berautoriti agama.
ANALISA FAKTA
Perlu diketahui secara insaf bahawa amalan membaca al-Qur’an di atas kubur berteraskan kepada dalil yang pelbagai. Adakalanya berstatus sahih, hasan, dhaif dan amat dhaif. Selain itu, kita juga yakin untuk menolak dari menggunakan hadis-hadis palsu. Antaranya ialah :
1. Imam Muslim meriwayatkan : “Setiap anggota tubuh kamu berpagi-pagian dengan sedekah ke atasnya. Setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh yang makruf adalah sedekah. Melarang yang mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diperolehi melalui dua rakaat solat di waktu dhuha.” (Muslim bin Hajjaj al-Neisaburi, Sahih Muslim, ed : Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi, t.th, Dar Ihya’ Thurath al-Arabi : Beirut, hlm 498 juz 1)
Imam al-Qurtubi mengatakan : “Berdasarkan dalil inilah para ulamak menggalakkan menziarahi kubur kerana bacaan al-Qur’an itu bagaikan buah tangan untuk si mati yang dibawa oleh penziarah kubur.”(al-Qurtubi, al-Tazkirah, Maktabah al-Iman : Mansurah, Mesir, hlm 74)
Imam Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari mengatakan : “Hadis ini memberi kita satu kefahaman bahawa bacaan al-Qur’an juga termasuk dalam erti kata sedekah menurut syarak.” (Abdullah bin al-Siddiq, Itqan al-Sun’ah fi Tahkik Makna al-Bid’ah, 1997, Maktabah al-Qaherah : Mesir, hlm 8)
2. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis tatkala Baginda SAW ditanyakan tentang solat qasar dalam suasana aman. Baginda SAW bersabda : “ Ia adalah sedekah yang disedekahkan oleh Allah kepada kamu. Maka terimalah sedekahnya.” (Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, hlm 478 juz 1)
Al-Qurtubi mengatakan : “Asal kepada bab ini ialah sedekah yang tidak ada pertikaian pendapat dikalangan ulamak. Sebagaimana pahala sedekah sampai kepada si mati maka begitu jugalah pahala membaca al-Qur’an sampai kepada si mati. Ini kerana semua itu termasuk dalam erti kata sedekah. Sedekah bukan terbatas kepada harta benda sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW ketika Baginda ditanyakan tentang solat qasar dalam keadaan aman.”
3. Imam al-Thabrani meriwayatkan : “Menceritakan kepada kami al-Hussain bin Ishak al-Tustari, menceritakan kepada kami Ali bin Hajr, menceritakan kepada kami Mubasyir bin Ismail, menceritakan kepada kami Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah : “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)
Imam al-Haitsami di dalam Majma’ al-Zawa’id hlm 44 juz 3 mengatakan bahawa rangkaian perawi ini terdiri dari kalangan perawi yang ditsiqahi (dipercayai). Manakala Imam al-Hakim membawa kesaksian hadis ini di dalam kitabnya al-Mustadrak hlm 512 juz 3 (al-Hakim, al-Mustadrak ‘Ala Sahihain, 1990, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah).
Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Talkhis al-Habir turut memperakui hadis ini. (al-Asqalani, Talkhis al-Habir, 1964, ed : Abdullah Hasyim al-Yamani, al-Madinah al-Munawwarah, hlm 130 juz 2). Juga tiada sebarang komentar dari Imam al-Zaila’ie di dalam Nusb al-Rayah hlm 302 juz 2.
Senario kesaksian ini juga turut dipersetujui oleh Sayyid Muhammad Alawi al-Makki di dalam kitabnya Hadaya al-Ahya’ Lil Amwaat (Hadiah Si Hidup Kepada Si Mati) hlm 57.
Pemerincian sanad hadis ini dibuat berdasarkan kepada beberapa pandangan para pengkritik hadis. Jika para pengkritik hadis bertauliah menerimanya..kenapa tidak dengan kita?
Hadis di atas secara jelas menaskan kepada kita bahawa Abu al-Lajlaj Abu Khalid (Seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Qur’an di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.
Ternyata amalan membaca ayat suci al-Qur’an di atas kubur bukanlah sesuatu bid’ah yang sesat. Bahkan ia diwarisi daripada Nabi SAW sendiri. Justeru, amalan ini merupakan satu sunnah yang terpuji.
4. Imam al-Baihaqi, al-Thabrani dan al-Hakim meriwayatkan dari Ibn Umar r.a berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAW : “Apabila salah seorang kamu meninggal dunia, jangan kamu menahan jenazahnya dan segeralah membawanya ke kubur. Bacalah disisi kepalanya Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah)-lafaz al-Baihaqi bunyi : “..permulaan surah al-Baqarah dan di sisi kakinya penutup surah al-Baqarah di kuburnya.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir m/s 44 juz 12, al-Baihaqi, Syuab al-Iman m/s 16 juz 7)
Imam al-Haitsami di dalam Majma’ al-Zawaid m/s 44 juz 3 mengatakan : “Hadis ini diriwayatkan oleh al-Thabrani di dalam Mu’jam al-Kabir. Padanya terdapat Yahya bin Abdullah al-Bablati. Dia merupakan seorang perawi yang lemah.” Seterusnya al-Haitsami mengintegrasikan sanad yang lemah ini dengan riwayat al-Baihaqi. Riwayat itu bersumberkan Abd Rahman bin al’-‘Ala bin al-Lajlaj yang diperakui kesahihannya.
Kedua-dua hadis ini secara jelas membuktikan kepada kita bahawa Ibn Umar dan Abu Khalid al-Lajlaj mendengar galakkan dari Nabi SAW agar dibacakan ayat-ayat suci al-Qur’an di tanah perkuburan.
Walaupun riwayat dari Thabrani ini bertaraf dhaif, namun ia dibantu dengan beberapa riwayat yang sahih dari Imam Muslim dan al-Baihaqi sebagaimana di atas.
Tambahan pula, Imam Ibn Hajr al-Asqalani mendakwa bahawa ia berstatus hasan (baik). (al-Asqalani, Fath al-Bari, 1379H, Dar al-Makrifah : Beirut, hlm 184 juz 3)
Manakala Imam al-Ajlouni ketika membentangkan hadis ini menyatakan bahawa hadis yang diriwayat al-Thabrani ini adalah marfuk. (al-Ajlouni, Kasyf al-Khafa’, 1405H, Muassasah al-Risalah : Beirut, cet 4, hlm 192 juz 1)
Al-Zurqani mengatakan : “Bahawa hadis : “Apabila seseorang kamu telah meninggal dunia jangan kamu menahannya..adalah diriwayatkan al-Thabrani dengan sanad-sanadnya yang hasan.” ( al-Zurqani, Syarh al-Zurqani, 1411H, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut, hlm 127 juz 2). Kehasanan hadis ini juga turut diperakui oleh al-Syaukani di dalam Subul al-Salam. (al-Syaukani, Subul al-Salam, 1379H, Dar Ihya’ Thurats al-Arabi : Beirut, Cet 4, hlm 106 juz 2)
Justeru, kedhaifan sanad pada riwayat al-Thabrani secara automatik ditampung dengan riwayat yang sahih dan dhaif yang lain. Himpunan jaluran sanad yang dhaif menjadikan ia bertaraf hasan sebagaimana diperakui ulamak. Justeru, situasi ini sedikitpun tidak mencacatkan penghujahan terhadap amalan membaca al-Qur’an di tanah perkuburan. Bahkan hujahnya kekal dalam kelasnya yang tersendiri.
5. Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasai’ie, al-Tirmidzi dan Ibn Majah meriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar bahawa Nabi SAW bersabda: “Hati al-Qur’an adalah Yaasin. Tidaklah dibaca surah itu oleh seseorang yang mengkehendaki Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan dosanya. Bacalah Yaasin kepada orang mati kamu.”
Hadis ini dipandang sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim. Ibn Hibban menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan orang mati di dalam hadis ini ialah orang yang hampir mati.. pendapat ini ditarjih oleh Ibn Qayyim dengan beberapa alasan yang diberikannya. Akan tetapi Ibn Rif’ah berpegang kepada zahir hadis di atas. Lantaran itu, beliau mengesahkan bahawa surah Yaasin boleh dibacakan kepada orang yang telah mati. Al-Syaukani pula berpendapat bahawa lafaz al-Mauta pada hakikatnya bermaksud orang yang telah mati. Dan maksud hakikat tidak boleh dipesongkan melainkan ada qarenahnya.
Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari berpendapat bahawa tidak menjadi halangan dibacakan al-Qur’an kepada orang yang hampir mati supaya dia dapat mentadabbur bacaan itu. Manakala tidak menjadi halangan dibacakan al-Qur’an kepada orang yang telah mati supaya seseorang itu mendapat manfaat pahalanya.” (al-Ghumari, Itqan al-Sun’ah, hlm 87 )
6. Imam al-Baihaqi meriwayatkan : “Menceritakan kepada kami Abu Abdullah al-Hafiz dari Abu al-Abbas bin Ya’qub dari al-Abbas bin Muhammad katanya : “Aku bertanya Yahya bin Ma’in tetang membaca al-Qur’an di atas kubur? Lalu beliau menjawab berdasarkan kepada riwayat Abd Rahman bin al-‘Ala bin al-Lajlaj daripada ayahnya dari Ibn Umar yang menggalakkan amalan sedemikian.”
Imam Ibn Hajr al-Asqalani di dalam Amali al-Azkar mengesahkan bahawa hadis ini bertaraf mauquf dan hasan.
Berdasarkan kepada keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Imam Yahya bin Ma’in (sarjana hadis yang mashyur) sendiri turut membenarkan amalan membaca al-Qur’an di atas kubur.
7. Imam Muslim meriwayatkan : “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kawasan perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah(Muslim, Sahih Muslim, no: 870, hlm 539 juz 1).
Imam al-Tirmidzi mengatakan : “Perkara yang dimaksudkan ‘Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti tanah perkuburan’ bermaksud jangan jadikan ia (rumah) sunyi dari berzikir dan melakukan ketaatan (kebaikan) sepertimana tanah perkuburan dan orang mati..” (al-Tirmidzi, Tuhfah al-Ahwazi, t.th, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut, hlm 146 juz 8)
Perintah hadis ini bersifat umum. Iaitu menggalakkan kita untuk membaca al-Qur’an di rumah atau di mana-mana sahaja kita berada. Asalkan bertunjangkan kepada niat, cara, tempat yang baik dan munasabah.
Kandungan hadis ini sama sekali tidak menjustifikasikan larangan membaca Al-Quran ditanah perkuburan. Ini kerana kebenaran membaca al-Qur’an di tanah perkuburan tsabit dengan pemerincian hadis-hadis di atas.
Oleh yang demikian, hadis yang bersifat umum tidak boleh digunakan hujjah untuk membatalkan galakkan yang bersifat khusus. Hal ini penting bagi mengelak percanggahan hadis.
Tambahan pula, galakkan Rasulullah SAW supaya kita membaca al-Qur’an khususnya surah al-Baqarah ternyata ada kelebihan tersendiri. Bacaan surah ini dapat menghalau syaitan dari bermastautin kerana penghuninya telah menghidupkan suasana rumah dengan ibadat.
Mafhum sebaliknya, jika kita tidak membaca al-Qur’an di tempat kediaman, maka jadilah tempat kediaman itu sunyi sepi bagaikan tanah perkuburan. Walaupun kediaman dihuni makhluk hidup tetapi suasana kediaman itu bagaikan dihuni orang mati apabila tidak diserikan dengan ibadat. Itulah yang dimaksudkan dengan ‘Jangan jadikan rumah kamu seperti tanah perkuburan.’
Berdasarkan keterangan ini bolehlah diandaikan bahawa hujjah Dr Azwira yang mendakwa ‘kekerapan mereka membaca al-Qur’an di kubur daripada rumah menyebabkan segala syaitan yang ada di kawasan itu berpindah ke kawasan perumahan umat Islam” amat kelakar. Dan layak diketawakan sahaja kerana ucapan seperti ini tidak sepatutnya dijadikan kiasan oleh seorang yang bergelar Doktor Falsafah dari Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini adalah contoh seni analogi yang fasid dan menyimpang dari kebenaran serta tidak diluahkan oleh orang-orang yang berakal.
Pembongkaran ilmiah ini juga menemukan hakikat bahawa Dr Azwira sendiri sebenarnya yang cuba memandai-mandai melarang umat Islam dari membaca al-Qur’an di tanah perkuburan. Secara tak langsung, Beliau memanifestasikan rekaan hadisnya: “Jangan membaca al-Qur’an di atas kubur, nanti Syaitan yang ada disitu akan datang ke kawasan perumahan kamu.” Renunglah wahai mereka yang mempunyai akal fikiran!
Sebenarnya, hadis-hadis yang bertali arus dengan amalan membaca al-Qur’an di atas kubur masih banyak, tetapi sengaja didatangkan beberapa hadis untuk disesuaikan dengan fokus perbincangan. Jika seseorang itu benar-benar celik hatinya dia pasti akan menerima hujjah dan kebenaran ini. Jika hatinya buta dan keras..hanya Allah sahaja yang mampu memberi hidayah.
PENDAPAT PARA ULAMAK
Sebenarnya isu klasik ini telah diselesaikan para ulamak dengan jayanya. Antaranya :
- Muhammad bin Ahmad al-Muruzi berkata : Aku mendengar Ahmad bin Hanbal berkata : “Apabila kamu masuk ke kubur, bacalah fatihah al-Kitab dan ayat Muawwizatain dan surah al-Ikhlas. Jadikanlah pahalanya untuk penghuni kubur itu kerana pahalanya itu sampai kepada mereka.”
- Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk : “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan : “Al-Syafi’ie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan : “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Qur’an. Mereka mengatakan : Jika mereka mengkhatamkan al-Qur’an kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah : Beirut, 1996, hlm 142 )
- Imam al-Zahabi di dalam Takzikah al-Huffaz ketika membicarakan biodata al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan : “Tatkala beliau meninggal dunia orang membacakan al-Qur’an di atas kuburnya dengan beberapa kali dikhatamkan.”
- Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata : “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Qur’an di kubur. Lalu beliau menjawab : “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya : “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Qur’an di sisinya.”
- Al-Khara’iti di dalam kitab al-Kubur menyebutkan : “Menjadi Sunnah kebiasaan ornag-orang ansar apabila mengusung mayat mereka membaca surah al-Baqarah.”
- Al-Qurtubi mengatakan : “Sebahagian ulamak kami mengemukakan dalil sampainya bacaan al-Qur’an ke pada si mati dengan hadis berkenaan pelepah tamar yang dibelah dua oleh Nabi SAW. Kemudian Baginda memacaknya satu di atas kubur orang ini dan satu lagi di atas kubur yang lain. Kemudian Baginda bersabda : “Mudah-mudahan ia dapat meringankan mereka berdua selagi kedua-duanya tidak kering.” Riwayat al-Syeikhain : Bukhari Kitab Wudhu 218 dan Muslim al-Thaharah 111/292)
Bagi saya, jika pacakan pelepah tamar yang basah dikubur boleh memberi manfaat kepada si mati, bagaimana pula halnya dengan bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an yang dihadiahkan kepada si mati.? Tentunya bacaan ayat suci itu lebih istimewa dari pelepah tamar berkenaan.” Cumanya perbuatan Baginda memacak pelepah tamar tersebut adalah salah satu dari kepelbagaian yang boleh membantu mereka yang telah meninggal dunia. Wallahu’alam.
- Ibn Qayyim (ketika membicarakan panjang lebar tentang sampainya pahala amalan-amalan yang dihadiahkan kepad si mati beserta dalilnya) mengatakan : “Adapun membaca al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati secar sukarela tanpa mengambil upah maka ia sampai kepada si mati sebagaimana pahala puasa dan haji…” (Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, al-Ruh, hlm 152-159)
- Imam Ibn al-Solah ketika menjawab penghujahan ayat 39 surah al-Najm mengatakan : “ Apa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah seseorang itu tidak mempunyai hak atau menadapat balasan melainkan apa yang diusahakannya. Ini tidak termasuk amalan yang dilakukan untuknya secara sukarela oleh orang lain seperti membaca al-Qur’an dan berdoa…”
- Syeikh Ibn Taimiyyah mengatakan : “Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa manusia tidak dapat mengambil manfaat kecuali dengan amalannya sahaja beerti dia telah melanggar ijmak. Pendapat itu terbatal dengan beberapa sudut…” Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang bacaan Al-Quran untuk mayat dan juga tentang tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat. Sampaikah pahalanya atau tidak? Maka beliau menjawab sebagaimana tersebut dalam kitab beliau;”Sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran dari keluarganya, Dan tasbih, takbir serta seluruh zikir mereka kepada Allah apabila mereka menghadiahkan pahalanya kepada mayat akan sampai pula kepadanya” (Ibn Taimiyyah al-Harrani, Majmu’Fataawa, jilid 24 hlm 324)
- Imam Ibn Muflih al-Hanbali di dalam al-Furu’ mengatakan : “Tidak dilarang untuk membaca al-Qur’an di atas kubur atau tanah perkuburan. Telah dinaskan ke atasnya oleh Abu Bakar, al-Qadhi dan sebahagian ulamak dan ia merupakan pandangan mazhab…” (Ibn Muflih al-Hanbali, al-Furu’, hlm 304 juz 2)
KESIMPULAN
1. Amalan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an di atas kubur merupakan salah satu dari permasalahan ranting agama. Galakkan ini bersumberkan dalil-dalil yang sahih, hasan dan dhaif.
2. AL-Qur’an al-Karim sepatutnya dijadikan dalil utama. Manakala sumber hadis dijadikan dalil sekunder dalam apa jua permasalahan umat Islam.
3. Himpunan dalil yang ada menjustifikasikan amalan ini sebagai amalan sunat. Ia dilihat sebagai amalan aksesori sahaja.
4. Kita perlu memahami permasalahan usul dan furu’ secara menyeluruh beserta dalil-dalil dan kaedah syariah yang jelas. Hal ini penting supaya sesuatu isu yang dirumus benar-benar menepati tuntutan syarak. Di samping boleh mengelakkan diri dari bersikap fanatik dan melampau.
5. Dr Azwira gagal membuktikan bahawa amalan membaca al-Qur’an di tanah perkuburan sebagi bidah yang sesat. Pendapat seperti ini sebenarnya tidak diperkatakan oleh ahli ilmu. Amat malang bagi seseorang yang mempunyai Doktor Falsafah menduduki kerusi pensyarah Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah tetapi jahil tentang kedua-dua. Bahkan terus keras kepala bila hujjah ini dilihat menandasi pandangannya. Beliau hanya bijak memanjangkan ketaksuban terhadap al-Baani semata-mata. Sehinggakan membutakan mata hati beliau bahawa dari menilai kebenaran jumhur ulamak. Justeru, pandangan kontroversi ala Wahhabi ini perlu di tolak.
SYOR DAN CADANGAN
1. Fakulti Pengajian Islam, sepatutnya tidak membenarkan pensyarahnya mempergunakan jenama UKM untuk melariskan idea individu tertentu. Terutama dalam mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan arus perdana.
2. JAKIM perlu membuat penyelarasan dengan pihak media agar isu-isu kontroversi agama tidak dibincangkan secara meluas dan emosional. Situasi ini dikhuatiri menyemarakkan perpecahan dikalangan umat Islam di Malaysia.
3. Perlu diingat bahawa amalan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan generasi Salaf tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan sesuatu amalan selagi tidak ada tegahan putus daripada nas syarak.
4. Para cendikiawan, profesional, pendakwah, pelajar Universiti sewajarnya sedar tentang aliran-aliran pemikiran yang tumbuh dalam persekitaran mereka. Jika anda mempunyai kekuatan, buatlah analisa secara sedar. Jika tidak, awasi dan jauhi diri anda dari pelbagai makhluk perosak zaman kini. Wallahu’lam.