Tuesday, March 18, 2008

Mereka Berbangga Dapat Memfitnah dan Mencaci



GambarHiasan: Kanak kanak wahabi yang sihat dan semangat(Muhammady7?)

Assalamualaikum,

Pertama sekali saya, ingin ucapkan selamat menyambut maulidurrasul kepada semua pembaca setia blog jihadwahabi,semoga hari yang mulia ini kita semua diberi kesenangan dan kemudahan tidak kira dalam beribadah,ataupun kerja harian,Insya Allah.Oh ya ,saya ingin paste kan perbualan forumer al ahkam yang tidak berakhlak seperti MUHAMMADY7 dan THTL.Mereka sebenarnya sangat berbangga apabila dapat memfitnah mengutuk walaupun tanpa bukti yang sahih.Benarkah kata saya itu??? .cuba lihat petikan yang yang saya copy dari Al ahkam(klik)


_________________________________________________________________________

Muhammady7
: alanagkan kitab pun dia seleweng dlm buku dia...inikan pula sekadar kisah biasa.....

memang baik akhlaq dsia..

thtl: macam langit dan bumi jika dibandingkan dgn alitantawi.blogspot...walaupun sama-sama made in Jordan

Muhammady7 : ust alitantawi......kan 'wahabi'
zamihan............ kan 'ASWJ'
Muhammady7: kita berpandangan khusus....hehehe

Muhammady7: haah...drp jenguk blog al-kadzab wa al-fitan....

Muhammady7: ahh...tak payah di layan si poyo tu..... taklid buta maa.... kaki ttuuuuttt

Muhammady7: salah satu petua ulama' dolu-dolu,jgn berdebat dgn org yg jahil....hanya kan menambah kejahilan kita
___________________________________________________

KOMEN SAYA : lihat kembali betapa bongkaknya forumer bernama muhammady7 ini,
tidak jauh beza akhlak muhammady7 ni dengan forumer yang lain,bahkan berani mencerca dan mentohmah,serta merasakan orang lain adalah jahil walaupun mungkin dia tahu dia sendiri amatlah jahil.Ok, cuba lihat lagi posting beliau yang lain...
____________________________________________________

Muhammady7:
Quote:

character assasination boleh tak? ada yg kata xbole..


oiii!!!!! sape buang sampah kat sini?

AbuNahdah:


apa pndapat hg..CA ni d bolehkan ke tak..


tak payah tnya sesiapa atau takut2 dgn sesiapa..jawab sejujurnya...


Muhammady7: hang suka ka kena kutuk blakang2?
CA ni sama macam ngumpat....so boleh ka?
Muhammady7: tegur maknanya berdepan...bukan cakap belakang........


bang fakir,zamihan ni sakit....xyah dilayan sgt......
AbuNahdah:
abis tu ko kata kat zamihan alkhairy tu cakap depan ke belakang?
Mr. Green
Mr. Green

Mr. Green

Muhammady7: aku pernah sound zamihan secara face to face kat blog dia.....ko pernah buat camtu kat pak dan?
AbuNahdah:
kat blog ko kata face to face..? ha ha ,terserlah kejahilan.

__________________________________________________

.
KOMEN SAYA : Kantoi lagi.Terserlah lagi kejahilan dan pembohongan forumer yang bernama muhammady7 ini.Dia telah menipu dengan mengatakan pernah face to face dengan ustaz Zamihan.Hakikatnya tak pernah!!
Cuma komen di cbox sahaja.Itupun dengan mudah sahaja hujah kanak kanak wahabi ini dicantas oleh ustaz Zamihan.Aper dah jadi brother?Anda telah dimalukan kerana berbohong.

___________________________________________________________
thtl : anak buah zamihan rupernya.

thtl
mmg patut kita pancung dia sebab tok guru dia kerjanya pancung ulama'.
Muhammady7:

jommm.......banzaii!!!!!

imamsamudera zamihan ni xhabis2 lagi..ari tu isu baca quran di kuburan pun dikelentongkannya..orang cakap pasal lain, dia ulas pasal lain..

kalau nak lagi power debat, kita bagi zamihan vs ustaz fathul bari..


__________________________________________________________________________________
KOMEN SAYA : Kekalutan THTL dan Muhammady7 semakin terserlah.THTL terkenal kerana akan memadam apa sahaja posting yang tidak sebulu dengannya malahan sikapnya yang takut akan kebenaran itu sendiri dibenci oleh ramai forumer di Ahkam.Kanak kanak wahabi muhammady7 pula asyik menyampuk tak tentu pasal!! Lihat lagi...



___________________________________________________________
jingarous:
Dah lah muhamady naik muak ah tgk posting hang.... Apa kata hang bagi je THTL tu uruskan tak yah nak bakar sana, bakar sini... Apa kata hang posting bila ada keperluan dan menfaat pada aku dan juge yang lain-lain yang menjadi pengunjung setia ANN tetapi hanya menjadi pengunjung yang senyap, tapi bila baca posting-posting yang menyebabkan sesuatu isu tu meleret2 ntah apa2 ntah. Bosan lah .... sikit2 ok lah ..
AbuNahdah:

ha ha hg pon dh muak ka..


hg dan rakan2 lain..muak bole kontrol lagi..aku dh x leh kontrol..sbb tu aku dok ridicule posting dia dan 'rakan' dia. tp dia x paham..

kamen
maka AAN telah mula di banjiri geng zamihan...
ala zamihan pun penipu besar juga kenapa tak percaya?
call no ini 1111!!!hahahahaaha
meon_infinity:
..dahla wei...xyah berckp dgn orang yg tidak berlapang dada..nk plak cr tls pun nk gaduh je..buruk benar la akhlak org tu..br msk dh buat mcm umah sendiri.. anak sape la tu .. blah la wei,kalu xreti beradab dgn tuan rumah hang yg patut jd pengunjung senyap da...

__________________________________________________________________________
KOMEN SAYA : Ternyata ramai forumer ahkam sendiri yang dah muak dan jelak dengan perangai kanak kanak wahabi ini yang suka mengapi apikan fitnah dan pergaduhan.Bak kata orang"makin banyak cakap maka main banyak lah salahnya".Hihihi.
Kalau forumer ahkam sendiri sudah muak apakan lagi pembaca bebas seperti saya ini.


____________________________________________________________________________
klik
Muhammady7: ASSALAMU'ALAIKUM

Adapun saya ingin menyatakan keinginan untuk meminta maaf kepada semua forumers kerana kelancangan saya dalam posting saya semalam.Hal ini demikian kerana kegeraman dan keghairahan saya dalam membantah seorang hamba ALLAH.Dan saya mengakui kesalahan saya iaitu terlalu mengikut darah muda.

Adapun saya menghentam hamba ALLAH itu adalah kerana saya tidak tahan melihat seorang Hamba ALLAH yang lain yang dicerca sewenang-wenagnya oleh beliau.Dan segala hentaman saya terhadap Zamihan Al-Ghari, tidak akan saya tarik balik selama mana dia tidak menarik balik kenyataannya tentang ulama'-ulama' sunnah.

Diharapkan para forumers yang mungkin kurang suka melihat saya 'menyemak' silakan tegur saya melalui PM dan bukan secara terang-terangan,kerana sepertimana kata-kata Imam As-Syafie,yang dinukilkan oleh Dr 'Aidh Abdullah Majdu Al-Qarni dalam bukunya,Iqra' Bismi Rabbik,iaitu,janganlah kalian menegurku di khalayak,nescaya tidak akan ku dengar,tidak akan ku dengar.
Wallahu A'lam

____________________________________________________________________________

KOMEN SAYA : Lah ,dia minta maaf pulak,tapi kenapa minta maaf kepada forumer pula??,bahkan kanak kanak wahabi ini tidak akan menarik balik
fitnah beliau yang dilemparkan secara membabi buta?Pandai pula naqal kata Imam syafii,tapi tak pernah nak belajar dari kesalahan.Kanak kanak wahabi ini patut malu kepada semua orang dan patut meminta maaf kepada orang yang difitnah dan bukannya kepada ahli forum wahabi al-ahkam.nyet .Inilah manusia zaman sekarang.......








MAULID NABI PERAYAAN BID’AH??

http://izharsunnah.blogspot.com/

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraakatuh>

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

segala puji bagi allah tuhan sekalian alam,selawat dan salam kepada nabi junjungan kita muhammad sebaik2 utusan tuhan ....

Merayakan maulid nabawi , nabi Muhammad –selawat dan salam keatasnya- adalah termasuk dalam perkara yang baru yang dipandang baik oleh syariat Islam,(bid’ah hasanah). Orang yang mula menganjurkan sambutan kelahiran nabi Muhammad adalah seorang raja di kawasan Irbil( di Iraq sekarang) pada awal kurun ke-7 hijriah,seorang raja yang beriman dan bertakwa. Namanya adalah sultan Muzaffar.

Sultan Muzaffar mengumpulkan ramai ulama pada zamannya dari ahli hadis,sufi dan bertanya perihal hukum sambutan majlis tersebut dan semua ulama pada ketika itu bersetuju dengan sambutan itu, dan selepas itu sambutan kelahiran nabi dilaksanakan pada setiap tahun, ramai ulama di pelusuk dunia menyambut baik perayaan ini,kerana majlis ini hanya dilakukan untuk menunjukkan tanda kesyukuran kita terhadap Allah kerana mengutuskan nabi Muhammad,dan tiada perkara buruk yang dilakukan umat Islam dalam perayaan itu,yang ada hanyalah,ceramah tentang kelahiran dan perjuangan nabi,nasyid memuji allah dan rasul-Nya,disusuli dengan kenduri .

Al-Hafiz Ibn Dihyah,seorang ulama besar dalam bidang hadis, dalam lawatannya dari Maghribi ke bumi Syam dan Iraq dan sampai di Irbil pada tahun 604 Hijriah,beliau mendapati rajanya amat mengambil berat akan perayaan maulid,maka beliau menulis sebuah kitab “ al-tanwir fi maulid al basyir al-nazir’ dan dihadiahkan kepada raja Begitulah,dan ramai lagi ulama yang amat mementingkan sambutan ini,juga Al-hafiz al-Iraqi ,ulama besar dalam bidang hadis telah menulis kitab khas untuk maulid nabi yang berjudul “al maurid hani’ fi maulid al-nabi”.

Maka ramai ulama selepas itu ,fuqaha,para muhaddis,dan ulama sufi sunni seperti Al-hafiz Ibn Hajar Al-Asqalaani,Al-Hafiz Al-Sakhawi, Al-Hafiz Al-Suyuti dan ramai lagi telah menulis berkenaan sambutan maulid nabawi ini. Dan begitu juga,mufti Negara Mesir syeikh muhd buhait muthi’ii,mufti Beirut sebelum ini syeikh Mustafa Naja-moga allah merahmati mereka- memberi fatwa bahawa perayaan maulid adalah amalan yang baik dan mengatakan ianya bid’ah hasanah,ini berselari dengan hadis dari nabi Muhammad - selawat dan salam keatasnya- yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya:

"من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء"

Maknanya: : “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pun daripada pahala-pala mereka …” .

Maka di sini,tidaklah perlu kita mendengar suara –suara sumbang dari golongan wahabi yang membenci perayaan maulid hingga ada yang mengatakan makanan pada hari maulid haram lebih teruk dari babi.wal ‘iyazu billah. Inilah kebencian wahhabi terhadap nabi tapi berselindung di sebalik topeng sunnah,cis,penipu! …

Juga salah pendapat yang mengatakan apa sahaja yang tidak dibuat oleh nabi,atau ditinggalkannya walaupun selari dan tidak bertentangan dengan islam , tidak boleh dilakukan.ini adalah salah,bahkan perkara ini perlu kepada penjelasan yang terperinci.

Kerna itu telah berkata Imam mujtahid, mujaddid kurun kedua hijrah Muhammad bin idris Al-Syafie-rahimahullah- :

المحدثات من الأموؤ ضربان: أحدهما ما أحدث مما يخالف كتابا أو سنة أو أثرا أو إجماعا فهذه البدعة الضلالة، والثانية ما أحدث ما أحدث من الخير لا خلاف فيه لواحد من هذا وهذه محدثة غير مذمومة

Perkara yang baru itu dalam islam terbahagi kepada dua: salah satunya apa yang diadakan bertentangan dengan Al-quran atau sunnah atau athar atau ijma’ maka ianya bid’ah yg sesat, dan yang kedua apa yang diadakan dari perkara kebaikan tidak bercanggah dengannya salah satu dari yang disebut( al-quran@sunnah@athar@ijma’) maka ia perkara baru yang tidak dicela.

Maka dapat kita fahami di sini,bahawa ada perkara baru yang boleh dilakukan selagi mana ianya tidak berlawanan dengan nas-nas syarak dan prinsip-prinsip dalam kuliyyah syar’iyah dan dinamakan bid’ah hasanah( perkara baru yang elok dilakukan).Ini sebagaimana yang dituturkan oleh Saidina Umar Al-Faaruq selepas beliau mengumpulkan umat Islam untuk solat tarawikh dengan berimamkan hanya seorang imam: Betapa baiknya bid’ah ini. Riwayat Bukhari.

Dari perkara yang dianggap bid’ah hasanah oleh ulama ahlu sunnah wal jamaah:

Meletakkan titik pada huruf2 dalam mushaf alquran. Para sahabat penulis wahyu yang menulis wahyu ketika turunnya al-quran kepada nabi tidak pernah meletakkan titik pada huruf ب"’ atau ت"” ,juga selepas itu ,saidina uthman al affan apabila menulis enam buah mushaf dan menghantarnya ke beberapa negara tidak meletakkan titik di atas huruf dalam mushaf itu. Tapi sekarang kita mendapati terdapat noktah atau ttik di dalam mushaf.adakah puak wahhabi akan mengatakan ini juga bid’ah yg sesat ,dan pelakunya layak dihumban ke gaung neraka?? ...sesungguhnya orang yang mula meletakkan titik pada mushaf adalah seorang dari tabii’in yang bertakwa ,iaitu yahya bin ya’mar dan dia juga yang meletakkan baris i’rab.

Dan orang yg pertama meletakkan hamzah ء dan sabdu dalam mushaf adalah Imam Hasan Al-Basri. Seorang tabi’in. dan tiada ulama ahli sunnah wal jamaah yang mengingkari perkara ini.maka adakah golongan ini nak kata.ohh,ini tiada pada zaman nabi,mari kita buang segala titik,baris dan sabdu dalam al quran???? wahabi jawab .!!

Selamat Menyambut Maulidurrasul

sumber http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=338949&extra=page%3D1


PERAYAAN MAULID NABI

DARI KACAMATA

AHLU SUNNAH WAL JAMAAH

Oleh: Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kesabaran demi kesabaran dan perjuangan demi perjuangan yang dilalui dan dirasai oleh junjungan besar Nab kita Muhammad Sallahualaihi wasalam perlu dijadikan tauladan kepada kita. Sebenarnya riwayat kehidupan baginda perlu dijadikan asas untuk menghayati kemanisan satu perjuangan dalam menegakkan agama Islam. Oleh itu kelahiran baginda adalah satu nikmat yang amat besar bagi kita, dan menjadi penyemarak semangat untuk terus hidup sebagai seorang insan yang berguna pada agama dan umat Islam.

Umat ini tidak akan diangkat martabatnya kecuali dengan kehebatan nabinya. Justeru itu, sempena 12 hb Rabiulawwal yang akan tiba, marilah kita bersama-sama merayakan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad, supaya akan bertambah lagi kasih sayang dan penghormatan kita terhadap baginda Sallallahualaihi wasallamn.

Allah azzawajalla memberi penghormatan kepada nabi-Nya yang mulia dengan dianugerahkan kepada baginda tandap-tanda kebesaranyang banyak. Antaranya ialah akhlak baginda dan budi perketinya yang mulia. Firman Allah ta’ala berbunyi:

(وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ4 )

Maknanya:. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.

(Al Qalam: 4)

Begitu juga baginda dianugerahkan dengan keturunan yang mulia dan martabatnya yang tinggi, seperti yang telah dinyatakan dalam firman Allah azzawajalla:

(لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

Maknanya: Sungguh Telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin. (Al Taubah: 128)

Dan pujian Allah pada baginda yang mana pujian tersebut juga dinyatakan di dalam kitab-kitab Allah yang lain. Firman-Nya berbunyi:

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً

Maknanya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnian Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya Karena Allah hendak menambahkan lagi kemarahan pada hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al Fatah: 29)

Golongan Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah adalah golongan Al Asya‘irah dan Al Maturidiah sepertimana yang dinyatakan oleh Al Hafiz Murtadha Al Zabidi (w.1205 H):

إذا أطلق أهل السنة و الجماعة فاالمراد بهم الأشاعرة و الماتريدية

Maknanya: “Apabila disebut Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah Al Asya‘irah dan Al Maturidiah”. (Ithaf Sadatil Muttaqin, jilid 2, hlm 6).

Akidah Ahlu Sunnah Wal Jam‘ah adalah akidah bagi semua umat Islam yang mengikut jejak langkah Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana baginda telah bersabda:

Dua perkara yang akan aku tinggalkan kepada kamu sekalian jika kamu semua berpegang dengannya pasti tidak akan sesat selama-lamanya , iaitu Kitabullah

(al Quran ) dan sunnahku (syariat dan akidah)

Ajaran Ahli Sunnah Wal jamaah menggalakkan kita menyambut perayaan Maulidurrasul, kerana ia tidak bertentangan sama sekali dengan syarak. Di bumi Melayu kita ini sudah menjadi adat dan kebiasaan menyambut Maulidurrasul yang mana adat ini tidak bercanggah dengan Islam. Sultan-sultan dan pemimpin-pemimpin rakyat Islam di Malaysia menyambutnya dengan penuh semangat sekali pada setiap tahun. .

Mengikut ajaran Ahlu Sunnah menyambut Maulidurrasul adalah diharuskan. Ulama Ahlu Sunnah banyak menulis kitab-kitab yang menerangkan keharusan menyambut Maulid antaranya Imam Assayuti dalam kitabnya Husnul Maqsid fi ‘Amalil Maulid, Al Hafiz al Sakhawi dalam Fatwanya, Ibn al Jauzi dalam kitab Mir’atul Zaman dan banyak lagi.

Al Hafiz al Sakhawi telah menyatakan dalam Fatwanya bahawa amalan maulid berlaku selepas kurun ketiga, kemudian umat Islam dari semua kawasan dan Bandar-bandar besar meneruskan amalan sambutan perayaan maulid ini. Pada malam perayaan, mereka melakukan bermacam-macam jenis sedekah. Mereka membaca kesah kelahiran junjungan besar nabi yang mulia. Oleh itu telah zahir keberkatan kepada mereka dengan kelebihan yang menyeluruh.

Ibn al Jauzi tela menyebut dalam kitab Mir’atul Zaman bahawa beliau pernah menghadiri perayaan mauled yang penuhi dengan ulama dan ahli sufi yang benar.

Atas dasar inilah ulama-ulamak Ahlu sunnah telah menjelaskan bahawa perlu bagi kita untuk menyambut atau membuat perayaan maulid untuk membuktikan bahawa kita masih cinta dan beriman dengan nabi Muhammad. Justeru itu amalan menyambut maulid nabi amat digalakan oleh Islam dan bukanlah satu perkara bid’ah buruk yang dicela dalam syarak.

Perlu dinyatakan di sini bahawa Maulidurrasul adalah satu tanda rahmat yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala kepada hamba-hambaNya. Alhamdulillah kita sekarang masih lagi menyambut perayaan Maulidurrasul dan kita menjadikan ia sebagai hari perayaan setiap tahun.

Maka jelas di sini bahawa sambutan perayaan maulid Nabi adalah bid’ah hasanah(baik), dan tiada sebab yang boleh bmenolak keharusan perkara tersebut, bahkan ia layak digelar sebagai sunah yang baik kerana ini merangkumi sabda rasulullah:

"من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء"

Maknanya: : “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka” .

Kesimpulannya di sini ialah amalan menyambut maulid boleh diketogorikan sebagai bid’ah yang baik. Walaupun perbuatan ini tidak pernah dilakukan di zaman nabi dan zaman selepasnya, tetapi ia dilakukan pada awal pertama kurun ketujuh hijrah.Orang pertama yang melakukannya secara besar-besaran ialah seorang raja kawasan yang bernama Irbil. Dia seorang yang alim,bertaqwa lagi berani, namanya ialah al Muzaffar. Ketika beliau menyambut perayaan maulid secara besar-besaran beliau telah mengumpulkan ulama hadis dan sufi. Golongan ulamak pula telah menerima amalan ini dengan baik di timur dan di barat. Di kalangan mereka ialah al Hafiz al Sakhawi, al Hafiz al Sayuti dan selain mereka.

Di tanah Melayu kita, orang melayu pertama yang merayakan Maulid Nabi secara besar-besaran ialah seorang ulama yang masyhur, Haji Abdul Rahman bin Haji Osman bin Senik atau dikenali dengan panggilan Tok Selehor yang berasal dari Kelantan, anak murid kepada Syeikh Daud al Fattani. Beliau mengajak orang Islam agar berzanji dengan penuh perasaan. Perarakan besar-besaran yang diadakan olehnya dapat diterima oleh masyarakat setempat.

Wahai saudara-saudarku sekalian, hayatilah kelahiran Nabi kita ini dengan penuh keikhlasan dan kekhusukkan serta dengan penuh kasih sayang, agar ia menjadi penawar bagi jiwa-jiwa kita untuk menyambung lagi pejuangan kita di atas muka bumi ini. Dan jangan sekali-kalai melayani bisikan-bisikan dan hasutan-hasutan golongan Musyabbihah Mujassimah yang bertopengkan Islam tetapi pada hakikatnya ingin menghancurkan Islam dengan mengatakan bahawa amalan menyambut perayaan maulid nabi adalah satu amalan yang yang tidak ada dalil dari Islam yang mengharuskannya bahkan ia adalah haram dan pelakunya layak dihumban ke dalam neraka. Sedangkan orang yang menjadi tempat rujuk mereka (mereka yang menafikan keharusan perayaan Maulid Nabi ) dalam agama mereka iaitu Ibnu Taimiah sendiri pun telah menghukumkan bahawa perayaan Maulid adalah harus sepertimana yang disebut dalam kitabnya Iqtidho Sirotil Mustaqim.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

- Dalam agama Islam, diharuskan bagi orang Islam mengambil berkat dengan kesan-kesan peninggalan Nabi Muhammad -

Gambar serban dan tongkat Nabi Muhammad

Gambar pedang dan panah Nabi muhammad di muzium Turki

Disediakan oleh:

U. Ahmad Faidzurrahim (fa_him@hotmail.com)

Tel: 0199181278

Monday, March 17, 2008

Tips Untuk Jadi Wahabi

Bagaimana Anda Boleh Menjadi Seorang Salafi Moden?

Fahaman Salafiyyah Moden merupakan suatu reka bentuk baru dalam erti kata lain ia adalah suatu ‘model terkini’ bertujuan untuk menyerlahkan cara beragama moden di samping menyumbang ke arah pelampauan serta seruan kepada sikap fanatik dengan mendakwa bahawa hanya fahaman ini sahaja yang layak berkhidmat untuk Islam. Fahaman Salafiyyah Moden boleh dirumuskan menerusi beberapa prinsip asasnya seperti berikut:

1) Anda hendaklah ber”i’tiqad” bahawa hanya anda sahaja (tiada sekutu bagi anda) yang berada di atas kebenaran manakala orang lain yang tidak sependapat dengan anda adalah pembawa kebatilan dan salah bahkan murtad serta halal maruah, darah dan hartanya! Walaupun orang itu dikurniakan ilmu seperti ilmu Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam, ibadah Nabi Musa 'alaihissalam, zuhud Nabi ‘Isa 'alaihissalam, cinta Nabi Ibrahim 'alaihissalam, sabar Nabi Ayub 'alaihissalam dan jihad Nabi Nuh 'alaihissalam khususnya jika orang itu adalah pemerintah, alim ulama’ silam dan imam mujtahid yang tersohor.

2) Anda hendaklah ber”i’tiqad” bahawa tiada seorang pun yang akan memasuki Syurga selain anda dan kroni-kroni anda. Kaum muslimin yang tidak sependapat dengan anda adalah seperti orang-orang kafir dan musyrik yang menjadi bahan bakar api neraka walaupun mereka adalah orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah Ta’ala daripada golongan Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin.
3) Anda hendaklah merendah-rendahkan orang yang berlainan pendapat dengan anda. Tanamkan perasaan dendam terhadapnya di samping berusaha untuk menjatuh dan melenyapkannya sama ada dengan ucapan dan tindakan. Sama ada melalui cara yang harus ataupun tidak. Anda hendaklah menjadikan cercaan dan cacian terhadapnya sebagai satu ibadah daripada ibadah-ibadah harian anda tanpa henti dan jemu. Di dalam penulisan, pengajian dan ketika berkhutbah di atas mimbar!!

4) Anda hendaklah ber”i’tiqad” bahawa alam semesta ini bersifat azali yang wujud bersama-sama Allah Ta’ala. Anda mesti ber”i’tiqad” bahawa Allah Ta’ala bersemayam di atas ‘Arasy dengan Zat-Nya, Dia turun, naik, datang, ketawa, murka dan pergi. Dia memiliki mata, tangan dan kaki. Jika seseorang menghulurkan tali ke dasar bumi, pasti tali itu akan sampai ke tangan-Nya tanpa sebarang pentakwilan.

5) Anda hendaklah ber”i’tiqad” bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia biasa seperti manusia-manusia yang lain. Baginda lahir sepertimana Syam’un dan Petrus lahir. Baginda meninggal dunia sepertimana Ghandi dan Galium meninggal dunia. Baginda tidak memiliki sebarang mukjizat selain al Quran. Sesiapa yang cuba menyandarkan sebarang mukjizat dan keistimewaan-keistimewaan lain kepada Baginda, maka orang itu adalah menyeleweng dan bodoh! Walaupun orang itu adalah Imam al Bukhari dan Imam Muslim. Setelah itu anda mesti ucapkan begini: Sesungguhnya ayahanda Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam, bonda, nenda dan pamannya berada di dalam neraka!!

6) Anda hendaklah ber”i’tiqad” bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam hanya maksum dalam beberapa patah perkataan yang tertentu saja. Selain itu, Baginda boleh tersilap dan berterusan melakukan kesilapan. Kerana itu Baginda sering bertaubat kerana kesalahannya itu. Keistimewaan yang Baginda miliki hanyalah watak seperti seorang “posmen” yang membawa al Quran sebagai “surat” yang mana Baginda melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan amanah. Sebarang tindakan yang menjurus ke arah memuliakan, menghormati dan memuji-muji Baginda adalah suatu tindakan yang syirik!

7) Apabila anda menuju ke Madinah al Munawwarah, jangan sekali-kali anda fikirkan untuk menziarahi pusara Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Tetapi anda mesti niatkan untuk melawat batu-batu Masjid Nabawi kerana itu sebenarnya yang dituntut syara’. Ini untuk mengelakkan anda daripada menjadi penyembah berhala disebabkan keterlaluan mencintai Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam atau berbicara dengan roh Baginda (mana mungkin berbicara dengan orang yang telah mati)!!

8) Anda mesti menyebut-nyebut tindakan para sahabat “yang bodoh” dan para tabi’in yang “tolol” yang telah memasukkan pusara Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ke dalam Masjid Nabawi. Mereka mesti dilaknat kerana menyebabkan sembahyang di Masjid Nabawi diragui kesahihannya. Orang Salafi merasa sembahyang mereka tidak sah. Segala ibadah dan doa berjuta-juta orang Islam yang sembahyang di situ tidak diterima oleh Allah Ta’ala disebabkan kewujudan pusara Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam di dalam Masjid Nabawi!

9) Jika anda menyebut nama Imam Husain bin Imam Ali dan Sayyidah Fatimah radhiyyallahu 'anhum, maka anda mesti berkata begini: Beliau dibunuh dengan cara yang adil. Beliau bukan syahid kerana beliau keluar memberontak menentang pemerintah yang sah, Yazid bin Mu’awiyah. Maka beliau dan golongan yang bersamanya memang layak dibunuh. Walaupun sekiranya Yazid adalah seorang pemerintah yang jahat dan fasiq sekalipun, maka ini bukan urusan Husain dan ahli keluarganya untuk masuk campur. Oh ya, jangan lupa perbanyakkan cercaan dan celaan ke atas Husain dan ahli keluarganya, anda pasti akan masuk Syurga.

10) Jika disebut tentang ziarah pusara Imam Husain radhiyyallahu 'anhu, maka anda mesti katakan begini: Sebenarnya kepala yang ditanam di dalam pusara ini adalah milik seorang Yahudi sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Taimiyyah. Kepala Husain pula entah ke mana. Ianya tiada di Mesir. Pusara Husain yang ada sekarang adalah sebuah berhala yang najis. Ia sepatutnya dirobohkan dan kubahnya perlu diratakan sepertimana golongan salaf memperlakukan berhala Laata dan ‘Uzza.

11) Katakan begini juga sekiranya disebut mengenai pusara Ahli Bait yang lain, baik lelaki mahupun wanita. Jangan lupa masukkan sekali pusara para imam yang tersohor seperti al Syafi’i, al Laith bin Sa’ad, al Sya’rani, al Badawi, al Dusuqi, al Hanafi, al Syazuli, al Mursi, al Rifai’i dan yang seangkatan dengan mereka. Katakan bahawa pusara-pusara mereka ini adalah berhala. Orang-orang yang menziarahi mereka adalah paganis. Penyembah lembu lebih baik lagi. Anda sebenarnya mampu untuk mencapai darjat mereka walaupun dengan sedikit amalan bahkan lebih hebat lagi!

12) Anda hendaklah menunjukkan penentangan terhadap mazhab-mazhab ahli Sunnah wal Jama’ah bermula dengan mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali) diikuti mazhab-mazhab sebelum dan sesudahnya. Jangan mengiktiraf mazhab-mazhab ini kecuali mazhab Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab serta golongan yang mempromosikan mazhab mereka berdua yang terdiri daripada penyembah-penyembah dolar dan dinar. Anda mesti katakan: Para Imam yang empat berserta orang-orang yang mengikut mereka adalah penjenayah yang telah memecah-belahkan ummah. Mereka telah memalingkan orang ramai daripada Sunnah dan Hadith kepada permasalahan-permasalahan fiqh yang merapu. Kita tidak perlukan ijtihad mereka dan tidak perlu mengikut jejak langkah mereka. Setiap muslim perlu berusaha untuk mencapai syarat-syarat ijtihad sebelum memasuki arena pekerjaan sehingga dia mampu untuk mengistinbat hukum-hakam daripada al Quran dan Sunnah secara langsung. Tanpa mengira latar belakang pendidikannya atau tahap penguasaannya terhadap ilmu bahasa Arab dan agama. Tak kira sama ada dia tinggal di kawasan hutan belantara, pedalaman atau dia adalah seorang graduan al Azhar al Syarif.

13) Sebelum itu, anda perlu ber”i’tiqad” bahawa membiarkan janggut tanpa dipotong adalah rukun Islam keenam yang dilupai oleh para periwayat hadith sehingga mereka mengatakan bahawa rukun Islam itu ada lima sedangkan yang sebenarnya ada enam. Anda perlu ucapkan begini: Para imam mazhab telah melakukan komplot untuk memusnahkan Islam. Kerana itu mereka tidak menjadikan hukum memanjangkan janggut sebagai syarat sah Islam, Iman, dan Ihsan. Mereka juga tidak mengatakan bahawa tidak memanjangkan janggut itu boleh merosakkan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Mereka juga tidak berpendapat bahawa tidak memanjangkan janggut adalah murtad serta orang yang mencukur janggutnya tidak boleh dipanggil sebagai muslim tak kira apa bentuk sekalipun tanpa sebarang pentakwilan dan tanpa perlukan apa-apa dalil walaupun dia bersembahyang, berpuasa, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpegang dengan hukum-hakam syara’. Orang yang mencukur janggutnya wajib mendapat hukuman murtad dan perlu diperangi.

14) Tunjukkan penentangan dengan setiap kekasaran bahkan dengan segala kejelikan terhadap semua upacara sambutan kaum muslimin dan tradisi mereka walaupun ianya mempunyai sandaran daripada nas. Tuduh setiap orang yang menyertai upacara-upacara tersebut sama ada orang alim mahupun orang awam sebagai musyrik, kafir, fasiq, pembuat maksiat, murtad dan jahil terhadap ajaran Islam. Anda mesti berterusan menimbulkan keraguan dan kekeliruan di antara sunnah adat dan sunnah ibadah. Bersikap lain daripada yang lain dalam semua perkara supaya anda boleh menarik perhatian orang ramai dan asingkan diri anda daripada masyarakat dengan perkataan dan perbuatan.

15) Gembeling segenap tenaga anda untuk memusnahkan setiap binaan sufi sama ada dari dasarnya atau dari dalam, yang baik atau buruk. Jadikan usaha itu sebagai matlamat anda yang awal dan akhir, dekat dan jauh. Jangan terima sebarang hujah dalam perkara ini walaupun daripada imam anda sendiri Ibnu Taimiyyah. Lupakan apa yang telah terjadi di negara-negara Islam lain yang berupa perpecahan, kemusnahan, perselisihan, peperangan, ancaman musuh, gerakan Kristianisasi, “free-thinker”, fahaman atheis, komunisme, keruntuhan akhlak dan kemerosotan akidah berpunca daripada anasir-anasir yang ditonjolkan oleh media massa. Begitu juga lupakan saja strategi yang dirangka oleh puak tentera Salib, Yahudi dan Marxisme untuk menguasai Islam menerusi pelbagai cara di setiap negara yang didiami oleh orang Islam. Itu semua perkara yang sangat enteng jika hendak dibandingkan dengan kewajipan menghapuskan tasawuf dan binaannya sama ada melalui galakan dan pujukan atau ancaman dan penyiksaan!

16) Jangan sekali-kali anda mengiktiraf bangsa bukan Arab yang berada di dunia Islam ini walaupun Islam menentang sebarang fahaman nasionalisme. Anda mesti katakan begini: Bangsa Turki, Kurdish, Rom, Parsi dan sesiapa sahaja yang masuk Islam selain daripada bangsa Arab, mereka sebenarnya masuk Islam dengan semangat nasionalisme bertujuan untuk memusnahkan Islam dari dalam dengan apa cara sekalipun. Setiap kebanggaan yang disandarkan kepada Islam disebabkan sumbangan golongan bukan Arab adalah suatu dongengan belaka. Sumbangan-sumbangan yang mereka lakukan semuanya mempunyai muslihat tersembunyi yang berbahaya yang hanya boleh difahami oleh golongan Salafiyyah sahaja. Golongan bukan Arab telah memasukkan unsur-unsur yang tidak sepatutnya berupa perkataan dan perbuatan ke dalam Islam yang menyebabkannya menjadi sempit dan mempunyai kontradiksi sehingga bangsa Arab sendiri ditimpa dengan bencana dolar dan dinar.

17) Apabila golongan bukan Arab berhujah dengan Imam al Bukhari, Imam Abu Hanifah, Sayyid al Jurjani, Imam al Ghazali dan ratusan lagi ulama' yang bukan berbangsa Arab dalam pelbagai bidang ilmu, begitu juga dengan Sultan Solahuddin al Ayyubi al Kurdi, Sultan Qutuz, Sultan Baybers, Sultan Barsebai al Mamluki dan Sultan Muhammad al Fateh maka anda katakan begini: Itu semua hanya kebetulan atau ia hanyalah tabir yang sengaja dilabuhkan untuk menutup perkara yang tidak diketahui atau cuba anda cari satu dua kesilapan yang pernah mereka lakukan supaya dengannya anda boleh mempertikaikan jasa-jasa mereka. Apabila dia mengaku dan berkata: Bukankah Allah Ta'ala menyatakan bahawa kebaikan itu boleh menghapuskan kejahatan? Maka katakan begini: Kaedah ini hanya digunapakai untuk bangsa Arab sahaja bukan untuk selain Arab. Bangsa Arab saja yang berhak dengan kaedah ini walaupun mereka melakukan perbuatan yang tidak mampu dilakukan oleh syaitan!!

18) Katakan tanpa perasaan malu mengenai setiap hadith yang tidak menyokong pandangan anda bahawa ia adalah dho'if (lemah) atau maudhu' (palsu). Jadikan setiap sunnah adat sebagai sunnah ibadah atau sebaliknya tanpa menghiraukan sebarang usul (dasar syara') juga kaedah syara'. Yang penting adalah pandangan anda sahaja. Pandangan peribadi adalah neraca syara' yang digunapakai oleh golongan Salafiyyah moden.

19) Jangan bertawassul kepada Allah Ta'ala dengan salah seorang daripada golongan yang soleh sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Begitu juga jangan bertawassul dengan Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Ucapkan begini: Ini adalah fahaman paganisme sebenar dan syirik walaupun berdalil, bersyarat dan mempunyai perinciannya yang tersendiri. Kita tidak membezakan antara yang dijadikan sebab tawassul (Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam & para wali) dengan yang dipinta daripada-Nya (Allah Ta'ala). Jika anda merasa kalah dengan dalil yang dikemukakan, maka putar belitkan fakta. Yang penting, keluarkan semua kaum muslimin daripada agama Islam hanya dengan alasan tawassul.

20) Jangan berimamkan orang yang bukan kroni anda walau setinggi manapun agama, ilmu, kelebihan dan senioritinya dalam dakwah Islam. Awas! Jangan sekali-kali anda berimamkan orang yang mencukur janggutnya dan orang yang berfahaman sufi.

21) Jangan memasuki masjid yang bukan milik golongan anda. Anda mesti katakan bahawa masjid-masjid yang lain adalah gereja dan saumaah (tempat ibadah Yahudi) atau hampir-hampir menjadi gereja dan saumaah lebih-lebih lagi jika masjid itu mempunyai mihrab, mimbar yang tinggi atau pusara!!

22) Jangan berinteraksi dengan golongan yang bukan daripada puak anda bahkan perkecilkan mereka dan jangan biarkan sebarang kebaikan sampai kepada mereka. Ingat! Orang yang bukan dari kalangan anda adalah pembuat bida'ah, penyembah berhala atau musyrik yang bernajis.

23) Caci kaum wanita sama ada mereka benar atau bersalah. Jangan hiraukan martabat mereka walaupun mereka berimejkan Islam yang sejati. Menghormati wanita adalah dosa besar kelapan yang tidak disebutkan oleh para muhaddith di dalam senarai tujuh dosa besar.
Akhir sekali, anda hendaklah berkata: Kami adalah penganut Islam yang sebenar. Selain kami, bukan. Sesiapa yang memusuhi kami, maka bererti dia memusuhi Islam dan kami perlu menentangnya. Sesiapa yang tidak menerima fahaman kami, maka dia adalah musuh kami. Kaum muslimin selain kami, pergi jahanam!!

Adapun selepas itu, ini adalah dasar-dasar yang paling menonjol daripada dasar-dasar fahaman Salafiyyah Moden. Allah Ta'ala mengetahui bahawa kami tidak menokok tambah dasar-dasar ini. Bahkan kami biarkan ia sepertimana yang asal. Kami berpandangan bahawa apa yang kami sebutkan di sini adalah perkara yang benar-benar menggambarkan fahaman ini atau yang disisipkan di dalamnya atau ia merupakan suatu tabiat semulajadi fahaman ini. Banyak lagi yang tidak kami sebutkan di sini kerana menghormati syara', logik akal dan adab sopan.
Ketahuilah bahawa dengan menganut fahaman ini, ia merupakan jalan mudah untuk mengaut kekayaan dan keuntungan segera (perhatikan baik-baik sekeliling anda). Oleh itu, sertailah golongan ini pasti anda akan sentiasa dapat mengaut keuntungan (pilihan di tangan anda).
Apa yang dituntut daripada anda sekarang ialah: Letakkan dasar-dasar yang telah kami senaraikan di sini di atas neraca syara' dan logik akal tanpa dikuasai oleh perasaan taksub. Tetapi dengan pemikiran yang saksama dan memelihara hukum-hakam Allah Ta'ala. Setelah itu, anda akan dapati bahawa tidak ada satu pun daripada dasar-dasar ini yang menepati ukuran syara' yang mulia mahupun sesuai dengan pemikiran yang waras. Bahkan ia hanyalah fius yang boleh meledakkan bom yang boleh memusnahkan Islam dengan menggunakan nama Islam khususnya setelah fahaman Salafiyyah ini berjaya mempengaruhi sebahagian pemuda-pemudi yang tidak mempunyai ruang waktu yang cukup untuk melakukan kajian terperinci sehingga akhirnya mereka percaya bahawa Islam itu adalah membiarkan janggut tumbuh dengan lebat dan memusuhi seluruh umat Islam, baik yang dulu, sekarang, ulama' mahupun pemerintah kecuali Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab ditambah pula dengan kekusutan pemikiran yang berterusan dan kegentingan pemahaman yang tiada hentinya.
Kami akan sentiasa memberi ruang kepada anda untuk menyahut seruan kami ke arah pemikiran yang luas serta berpegang kepada prinsip toleransi Islam. Juga seruan ke arah kasih sayang kerana Allah Ta'ala serta tolong menolong untuk mempertahankan perkara yang disepakati untuk dipertahankan dan berkhidmat kepada perkara yang perlu dikhidmati. Tinggalkan perkara selain ini buat setiap orang yang bersesuaian dengan dirinya. Jangan menyakiti orang lain dan jangan jadikan penipuan dan dakwaan palsu bahawa anda sahaja yang benar sebagai jalan dakwah kepada Allah Ta'ala.
Kami akan sentiasa cuba menyeru kepada pendekatan di antara kelompok-kelompok Islam paling kurang pun ke arah kebersamaan yang boleh menyumbang kepada penumpuan terhadap perkara yang lebih penting dan lebih umum serta lebih tepat dan patut. Kepada Allah Ta'ala jua kita meminta petunjuk dan pertolongan.

*Artikel ini diterjemahkan daripada tulisan al 'Allamah al Muhaddith Sayyid Muhammad Zakiyyuddin Ibrahim al Khalil al Syazuli yang diterbitkan menerusi majalah al Muslim, tahun 32, bil. 3, bulan Syawal 1401 (Ogos 1981).



petikan bersumber dari http://wwwhumair-humair.blogspot.com/

Wednesday, March 12, 2008

AL-AHKAM SUDAH MENGGELABAH ?

Gambar hiasan
Assalamualaikum.

tentu Ikhwah sekalian pernah dikejutkan dengan kemunculan blog2 anti Islam yang diwujudkan mereka yang sangat benci kepada ulama Islam seperti blog bankahbash,ahbash sesat ,takfirahbash,dan yang seangkatan dengannya.Bertambah menghairankan apabila ada diantara blog tersebut yang mengkafirkan umat Islam tanpa dalil dengan mengatakan Ahbash dan Asyairah adalah kafir.Lebih mengejutkan lagi apabila ada diantara blog2 tersebut yang meletakkan gambar haiwan seperti khinzir ,kambing hitam yang dinisbahkan kepada JAIS sebagainya.Sehinggakan Al-Ahkam.nyet mengeluarkan artikel yang mencela perbuatan blog2 tersebut .Lihat screen shot dibawah .
Pelik!!Al ahkam membuat penafian serta mencela ketiga-tiga blog tersebut ,tetapi dalam masa yang sama Al Ahkam secara tidak langsung secara semberono menuduh
"berkemungkinan ianya dibangunkan oleh golongan ahbash"..Inikah perangai Al Ahkam???

Betullah kata Rasul Dahri bahawa Al Ahkam memang tempat Fitnah.Mari kita lihat lagi posting-posting forumer Al Ahkam yang tidak berakhlak ini menuduh secara membabi buta ;

abuabdillah: jgn percaya blog tu..ana rasa taktik je tu, may b pihak ahbasy yg bangunkan sendiri, org2 sunnah x pnah buat blog cam diorg.. tgk gaya blog pun mcm format blog diorg..

ahchonx:
Artikel dalam blog tu tak banyak dan kurang ilmiah kalau nak dibandingkan dgn blog abusyuaib dan lain². Meragukan betul, adakah betul dari golongan sunnah.

Muhammady7: Memang Ahbasy ni cuba2 main api....tak pa...biarkan AHBASY terjun dengan HARARInya...kuikuikui

ajim: xsangke smpai letak gambar b**i.. huhu.. dasat la diorg nie..

ziy@d: yang ana heran, blog-blog ahbash ni suka sangat gambar b*bi nih. kalau boleh, gambar muka orang nak ditukar jadi b*bi. so, bila buat blog "konon" anti-ahbasy letak gambar b*bi; menampakkan ketidakcerdikan mereka, walaupun berbeza tema; tp hakikatnya mereka adalah orang yg sama. pendek kata...kantoi!

ibnularaby: Hmmm.. sungguh kritis akhi Ziy@d nih.. Ana pun perasan benda tuh... Hmmm.. Apa punya strategy daaa.. lompong sana sini..

Muhammady7: bukan kita kata ahash ni b**i tapi mereka yang buat sendiri dan maki diri sendiri...apa ke pelik orang macam ni???....




BENARKAH TUDUHAN MEREKA ITU ???

Mari kita selidik tentang blog blog yang disebut dan dicela al-ahkam tersebut iaitu

i. http://takfirahbash.blogspot.com yang meletakkan gambar babi yang tertera tulisan "wajah ahbash pengkafir!!!" serta mengkafirkan golongan ahbash dengan perkataan: "Maka kini kami pula hendak mengatakan bahawa KALIAN TELAH KAFIR DENGAN KATA-KATA KALIAN WAHAI KUMPULAN AHBASY".

ii. Blog http://anti-ahbasy.blogspot.com/ yang meletakkan gambar kambing hitam yang tertera tulisan: JAIS

iii. Blog http://ahbash-sesat.blogspot.com/ yang menulis seperti berikut: "Kalau sudah sekalipun, sudah tentu kalian semua telah menutup hati-hati kalian serta sombong dan taksub terhadap pengasas kalian Abdullah Al-Harary. Bahkan, kalian sudah tergugat dengan banyaknya fatwa-fatwa ulama tentang kekafiran Ahbash"


Cuba Saudara lihat secreen shot dibawah.Ianya diambil dari blog seorang wahabi UIA bernama Abu Usamah MAsri Bin Mohd Ramli. Lihat,antara blog yang disyorkan Masri ialah blog http://ahbash-sesat.blogspot.com/ !!!!!!!



Apakah kaitannya mereka dengan blog tersebut? ANTARA blog yang dicela al-ahkam tersebut adalah blog yang disyorkan oleh saudara Masri sendiri!!!!! Apa sudah jadi ????

Mari kita lihat pula perbualan di cbox pendusta bernama abusyuaib Khairul Anuar Latif di bawah ;

WAH!!!!! Semakin pelik ,Masri telah meminta Abu Syuaib menasihatkan pemilik blog pemfitnah tersebut .Lagi, Abu Syuaib Khairul Anuar Latiff pula membela perbuatan blog yang tidak berakhlak tersebut !!!!!! Nampak seperti ada kaitan antara Abu Syuaib dan blog pemfitnah tersebut.Petunjuk sudah semakin jelas ! Mari kita selidik lagi :


Eh eh ,tiba tiba pula abu Syuaib buat penafian kononnya berlepas diri dari blog yang mengkafirkan umat Islam tersebut.Yang peliknya abusyuaib seakan-akan menuduh ahbash pula yang membuat blog tersebut !!,sedangkan artikel yang di post kan di blog takfirahbash tersebut adalah salinan copy paste dari blog ahbashsesat yang disyorkan sendiri oleh saudara Masri !!!! Oh ya, link kepada antara laman web yang dicela al-ahkam(ahabsh-ssesat) juga terdapat di blog abu syuaib sendiri !!!! Memang kaki putar belit mereka ni. Lihat dibawah


EH Eh ! Tiba tiba pula datang seorang membuat pengakuan ,Kantoi!
Lihat mereka saling tuduh menuduh ,tetapi akhirnya kita tahu siapa yang punya angkara.Yang masih pelik lagi,dia (fuansalafi) pun masih menuduh puak ahbash yang mebuat blog gambar haiwan tersebut.!! BENARKAH????(lihat bawah)
Saya telah mendapat gambar yang dipercayai antara pemilik blog yang tidak berakhlak tersbut melalui seorang sahabat kepada fuan salafi (nama penuhnya Mohd Safwan Rusydi ????). Yang sangat membimbangkan pula ialah wahabi (safwan)ini telah membuat blog yang mengkafirkan ahbasy,dalam masa yang sama pula mengatakan Ahli Sunnah Wal Jamaah Asyairah adalah sesat!

Lihat bagaimana bahayanya wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia khasnya.Mereka akan menyesatkan dan mengkafirkan anda !!

Pengajaran-
  • JANGAN SUKA MENUDUH SEBARANGAN TANPA BUKTI
  • JANGAN SUKA KAFIRKAN ORANG TANPA DALIL YANG SAHIH
  • JANGAN JADI WAHABI


Gambar Hiasan

Akan datang---nantikan juga pembongkaran blog blog lain yang tidak berakhlak itu .Tunggu!!!!!

jihadwahabi
http://www.jihadwahabi.blogspot.com/

Wednesday, March 5, 2008

MUFTI YANG SEDAR DIRI?


Assalamualaikum,

maaf pembaca sekalian kerana saya amat sibuk buat masa sekarang,
Saya akan update dengan artikel terbaru saya dalam sedikit masa lagi.Buat masa ni saya pastekan artikel dari blog Ustaz Zamihan .Menarik.


PROVOKASI MUFTI PERLIS




LATARBELAKANG :

Apabila sesuatu aliran menguasai minda pemerintah. Ia akan cuba melebarkan ideologinya sedaya upaya yang boleh. Pelbagai cara, gaya dan tindakan dilakukan bagi mengukuhkan cengkaman pemikiran mereka. Walaupun dengan menggunakan taktik yang kotor dan membelakangi syariat Islam.

MANGSA :
Tuan blog tidak ketinggalan menjadi mangsa kerakusan fahaman liar ini. Kisahnya bermula apabila Us Zamihan al-Ghari menulis buku Salafiah al-Wahhabiyah Satu Penilaian. Buku ini mendedahkan polemik pemikiran Salafiah al-Wahhabiyah semasa. Merungkai penisbahan mereka terhadap golongan Salaf al-Soleh. Buku ini juga turut mencungkil pertentangan metodologi Salaf al-Soleh dengan Salafiah al-Wahhabiyah modern. Ternyata, ada perbezaan metodologi antara keduanya.

NOSTALGIA:
Buku ini disusun berdasarkan senario pelajar Malaysia di Jordan khususnya di Universiti Mu'tah lantaran terlalu asyik-masyuq dengan isu khilafiah bid'ah. Bahkan isu ini dijadikan anjakan sesetengah pelajar untuk membid'ah dan menyesatkan saudara seagama walaupun berkhilaf dalam soal-soal furuk dan ijtihadi. Fenomena ini hampir sama dengan apa yang berlaku dalam negara. Bahkan dimana jua negara umat Islam. Justeru, satu inisiatif diambil oleh Us Zamihan untuk mengurai kekusutan pemikiran yang berlaku dikalangan pelajar menerusi bukunya itu.

RESPON :
Namun, apabila dipasarkan dikhalayak awam. Ramai dari golongan yang mendakwa diri mereka sebagai Salafi melompat kepanasan melihat pendedahan eksklusif itu. Antaranya Dr Mohd Asri Abdul Thalib @ Zainul Abidin, Dr Azwira Abdul Aziz (Jabatan Al-Qur'an & al-Sunnah, UKM) Kapten Hafiz Firdaus Abdullah (Drebar Kapal Terbang MAS) dan lain-lain dari pemuka metodologi Wahhabi tempatan. Mereka berhempas pulang mengarang dan mencari idea untuk menolak paparan Zamihan. Ini kerana paparan Zamihan tidak secocok dengan ideologi mereka..walaupun paparan berfakta dan arus perdana.

USAHA PROVOKASI:
Dr Asri khususnya telah mengadakan pelbagai ceramah, rakaman dan menerbitkan tulisan untuk menyerang Us Zamihan. Termasuklah menuduh Us Zamihan sebagai penganut faham Syiah. Hujahnya, guru Ustaz Zamihan iaitu Syeikh Hassan al-Saqqaf dipercayai berfahaman syiah. Maka muridnya juga turut menyebarkan fahaman yang sama. Dalam masa yang sama beliau turut memprovokasi Us Zamihan dengan pelbagai keburukan termasuk dicop berideologi pembangkang, menyesatkan ulamak Arab Saudi dan bencikan Syeikh Ibn Taimiyyah. Benarkah begitu? Sebenarnya ini semua telahan liar yang bersarang diminda Dr Asri sahaja.

Lebih lanjut, Tuan-Puan boleh teliti penandasan hujah saya terhadap dakwaannya dalam sebuah buku : MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP FAHAMAN WAHHABIYYAH DI M'SIA. Sampai sekarang beliau tidak membalas hujah saya. Tetapi dalam isu-isu tertentu, ada beberapa 'barua' yang cuba membuat provokasi yang sama terhadap saya. Saya terima dengan terbuka. Sudah lumrah, jika anda mengkritik aliran ini, ana terpaksa 'membayarnya' dengan provokasi yang begitu mahal.

PROVOKASI POLITIK KEJAM:

Sebenarnya, usaha pihak pelampau tidak terhenti di stesen akademik sahaja. Malahan mereka menggunakan kuasa politik dan pemerintahan untuk menjatuhkan kedudukan Us Zamihan yang berkhidmat di sektor kerajaan, khususnya di JAKIM.

Buktinya, dalam Majalah MILENIA, JAN 2007, Bil 53, m/s 18 (lihat paparan scan no:3) Dr Mohd Asri memperlekehkan Zamihan dengan menyindir JAKIM : "Para pegawainya (JAKIM) juga perlu memiliki kesedaran yang benar-benar mendalam tentang agama Islam."

Analisa 1:

Berdasarkan kenyataan di atas, Dr Asri secara jelas mendakwa para pegawai JAKIM tidak mempunyai kesedaran yang mendalam tentang agama Islam. Subhanallah!

Tahukah Tuan Mufti bahawa rata-rata pegawai JAKIM datangnya dari skim S yang merujuk kepada perkhidmatan profesional dan sokongan. Mereka dipilih berdasarkan spesifikasi agama yang khusus untuk menganggotai JAKIM, JAIN dan MAIN samada secara tetap atau gunasama. Justeru, jika pegawai JAKIM yang berlatarbelakang agama dianggap tidak mempunyai kesedaran yang benar-benar mendalam tentang agama Islam...siapa yang lagi yang benar2 mempunyai kesedaran itu. Awak sorang je ke? Atau..kumpulan profesional Ustaz lompat yang menjadi pengikut saudara itu?Subhanallah. Diri sendiri sanggup diangkat sedangkan orang lain dihempap. Subhanallah!

Tegasnya disini, marahkan Zamihan..akhirnya pegawai-pegawai JAKIM yang tak bersalah turut dikecam. Uslub ini dipergunakan supaya Pegawai JAKIM bangkit menentang dan membenci Zamihan dari dalam. Teknik seperti ini sama dengan apa yang diamalkan oleh Fir'aun terhadap Nabi Musa yang setentang pandangan dengan beliau. Ternyata Fir'uan tiada integriti. Begitu juga Yahudi. Allahu Allah!

KONFRANTASI BERTERUSAN:

Tidak cukup dengan itu, Dr Asri terus melancarkan konfrantasi terhadap Zamihan al-Ghari melalui JAKIM sebagai majikannya. Buktinya, lihatlah paparan scan no : 4 yang disertakan di atas. Beliau mendakwa ..Us Zamihan Mohd Zain ke sana sini mencanangkan kesesatan ulamak Arab Saudi dan dakwaan terhadap ulamak Salafiah sebagai pengganas. Justeru itulah perkara yang sepatutnya dibanteras oleh JAKIM kerana Zamihan bergerak membawa imej JAKIM. maka dengan sendirinya maruah JAKIM turut di jaja."

Katanya lagi : "..perbuatan itu sepatutnya ditegah oleh pentadbir JAKIM memandangkan imej JAKIM telah dirosakkan oleh kakitangannya..." (rujuk paparan scan no:6)

Analisa 2 :
Ya Tuan Syeikh, buktikan satu ayat @ ceramah yang menunjukkan Zamihan menyesatkan ulamak Arab Saudi atau menuduh mereka sebagai pengganas.Tolong dapatkan kertas kerja, ceramah atau CD kalau ada. Bawak mai bukti tu. Kita kembali kepada kaedah Usul : "Orang yg mendakwa harus mengemukakan bukti. Dan orang yang ingkar perlu bersumpah." Khulasahnya, bawa dulu bukti kamu. Lepas tu aku akan bersumpah atas nama Allah. Jangan main propaganda secukup rasa sahaja. Samada anda Mohd Asri dan aku Zamihan..bersama kita renungkan surah Fushilat ayat 21-22 sebagai pedoman dan pelajaran. Kita kembali kepada Allah.

Analisa ke 3 :

Niat Dr Asri 'mengapikan' JAKIM boleh diragui. Apa sebenarnya yang diinginkan beliau? Nak minta JAKIM banteras Zamihan? Zamihan menjaja maruah JAKIM? Masya Allah..jahat sangat Zamihan. Ya..Zamihan memang orang jahat. Bahkan jahat sangat. Lebih jahat dari segala manusia. Puas hati kan..! Terpulanglah kepada Tuan-Puan untuk menilai.Tapi.. hanya satu ku pinta. Ayuh...buktikan kejahatan Zamihan secara sarjana. Dan jika Zamihan menyeleweng.. sesiapa sahaja..diminta tampil untuk membanteras penyelewengan Zamihan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Ahlan Wa Sahlan! Itu satu kebaikan. Tetapi, jelaskan penyelewengan Zamihan secara benar. Bukannya secara propaganda seperti Drebar Kapal Terbang dan Ustaz UKM.

Jika benar kelakuan dan sikap Zamihan menjaja imej dan maruah JAKIM. Sila buktikan. Sila ambil tindakan. Ketahuilah Tuan-Puan bahawa : "Aku datang ke JAKIM kerana Allah. Aku kerja kerana Allah. Majikan aku adalah Allah. Allah akan bayar gaji, bonus dan dividen ku. Dan aku boleh pergi dari sini kerana Allah."

Anda tidak perlu jadi 'batu api' untuk JAKIM mengenakan tatatertib kepada Zamihan. Kalau provokasi anda berjaya mungkin Zamihan kehilangan hak dunia. Tapi ingat hak akhirat..sebesar zarah..pasti dituntut jua. Sedarlah, sikap 'batu api' itu sendiri bukan calon syurga. Bahkan indikasi istimewa buat calon neraka. Berhati-hatilah dengan sabda Baginda SAW kepada kita.
Bagi saya, sepatutnya sikap dan pemikiran Dr Asri perlu dibanteras oleh Raj, Kerajaan negeri Perlis juga JAKIM. Ini kerana beliau selalu melancarkan kontroversi agama secara terbuka. Mengritik keras agensi agama, menohmah ulamak pondok, para asatizah serta cuba menukar wajah metodologi pengurusan Islam negara kita.

Sebenarnya, sudah berkali-kali MB Perlis dan Muftinya meminta jasa baik pimpinan JAKIM untuk 'menendang' Zamihan keluar dari JAKIM. Saya pun dah cuak dan masak. Tak percaya..tanyalah mereka berdua. Mintalah mereka bersumpah atas nama Allah kalau Zamihan menulis secara fitnah. Namun, Allah masih tidak mengizinkannya. Ketahuilah bahawa Aku sendiri lebih rela hilang kuasa, pangkat, harta dan glaomur..asalkan tidak bercerai kasih denganNya. Ibn Umar berpesan : Jika dunia diciptakan dari emas yang hancur binasa. Jika negeri akhirat dicipta dari batu-bata yang kekal selamanya. Nescaya aku akan memilih yang kekal berbanding sementara." Allahu akbar!

KESIMPULAN :

1) Melancarkan konfrantasi dan provokasi terhadap seseorang yang tidak sealiran dengan kita bukanlah sikap Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Ia merupakan teknik jahiliyyah yang tidak bertamadun. Oleh yang demikian, seseorang itu perlu menjauhkan diri dari teknik berkenaan.

2) Berpada-pada lah dalam mengasihi dan membenci. Jangan sampi kebencian kita terhadap seseorang menyebabkan kita tidak berlaku adil. Sebaliknya berlaku zalim, cenderung kearah kezaliman. Kelak nanti.. kita disambar api neraka. Wal 'iyya zabillah!

Alangkah cantiknya sekuntum mawar. Walau tumbuh berduri, indah dipandang, dicium wangi. Bertasbih dan tidak berdosa pada Ilahi. Berbanding manusia yang busuk hati. Kesana ke mari meninggi diri. Selesa bila dipuji. Rasa tercabar bila pemikiranya ditandasi.

Zamihan Mat Zin al-Ghari (012 2465518)

DR MOHD ASRI PERLU SEDAR DIRI



SINOPSIS :

Jawatan Mufti amat mulia. Baik pada pandangan masyarakat mahupun agama. Ia sewajarnya dipilih dari mereka yang benar-benar layak untuk mendudukinya. Pendeka kata, status kealiman, kewarakkan, ketaqwaan dan kebijaksanaan adalah mekanisme asas dalam pemilihan mereka. Bukan hanya ditentukan oleh kerakusan kuasa politik dan individu tertentu. Akibatnya, siapa yang mendekati pemerintah atau ahli politik tertentu dia akan mendapat habuannya. Bahkan dilantik menjadi mufti walaupun tidak menguasai disiplin ilmu agama secara benar. Situasi ini menepati kisah benar sebagaimana yang dialami oleh Mufti Perli, SS Dr Mohd Asri bin Abdul Thalib @ Zainul Abidin.


DALIL 1 : DR ASRI MENGHINA INSTITUSI AGAMA

Buktinya : Dalam Majalah MILENIA, Januari 2007, Bil 53, m/s 18 : Dr Mohd Asri Abdul Thalib @ Zainul Abidin mengatakan : “Semua maklum bahawasanya JABATAN YANG PALING LEMBAP DI MALAYSIA IALAH JABATAN AGAMA.” – sila rujuk paparan scan no ; 1 yang disertakan di atas.

Analisa :

Sepatutnya beliau sedar intisari dan gaya bahasa percakapannya itu. Selaku Mufti, beliau sewajarnya menghormati JAKIM sebagai urusetia induk Majlis Kebangsaan Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh PM dan yang dinaugi Yang DiPertuan Agung. Oleh itu, mengkritik JAKIM ertinya mengkritik PM dan Yang DiPertuan Agung. Benarkah JAKIM LEMBAP? Tak berfungsi? Atau tahukah anda dengan fungsi JAKIM keseluruhannya?.


Peka :

Semua pihak perlu peka bahawa gaya bahasa umum yang diungkapkan Mufti Perlis juga menatijahkan kritikan yang keras terhadap Raja-raja Melayu sebagai ketua Agama Islam negeri-negeri di Malaysia. Hairan, beliau berkhidmat di bawah raja Melayu Islam..tetapi beliau sendiri mengkritik Jabatan dibawah naungan Rajanya. Bahkan begitu tega melancarkan kritikan keras kepada Jabatan Agama dinaugi Raja-raja negeri lain. Dr Mohd Asri sepatutnya lebih beradab dan sedar diri.


Kalau nak kritik silakan. Tapi kritiklah secara membina. Bukannya mengkritik SECARA MENGHINA. Gaya bahasa kritikan secara menghina jelas disini apabila anda menyifatkan JABATAN YANG PALING LEMBAP DI MALAYSIA IALAH JABATAN AGAMA.”
Kritikan anda begitu terbuka. Bagi bukan Islam, mereka teruja dengan kritikan anda. Bagi kaki Islam Liberal..andalah jaguh yang se-ideologi dengan mereka. Apakah anda berasa sungguh2 bangga dengan situasi ini. Bolehlah dikatakan bahawa anda senada dan seirama dengan mereka. Subhanallah.


Analisa Ke: 2

Kecaman Dr Asri terhadap Jabatan Agama sebenarnya tidak berfakta. (Rujuk no : 2 paparan scan di atas). Ini terbukti apabila beliau hanya merujuk kepada kes perceraian yang lebih 10 tahun tidak cukup utk dijadikan alasan Jabatan Agama Lembap. Cuba Tuan Mufti dapatkan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia. Berapa banyak penisbahan antara kes tertangguh di mahkamah syariah dengan mahkamah sivil sebenarnya. Bahkan terdapat banyak kes di mahkamah sivil yang melebihi jangkamasa penangguhan di mahkamah syariah. Tetapi tidak dihighlight oleh beliau. Bila ingin mengkritik cukupkah hanya satu fakta. Di sudut realiti, tidak pula dikemukakan fakta. Berlaku adillah dalam mengkritik. Jangan main hentam kromo brader.


Analisa ke:3

Anda sepatutnya sedar bahawa anda juga sebahagian dari Jabatan agama yang anda maksud. Jadi luahan anda itu bolehlah diibaratkan seperti meludah kelangit. Akhirnya terjatuh kepada muka sendiri. Hingga ke saat ini, setakat mana pembaharuan yang anda lakukan untuk negeri yang didakwa sunnah itu? Saya pun setuju. Elok sangat lah dipraktikkan Sunnnah Nabi SAW. Soalnya, mana satu yang anda laksanakan? Sunnah kecil-kecilan (furuk). Atau Sunnah secara tempelan. Banyak mana kemajuan agama yang diwujudkan. Maju atau celaru? Bersama kita cermin hati dan muhasabah diri.


SIKAP KITA :

Sesiapa sahaja yang membaca artikel ini harus tenang. Ini bukan serangan peribadi. Sebaliknya satu analisa akademik tentang ketidakwajaran seseorang yang bergelar Mufti melancarkan kritikan yang tidak berhati perut kepada agensi agama. Bahkan agensi agama digambarkan sebagai paling lembap di Malaysia. Subhanallah. Mari tentukan sikap dan pendirian kita.


Kepada pengikut setia Dr Mohd Asri usahlah gelabah atau taksub secara sembrono. Terimalah kebaikan dan kekurangan beliau seadanya. Beri ruang kepada minda anda untuk meneliti fakta dan sikap idola anda itu. Perhatikan dengan mendalam idea dan pemikirannya. Jangan sampai idea, pemikiran dan penulisannya itu mencalar maruah agama tercinta.


KESIMPULAN:

1) Hati-hati mengkritik. Hari ini anda mengkritik, percayalah esok lusa.. anda juga dikritik. Kritiklah secara membina. Jangan menkritik secara menghina.


2) Sedarlah bahawa dengan bersikap rendah diri kita akan mulia. Dan bersikap 'besar diri' membuatkan kita dihina.


Zamihan al-Ghari (03 89222690 ext 8413) @ 012 2465518