Tuesday, August 21, 2007

Apa kata Mufti Johor tentang mereka yang Menjisimkan Allah

Sudah terang hina Islam


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/35388/Article/index_html
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

KUALA LUMPUR: Isu penayangan filem Evan Almighty kepada orang ramai tidak perlu dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ia sudah jelas melanggar hukum fatwa berikutan filem itu mempersendakan Tuhan dan kisah Nabi Nuh.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata tayangan filem lakonan Steve Carell dan Morgan Freeman itu tidak perlu menunggu keputusan majlis berkenaan sebagaimana disuarakan Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF), Datuk Mohd Hussain Syafie kerana ia sudah jelas menghina agama Islam.

"Perkara seperti ini tidak memerlukan keputusan Majlis Fatwa kerana sudah cukup jelas dalam hukum fatwa.

"Malah majlis itu hanya perlu dirujuk bagi perkara baru atau perkara yang tidak jelas hukumnya," katanya ketika dihubungi, semalam.




Menurut Mohd Tamyes, menunggu Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan arahan selanjutnya bukanlah tindakan yang bijak kerana majlis berkenaan hanya akan bersidang pada 6 September depan.




"Penganjur tidak seharusnya menayangkan filem sebegini kerana ia jelas menunjukkan unsur penghinaan terhadap agama Islam, sekali gus boleh memecahbelahkan perpaduan di negara ini.

"Sepatutnya, mereka mengambil iktibar daripada perbalahan yang berlaku di negara luar berikutan perselisihan membabitkan budaya dan agama," katanya.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan, keputusan LPF untuk terus mengekalkan penayangan filem Evan Almighty yang sudah memasuki pawagam sejak Khamis lalu walaupun mendapat bantahan keras beberapa mufti dan ulama berikutan filem itu didakwa jelas menghina Nabi Nuh serta mempersendakan Tuhan yang digambarkan muncul dalam bentuk manusia.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata beliau membantah tayangan filem berkenaan sekeras-kerasnya berikutan penerbitnya menggambarkan Tuhan dalam bentuk berjisim selain menyelitkan kisah bahtera Nabi Nuh dalam bentuk komedi.

"Dari segi agama, budaya dan sensitiviti umat Islam, filem ini sepatutnya disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia.

"Ia bukan saja melampaui batas agama, malah boleh memesongkan akidah serta menyesatkan umat Islam," katanya.

Menurut Nooh, Tuhan tidak sepatutnya ditonjolkan dalam bentuk berjisim atau 'dirupakan' sebagai manusia.

Manakala nabi pula tidak boleh digambarkan sebagai manusia lain kerana bersifat maksum iaitu terpelihara daripada sifat mungkar.

"Itu adalah sebab yang jelas untuk melarang penayangan filem berkenaan. Ia bukan saja menyentuh sensitiviti agama tetapi boleh meruntuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini.

"Tidak wujud soal khayalan atau rekaan semata-mata kerana soal agama bukan isu yang boleh digambarkan sesuka hati atau mengikut kreativiti individu," katanya.

Nooh berkata, apa yang lebih membimbangkan, adalah kesan terhadap umat Islam yang menonton filem berkenaan.

"Mereka yang melaburkan wang untuk menonton Evan Almighty boleh dikira sebagai bersubahat kerana menyokong perkembangan filem berkenaan.

"Malah jika mereka mengiakan setiap fakta dalam filem berkenaan secara sengaja atau tidak, secara tidak langsung, mereka tergolong dalam golongan murtad kufur," katanya.

Sunday, August 5, 2007

ASRI HINA AKIDAH ISLAM

dari http://www.abu-syafiq.blogspot.com/




MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN HINA AKIDAH ISLAM.

oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )
Assalamu'alaikum.
Saya pernah bertanya kepada beberapa orang sahabat graduan Universiti Madinah, ada dengar kenyataan Mohd Asri bawa fahaman yahudi 'Allah Bersifat Duduk' tak?.
Saya terperanjat apabila jawapan yang saya terima adalah "Asri tu sesat la ustaz, malas kami nak layan dia sebab banyak ceramah dan penulisan dia MENYUSAHKAN pemahaman orang nak masuk islam, apakan tidak! banyak kepalsuan yang disampaikan oleh Asri tu ustaz!".
Subhanallah...
Sememangnya Mohd Asri Zainul Abidin hanya syok sendiri. Kerana itulah kita dapati tulisan-tulisannya sering di ulang pada tempat yang sama.
Setiap ahad ada sahaja artikelnya yang sama. Isi kandungan adalah sama dengan sebelum-sebelumnya di surat khabar yang sama. Semuanya sama sahaja. Saya pun boring (bosan) nak beli surat khabar Utusan Mingguan edisi ahad. Rasanya dah berbulan tak beli.

Orang bertanya pada saya, kenapa ustaz tak jawab kenyataan sesat Asri tu?.
Saya kata kesesatan Asri tu amat jelas. Kalau budak-budak belajar kat IPTA antaranya macam di UIAM yang beraliran salaf dah malas nak layan Asri sebab pentakfiran dan membid’ahkan umat islam sering keluar dari mulut dan tulisan Mohd Asri tu. Benarlah Hadith Nabi dalam Sohih Bukhary menyatakan :
“Orang-orang kafir yang menyebarkan ajaran songsang lebih buruk dan jelek dari ulat yang makan najis”.

Maka menjawab dengan ringkas permintaan mereka agar ditulis pembongkaran kepalsuan Mohd Asri saya katakan:

Wujud penyelewengan Mohd Asri pada pelbagai perkara akidah.
( Sila rujuk http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/asri-menghidupkan-akidah-yahudi-allah.html dan : http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/asri-hina-nabi.html ) dan banyak lagi tulis oleh sahabat yang terjelas kepada mereka kepesonggan Mohd Asri ini.

ASRI DAH KETANDUSAN HUJJAH LANTAS HINA AKIDAH ISLAM ( Mesti Baca )
Ini bukan satu tuduhan tapi merupaka pembongkaran berfakta, berhujjah, berdalil dan penilaian ilmiah islamiah berdasarkan kajian yang rapi tanpa fanatik terhadap kebatilan.

Dalam utusan hari ini bertarikh 5 ogos 2007 (
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm) pelbagai pengulangan kenyataan yang sama Mohd Asri yang diulang beberapa kali oleh dirinya sendiri.
Mungkin dia mahukan respon dari orang ramai malangnya tiada yang lakukan kerana kesemua umat di Malaysia ini dah bosan mendengar cacian dan kutukan serta pentakfiran juga penjelasan yang menyusahkan lagi menyempitkan terbit dari Mohd Asri Zainul Abidin.
Disini saya akan nyatakan beberapa sahaja cebisan daripada tulisanya tersebut yang memualkan dan jelas bercanggah dengan islam:

- Mohd Asri menyatakan:
Umat Islam juga mudah dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ia seperti sifat Allah, ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya.

Saya menyatakan:
Kenyataan Mohd Asri tersebut telah pun diulang banyak kali dalam keratan akhbar dan majalah oleh dirinya sendiri. Mungkin dia mahukan respon daripada ustaz-ustaz yang mengajar ilmu akidah. Malangnya para tokoh ustaz tidak mahu layan kerana amat terserlah kejahilan Asri dalam ilmu akidah yang cukup basic dan mudah. Dalam hal ini, biarlah saya memjawab dan memberi respon demi menjelaskan kebenaran moga-moga Mohd Asri bertaubat kepada Allah.

Muftari Mohd Asri Hina Ilmu Akidah Islam Lagi.
1- Fokus pada kata-kata penghinaan Asri diatas terhadap ilmu akidah islam: “Ia seperti sifat Allah, ada lawannya tiada”.
Saya mengatakan:
Subhanallah..
Asri sanggup menghina pengajian akidah islam ini?!
Saya nak bertanya pada Asri dan Wahhabi lain. Mana lafaz dari Al-Quran dan Al-Hadith yang kata “ Allah Wujud”?! Saya nak lafaznya dari Al-Quran?Mana?!
Ya..sememangnya lafaz harfiyah sebijik macam itu tidak ada dalam nas, maka adakah kita dilarang mengatakan “Allah Itu Wujud”??! kononnya atas dasar nas Quran dan Hadith tak sebut?!
Tidak…kita tidak dilarang kata ‘Allah wujud’. Bahkan makna dan erti Allah wujud (ada) terpampang dalam surah Ibrahim ayat 11: “ Tidak ada keraguan pada (kewujudan) Allah”. Dan bersumberkan ayat Alquran inilah maka pengajian akidah seperti itu diterapkan. Malangnya Muftari Mohd Asri pula menghina ilmu akidah itu yang bersumberkan daripada ayat Allah ta’ala sendiri.

Nah!...samalah juga bentuk pengajian tauhid sedemikian, sememangnya wujud dalam akidah islam walaupun lafaz secara harfiyahnya tidak disebut dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Ianya sama dengan penerangan basic ilmu Bahasa Arab yang wujud perkataan Mubtada’, Khobar dan sebagainya. Lafaz tersebut memang Al-Quran dan Nabi tidak ajar akan tetapi makna amat jelas dan mudah difahami bahkan membawa kepeda pemahaman nas Al-quran dan Al-hadith yang tepat.

Apabila ulama islam menyatakan antara sifat Allah itu adalah ‘ada’, tidak salah untuk mengatakan lawan kepada perkataan ‘ada’ adalah ‘tidak ada’. Ini juga untuk membawa kepada keyakinan ilmu akidah agar tidak terhilang rasa keyakinan akan kewujudan Allah ketika insan itu lalai.
Bukankah ianya selain membawa kepada akidah yang jitu bagi umat zaman ini ianya juga mendorong penjagaan akhlak ketika membelakangi orang ramai. Oleh kerana tidak mempelajari ilmu tauhidlah antara faktor orang berkhalwat yang dipertahankan oleh Asri atas penangkapan mereka. Orang yang paling gembira ketika Asri mengkritikan tangkapan khalwat oleh jabatan agama islam adalah syaitan dan pengkhalwat-pengkhalwat itu sendiri.
Anda telah membuka peluang maksiat secara besar-besaran wahai Asri.

2- Fokus pada kata-kata penghinaan Asri diatas terhadap ilmu akidah islam: “dengar lawannya pekak”.

Saya mengatakan:
Ini merupakan penghinaan Asri terhadap Hadith Nabawi. Bukankah Nabi Muhammad sendiri yang mengajar bahawa Allah bersifat Maha mendengar dan tidak bersifat pekak?! Sandaran dusta Wahhabi kononnya Asri ini pakar Hadith amatlah memualkan.
Memadai hujjah dalam hal ini berlandaskan sabda Nabi yang dipetik oleh ulama dalam pengajian akidah islam yang bermaksud:
“ Sesungguhnya kamu semua (umat islam) tidak memohon kepada Tuhan yang pekak mahupun Tuhan yang tidak ada, sesungguhnya kamu semua memohon kepada Tuhan yang mendengar dan yang menerima doa”. Riwayat Bukhari dalam Sohih Bukhari daripada Abu Musa Al-Asy’ary. Hadith ini juga amat masyhur dan tiada kedhoifan.

Lihat! Nabi sendiri kata:‘Allah mendengar dan tidak pekak’.
Nah! Bagaimana pula Muftary Asri kata itu adalah akidah kufur falsafah Yunan?!! Adakah nabi Muhammad membawa akidah kufur wahai Asri?! Sudah pasti jawapan Asri adalah Ya! Memang Nabi Muhammad bawa akidah kufur falsafah Yunan katanya. Nauzubillahi minzalik!

3- Fokus pada kata-kata penghinaan Asri diatas terhadap ilmu akidah islam: "Umat Islam juga mudah dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ia seperti sifat Allah, ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya".
* Perhatikan pada Asri menghina pengajian ' Allah Tidak Berjisim'.

Saya mengatakan:
Asri menghina pengajian akidah islam sedemikian. Bahkan Asri menghukum sebagai akidah kufur falsafah Yunan yang bukan islam. Tetapi ulama islam tidak seperti Asri.
Imam Ahmad Bin Hambal yang merupakan ulama islam Salaf mengatakan Allah tidak berjisim. Imam Abu Hanifah juga merupakan ulama Salaf pun kata Allah tidak berjisim. Bahkan mereka menyatakan Allah tidak berjisim pada kenyataan dan buku karangan akidah mereka sendiri.

Imam Ahmad Bin Hambal Kata Allah Tidak Berjisim:
Dalam kitab Iktiqod Imam Ahmad pada mukasurat 7-8 dinayatakan : “ Tidak harus menyandarkan jismiyyah kepada Allah kerana Allah tidak berjisim”.
Imam Ahmad juga menyatakan:” “ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.

Imam Abu Hanifah Kata Allah Tidak Berjisim:
Dalam kitab akidah Imam Abu Hanifah yang masyhur berjudul Fiqhul Akbar menyatakan:
إثباتُهُ بلا جسمٍ
“ Dan hendaklah menetapakan bahawa Allah tidak berjisim”.

Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir :
“ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi” kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud :“ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya ”.

Imam As-Syafie Kata Allah Tidak Berjisim:
Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan :“ Sesiapa beranggapan Allah duduk (berjisim) diatas arasy maka dia KAFIR ”.

Dan ramai serta jutaan ulama islam lagi yang menyatakan akidah islam antaranya adalah Allah Tidak Berjisim.
Maka mengapa Asri mengkafirkan akidah islam ini lantas menganggap iainya merupakan akidah kufur falsafah Yunan tidak islam! Mengapa begini wahai Asri!?!

Kepada Mohd Asri, kunukilkan kenyataan Dr. Yusuf Qardawi sendiri yang mengatakan bahkan mengajar kepada orang awam bahawa Allah Tidak berjisim:
Berkata Dr. Yusuf Qardawi dalam Majalah Mujtama', Bilangan 1370, Tarikh 25 Jamadul Akhir/1420 Bersamaan 5/10/1999M
Yang mana majalah tersebut dibaca oleh orang yang alim dan masyarakat umum:

فليس مما يوافق الكتاب والسنة جمعها في نسق واحد يوهم تصور ما لا يليق بكمال الله تعالى ، كما يقول بعضهم : يجب أن تؤمن بأن لله تعالىوجها ، وأعينا ، ويدين ، وأصابع ، وقدما ، وساقا ، .. إلخ ، فإن سياقها مجتمعة بهذه الصورة قد يوهم بأن ذات الله تعالى وتقدس كلٌّ مركب من أجزاء ، أو جسم مكون من أعضاء ..ولم يعرضها القرآن الكريم ولا الحديث الشريف بهذه الصورة ، ولم يشترط الرسول لدخول أحد في الإسلام أن يؤمن بالله تعالى بهذا التفصيل المذكور .
Erinya: " Maka bukanlah dikira sebagai perkara yang dipersetujui oleh Al-Quran dan As-Sunnah dengan mengumpulnya dalam satu bahagian membawa kepada gambaran yang tidak layak bagi kesempurnaan Allah ta'aal seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang mereka mengatakan: Wajib beriman bagi Allah itu wajah, mata, dua tangan, jari, kaki, betis dan lain-lain.
Ini kerana kenyataan seperti ini mengambarkan kesilapan
yang besar bagi zat Allah itu bercantuman dengan bahagian-bahagian ataupun ianya membawa kepada Allah itu berjisim”.

Lihat! Yusuf Qardawi sendiri menghalang kaedah yang dilakukan oleh Wahhabi kerana ianya membawa kepada sangkaan yang salah.
Yusuf Qardawi pun bimbang akidah Allah berjisim itu bahkan dia berhabis-habisan melarang sandaran jisim kepada Allah kerana Allah tidak berjisim.

Nah! Dimana kamu wahai Muftari Mohd Asri dalam penilaian ilmu akidah dan para ulama salafussoleh?!

Pembaca sekalian. Pada fokus nombor 1 Asri telah menghina pengajian akidah islam
yang bersumberkan Al-Quran. Pada focus nombor 2 jelas Asri tidak beriman dengan Hadith Nabi bahkan menentang dan menganggap sebagai falsafah Grekk kafir dan focus yang ketiga Asri sendiri menyandarkan kepada para ulama islam dan Yusuf qardawi sebagai penyebar akidah kufur falsafah Greek.

Semoga Allah memberi hidayah kepada Mohd Asri Zainul Abidin ini. Amin