Monday, April 23, 2007

mari kita lihat fatwa sesat ibnu tamiyyah.

mari kita lihat fatwa sesat ibnu tamiyyah.

sumber :karimy asyraaf

Ibnu Taimiyah dalam rangka membela kelompok sesat Khawarij mengatakan: “Dahulu, kelompok Khawarij adalah sebaik-baik anggota masyarakat dari sisi pelaksanaan shalat, melakukan puasa dan membaca al-Quran. Mereka baik secara zahir maupun batin telah melaksanakan agama Islam”. (lihat kitab Minhaj as-Sunnah jilid 4 halaman 37)

Bahkan Ibnu Taimiyah telah memuji manusia tercela yang bernama Abdurrahman bin Muljam anggota kelompok Khawarij. Ibnu Muljam adalah pengikut Khawarij yang membunuh Ali bin Abi Thalib (khalifah keempat Ahlusunah), seorang sahabat Rasul yang termasuk Salaf Saleh. Oleh karenanya Ibnu Muljam dicela dan dilaknat oleh Rasul. Kemurkaan Rasul selalu tercurah atasnya. Sedang kita semua mengetahui bahwa kemurkaan Rasul meniscayakan kemurkaan Allah. Sebagaimana keridhoan dan ketaatan terhadap Rasul berarti ketaatan kepada Allah, hal ini seperti yang disebutkan dalam ayat; “Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah”. (QS an-Nisa’: 80)

Ibnu Tamiyah dalam memuji dan mencari pembenaran atas perbuatan manusia terkutuk Ibnu Muljam sang Khawarij dan pembunuh Ali yang tergolong Salaf Saleh dengan ungkapan: “Seseorang yang membunuh Ali iapun menegakkan shalat, melakukan puasa, membaca al-Quran. Ia membunuh Ali dengan anggapan bahwa hal itu akan mendapat ridho Allah dan Rasul-Nya”.(lihat kitab Minhaj as-Sunnah jilid 7 halaman 57 / 58)

Bahkan dalam jilid ke 8 halaman 238 Ibnu Taimiyah memujinya dengan menyebutnya sebagai paling baiknya penghamba (A’baudun-Naas) Allah.

Tentu hal ini bertentangan dengan sabda Rasul yang menyatakan bahwa pembunuh Ali adalah paling celakanya manusia (‘Asyqon-Naas) di muka bumi. (lihat kitab Musnad Ahmad bin Hanbal jilid 1 halaman 130, kitab Thabaqoot Ibnu Sa’ad jilid 3 halaman 21, kitab Khashaois an-Nasa’i halaman 39) Padahal akan kita dapati dalam beberapa hadis bahwa Ali diperintah oleh Rasul untuk membunuh dan membasmi tiga golongan yang telah menyimpang dari ajaran Rasul; Nakitsiin, Qosithiin dan Mariqiin. Ali mengatakan: “Rasul telah memerintahkan kami untuk membasmi kelompok; Nakitsiin, Qosithiin dan Mariqiin (Khawarij)”. (lihat kitab Majma’ az-Zawa’id jilid 7 halaman 238 dan kitab Musnad Abi Ya’la jilid 3 halaman 194 hadis ke-1623)

Dinukil oleh sahabat Ammar bin Yasir yang mengatakan bahwa Rasul pernah bersabda kepada Ali bin Abi Thalib dengan ungkapan: “Wahai Ali, engkau akan memerangi sekelompok penzalim sedang engkau dalam posisi benar. Jika ada seseorang yang tidak membantumu niscaya ia bukan dari golonganku”. (lihat kitab Kanzul Ummal karya Muttaqi al-Hindi yang bermazhab Hanafi jilid 11 halaman 613 hadis ke-32970)

Lantas bagaimana mungkin manusia pembela kelompok sesat versi Rasulullah –yaitu Khawarij- dianggap sebagai Imam para pengikut ajaran Salaf Saleh? Bahkan yang lebih aneh lagi, Ibnu Taimiyah yang memuji Khawarij semacam itu –padahal Rasul Islam mencela mereka- masih saja digelari dengan sebutan ‘Syeikh Islam’? Apakah tidak lebih baik diganti dengan ‘Syeikh Khawarij’, karena pembelaannya terhadap Khawarij dan pertentangannya dengan celaan Rasul atas Khawarij?

WAHHABI MEMULIAKAN ABU JAHAL& ABU LAHAB TETAPI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM

WAHHABI MEMULIAKAN ABU JAHAL& ABU LAHAB TETAPI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM


oleh Abu Syafiq

Saudara.......

Pelik sungguh dengan ajaran sesat Wahhabi ini.....
Ketua Wahhabi yg bernama Muhammad Ahmad Basymil yang merupakan rujukan utama golongan Wahhabi dalam ilmu
aqidah sesat mereka telah menyatakan :

Abu Jahal dan Abu Lahab mentauhidkan Allah tetapi orang islam adalah muysrikun :







Yg dikuningkan kecil sebelah kiri tu : Wahhabi kata orang musyrik adalah Beriman Kepada Allah.
TAPI ORANG ISLAM PULAK DIANGGAP OLEH WAHHABI SEBAGAI KAFIR DAN MUYSRIK YANG TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH.

apa ini WAHAI WAHHABI!?

Demi siapakah Wahhabi ini menggerakkan ajaran sesat mereka? demi Abu Jahal?! atau Abu Lahab?! tahukah wahhabi mereka dah jadi abuuuu?!

Bukankah Allah telah berfirman, ayat yg burbunyi: TABBAT YADA ABI LAHABIW WATABB ???!

Allah ta'ala menghina Abu lahab tetapi Wahhabi mengatakan Abu lahab dan Abu Jahal ahli Tauhid.

2 soalan saya pada Wahhabi yg dah taknak bincang pasal mereka ini...:

1- Mengapa ulama islam dipersalahkan bila mereka membongkar kesesatan Wahhabi?

2- Wahai Wahhabi...mana dalil nas alquran dan hadis nabawi kata: ABU LAHAB DAN ABU JAHAL ITU AHLI TAUHID?!...saya nas alquran atau nas hadis sebut mcm tuh!
-PNGHIDUP AJARAN SYIRIK ABU LAHAB DAN ABU JAHAL ADALAH WAHHABI!

Wednesday, April 18, 2007

wahabi memang suka mengkafirkan org muslim..

wahabi memang suka mengkafirkan org muslim..

fatwa mufti arab saudi syeikh bin baz yg menghukum saddam husein sebagai KAFIR..


sumber asyraaf(karimy)

MUFTI MESIR DR. SYEIKH ALI JUM'AH MENJELASKAN PERIHAL WAHHABI MENGKAFIRKAN PEMIMPIN ISLAM DAN UMAT ISLAM.(audio suara)

MUFTI MESIR DR. SYEIKH ALI JUM'AH MENJELASKAN PERIHAL WAHHABI MENGKAFIRKAN PEMIMPIN ISLAM DAN UMAT ISLAM.(audio suara)

oleh Abu Syafiq

Assalamu'alaikum.

Setelah seluruh ulama islam bangun menentang ajaran Wahhabiyah yang mengkafirkan umat islam, kita dapati ramai dikalangan Wahhabi di malaysia kini mengkambinghitamkan jabatan-jabatan agama termasuk mengunakan nama mufti di sebelah utara.

Oleh itu perlulah satu penerangan jelas mengenai ajaran Wahhabiyah ini yang cepat mengkafirkan ulama islam dan umatnya.

Mufti Mesir terkini Syeikh Dr. Ali Jum'ah mengarang kitab yang cukup berakademik dan ilmiah menyanggah ajaran yang dibawa oleh Wahhabiyah, buku beliau tersebut berjudul
AL-BAYAN LIMA YASGHULUL AZHAN.
Kitab tersebut boleh dijadikan rujukan yang baik bagi ahli jawatankuasa fatwa negeri-negeri di malaysia dan jabatan-jabatan agama negeri termasuk JAKIM kerana Mufti Mesir tersebut merupakan antara ulama Universiti Al-Azhar dan beliau lebih mengenali ajaran Wahhabiyah daripada kita di tanahair ini.

AUDIO MUFTI MESIR MENYATAKAN AJARAN WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM :

http://www.islamchina.net/arabic/Mufti_Misr_talk_about_wahhabi.htm

Dalam kenyatann Mufti Mesir dalam audio tersebut beliau menjelaskan seperti berikut (terjemahan) :

" Ditanya kepadaku, adakah harus solat di dalam masjid yang ada (dhorih) kubur?.

Ya! sememang solat di dalam masjid wujudnya kubur adalah harus dalilnya kerana solat di dalam masjid Rasulullah adalah harus (wujud didalamnya 3 kubur). Maka fatwa mengenai solat di dalam masjid dalamnya ada kubur adalah harus kerana hukum solat di dalam masjid Rasulullah telahpun menjadi ijmak muslimun bahawa hukumnya adalah harus. Sekiranya dikatakan hukum itu khas bagi nabi sahaja, itu tidak sohih kerana didalam masjid nabawi terdapat kubur selain nabi Muhammad iaitu kubur saidina Umar dan Saidina Abu Bakar.
Maka jawapan dari soalan adakah harus solat di dalam masjid yang ada (dhorih) kubur?. maka jawapannya solat di dalamnya adalah harus, masjid juga dibina diatasnya adalah harus dan kubur tersebut adalah harus dan di zaman Rasulullah pernah dibina masjid didalamnya terdapat kubur Abu Basir.
Manakala erti hadith dalam sohih Bukhari yang menyatakan ' Allah melaknat Yahudi dan Nasaro yang menjadikan kubur para nabi dan wali sebagai masjid'. Hadith tersebut bererti yahudi sujud kepada kubur dan bukan sujud kepada Allah, mereka menganggap uzair itu adalah anak Allah dan begitu juga kristian mereka sujud kepada kubur dan beranggapan bahawa Isa itu anak Allah, inilah erti hadith tersebut.
Sekiranya kita pergi ke Batikan ( nama tempat Yahudi ) kita akan dapati bahawa mereka berlumba-lumba sujud kepada kubur-kubur tersebut kemudia mereka tinggalkan.

Makala hukum membina masjid atas kubur (menjadikan didalamnya ada kubur) maka hukumnya adalah harus. Iman Baidhowi menyatakan demikian adalah antara qurubat iaitu kebaikan mendekatkan diri kepada Allah. Ada beza antara masjid yang diertikan seseorang itu sujud kepada kubur dan dibina di atasnya masjid.

Ada kelompok bernama Wahhabiyah, satu ketika Wahhabiyah mahu keluar dari pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, tapi Nabi menyatakan ' Tiada sesiapa boleh keluar dari Khalifah' (makna Hadith). Wahhabiyah pun merancang untuk keluar dari khalifah dan meraka dapati caranya adalah dengan mengkafirkan khalifah islam tersebut dan mereka merancang bagaimana nak dihukumkan khalifah tersebut sebagai kafir supaya akhirnya dia dibunuh, perancangan Wahhabiyah mengkafirkan dan menjatuhkan daulah Uthmaniyah berjaya dilakukan dan khalifah terbunuh. Kemudia Wahhabiyah menjatuhkan Daulah Uthmaniyah dan Wahhabiyah saling tolong menolonag dengan negara kafir Barat dan France, kemudia berlakulah fitnah kucar kacir sehingga kini disebabkan perbuatan Wahhabiyah tersebut.
Kami menyatakan wahai seluruh orang muslimin. Lihat lah apa ulama-ulama islam katakan, lihat kata-kata Imam Baidhowi, lihat kata-kata Imam Ibnu Hajar , lihat kata-kata Imam Syaukani! Ditangan-tangan kita bukti jelas dari kitab-kitab! ". (tamat terjemahan, harap sesiapa yg boleh betulkan lagi terjemahan amatlah dialu-alukan)

* SEKIRANYA ULAMA DAN MUFTI S\YANG MUKTABAR SENDIRI MENYANGGAH WAHHABIYAH BILA PULA JABATAN-JATABATAN AGAMA NEGERI MAHU BERSUARA?

Tuesday, April 17, 2007

AKU DITIPU SALAFI TANAHAIRKU

AKU DITIPU SALAFI TANAHAIRKU

oleh:Muhammad

Dulu aku salafi
Aku salafi melalui forum salafi terbesar di negara ini
Kononnya mereka kembali kepada sumber yang asal
Tapi…
Aku tertipu!

Kononnya kembali kepada sumber yang asal
Kitab dan Sunnah
Tapi azan mereka berlagu, berdondang sayang
Adakah azan zaman Nabi berlagu?
Mereka bangga dengan azan Masjidil Haram
Yang masyhur itu
Yang Wahhabi itu
Betulkah Saidina Bilal dulu mendendangkan azan berlagu?
Kalau betul azan untuk dilagukan,
Tentu Nabi dan sahabat sudah buat dulu
Tapi malangnya tidak!

Mereka dakwa jemaah Tabligh sesat
Tapi sekurang-kurangnya
Azan jemaah Tabligh sama dengan azan zaman Nabi,
Tidak berlagu
Tak macam azan bilal Masjidil Haram
Yang mereka banggakan itu
Mereka tidak kembali kepada sumber yang asal!

Kononnya kembali kepada sumber yang asal
Kitab dan Sunnah
Akupun kembalilah
Macam yang mereka dakwakan itu
Aku ditipu lagi!

Zaman Nabi mana ada jemaah-jemaah!
Semua orang satu jemaah.
Tak ada Tabligh,
Tak ada PAS, tak ada Ikhwan
Tak ada ABIM, tak ada JIM
Tapi…
Mereka haruskan jemaah-jemaah itu!
Bahkan mereka puja Qaradhawi,
Mereka kagum al-Banna
Itukan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin?

Memang penipu!
Sumber asal mengatakan umat Islam satu jemaah
Hanya satu golongan saja yang selamat daripada 73 golongan
Iaitu golongan salafi
Begitulah juga kata Albani
Begitulah juga kat Ben Baaz
Siapa buat pelbagai golongan, semuanya tidak selamat
Bagaimana mereka di forum itu mengaku salafi,
Tapi membenarkan umat Islam berpecah-belah
Membentuk pelbagai golongan
Mereka tidak kembali kepada sumber yang asal

Kononnya kembali kepada sumber yang asal
Zaman Nabi dan sahabat
Zaman itu tidak ada mazhab
Siapa yang buat mazhab
Bererti dia melakukan bid’ah
Sebab Nabi tak pernah buat, sahabat pun tidak

Tapi…
Tipu lagi.
Mereka ajar kitab asy-Syafie, mereka puja dia
Bukankah sumber asal menunjukkan dia berbuat bid’ah?
Dia buat mazhab, Nabi tak buat
Sanggup mereka sanjung seorang tokoh ahli bid’ah!
Hukum orang tu bida’ah, orang ni bid’ah
Alih-alih mereka puja tokoh bid’ah
Mereka tidak kembali kepada sumber yang asal

Mereka dakwa hanya salafi satu golongan yang terselamat
Dariapad 73 golongan.
Tertipulah aku lagi…

Aku kaji situasi di dunia Arab.
Rupanya ada banyak kumpulan yang mengaku Salafi
Sesama mereka saling sesat-menyesat pula
Macam mana forum itu mendakwa
Hanya Salafi mereka yang terselamat?
Salafi lain pun nak selamat juga
Tapi saling menuduh sesat
Dan saling mengaku
Puak aku paling selamat
Puak akulah satu golongan yang terselamat itu
Lucunya

Ulama-ulama Salafi Saudi yang aku sanjung
Menghukum halal tentera Amerika bertapak di Saudi
Tiba-tiba orang forum kata tak boleh!
Padahal ulama-ulama itu tokoh Salafi utama dunia
Mereka lebih faham Salafi daripada orang-orang di forum
Tokoh-tokoh itu dah kaji
Dah kembali kepada sumber yang asal
Dan jawapannya boleh letak musuh Islam dalam negara
Untuk serang negara Islam lain si Iraq

Bila aku ikut fatwa ini
Mereka kata aku salah
Jadilah aku serba salah.

Sebenarnnya, mereka sendiri tidak kembali kepada sumber yang asal.
Pengakuan di mulut saja.
Aku lebih percaya Albani, Ben Baaz, Fauzan dan lain-lain.
Takkanlah mereka di forum lebih faham Salafi
Daripada ulama-ulama ini!
Betul tak?

Ini Salafi perasan.
Mereka bukan Salafi.
Mereka Salafi syok sendiri, buatan sini.
Cakap mereka di luar negara tidak siapa memandang
Tapi cakap ulama Saudi seluruh dunia pandang

Masuk saja laman Salafi Indon
Mereka mengutuk habis Salafi buatan sini
Kerana Salafi buatan sini
Menyokong ahlul bid’ah
Seperti al Banna, Tilmisani, Qardhawi, Syed Qutb
Salafi sini sokong Ikhwan
Itukan bid’ah yang nyata?

Jelas
Salafi forum itu hanya perasan sendiri
Jemaah Salafi sendiri tidak mengaku mereka satu kumpulan
Tapi penyokong ahli bid’ah
Maksudnya Salafi sini sama saja dengan pembuat bid’ah

Kawan-kawanku sedarlah
Carilah Salafi sebenar
Bukan Salafi forum
Kembalilah kepada sumber yang asal
Bukan taqlid buta kepada mufti

sumber:alhikam.net

Thursday, April 12, 2007

WAHHABI MENGHUKUM SYIRIK TERHADAP ORG ISLAM YG MENYEBUT NAMA ALLAH

oleh: abu syafiq

Assalamualaikum......
saudara sekaliAN......kita akan mengenali musuh islam apabila mereka benci sungguh bila kita berzikir menyebut nama Allah..

nah!..disini Wahhabi yg merupakan pembantu orieantalis dan yahudi menyatakan:

SESIAPA YANG BERZIKIR LA ILAHA ILLALAHU DAN BERSELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD, MAKA ORANG ITU DIANGGAP PEMBUAT BID'AH BAHKAN MENSYRIKKAN ALLAH :

Tak percaya?! ini buktinya pemusuhan Wahhabi dengan Orang Islam Yang Berzikir menyebut Nama Allah ...:

pd mukasurat 25 :


Kenyataan kufur Wahhabi tersebut antara ertinya : zikir 1000 kali atau selawat keatas Nabi Muhammad 10000 kali ataupun lebih, ini semua merupakan bid'ah orang jahiliyyah dan demikian adalah zikir YANG SYIRIK KEPADA ALLAH.



apakah SYIRIK orang mengingati Allah wahai Wahhabi?! apakah dosa orang yang mengingati Tuhannyaa?!

-Sah...! Wahhabi mengajak kita melupakan Allah dan sembah jisim DUDUK kat langit..a'uzubillah...