Tuesday, October 7, 2008

MUFTARI WAHABI 'DIPECAT '?

nampaknya isu ini makin hangat apabila muftari biadab ini tidak lagi diterima oleh rakyat dan Raja Perlis sendiri . Atau mungkin juga salah laku menjijikkan Dr Asri semasa dahulu telah kantoi? Jelas sekali percubaan Dr Asri untuk menipu orang ramai. Selepas ini beliau akan melarikan diri ke luar negara .Kasihan, di Al ahkam pula segala perbincangan berkaitan Dr Asri tidak dibenarkan untuk dibincangkan kerana Admin drmaza.com tidak membenarkan segala perbincangan berkaitan dr Asri. Ada udang disebalik batu ke? atau sudah malu besar? rujuk sini


http://al-ghari.blogspot.com/

Kontrak Mufti Perlis ditamatkan

Gambar : Kelihatan Dr MAZA sedang dimake-up juru andam sebelum 'show'.

Waaauu..ada kelas gitu. Macam artis laa.



KANGAR 6 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan bertemu dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membincangkan kontraknya yang akan tamat bulan ini. Kata Mohd. Asri, beliau telah menghantar surat permohonan berkhidmat semula dengan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini sebelum menguruskan pemergian untuk membuat kajian di luar negara.


‘‘Saya telah maklumkan kepada USM untuk kembali berkhidmat dengan universiti itu dan akan berjumpa dengan Tuanku Raja Perlis dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai perkara ini. Surat kepada kerajaan negeri saya akan hantar kemudian. ‘‘Sepatutnya kontrak saya tamat pada 2009 tetapi disebabkan masalah tertentu membabitkan pengurusan, saya bercadang mengambil keputusan ini dan mungkin kontrak saya akan tamat dalam bulan ini (Oktober),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan khidmatnya sebagai Mufti Perlis akan ditamatkan. Mohd. Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib. Mohd. Asri yang berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengajian Hadis dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merupakan antara mufti termuda di negara ini. Beliau yang dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pernah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis sewaktu berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di USM. Sementara itu, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mengulas penamatan kontrak Mufti Perlis itu berkata, tindakan tersebut tidak menghormati keputusan kerajaan negeri terdahulu yang menyambung perkhidmatan Mohd. Asri sehingga tahun depan. Dipetik dari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm


Ulasan :

1) Elok juga ditamatkan kontraknya disebabkan provokasi Dr MAZA yang terlalu banyak kepada agensi agama, para ulamak dan individu yang tidak selari dengan pandangannya. Sekaligus mencacatkan kredibiliti Kerajaan Negeri Perlis dan rakyatnya.

2) Sekurang-kurangnya reda sedikit huru-hara dan kacau bilau pemikiran agama Umat Islam di negara kita ini. Namun, saya kira Dr MAZA akan tetap meneruskan doktrin ganjilnya (menentang pendekatan agama arus perdana) kerna beliau memang sengaja diproduksi untuk tujuan itu.

3) Bila kontraknya ditamatkan, Dr MAZA tidak perlu mengambil keputusan. Sepatutnya beliau patut berkata : Saya redha dengan ketentuan Allah SWT bahawa kontrak saya ditamatkan lebih awal dari jangkaan (2009). Tetapi perkataan diatas sengaja disebut seolah2 penamatan kontrak itu hasil keputusannya. Walhal tidak sedemikian. Graduan Jordan makruf bahawa Dr Asri memang pakar dalam putar alam.


4) Kita juga akan melihat setakat mana kesanggupan USM untuk menerimanya kembali di atas sikap dan aksinya semasa menjawat jawatan Mufti. Posisi Mufti Perlis tu setahu saya grednya S 48 sahaja. Tetapi aksi dr MAZA (semasa jd Mufti) bukan sekadar melebihi JUSA. Sebaliknya melampaui tahap jawatan 'Mufti Malaysia'. Kalau beliau kekal dgn jawatan Pensyarah terdahulu, mungkin jawatan sekarang sudah mencecah DS 52 tau Pensyarah Kanan. Mungkin beliau seorang yang tidak 'hubb al-Ri'asah'. Tetapi qarinah n dilalah memperlihatkan beliau seorang 'hubb al-Jah". Dan akhirnya dilihat 'merajuk' selepas ditamatkan kontrak. Lalu bercadang untuk membawa diri ke luar negara atas nama 'kajian'. Kajian apa tu Cik Abang. Saudi Arabia tanggung ke?Wallahu'alam. Sebenarnya, saya sudah ketemu ramai para ulamak dan bertanyakan pandangan mereka terhadap Dr MAZA ni. Katanya mereka : 'Tunggulah..asri tu tok lama'...cepat naik..cepat jatuh.."


5) Semenjak kemenangan PR keatas 4 buah negeri dgn kejatuhan DS Shahidan Kassim, halatuju pemikiran Dr MAZA turut berubah. Beliau juga dilihat banyak terlibat dalam wacana kepartian. Suka hati beliau lah. Tetapi, Kenapa sampai nak keluar negara bila ditamatkan kontrak? Cubalah dapatkan jawatan Mufti Wilayah ke? Melobi jawatan Mufti Selangor ke? Atau dah cuba...tp memang tak dapat. Perak tabley la bang. Istana lebih sukakan DS Harussani dari enta. Pulau Pinang.. tabley la bang..sbb kontrak Syeikhuna Dato' Hj Hassan baru je disambung 2 bulan lepas. Kalau dapat jawatan dari dua negeri tu, bolehlah beri lampu hijau 'jawatan Mufti Perlis' kepada Fathul Bari bin Datuk Mad Jahya kan? Tak gitu?

Apapun, syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perlis yang baru kerana berani bertegas menamatkan kontrak Mufti yang banyak menimbulkan provokasi agama selama ini. Selamat hara-kiri ya akhie Dr Mohd Asri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kembalilah kepada Fitrah. Kembalilah kepada Allah.