Sunday, November 18, 2007

Gurindam Geram


Rasul Dahri Rasul Tersesat,
Rasul Kahar pun sama bejat,
Mana taknya dikata jadi sesat,
Dikatanya Allah berjisim dan bertempat.

Negeri Sunnah ditukar nama,
negeri lain semua tak ikut Sunnah,
Habis semua hukum diubahnya,
Inilah negeri darul bidaah ranah

Mufti Termuda dalam Malaysia,
BErlagak hero dimata manusia,
Berbuka di hotel apa bercanggahnya?
Berkhalwat di hotel boleh pula?APADIA?

Bedul Wahab hero mereka,
Jangan diusik jangan di kata,
Nabi Muhammad nak letak kat mana?
Kalian tahu MAW inilah nabi mereka..

SAmar menyamar memang kerja biasa,
Setakat topeng salafi ,ahlusunnah memang biasa,
BAru2 ini menyamar di Blog Ahlusnnah pula,
Tak lain tak bukan memang angkara wahabi durjana,

Hari2 sibuk bertajdid jangan taksub mazhab,
Akulah bettul yang lain semua salah Mazhab,
Bila ditanya siapa nama penuh Imam 4 Mazhab,
Haram satu pun tak boleh jawab

Apparaa...

Ibnu Taimiah Bertaubat Dari Akidah Salah(DISERTAKAN DGN SCAN KITAB)

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/




*INI MERUPAKAN ARTIKEL ULANGAN DITAMBAH DENGAN SCAN KITAB YANG MERUPAKAN BUKTI KUKUH OLEH TUAN BLOG ATAS KENYATAAN YANG DITULIS.SILA RUJUK ARTIKEL ASAL: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/07/ibnu-taimiah-bertaubat-dari-akidah.html

*TETAPI INI TIDAK MENOLAK PENTAKFIRAN ULAMA TERHADAP PEMBAWA AKIDAH TAJSIM. KERANA GOLONGAN MUJASSIMAH TERKENAL DENGAN AKIDAH YANG BERBOLAK-BALIK DAN AKIDAH YANG TIDAK TETAP DAN TIDAK TEGUH.HARAP FAHAM SECARA BENAR DAN TELITI.


Oleh: abu_syafiq As-Salafy (012-2850578)

Assalamu3alaykum

Ramai yang tidak mengkaji sejarah dan hanya menerima pendapat Ibnu Taimiah sekadar dari bacaan kitabnya sahaja tanpa merangkumkan fakta sejarah dan kebenaran dengan telus dan ikhlas.

Dari sebab itu mereka (seperti Wahhabiyah) sekadar berpegang dengan akidah salah yang termaktub dalam tulisan Ibnu Taimiah khususnya dalam permasaalahan usul akidah berkaitan kewujudan Allah dan pemahaman ayat " Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa".


Dalam masa yang sama mereka jahil tentang khabar dan berita sebenar berdasarkan sejarah yang diakui oleh ulama dizaman atau yang lebih hampir dengan Ibnu Taimiah yang sudah pasti lebih mengenali Ibnu Taimiah daripada kita dan Wahhabiyah.

Dengan kajian ini dapatlah kita memahami bahawa sebenarnya akidah Wahhabiyah antaranya :
1-Allah duduk di atas kursi.
2-Allah duduk dan berada di atas arasy.
3-Tempat bagi Allah adalah di atas arasy.
4-Berpegang dengan zohir(duduk) pada ayat "Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa".
5-Allah berada di langit.
6-Allah berada di tempat atas.
7-Allah bercakap dengan suara.
8-Allah turun naik dari tempat ke tempat
dan selainnya daripada akidah kufur sebenarnya Ibnu Taimiah telah bertaubat daripada akidah sesat tersebut dengan mengucap dua kalimah syahadah serta mengaku sebagai pengikut Asyairah dengan katanya "saya golongan Asy'ary".
(Malangnya Wahhabi mengkafirkan golongan Asyairah, lihat buktinya :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam.html).

Syeikhul Islam Imam Al-Hafiz As-Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolany yang hebat dalam ilmu hadith dan merupakan ulama hadith yang siqah dan pakar dalam segala ilmu hadith dan merupakan pengarang kitab syarah kepada Sohih Bukhari berjudul Fathul Bari beliau telah menyatakan kisah taubat Ibnu taimiah ini serta tidak menafikan kesahihannya dan ianya diakui olehnya sendiri dalam kitab beliau berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi 'ayan Al-Miaah As-Saminah yang disahihkan kewujudan kitabnya oleh ulama-ulama Wahhabi juga termasuk kanak-kanak Wahhabi di Malaysia ( Mohd Asri Zainul Abidin).

Kenyatan bertaubatnya Ibnu Taimiah dari akidah sesat tersebut juga telah dinyatakan oleh seorang ulama sezaman dengan Ibnu Taimiah iaitu Imam As-Syeikh Syihabud Din An-Nuwairy wafat 733H.

Ini penjelasannya :
Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi "ayan Al-Miaah As-Saminah cetakan 1414H Dar Al-Jiel juzuk 1 m/s 148

dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah juzuk 32 m/s 115-116 dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab nasnya:

وأما تقي الدين فإنه استمر في الجب بقلعة الجبل إلى أن وصل الأمير حسام الدين مهنا إلى الأبواب السلطانية في شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة ، فسأل السلطان في أمره وشفع فيه ، فأمر بإخراجه ، فأخرج في يوم الجمعة الثالث والعشرين من الشهر وأحضر إلى دار النيابة بقلعة الجبل ، وحصل بحث مع الفقهاء ، ثم اجتمع جماعة من أعيان العلماء ولم تحضره القضاة ، وذلك لمرض قاضي القضاة زين الدين المالكي ، ولم يحضر غيره من القضاة ، وحصل البحث ، وكتب خطه ووقع الإشهاد عليه وكتب بصورة المجلس مكتوب مضمونه : بسم الله الرحمن الرحيم شهد من يضع خطه آخره أنه لما عقد مجلس لتقي الدين أحمد بن تيمية الحراني الحنبلي بحضرة المقر الأشرف العالي المولوي الأميري الكبيري العالمي العادلي السيفي ملك الأمراء سلار الملكي الناصري نائب السلطنة المعظمة أسبغ الله ظله ، وحضر فيه جماعة من السادة العلماء الفضلاء أهل الفتيا بالديار المصرية بسبب ما نقل عنه ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على حقيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل الحق ، انتهى المجلس بعد أن جرت فيه مباحث معه ليرجع عن اعتقاده في ذلك ، إلى أن قال بحضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه ، وأشهد عليه بما كتب خطا وصورته : (( الحمد لله ، الذي أعتقده أن القرآن معنى قائم بذات الله ، وهو صفة من صفات ذاته القديمة الأزلية ، وهو غير مخلوق ، وليس بحرف ولا صوت ، كتبه أحمد بن تيمية . والذي أعتقده من قوله : ( الرحمن على العرش استوى ) أنه على ما قاله الجماعة ، أنه ليس على حقيقته وظاهره ، ولا أعلم كنه المراد منه ، بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، كتبه أحمد بن تيمية . والقول في النزول كالقول في الاستواء ، أقول فيه ما أقول فيه ، ولا أعلم كنه المراد به بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، وليس على حقيقته وظاهره ، كتبه أحمد بن تيمية ، وذلك في يوم الأحد خامس عشرين شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة )) هذا صورة ما كتبه بخطه ، وأشهد عليه أيضا أنه تاب إلى الله تعالى مما ينافي هذا الاعتقاد في المسائل الأربع المذكورة بخطه ، وتلفظ بالشهادتين المعظمتين ، وأشهد عليه بالطواعية والاختيار في ذلك كله بقلعة الجبل المحروسة من الديار المصرية حرسها الله تعالى بتاريخ يوم الأحد الخامس والعشرين من شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة ، وشهد عليه في هذا المحضر جماعة من الأعيان المقنتين والعدول ، وأفرج عنه واستقر بالقاهرة

Saya terjemahkan beberapa yang penting dari nas dan kenyataan tersebut:

1-
ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على حقيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل الحق
Terjemahannya: "Dan para ulama telah mendapati skrip yang telah ditulis oleh Ibnu Taimiah yang telahpun diakui akannya sebelum itu (akidah salah ibnu taimiah sebelum bertaubat) berkaitan dengan akidahnya bahawa Allah ta'ala berkata-kata dengan suara, dan Allah beristawa dengan erti yang hakiki (iaitu duduk) dan selain itu yang bertentangan dengan Ahl Haq (kebenaran)".

Saya mengatakan :
Ini adalah bukti dari para ulama islam di zaman Ibnu Taimiah bahawa dia berpegang dengan akidah yang salah sebelum bertaubat daripadanya antaranya Allah beristawa secara hakiki iaitu duduk.


Golongan Wahhabiyah sehingga ke hari ini masih berakidah dengan akidah yang salah ini iaitu menganggap bahawa Istiwa Allah adalah hakiki termasuk Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan istawa bermakna duduk cuma bagaimana bentuknya bagi Allah kita tak tahu. lihat dan dengar sendiri Asri sandarkan DUDUK bagi Allah di : http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/asri-menghidupkan-akidah-yahudi-allah.html .

Sedangkan ibnu Taimiah telah bertaubat dari akidah tersebut.

2-
قال بحضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه
Terjemahannya: " Telah berkata Ibnu Taimiah dengan kehadiran saksi para ulama: ' Saya golongan Asy'ary' dan mengangkat kitab Al-Asy'ariyah di atas kepalanya ( mengakuinya)".

Saya mengatakan :
Kepada Wahhabi yang mengkafirkan atau menghukum sesat terhadap Asya'irah, apakah mereka menghukum sesat juga terhadap Syeikhul islam mereka sendiri ini?!
Siapa lagi yang tinggal sebagai islam selepas syeikhul islam kamu pun kamu kafirkan dan sesatkan?! Ibnu Taimiah mengaku sebagai golongan Asy'ary malangnya Wahhabi mengkafirkan golongan Asya'ry pula, rujuk bukti Wahhabi kafirkan golongan As'y'ary :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam.html.

3-
والذي أعتقده من قوله : ( الرحمن على العرش استوى ) أنه على ما قاله الجماعة ، أنه ليس على حقيقته وظاهره ، ولا أعلم كنه المراد منه ، بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، كتبه أحمد بن تيمية
Terjemahan khot tulisan Ibnu Taimiah dihadapan para ulama islam ketika itu dan mereka semua menjadi saksi kenyataan Ibnu Taimiah :
" Dan yang aku berpegang mengenai firman Allah 'Ar-Rahman diatas Arasy istawa' adalah sepertimana berpegangnya jemaah ulama islam, sesungguhnya ayat tersebut bukan bererti hakikatnya(duduk) dan bukan atas zohirnya dan aku tidak mengetahui maksud sebenar-benarnya dari ayat tersebut bahkan tidak diketahui makna sebenr-benarnya dari ayat tersebut kecuali Allah.Telah menulis perkara ini oleh Ahmad Ibnu Taimiah".

Saya mengatakan:
Ibnu Taimiah telah bertaubat dan mengatakan ayat tersebut bukan atas zohirnya dan bukan atas hakikinya iaitu bukan bererti Allah duduk mahupun bertempat atas arash.
( Bukti Ibnu Taimiah pernah dahulunya berpegang dengan akidah salah: 'Allah Duduk'

sila rujuk: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/penjelasan1-allah-duduk-atas-arasy.html ).

Malangnya kesemua tok guru Wahhabi sehingga sekarang termasuk Al-Bani, Soleh Uthaimien, Bin Baz dan kesemuanya berpegang ayat tersebut secara zohirnya dan hakikatnya (duduk dan bertempat atas arasy). Lihat saja buku-buku mereka jelas menyatakan sedemikian.
Maka siapakah syeikhul islam sekarang ini disisi Wahhabiyah atau adakah syeikhul islam anda wahai Wahhabi telah kafir disebabkan taubatnya?!

4-
وأشهد عليه أيضا أنه تاب إلى الله تعالى مما ينافي هذا الاعتقاد في المسائل الأربع المذكورة بخطه ، وتلفظ بالشهادتين المعظمتين
Terjemahannya berkata Imam Nuwairy seperti yang dinyatakan juga oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany : " Dan aku antara saksi bahawa Ibnu Taimiah telah bertaubat kepada Allah daripada akidah yang salah pada empat masaalah akidah yang telah dinyatakan, dan Ibnu Taimiah telah mengucap dua kalimah syahadah(bertaubat daripada akidah yang salah pernah dia pegangi terdahulu)".

Saya mengatakan:
Ibnu Taimiah telah memeluk islam kembali dengan mengucap dua kalimah syahadah dan mengiktiraf akidahnya sebelum itu adalah salah dan kini akidah yang salahnya itu pula dipegang oleh golongan Wahhabiyah.

Maka bilakah pula golongan Wahhabiyah yang berpegang dengan akidah yang salah tersebut akan memluk agama islam semula seperti yang dilakukan oleh rujukan utama mereka yang mereka sendiri namakan sebagai Syeikhul Islam?!.

Jadikan qudwah dan ikutan Ibnu Taimiah dalam hal ini wahai Wahhabiyah!.

Ayuh! bertaubatlah sesungguhnya kebenaran itu lebih tinggi dari segala kebatilan. Pintu taubat masih terbuka bagi Wahhabi yang belum dicabut nyawa.

ULAMA-ULAMA YANG MENYATAKAN DAN MENYAKSIKAN KISAH TAUBATNYA IBNU TAIMIAH.

Selain Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi "ayan Al-Miaah As-Saminah cetakan 1414H Dar Al-Jiel juzuk 1 m/s 148

dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah juzuk 32 m/s 115-116 dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab yang menyatakan kisah taubat Ibnu Taimiah ramai lagi ulama islam yang menyaksikan dan menceritakan kisah pengakuan tersebut antaranya lagi :

-As-Syeikh Ibnu Al-Mu'allim wafat tahun 725H dalam kitab Najmul Muhtadi Wa Rojmul Mu'tadi cetakan Paris nom 638.

-As-Syeikh Ad-Dawadai wafat selepas 736H dalam kitab Kanzu Ad-Durar - Al0Jam'-239.


-As-Syeikh Taghry Bardy Al-Hanafi bermazhab Hanafiyah wafat 874H dalam Al-Minha As-Sofi m/s576 dan beliau juga menyatakn sepertimana yang dinyatakan nasnya oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya yang lain berjudul An-Nujum Az-Zahirah Al-Jami' 580.


Merekalah dan selain mereka telah menyatakan taubat Ibnu Taimiah daripada akidah Allah Duduk dan bertempat di atas arasy.

Kata-kata akhirku dalam penerangan kajian ringkas berfakta ini..

Wahai Wahhabiyah yang berakidah Allah Duduk di atas arasy. Itu adalah akidah kristian kafir dan yahudi laknat (Rujuk bukti :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/penjelasan1-allah-duduk-atas-arasy.html .
Berpeganglah dengan akidah salaf sebenar dan khalaf serta akidah ahli hadith yang di namakan sebagai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Allah tidak memerlukan kepada mana-mana makhlukNya termasuk tempat dilangit mahupun tempat di atas arasy.

Semoga Allah merahmati hambaNya yang benar-benar mencari kebenaran.
Wassalam.


* Saya mengharap komen diberikan atas artikel ini dengan syarat mestilah berfakta yang telus dan ilmiah bukan melulu dan bersemborono khususnya kepada mereka yang mengatakan ianya palsu.

Negeri-Negeri Sunnah Malaysia (dari mingguanwahabi)

Saturday, November 17, 2007

Galakan baca al-Quran di kubur

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20071116223059/Article/index_html

Oleh Hasliza Hassan

AMALAN membaca al-Quran di atas kubur adalah permasalahan ranting agama yang bersifat elektif untuk seseorang mukmin, bukan permasalahan tunjang yang mendasari iman dan Islam. Oleh itu, mengamalkannya dikira satu kebaikan, manakala meninggalkannya bukanlah satu kecelaan.

Perkara itu dijelaskan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain al-Ghari, supaya masyarakat tidak memberi tafsiran songsang hanya kerana mereka gagal menemui nas bahawa perbuatan itu dilakukan Rasulullah SAW.

Justeru, katanya, permasalahan furu’ atau cabang perlu difahami secara menyeluruh berserta dalil dan kaedah syariah yang jelas supaya sesuatu isu dirumus benar-benar menepati tuntutan syarak, selain mengelak daripada sikap fanatik serta melampau.


“Hukum syarak amat fleksibel dalam apa juga permasalahan. Maknanya, jika tidak ada hadis yang menunjukkan amalan itu dilakukan Rasulullah SAW, itu tidak bermakna ia menyalahi hukum kerana kita ada dalil lain.

“Tinjauan kita kepada isu membaca al-Quran di atas kubur menemukan beberapa dalil berkaitan yang dapat difahami serta dihayati dengan baik,” katanya.

Dalam masalah membaca al-Quran di atas kubur, katanya, ada banyak ayat al-Quran yang bersifat umum, tetapi boleh dijadikan panduan bagi menjawab persoalan apabila mafhum ayat itu dibincangkan serta diberi tafsiran lebih mendalam.

Contohnya, firman Allah bermaksud: “Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat keturunan mereka dalam keimanan, Kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka (di dalam syurga) dan Kami tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amalan mereka. Setiap manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” (Surah al-Tur, ayat 21)

Zamihan berkata, ayat itu bersifat umum, tetapi menjelaskan bahawa amalan mereka yang masih hidup dapat memberi manfaat kepada yang sudah mati seperti amalan puasa, wakaf, haji dan membaca al-Quran yang termasuk dalam sedekah.

Katanya, jika pahala amalan puasa dan haji yang dilaksanakan untuk orang meninggal dunia sampai, begitu juga pahala membaca al-Quran yang disedekahkan kepada ahli keluarga yang sudah meninggal dunia juga akan sampai kepada mereka.

“Ia bermakna diharuskan kita membaca al-Quran tidak kira di mana sama ada di rumah, pejabat, dalam kapal terbang atau di atas kubur sekalipun. Membaca di atas kubur suasananya lain sikit kerana ini akan membuatkan kita insaf, ingat kepada mati dan mensyukuri nikmat Allah,” katanya.

Katanya, amalan membaca al-Quran di atas kubur berteraskan kepada dalil yang pelbagai, ada kalanya berstatus sahih, hasan, daif dan amat daif.

Imam Muslim meriwayatkan: “Setiap anggota tubuh kamu berpagi-pagian dengan sedekah ke atasnya. Setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh yang makruf adalah sedekah. Melarang yang mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diperoleh melalui dua rakaat solat pada waktu duha.” (Hadis riwayat Muslim)

Imam al-Qurtubi mengatakan: “Berdasarkan dalil inilah ulama menggalakkan menziarahi kubur kerana bacaan al-Quran itu bagaikan buah tangan untuk si mati yang dibawa oleh penziarah kubur.”

Sementara Imam Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari mengatakan: “Hadis ini memberi kita satu kefahaman bahawa bacaan al-Quran juga termasuk dalam erti kata sedekah berdasar syarak.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan: “Menceritakan kepada kami al-Hussain bin Ishak al-Tustari, menceritakan kepada kami Ali bin Hajr, menceritakan kepada kami Mubasyir bin Ismail, menceritakan kepada kami Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya, berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid: “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah di sisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.”

Imam al-Haitsami dalam Majma al-Zawaid mengatakan bahawa rangkaian perawi ini terdiri daripada kalangan perawi yang siqah (dipercayai), manakala Imam al-Hakim membawa kesaksian hadis ini dalam kitabnya al-Mustadrak.

Zamihan berkata, membaca al-Quran di atas kubur ternyata bukan bid’ah yang sesat kerana ada nas yang membuktikan bahawa Ibn Umar dan Abu Khalid al-Lajlaj mendengar galakkan daripada Nabi SAW supaya dibacakan ayat suci al-Quran di tanah perkuburan.

Beliau berkata, sebenarnya hadis yang bertali arus dengan amalan membaca al-Quran di atas kubur masih banyak dan perbezaan pendapat di kalangan ulama adalah perkara biasa terutama dalam permasalahan cabang agama.

Oleh itu, katanya, apabila Rasulullah SAW tidak melakukan sesuatu perkara itu tidak bermakna ia salah dan tidak wajar ada pihak yang memberi hukuman melampau kerana Baginda juga tidak melakukan semua amalan yang diharuskan syarak.

“Namun, kita perlu mengambil pendekatan bijak dan bersikap sederhana ketika berinteraksi dengan keadaan ini. Hal ini penting supaya aktiviti kehidupan kita menepati tuntutan syarak dan merapatkan kita kepada takwa.

“Ia sekali gus mengelakkan kita daripada bersikap keras kepala terhadap amalan yang sudah sebati dalam masyarakat dan diperakui pihak yang mempunyai kuasa dalam bidang berkenaan. Sebenarnya isu klasik ini sudah ditangani ulama, tetapi masih ada pihak sengaja membangkitkannya,” katanya.

Katanya, perlu diingat bahawa amalan yang tidak dilakukan Rasulullah SAW dan generasi salaf tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan sesuatu amalan selagi tidak ada tegahan putus daripada nas syarak.

Friday, November 16, 2007

Ahli sunah larang ithbat tempat bagi Allah--utusan jumaat 16 nov

Ahli sunah larang ithbat tempat bagi Allah

(KISAH PERDEBATAN IMAM ABU HANIFAH DENGAN Yahudi)
sekarang kat Malaysia ni pun berlaku kisah rasul yahudi yang hampir sama

SOALAN: Sekiranya ada seseorang bukan muslim bertanyakan saya di manakah Allah, apakah jawapan yang sesuai yang saya harus berikan kepada beliau?

JAWAPAN:

Ustaz nukilkan di sini dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.

Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Membantu guru

Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.

Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.

“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”

Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”

“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.

“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Tidak terfikir

Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”

“Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.

“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.

Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.

Sebarang soalan untuk ruangan Kemusykilan Agama boleh dihantar melalui e-mel ke agama@utusan.com.my atau ke Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

Faks: 03-9222 4967

Wednesday, November 14, 2007

BACAAN AL-QURAN DITANAH PERKUBURAN

http://bankwahabi.wordpress.com/

BACAAN AL-QURAN DITANAH PERKUBURAN

Oleh : Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari

Izinkan saya merujuk artikel HADIS PALSU MENYESATKAN MASYARAKAT oleh Dr Azwira Abd Aziz dari UKM yang disiarkan Utusan Malaysia, ruangan Agama-Mega, 5 November 2007. Saya pasti pandangan tersebut adalah pandangan peribadi. Ia bukannya satu pandangan rasmi Fakulti Pengajian Islam, UKM mahupun JAKIM. Sayangnya, pandangan beliau tidak cukup fakta, amat keras dan melampau. Para pembaca yang jujur diminta meneliti dahulu bait2 penghujahan Dr Azwira. Kemudian baru disusuli dengan hujjah saya. Jangan jadi penonton separuh masa kedua. Nanti tak tahu hujung pangkalnya. Terlebih dahulu, Minta ampun dan minta maaf..jika saya terikut-ikut dengan rentak Dr Azwira dalam penulisan ini.

REALITI PERMASALAHAN

Perlu disedari bahawa amalan membaca al-Qur’an di atas kubur merupakan permasalahan ranting agama. Ia bukannya permasalahan tunjang mendasari Iman dan Islam. Amalan ranting biasanya bersifat elektif bukannya subjek teras untuk seseorang mukmin. Oleh itu, mengamalkannya dikira satu kebaikan. Manakala meninggalkannya bukanlah satu kecelaan. Demikian betapa fleksibelnya hukum syarak dalam permasalahan ini.

SUSUNAN DALIL

Tinjauan permasalahan ini menemukan kita dengan beberapa dalil. Samada dari kitab Suci al-Qur’an mahupun al-Sunnah. Kekadang dalil berkaitan dapat difahami dan di hayati dengan baik. Kekadang ia gagal ditemui dan difahami. Lalu memanifestasi pelbagai tafsiran sonsang. Oleh itu, kita perlu memahami dalil secara jelas dengan sebaik-baiknya.

Dr Azwira jelas didapati gagal memahami hirarki dalil perundangan Islam. Sikit-sikit hadis, hadis, hadis…Macam dia tu perawi hadis, ulamak hadis, mahaguru hadis. Kenapa anda tidak merujuk al-Qur’an sebagai sumber utama.

Apabila kita membuka lembaran suci al-Qur’an didapati banyak ayat yang boleh dijadikan panduan bagi menjustifikasikan permasalahan ini. Antaranya :

1) Surah alThur ayat 21

2) Surah al-najm ayat 38 dan 39

3) Surah al-Baqarah ayat 261

4) Surah al-Kahf ayat 82

5) Surah al-A’raf ayat 204

6) Surah Surah al-Hasy ayat 10 DLL.

STATUS DALIL

Dalil syarak adakala bersifat qath’ie. Dan ada kalanya bersifat dzanni. Dalil Qath’ie adalah dalil yang jelas ketetapannya. Manakala dalil yang bersifat dzanni membuka ruang kepada ulamak untuk berijtihad. Justeru, perbezaan pendapat dikalangan ulamak adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi dalam permasalahan ranting agama. Namun, kita perlu mengambil pendekatan bijak dan bersikap sederhana ketika berinteraksi dengan situasi ini. Hal ini penting supaya aktiviti kehidupan kita menepati tuntutan syarak. Bahkan lebih akrab kepada taqwa. Sekaligus mengelakkan diri dari bersikap keras kepala terhadap amalan yang telah ‘diestablish’ para ulamak dan diperakui pihak berautoriti agama.

ANALISA FAKTA

Perlu diketahui secara insaf bahawa amalan membaca al-Qur’an di atas kubur berteraskan kepada dalil yang pelbagai. Adakalanya berstatus sahih, hasan, dhaif dan amat dhaif. Selain itu, kita juga yakin untuk menolak dari menggunakan hadis-hadis palsu. Antaranya ialah :

1. Imam Muslim meriwayatkan : “Setiap anggota tubuh kamu berpagi-pagian dengan sedekah ke atasnya. Setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh yang makruf adalah sedekah. Melarang yang mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diperolehi melalui dua rakaat solat di waktu dhuha.” (Muslim bin Hajjaj al-Neisaburi, Sahih Muslim, ed : Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi, t.th, Dar Ihya’ Thurath al-Arabi : Beirut, hlm 498 juz 1)

Imam al-Qurtubi mengatakan : “Berdasarkan dalil inilah para ulamak menggalakkan menziarahi kubur kerana bacaan al-Qur’an itu bagaikan buah tangan untuk si mati yang dibawa oleh penziarah kubur.”(al-Qurtubi, al-Tazkirah, Maktabah al-Iman : Mansurah, Mesir, hlm 74)

Imam Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari mengatakan : “Hadis ini memberi kita satu kefahaman bahawa bacaan al-Qur’an juga termasuk dalam erti kata sedekah menurut syarak.” (Abdullah bin al-Siddiq, Itqan al-Sun’ah fi Tahkik Makna al-Bid’ah, 1997, Maktabah al-Qaherah : Mesir, hlm 8)

2. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis tatkala Baginda SAW ditanyakan tentang solat qasar dalam suasana aman. Baginda SAW bersabda : “ Ia adalah sedekah yang disedekahkan oleh Allah kepada kamu. Maka terimalah sedekahnya.” (Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, hlm 478 juz 1)

Al-Qurtubi mengatakan : “Asal kepada bab ini ialah sedekah yang tidak ada pertikaian pendapat dikalangan ulamak. Sebagaimana pahala sedekah sampai kepada si mati maka begitu jugalah pahala membaca al-Qur’an sampai kepada si mati. Ini kerana semua itu termasuk dalam erti kata sedekah. Sedekah bukan terbatas kepada harta benda sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW ketika Baginda ditanyakan tentang solat qasar dalam keadaan aman.”

3. Imam al-Thabrani meriwayatkan : “Menceritakan kepada kami al-Hussain bin Ishak al-Tustari, menceritakan kepada kami Ali bin Hajr, menceritakan kepada kami Mubasyir bin Ismail, menceritakan kepada kami Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah : “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Imam al-Haitsami di dalam Majma’ al-Zawa’id hlm 44 juz 3 mengatakan bahawa rangkaian perawi ini terdiri dari kalangan perawi yang ditsiqahi (dipercayai). Manakala Imam al-Hakim membawa kesaksian hadis ini di dalam kitabnya al-Mustadrak hlm 512 juz 3 (al-Hakim, al-Mustadrak ‘Ala Sahihain, 1990, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah).

Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Talkhis al-Habir turut memperakui hadis ini. (al-Asqalani, Talkhis al-Habir, 1964, ed : Abdullah Hasyim al-Yamani, al-Madinah al-Munawwarah, hlm 130 juz 2). Juga tiada sebarang komentar dari Imam al-Zaila’ie di dalam Nusb al-Rayah hlm 302 juz 2.

Senario kesaksian ini juga turut dipersetujui oleh Sayyid Muhammad Alawi al-Makki di dalam kitabnya Hadaya al-Ahya’ Lil Amwaat (Hadiah Si Hidup Kepada Si Mati) hlm 57.

Pemerincian sanad hadis ini dibuat berdasarkan kepada beberapa pandangan para pengkritik hadis. Jika para pengkritik hadis bertauliah menerimanya..kenapa tidak dengan kita?

Hadis di atas secara jelas menaskan kepada kita bahawa Abu al-Lajlaj Abu Khalid (Seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Qur’an di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Ternyata amalan membaca ayat suci al-Qur’an di atas kubur bukanlah sesuatu bid’ah yang sesat. Bahkan ia diwarisi daripada Nabi SAW sendiri. Justeru, amalan ini merupakan satu sunnah yang terpuji.

4. Imam al-Baihaqi, al-Thabrani dan al-Hakim meriwayatkan dari Ibn Umar r.a berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAW : “Apabila salah seorang kamu meninggal dunia, jangan kamu menahan jenazahnya dan segeralah membawanya ke kubur. Bacalah disisi kepalanya Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah)-lafaz al-Baihaqi bunyi : “..permulaan surah al-Baqarah dan di sisi kakinya penutup surah al-Baqarah di kuburnya.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir m/s 44 juz 12, al-Baihaqi, Syuab al-Iman m/s 16 juz 7)

Imam al-Haitsami di dalam Majma’ al-Zawaid m/s 44 juz 3 mengatakan : “Hadis ini diriwayatkan oleh al-Thabrani di dalam Mu’jam al-Kabir. Padanya terdapat Yahya bin Abdullah al-Bablati. Dia merupakan seorang perawi yang lemah.” Seterusnya al-Haitsami mengintegrasikan sanad yang lemah ini dengan riwayat al-Baihaqi. Riwayat itu bersumberkan Abd Rahman bin al’-‘Ala bin al-Lajlaj yang diperakui kesahihannya.

Kedua-dua hadis ini secara jelas membuktikan kepada kita bahawa Ibn Umar dan Abu Khalid al-Lajlaj mendengar galakkan dari Nabi SAW agar dibacakan ayat-ayat suci al-Qur’an di tanah perkuburan.

Walaupun riwayat dari Thabrani ini bertaraf dhaif, namun ia dibantu dengan beberapa riwayat yang sahih dari Imam Muslim dan al-Baihaqi sebagaimana di atas.

Tambahan pula, Imam Ibn Hajr al-Asqalani mendakwa bahawa ia berstatus hasan (baik). (al-Asqalani, Fath al-Bari, 1379H, Dar al-Makrifah : Beirut, hlm 184 juz 3)

Manakala Imam al-Ajlouni ketika membentangkan hadis ini menyatakan bahawa hadis yang diriwayat al-Thabrani ini adalah marfuk. (al-Ajlouni, Kasyf al-Khafa’, 1405H, Muassasah al-Risalah : Beirut, cet 4, hlm 192 juz 1)

Al-Zurqani mengatakan : “Bahawa hadis : “Apabila seseorang kamu telah meninggal dunia jangan kamu menahannya..adalah diriwayatkan al-Thabrani dengan sanad-sanadnya yang hasan.” ( al-Zurqani, Syarh al-Zurqani, 1411H, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut, hlm 127 juz 2). Kehasanan hadis ini juga turut diperakui oleh al-Syaukani di dalam Subul al-Salam. (al-Syaukani, Subul al-Salam, 1379H, Dar Ihya’ Thurats al-Arabi : Beirut, Cet 4, hlm 106 juz 2)

Justeru, kedhaifan sanad pada riwayat al-Thabrani secara automatik ditampung dengan riwayat yang sahih dan dhaif yang lain. Himpunan jaluran sanad yang dhaif menjadikan ia bertaraf hasan sebagaimana diperakui ulamak. Justeru, situasi ini sedikitpun tidak mencacatkan penghujahan terhadap amalan membaca al-Qur’an di tanah perkuburan. Bahkan hujahnya kekal dalam kelasnya yang tersendiri.

5. Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasai’ie, al-Tirmidzi dan Ibn Majah meriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar bahawa Nabi SAW bersabda: “Hati al-Qur’an adalah Yaasin. Tidaklah dibaca surah itu oleh seseorang yang mengkehendaki Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan dosanya. Bacalah Yaasin kepada orang mati kamu.”

Hadis ini dipandang sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim. Ibn Hibban menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan orang mati di dalam hadis ini ialah orang yang hampir mati.. pendapat ini ditarjih oleh Ibn Qayyim dengan beberapa alasan yang diberikannya. Akan tetapi Ibn Rif’ah berpegang kepada zahir hadis di atas. Lantaran itu, beliau mengesahkan bahawa surah Yaasin boleh dibacakan kepada orang yang telah mati. Al-Syaukani pula berpendapat bahawa lafaz al-Mauta pada hakikatnya bermaksud orang yang telah mati. Dan maksud hakikat tidak boleh dipesongkan melainkan ada qarenahnya.

Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari berpendapat bahawa tidak menjadi halangan dibacakan al-Qur’an kepada orang yang hampir mati supaya dia dapat mentadabbur bacaan itu. Manakala tidak menjadi halangan dibacakan al-Qur’an kepada orang yang telah mati supaya seseorang itu mendapat manfaat pahalanya.” (al-Ghumari, Itqan al-Sun’ah, hlm 87 )

6. Imam al-Baihaqi meriwayatkan : “Menceritakan kepada kami Abu Abdullah al-Hafiz dari Abu al-Abbas bin Ya’qub dari al-Abbas bin Muhammad katanya : “Aku bertanya Yahya bin Ma’in tetang membaca al-Qur’an di atas kubur? Lalu beliau menjawab berdasarkan kepada riwayat Abd Rahman bin al-‘Ala bin al-Lajlaj daripada ayahnya dari Ibn Umar yang menggalakkan amalan sedemikian.”

Imam Ibn Hajr al-Asqalani di dalam Amali al-Azkar mengesahkan bahawa hadis ini bertaraf mauquf dan hasan.

Berdasarkan kepada keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Imam Yahya bin Ma’in (sarjana hadis yang mashyur) sendiri turut membenarkan amalan membaca al-Qur’an di atas kubur.

7. Imam Muslim meriwayatkan : “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kawasan perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah(Muslim, Sahih Muslim, no: 870, hlm 539 juz 1).

Imam al-Tirmidzi mengatakan : “Perkara yang dimaksudkan ‘Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti tanah perkuburan’ bermaksud jangan jadikan ia (rumah) sunyi dari berzikir dan melakukan ketaatan (kebaikan) sepertimana tanah perkuburan dan orang mati..” (al-Tirmidzi, Tuhfah al-Ahwazi, t.th, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut, hlm 146 juz 8)

Perintah hadis ini bersifat umum. Iaitu menggalakkan kita untuk membaca al-Qur’an di rumah atau di mana-mana sahaja kita berada. Asalkan bertunjangkan kepada niat, cara, tempat yang baik dan munasabah.

Kandungan hadis ini sama sekali tidak menjustifikasikan larangan membaca Al-Quran ditanah perkuburan. Ini kerana kebenaran membaca al-Qur’an di tanah perkuburan tsabit dengan pemerincian hadis-hadis di atas.

Oleh yang demikian, hadis yang bersifat umum tidak boleh digunakan hujjah untuk membatalkan galakkan yang bersifat khusus. Hal ini penting bagi mengelak percanggahan hadis.

Tambahan pula, galakkan Rasulullah SAW supaya kita membaca al-Qur’an khususnya surah al-Baqarah ternyata ada kelebihan tersendiri. Bacaan surah ini dapat menghalau syaitan dari bermastautin kerana penghuninya telah menghidupkan suasana rumah dengan ibadat.

Mafhum sebaliknya, jika kita tidak membaca al-Qur’an di tempat kediaman, maka jadilah tempat kediaman itu sunyi sepi bagaikan tanah perkuburan. Walaupun kediaman dihuni makhluk hidup tetapi suasana kediaman itu bagaikan dihuni orang mati apabila tidak diserikan dengan ibadat. Itulah yang dimaksudkan dengan ‘Jangan jadikan rumah kamu seperti tanah perkuburan.’

Berdasarkan keterangan ini bolehlah diandaikan bahawa hujjah Dr Azwira yang mendakwa ‘kekerapan mereka membaca al-Qur’an di kubur daripada rumah menyebabkan segala syaitan yang ada di kawasan itu berpindah ke kawasan perumahan umat Islam” amat kelakar. Dan layak diketawakan sahaja kerana ucapan seperti ini tidak sepatutnya dijadikan kiasan oleh seorang yang bergelar Doktor Falsafah dari Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini adalah contoh seni analogi yang fasid dan menyimpang dari kebenaran serta tidak diluahkan oleh orang-orang yang berakal.

Pembongkaran ilmiah ini juga menemukan hakikat bahawa Dr Azwira sendiri sebenarnya yang cuba memandai-mandai melarang umat Islam dari membaca al-Qur’an di tanah perkuburan. Secara tak langsung, Beliau memanifestasikan rekaan hadisnya: “Jangan membaca al-Qur’an di atas kubur, nanti Syaitan yang ada disitu akan datang ke kawasan perumahan kamu.” Renunglah wahai mereka yang mempunyai akal fikiran!

Sebenarnya, hadis-hadis yang bertali arus dengan amalan membaca al-Qur’an di atas kubur masih banyak, tetapi sengaja didatangkan beberapa hadis untuk disesuaikan dengan fokus perbincangan. Jika seseorang itu benar-benar celik hatinya dia pasti akan menerima hujjah dan kebenaran ini. Jika hatinya buta dan keras..hanya Allah sahaja yang mampu memberi hidayah.

PENDAPAT PARA ULAMAK

Sebenarnya isu klasik ini telah diselesaikan para ulamak dengan jayanya. Antaranya :

  1. Muhammad bin Ahmad al-Muruzi berkata : Aku mendengar Ahmad bin Hanbal berkata : “Apabila kamu masuk ke kubur, bacalah fatihah al-Kitab dan ayat Muawwizatain dan surah al-Ikhlas. Jadikanlah pahalanya untuk penghuni kubur itu kerana pahalanya itu sampai kepada mereka.”

  1. Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk : “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan : “Al-Syafi’ie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan : “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Qur’an. Mereka mengatakan : Jika mereka mengkhatamkan al-Qur’an kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah : Beirut, 1996, hlm 142 )

  1. Imam al-Zahabi di dalam Takzikah al-Huffaz ketika membicarakan biodata al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan : “Tatkala beliau meninggal dunia orang membacakan al-Qur’an di atas kuburnya dengan beberapa kali dikhatamkan.”

  1. Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata : “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Qur’an di kubur. Lalu beliau menjawab : “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya : “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Qur’an di sisinya.”

  1. Al-Khara’iti di dalam kitab al-Kubur menyebutkan : “Menjadi Sunnah kebiasaan ornag-orang ansar apabila mengusung mayat mereka membaca surah al-Baqarah.”

  1. Al-Qurtubi mengatakan : “Sebahagian ulamak kami mengemukakan dalil sampainya bacaan al-Qur’an ke pada si mati dengan hadis berkenaan pelepah tamar yang dibelah dua oleh Nabi SAW. Kemudian Baginda memacaknya satu di atas kubur orang ini dan satu lagi di atas kubur yang lain. Kemudian Baginda bersabda : “Mudah-mudahan ia dapat meringankan mereka berdua selagi kedua-duanya tidak kering.” Riwayat al-Syeikhain : Bukhari Kitab Wudhu 218 dan Muslim al-Thaharah 111/292)

Bagi saya, jika pacakan pelepah tamar yang basah dikubur boleh memberi manfaat kepada si mati, bagaimana pula halnya dengan bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an yang dihadiahkan kepada si mati.? Tentunya bacaan ayat suci itu lebih istimewa dari pelepah tamar berkenaan.” Cumanya perbuatan Baginda memacak pelepah tamar tersebut adalah salah satu dari kepelbagaian yang boleh membantu mereka yang telah meninggal dunia. Wallahu’alam.

  1. Ibn Qayyim (ketika membicarakan panjang lebar tentang sampainya pahala amalan-amalan yang dihadiahkan kepad si mati beserta dalilnya) mengatakan : “Adapun membaca al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati secar sukarela tanpa mengambil upah maka ia sampai kepada si mati sebagaimana pahala puasa dan haji…” (Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, al-Ruh, hlm 152-159)

  1. Imam Ibn al-Solah ketika menjawab penghujahan ayat 39 surah al-Najm mengatakan : “ Apa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah seseorang itu tidak mempunyai hak atau menadapat balasan melainkan apa yang diusahakannya. Ini tidak termasuk amalan yang dilakukan untuknya secara sukarela oleh orang lain seperti membaca al-Qur’an dan berdoa…”

  1. Syeikh Ibn Taimiyyah mengatakan : “Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa manusia tidak dapat mengambil manfaat kecuali dengan amalannya sahaja beerti dia telah melanggar ijmak. Pendapat itu terbatal dengan beberapa sudut…” Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang bacaan Al-Quran untuk mayat dan juga tentang tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat. Sampaikah pahalanya atau tidak? Maka beliau menjawab sebagaimana tersebut dalam kitab beliau;”Sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran dari keluarganya, Dan tasbih, takbir serta seluruh zikir mereka kepada Allah apabila mereka menghadiahkan pahalanya kepada mayat akan sampai pula kepadanya” (Ibn Taimiyyah al-Harrani, Majmu’Fataawa, jilid 24 hlm 324)

  1. Imam Ibn Muflih al-Hanbali di dalam al-Furu’ mengatakan : “Tidak dilarang untuk membaca al-Qur’an di atas kubur atau tanah perkuburan. Telah dinaskan ke atasnya oleh Abu Bakar, al-Qadhi dan sebahagian ulamak dan ia merupakan pandangan mazhab…” (Ibn Muflih al-Hanbali, al-Furu’, hlm 304 juz 2)

KESIMPULAN

1. Amalan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an di atas kubur merupakan salah satu dari permasalahan ranting agama. Galakkan ini bersumberkan dalil-dalil yang sahih, hasan dan dhaif.

2. AL-Qur’an al-Karim sepatutnya dijadikan dalil utama. Manakala sumber hadis dijadikan dalil sekunder dalam apa jua permasalahan umat Islam.

3. Himpunan dalil yang ada menjustifikasikan amalan ini sebagai amalan sunat. Ia dilihat sebagai amalan aksesori sahaja.

4. Kita perlu memahami permasalahan usul dan furu’ secara menyeluruh beserta dalil-dalil dan kaedah syariah yang jelas. Hal ini penting supaya sesuatu isu yang dirumus benar-benar menepati tuntutan syarak. Di samping boleh mengelakkan diri dari bersikap fanatik dan melampau.

5. Dr Azwira gagal membuktikan bahawa amalan membaca al-Qur’an di tanah perkuburan sebagi bidah yang sesat. Pendapat seperti ini sebenarnya tidak diperkatakan oleh ahli ilmu. Amat malang bagi seseorang yang mempunyai Doktor Falsafah menduduki kerusi pensyarah Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah tetapi jahil tentang kedua-dua. Bahkan terus keras kepala bila hujjah ini dilihat menandasi pandangannya. Beliau hanya bijak memanjangkan ketaksuban terhadap al-Baani semata-mata. Sehinggakan membutakan mata hati beliau bahawa dari menilai kebenaran jumhur ulamak. Justeru, pandangan kontroversi ala Wahhabi ini perlu di tolak.

SYOR DAN CADANGAN

1. Fakulti Pengajian Islam, sepatutnya tidak membenarkan pensyarahnya mempergunakan jenama UKM untuk melariskan idea individu tertentu. Terutama dalam mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan arus perdana.

2. JAKIM perlu membuat penyelarasan dengan pihak media agar isu-isu kontroversi agama tidak dibincangkan secara meluas dan emosional. Situasi ini dikhuatiri menyemarakkan perpecahan dikalangan umat Islam di Malaysia.

3. Perlu diingat bahawa amalan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan generasi Salaf tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan sesuatu amalan selagi tidak ada tegahan putus daripada nas syarak.

4. Para cendikiawan, profesional, pendakwah, pelajar Universiti sewajarnya sedar tentang aliran-aliran pemikiran yang tumbuh dalam persekitaran mereka. Jika anda mempunyai kekuatan, buatlah analisa secara sedar. Jika tidak, awasi dan jauhi diri anda dari pelbagai makhluk perosak zaman kini. Wallahu’lam.

Saturday, November 10, 2007

Wahabi Menyamar???

Assalamualaikum ,

Kali ini saya tertarik untuk menulis tentang situasi yang baru sahaja berlaku baru2 ini.Ketika melawat ke blog bahrusshofa , saya terkejut apabila ada seorang yang yang menggunakan nick ar rifaie memberikan komen disitu.Kelihatan pada mulanya saya sangkakan adalah seorang daripada kita tetapi bila saya halusi isu yang dibawanya iaitu isu Nur Muhammad dan pengkafiran membuta tuli barulah saya sedar rupanya dia hanyalah musuh2 ahlussunnah yang menyamar.
Perkara yang sama juga berlaku kepada blog abu syafiq,dimana nick tersebut cuba mengapi ngapikan permusuhan diantara blog2 anti wahabi.Apa sudah jadi?

Bila saya teliti gaya bahasa yang agak kurang ajar nick tersebut,saya agak yakin yang dianya bukanlah dari ahlussunah.Kelihatan nick tersebut hanya terdapat di blog ahlussunah sahaja seperti blog saya(jihad wahabi),bahrusshofa,abu syafiq.Ini salah satu petanda lagi yang menunjukkan niat jahat pemunya nick untuk melaga lagakan antara ahlus sunnah.

Nampaknya lakonan mereka ini tidak berjaya akhirnya.Saya telah meneliti hujah2 mereka ini contohnya
  1. Isu Nur Muhammad.
    -Jelas disini pemunya nick tersebut ingin menggunakan taktik kotor atas perbezaan pendapat antara Syekh Abdullah Alharari tentang nur Muhammad.Bagi mereka yang pernah mengambil ilmu dengan bersanad dengan Syekh Abdullah,semstinya itu adalah pegangan mereka dan tidak sama sekali kami akan menyerang sesama ahlussunah walaupun terdapat perbezaan dari segi pendapat(Nur Muhammad).Musuh jangan dicari,tetapi inilah taktik kotor wahabi menggunakan isu khilafiyyah untuk memecah belahkan ummat.
  2. Isu Kafir tak Kafir? -Lagi sekali saya menjumpai kata seperti kafir tak kafir ni.Didalam roudhah.net mereka yang menggunakan nick ibnhajar juga mengambil kesempatan menyamar kononnya mereka adalah ahlussunah tetapi menampakkan kemelampauannya dalam menulis.Ini tidak lain tidak bukan hanyalah niat jahatnya untuk memburuk-burukkan aliran ahlus sunnah.Hanya Jauhari yang mengenal manikam, saya tahu mereka ini hanyalah menyamar sebagai ahlussunnah tetapi menunjukkan kemelampauannya dalam usaha untuk memburuk burukkan sesuatu aliran ahlussunnah.Ini tidak menghairankan kerana terpalit dalam sejarahwahabi seperti agen agen yahudi dalam usaha wahabi untuk menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyyah. boleh rujuk juga di sini http://yossyrahadian.wordpress.com/2007/03/14/peran-lawrence-di-balik-berdirinya-kerajaan-arab-saudi/
  3. Tembelang pecah Sebenarnya hujah mereka ini saya pernah lihat di website2 wahabi seperti Aizam Jakim,Abu Syuaib dan beberapa yang lain,dan saya mengagak mereka menggunakan semula hujah tersebut sebagai reverse pshycology untuk menyerang ahlusunnah semula.Sudah-sudahlah,tembelang kamu (wahabi)sudah dipecahkan ,inikan pula mahu menyamar untuk melaga lagakan ahlussunnah.Identiti mereka ini boleh diteka dengan mudah.
Ikhwah sekalian,setelah di kaji wahabi ini sebenarnya inilah misi utama wahabi untuk memecah belahkan umat.Mereka akan gunakan apa sahaja taktik kotor,tidak kiralah menyamar ,membunuh atau apa sahaja demi hajat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam tercapai dalam masa yang sama memberi kemenangan kepada pihak sekufu mereka iaitu yahudi .Kepada wahabi,tidak usahlah kamu berselindung dengan nama Ahlussunah,Salafi, dan sebagainya.Semakin lama kamu menipu masyarakat semakin jelas penyelewengan kamu akan didedahkan.Wallahu a`lam.

Salam perjuangan
JIHADWAHABI

Friday, November 9, 2007

Pengumuman

Assalamualaikum,

Sudah sekian lama saya tidak menulis disini.RAsanya selama ini hanya banyak ambil dan artikel dari web lain sahaja.Hari demi hari semakin ramai sahabat2 yang membuat blog2 baru yang mendedahkan keburukan wahabi ini.Alhamdulillah.Satu perkembangan yang agak baik kerana semakin ramai yang menyedari kesesatan wahabi ini.Saya akan cuba update laman2 merka di bahagian link blog ini.
Semoga mereka ini akan terus istiqamah dengan usaha mereka.

Saya ingin menyampaikan satu pengumuman bahawa cbox di sini akan ditutup buat sementra waktu dan Insya Allah saya akan aktif kembali menulis.Kehadiran CBOX bagi saya hanyalah penyeri satu website .Namun banyak keburukannya kerana kita tidak mengetahui siapakah yang menggunakan cbox itu.KAlau hendak berdasarkan kepada IP,sebenarnya dalam satu masa banyak komputer akan menggunakan IP yang sama kerana menggunakan penyedia khidmat yang sama.Kehadiran mereka yang menyamar di CBOX adalah perkara biasa,tidak susah untuk mengenali mereka ini.Sejak kebalakangan ini ,saya dapati ramai yang menggunakan imej Asyairah tetapi dalam masa yang sama mereka ini berkelakuan dengan cara yang agak kurang sopan.Walaupun tidak berlaku di blog saya ,tapi ini satu perkara yang kurang sihat kerana ianya mendatangkan fitnah untuk sesuatu aliran Ahlus sunnah waljamaah itu sendiri.

Akhir kata sebagai satu nasihat untuk para pejuang ahlus sunnah,Hati- hati dengan kalam kita ,jagalah adab kita supaya tidak mendatangkan fitnah untuk Ahlu Sunnah.Berjuanglah dengan hikmah,Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap.Dan kepada pendukung wahabi,awaslah. penyelewengan2 wahabi sudah lama terpateri dalam sejarah dan penulisan ulama.

Salam perjuangan

jihadwahabi

Thursday, November 8, 2007

RASUL DAHRI ANUTI AGAMA YAHUDI?

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/





RASUL DAHRI WAHHABI YANG MENJISIMKAN ALLAH

Oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )

Tiada beza antara Hindus yang menyambut Deepavali dengan Wahhabi yang menyembah jisim khayalan sendiri. Hindu pun menyembah berhala Wahhabi turut menyembah jisim kononnya bersifat duduk di atas kerusi. Ini hakikat golongan musyrikin.
Rasul Dahri turut mengakui bahawa Allah itu adalah jisim sebagaimana yang telah dinyatakan olehnya sendiri dalam banyak penulisan bahawa ALLAH ADALAH JISIM dan ini merupakan akidah Mujassimah yang tiada bezanya dengan seagama Dato’ Sammy Vellu.

*Ini adalah sebahagian penyelewengan Rasul Dahri Wahhabi. Ada lagi 737 penyelewenganya dalam permasaalah akidah.

RASUL DAHRI SETUJU&AKUI AGAMA YAHUDI & KRISTIAN
Kenyataan sesat Rasul Dahri dalam bukunya BID’AH m/s 152: “ Agama Yahudi dan Nasrani merupakan agama tauhid dari Allah”. Rujuk di atas scan kitab tersebut
(nom 1).

Sangat buruk dan jijik apabila Rasul Dahri yang sering menyuarakan dirinya sebagai Rasul Salafi telah mengiktiraf agama Yahudi dan agama Kristian sebagai agama yang benar.

Ketahuilah bahawa agama yang diredhoi oleh Allah hanyalah agama Islam tidak agama lain.
Manakala agama Yahudi & Kristian bukanlah agama yang benar dan BUKAN agama tauhid dari Allah…tidak sama sekali.
Allah berfirman dalam surah Al-Imran memberitahu bahawa agama dari Allah dan agama yang diredhoi olehNya hanyalah agam Islam sahaja bukan agama Yahudi mahupun Kristian :
85. Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

Allah ta’ala menjelaskan lagi dengan firmanNya dalam surah Al-Imran:
19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.

Amat jelas lagi bersuluh bahawa agama tauhid dari Allah hanyalah agama Islam.
Cukup jahil Rasul Dahri yang mendakwa guna Al-Quran dan Hadith tapi pada hakikatnya memperolok-olokkan firman Allah dan Hadith Nabawi demi merialisasikan impian agama Yahudi yang dia sendiri iktiraf.

Wahai Rasul Dahri, wahai rasul palsu…Al-Quran&Al-Hadith tak kata pun agama Yahudi itu agama tauhid dari Allah, ulama As-Salaf sebenar tidak pula mengatakan begitu tetapi kamu mengakuinya agama Yahud adalah agama yang betul dan benar.
Soalan saya..berapa US Dollar Yahudi bayar pada kamu untuk kamu mengiktiraf agama Yahudi??!!. Jawab!

RASUL DAHRI KAFIRKAN AL-ASYA’IRAH & NERAKA MILIKNYA?
Kenyataan sesat Rasul Dahri dalam bukunya BID’AH: “ Asy’ariyyah ( Al-Asya’irah ) dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka adalah golongan yang bid’ah akidahnya yang mana diakhirat kelak akan dikekalkan di dalam neraka”. Rujuk di atas scan kitab tersebut (nom2).

Tidak pelik apabila saya (Abu Syafiq) mendapati Rasul Dahri mengkafirkan Al-Asya’irah kerana dia sanggup berdusta dengan mengatakan agama Yahudi adalah agama tauhid dari Allah.

Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa Rasul Dahri mempertahankan agama Yahudi terang-terangan waktu yang sama pula mengkafirkan golongan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah AL-ASYA’IRAH bahkan Rasul Dahri meletakkan dirinya sebagai Tuhan apabila mendakwa golongan Al-Asya’irah ini akan kekal dalam nerakan selama-lamanya. Adakah neraka milik Rasul Dahri rasul palsu ini??!

Ketahuilah bahawa golongan Al-Asya’irah merupakan manjoriti umat Islam yang berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka bukan kafir.

Soalan saya (abu syafiq) kepada Rasul palsu ini : Apakah hak kamu menetapkan umat Islam itu kekal dalam neraka? Adakah neraka milik kamu atau milik Allah??!! Jawab!

Sekian…semoga Allah memberi hidayah iman kepada Wahhabi dan menambahkan kekuatan ilmu Islam kita ASWJ.

www.abu-syafiq.blogspot.com

Imam Abu Hanifah Tolak Wahabi

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/


( DIATAS ADALAH KENYATAAN IMAM ABU HANIFAH DALAM KITAB WASIAT BELIAU PERIHAL ISTAWA )

AKIDAH IMAM ABU HANIFAH (ulama As-Salaf sebenar)

Oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )

Imam Abu Hanifah (w150h) merupakan ulama Islam yang dikategorikan sebagai ulama Salaf iaitu yang hidup sebelum 300H. Beliau merupakan ulama Islam yang hebat dan cukup mementingkan ilmu akidah. Inilah keutamaan para ulama Islam memastikan ilmu akidah Islam sebenar tersebar luas moga-moga dengan itu ilmu Islam yang lain lebih tersusun dengan benarnya akidah yang dibawa oleh para pendakwah.

IMAM ABU HANIFAH NAFIKAN SIFAT BERTEMPAT/DUDUK/BERSEMAYAM BAGI ALLAH.

Perkataan ‘semayam atau bersemayam’ lebih membawa erti yang tidak layak bagi Allah iaitu duduk atau bertempat. Sifat duduk dan bertempat merupakan sifat yang dinafikan oleh para ulama kepada Allah kerana ianya bukan sifat Allah.
Maha suci Allah dari sifat duduk atau bertempat.
Istawa apabila disandarkan kepada Allah sebaiknya diterjemahkan dengan mengunakan kaedah “tafsir ayat dengan ayat” kerana itu merupaka kaedah yang disepakati keutamaannya oleh seluruh ulama Islam.

Apabila Istawa datang dengan makna Qoharo iaitu menguasai dan pada waktu yang sama Allah juga menyifatkan diriNya dengan Qoharo maka tidak salah sekiranya Istawa disitu diterjemahkan dengan Menguasai kerana sudah dan pastinya Maha Menguasai itu adalah sifat Allah.
Manakala duduk atau bersemayam yang bererti mengambil tempat untuk duduk maka itu sudah pasti BUKAN sifat Allah.

Penyelesaian bagi pergaduhan bersejarah tentang makna ayat tersebut pengubatnya adalah dengan menolak zahir maknanya dan tidak mentafsirkan dengan sifat duduk atau bertempat kerana tiada dalil sahih dari Al-Quran mahupun Hadith menyatakan Allah itu bersifat duduk mahupun bertempat.

Ulama Islam mengthabitkan sifat Istawa bagi Allah tanpa menetapkan tempat bagi Allah. Begitu juga mereka menetapkan bagi Allah sifat Istawa dalam masa yang sama menafikan erti bersemayam/duduk bagi Allah.
Perkara ini telah dijelaskan secara nasnya (teks) oleh Imam As-Salaf sebenar iaitu Imam Abu Hanifah sendiri telah menafikannya sifat duduk/bersemayam dan menafikan sifat bertempat atas arasy bagi Allah.

IMAM ABU HANIFAH TOLAK AKIDAH SESAT “ ALLAH BERSEMAYAM/DUDUK/BERTEMPAT ATAS ARASY.
Demikian dibawah ini teks terjemahan nas Imam Abu Hanifah dalam hal tersebut ( Rujuk kitab asal sepertimana yang telah di scan di atas) :

“ Berkata Imam Abu Hanifah: Dan kami ( ulama Islam ) mengakui bahawa Allah ta’al ber istawa atas Arasy tanpa Dia memerlukan kepada Arasy dan Dia tidak bertetap di atas Arasy, Dialah menjaga Arasy dan selain Arasy tanpa memerlukan Arasy, sekiranya dikatakan Allah memerlukan kepada yang lain sudah pasti Dia tidak mampu mencipta Allah ini dan tidak mampu mentadbirnya sepeti jua makhluk-makhluk, kalaulah Allah memerlukan sifat duduk dan bertempat maka sebelum diciptaArasy dimanakah Dia? Maha suci Allah dari yang demikian”. Tamat terjemahan daripada kenyatan Imam Abu Hanifah dari kitab Wasiat beliau.

Amat jelas di atas bahawa akidah ulama Salaf sebenarnya yang telah dinyatakan oleh Imam Abu Hanifah adalah menafikan sifat bersemayam(duduk) Allah di atas Arasy.

Semoga Mujassimah diberi hidayah sebelum mati dengan mengucap dua kalimah syahadah kembali kepada Islam.

www.abu-syafiq.blogspot.com

Friday, November 2, 2007

WAHHABI TIPU AL-IBANAH LAGI...










WAHHABI KELIRUKAN KITAB AL-IBANAH (2)
Oleh: Abu Syafiq (012-2850578)

Setelah merujuk kepada semua cetakan kitab Al-Ibanah didapati tiada suatu cetakan pun yang mengatakan "Allah Bersemayam Atas Arasy" dan tidak wujud langsung perkataan "Allah Duduk Atas Arasy" sepertimana yang didakwa oleh Wahhabi. Bahkan tertera pada cetakan kitab Al-Ibanah 'Ala Usuli Adiyanah oleh Imam Abu Hasan Al-Asya'ry yang diTahkik Oleh Dr. Fauqiyah Husain Mahmoud Prof Di Universiti "ain Syams Kaherah Mesir cetakan 2 Tahun 1987M didapati dalam kitab Al-Ibanah tersebut

Imam Abu Hasan Al-Asya'ary menyatakan : " Istiwa Allah bukan bersentuhan, bukan menetap, bukan mengambil tempat, bukan meliputi Arasy, bukan bertukar-tukar tempat, bukanlah Allah di angkat oleh Arasy bahkan arasy dan malaikat pemikul arasylah yang diangkat oleh Allah dengan kekuasaanNya, dan mereka dikuasai oleh Allah dengan keagunganNya ". Lihat kitab di atas yang telah dimerahkan.

Amat jelas Imam Abu Hasan Al-Asy'ary menafikan TEMPAT bagi Allah dan juga beliau menolak akidah kufur yang mendakwa Allah Berada Diatas Arasy Mengambil Arasy Sebagai TempatNya... Ini adalah akidah kufur yang ditolak oleh Imam Al-Asy'ary.

Sungguh jijik dan jahat golongan Wahhabi menokok dan menukar serta membohongan kitab Imam Sunnah Abu Hasan Al-Asy'ary.

SOALAN SAYA KEPADA WAHHABI: KENAPA ANTUM TIDAK AMANAH DALAM HAL AKIDAH?!!JAWAB!

Semoga Allah memberi hidayah kepada Wahhabi dengan hujjah yang saya kemukakan dengan terang,jelas lagi bersuluh.


*ISTAWA TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA BERSEMAYAM KERANA BERSEMAYAM BERERTI DUDUK, INI BUKAN SIFAT ALLAH. SEPERTI MANA ALMUTAKABBIR TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN PADA ALLAH SEBAGAI SOMBONG&ANGKUH KERANA ITU SIFAT JELEK BUKAN SIFAT ALLAH. AKAN TETAPI SEBAIKNYA DITERJEMAHKAN DENGAN MAHA MENGUASAI.

www.abu-syafiq.blogspot.com

WAHABI TIPU AL-IBANAH










Oleh: Abu Syafiq (012-2850578)

" AL-IBANAH 'ALA USULI DIYANAH " BUKAN KESEMUA ISI KANDUNGANNYA TULISAN IMAM AL-ASY'ARY.

Sememangnya kitab-kitab karangan Imam yang agong iaitu Imam Abu Hasan Al-Asy'ary ini menjadi carian dan keutamaan dalam menyebarkan dakwah. Ini kerana nama Imam tersebut sudah cukup mengambarkan kehebatan ilmu yang disampaikan seperti tersemai di tenta sejarah.

Berdasarkan kajian yang teliti dan amanah didapati bahawa kebanyakan kitab karangan Imam Al-Asya'ry dipermainkan dan ditokok tambah beberapa isi kandungannya berdasarkan apa yang telah diterangkan dalam kitab Tabyin Kazibi Muftary 'Ala Imam Abu Hasan Al-Asy'ary oleh Ibnu 'Asakir yang merupakan antara tokoh Al-Asya'irah yang utama.

WAHHABI BERDUSTA TERHADAP KITAB AL-IBANAH.
Rujuk sahaja buku-buku Wahhabi pasti akan diselitkan kenyataan dusta tanpa amanah terhadap Imam Al-Asy'ary. Paling kerap dinukilkan adalah dari kitab yang berjudul Al-Ibanah 'Ala Usuli Ad-Diyanah.
Sebenarnya banyak pendustaan yang jelas terhadap sebahagian isi kandungan kitab tersebut.
Cuma kali ini difokuskan kepada satu sahaja daripada 39 pendustaan yang ditokok tambah dalam kitab tersebut.

WAHHABI BERDUSTA MENDAKWA "ALLAH DUDUK ATAS ARASY" ADALAH AKIDAH IMAM AL-ASYA'RY.
Ini merupakan pendustaan terhadap Imam Abu Hasan Al-Asy'ary.
Sebenarnya Imam Abu Hasan Al-Asy'ary tidak pernah mengatakan Allah Duduk Di Atas 'Arasy dan tidak pernah juga beliau menyatakan Allah Bersemayam Di Atas 'Arasy.
Tidak wujud dalam mana-mana kitab beliau pun kenyataan kufur tersebut.
Tidak wujud juga perkataan kufur tersebut dalam kitab Al-Ibanah 'Ala usuli Ad-Diyanah karangan Imam Asy'ary. Tetapi Wahhabi berdusta lantas menyandarkan perkataan kufur tersebut kepada Imam Al-Asya'ry
Amat keji sungguh si penokok tambah yang mendakwa Imam Asy'ary kata begitu dalam Al-Ibanah. Bahkan apabila Imam Al-Asya'ry menyatakan tentang Istawa Allah beliau mensyarahkan dengan erti yang bukan bertempat dan berbentuk.
Lihat kitab Al-Ibanah di atas cetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.

WAHHABI KATA : Imam Abu Hasan Al-Asya'ry pun kata Allah bertempat duduk/bersemayam di atas arasy dalam kitabnya Al-Ibanah.

Sedangkan

IMAM ABU HASAN AL-ASYA'RY PULA SEBUT DALAM KITABNYA ITU SENDIRI: ALLAH BERISTAWA ATAS ARASY TANPA BERBENTUK DAN TANPA MENGAMBIL TEMPAT. Lihat kitab Al-Ibanah di atas cetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.

Pendusta Wahhabi amat keji disisi Allah dan Islam. Semoga pembohong Wahhabi ini diberi hidayah sebelum mati.

*ISTAWA TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA BERSEMAYAM KERANA BERSEMAYAM BERERTI DUDUK, INI BUKAN SIFAT ALLAH. SEPERTI MANA ALMUTAKABBIR TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA SOMBONG&ANGKUH KERANA ITU SIFAT JELEK BUKAN SIFAT ALLAH. AKAN TETAPI SEBAIKNYA DITERJEMAHKAN DENGAN MAHA BERKUASA.

- www.abu-syafiq.blogspot.com

Ibn Taymiyyah dari sudut Aqidah

الحمد لله الذي تنزه عن الشبيه والجسم ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آلــه وصحبه ومن والاه

Ibn Taymiyyah dari sudut Aqidah

Susunan: Mohamad Ghouse Khan Surattee

Amma Ba'd: Adapun mengenai Ibin Taymiyya tidak semua orang islam sedar asal aqidahnya oleh kerana banyaknya penyokong-penyokongnya yang kian hari bertambah yang sentiasa menambahkan kepujian kepadanya tanpa melihat aqidahnya, terutama sekali 'pejuang-pejuang' nya yang kebanyakkkan berada di Timur Tengah. Namun oleh kerana tulisan-tulisan alim ulama ahlus sunnah yang mengistiharkan kesesatannya dapat kami kumpulkannya dengan kehendak Allah dan kami sangat terharu kerana sehingga saat ini masih ada tulisan-tulisan yang menjelaskan keadaan ibin Taymiyya yang sebenarnya.

Kami disini akan menjelaskan pengakuan Ibin Taymiyya sebagai penganut dan ulama ahlu tajsim oleh kerana terlalu banyak tulisannya samada secara samar-samar atau pun terang-terangan dalam perkara ini.

Kami mulakan disini dengan satu pengakuannya yang jelas sebagai bukti beliau adalah sebahagian dari ulama aqidah dari kalangan ahli tajsiim ( dari firqah karamiyah ) dan kami akan menyusulkan 1 pendapatnya dari tulisannya sendiri sebagai satu bukti beliau cukup senang dengan kaum karamiyah oleh kerana kebanggaannya dan pujiannya yang tinggi kepada kaum karamiyah, yang sangat sesat mengikut pandangan jumhur ahlus sunnah oleh kerana karamiyah adalah golongan ahlu tajsiim yang isbatkan tubuh badan kepada Allah SWT ( jisim ).

Pengakuannya sebagai Ahlu Tajsiim :

Kitab : At-Ta'siis Fii Radd Asaasit Taqdiis
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 101
Bermula dari :

"وليس في كتاب الله ولا سنة رسوله ولا قول أحد من سلف الأمة وأئمتها أنه ليس بجسم وأن صفاته ليست أجساما وأعراضا ، فنفي المعانى الثابة بالشرع والعقل بنفي ألفاظ لم ينَفِ معناها شرع ولا عقل ، جهل وضلال ."

Artinya : Tidak ada dalam kitab Allah ( Quran ) dan juga tidak ada dalam sunnah Nabi saw dan juga tidak ada satu pendapat dari seorang salaf dan ulamanya, yang menjelaskan bahawa dia ( Allah ) bukan jisim dan juga tidak ada juga ( dari sumber-sumber tersebut diatas ) yang menjelaskan bahawa sifat-sifatnya bukanlah jisim dan berlembaga. Adalah dengan menolak ma'na yang telah ditetapkan oleh syara' dan akal dengan ketiadaan lafaz-lafaz ( yang menunjukkan Allah bukan jisim ), secara syara' dan bukan menurut akal, adalah satu kebodohan dan kesesatan.

Huraiannya : Oleh kerana tidak ada penafian dari nas, kita tidak boleh menafikan Allah itu tidak berjisim. Ringkasnya , Allah berjisim oleh kerana tiada penafian dari nas.

Ini dikuatkan oleh pandangannya terhadap jasmaniah Allah swt dengan memberi contoh jika Allah berkehendak ( dengan jisimnya ) untuk duduk di belakang/ buntut nyamuk sudah tentu dapat dilakukan dengan qudrahNya dan sifat kehalusanNya apatah lagi duduk di istana yang agung.

Kitab : At-Ta'siis Fii Radd Asaasit Taqdiis
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 568
Bermula dari

"ولو شاء – الله – لاستقر على ظهر بعوضة فاستقلت به بقدرته ولطف ربوبيته فكيف على عرش عظيم ."

Pendapatnya yang jelas yang membukti bahawa beliau adalah pencinta atau penganut kaum karamiyyah .

Kitab : Minhajus Sunnah
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 181
Bermula dari

" كما قال ذلك من قال من الكرامية وغيرهم من نظار المسلمين"

Artinya : Begitulah berkata mereka yang berkata dari kaum karamiyyah dan juga selain dari mereka dari nuzaril muslimin ( ulama yang bertugas mempertahankan aqidah orang islam ).

Penjelasan : Beliau dengan penuh kebanggaan telah menyamakan aqidah karamiah selari dengan aqidah para ulama yang mempertahankan Islam, sedang sudah di itifaq karamiah adalah satu kaum yang sabit kekufuran mereka kerana menisbahkan tubuh badan kepada Allah swt.

Selepas kita dimaklumkan bahawa Ibin Taymiyya adalah seorang mujassim yang telah isbatkan jisim kepada Allah , ( dan ini adalah antara jenayahnya dalam aqidah menyebabkan berkali-kali beliau dipenjarakan selepas di inzar kan oleh Ibnu Qalawun ( Qadhi wilayah ) dan lujnah fatwah, dibawah pemerintahan ahlus sunnah wal jamaah) , beliau juga adalah seorang ahlu tasybih / musyabbih yang berpendapat bahawa ‘ mentasybih’ kan sesuatu kepada Allah bukan lah satu larangan dan celaan. Kerana tidak ada wurud sumber dari Nas dalam bentuk ‘mencela’ jika kita tasybih kan sesuatu kepada Allah.

Kitab : Bayan Talbisul Jahmiah Fi Ta’siis Bida’ihimul Kalamiah
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 109
Bermula dari :

" فاسم المشبهة ليس له ذكر بذم في الكتاب والسنة ولا كلام أحد من الصحابة والتابعين "

Artinya : Maka nama ‘Musyabbah’, tidak ada sebutannya dalam bentuk celaan dalam al-kitab dan sunnah dan tidak juga dari kata-kata seorang dari sahabat dan para tabi’iin.

Huraiannya : Mentasybih kan sesuatu terhadap Allah tidak ada celaannya dari kitab, sunnah dan para sahabat serta para tabi’iin.

Ini sama seperti hujjah ahlu musyabbih ketika memberikan tasybih kepada Allah dengan sesuatu.

Bukan setakat jisim, tasybih tetapi nisbah ‘had’ kepada Allah adalah salah satu aqidah Ibin Taymiyya. Beliau terus menerus mengisbatkan 'had' bagi Allah, iaitu Allah memerlukan ruang bagi dirinya bagaikan makhluk juga memerlukan ruang bagi diri mereka.

Bukan sahaja beliau telah isbatkan 'had' ( ruang ) bagi Allah Ta’ala, malah mengkafirkan mereka yang menolak nisbah 'had' kepada Allah swt. Sedangkan kita sudah maklumi bahawa Jumhur Ahlus Sunnah Wal Jamaah menolak nisbah jisim, had dan apa sahaja yang diperlukan makhluk untuk dinisbahkan kepada Allah.

Pandangan Ibin Taymiyya mengenai 'had' ini, yang boleh kita rumuskan bahawa aqidahnya bukanlah aqidah salaf dan bukan ahlus sunnah wal jamaah, adalah seperti berikut :

Kitab : Al-Muwafaqah
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 2
Barisan / halaman : 29
Bermula dari :

"فهذا كله وما أشبهه شواهد ودلائل على الحد ، ومن لم يعترف به فقد كفر بتنزيل الله وجحد آيات الله ."

Artinya : Dan semua ini dan seumpamanya bukti-bukti dan dalil-dalil keatas isbatnya 'had' bagi Allah, barangsiapa yang tidak i'tiraf ( atau

tidak menerima ) dengannya ( dengan 'had' ) maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan Allah dan bersifat engkar dengan ayat-ayat Allah.

Setakat disini dahulu , kerana masih banyak silap dan salahnya dari sudut Aqidah yang bercanggah dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan beliau telah menlanggar 60 masalah ijma yang menyebabkannya berada dalam lembah kufur. Ini semua ada termaktub dalam simpanan kami hanya masa sahaja yang mengizinkan kami susun semula satu persatu.

Bagaimana kamu memandang kepada Ibin Taymiyya dengan gelaran ‘Sheikhul Islam’ , yang digelarkan ahlu tajsiim pada zamannya kepadanya oleh kerana beliau berjaya mempengaruhi ramai orang dari Asyaerah dengan kebijaksanaannya.

Seakian dahulu.

Susunan :

Mohamad Ghouse Khan Surattee
12 Rabiul Akhir 1422


Rujukan

1- التوفيق الرباني في الرد على ابن تيمية الحراني- جماعة من العلماء

2- التنديد بمن عدد التوحيد – الشيخ حسن بن على السقاف